Tuesday 23 June 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)

Latar Belakang Penulis Novel
http://pts.com.my/images/sized/download/penulis/aini-240x300.JPG
Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca.

Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun. Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau telah diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.

Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun 2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.


Latar Belakang Novel
            Novel ini memenangi tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan  pada tahun 2008. Novel ini ditulis oleh seorang penulis muda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Rohaini Matdarin.  Novel ini memenangi kategori remaja. Kumpulan sasarnya adalah untuk bacaan remaja . Isi dan kandungan novel ini serta penyampaian dan penceritaannya berkait rapat dengan remaja.

Sinopsis Keseluruhan

Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang  anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar  tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat di kampung terdapat  beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan  Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq.

Watak remaja  yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca  sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan  jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya.

Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung  Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun.
Nanun begitu, watak remaja dalam novel ini pula  tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.

Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan.

Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi  nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam  novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.
PLOT
 Permulaan
·        Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
·        Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha di dalam bas.
·        Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.

Perkembangan
·        Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
·        Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
·        Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
·        Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya iaitu Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
·        Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
·        Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun, cara Danel yang berhemah menyebabkan datuk tidak berkecil hati.
·        Danel sering menulis artikel tentang pisang.
·        Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel.

Konflik
·        Konflik dengan diri sendiri
o   Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.



·        Konflik dengan orang lain
o   Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir  sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
o   Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anak mereka iaitu Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya  itu Che Jah minta diceraikan.
o   Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya.  Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

Klimaks / Puncak
·        Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun tuduhan mereka tidak benar.

Peleraian
·        Kak Hamimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
·        Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
·        Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
·        Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
·        Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
·        Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
·        Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
·        Ibu pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas tanpa ayah.
·        Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
·        Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.

RINGKASAN PLOT:


Flowchart: Extract: plot








WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
·        Lepasan sekolah menengah
·        Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
·        Berpura-pura demi menjaga hari ibunya
·        Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
·        Akur akan percakapan orang tua
·        Suka berkawan dan peramah
·        Menjadi teman baik Geetha
·        Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
·        Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
·        Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.

 Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
·        Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
·        Menjadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
·        Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
·        Ajar Lili Ilmu Kegamaan
·        Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
·        Sayang Akan Pekerjaannya iaitu Mengumpulkan Akar Kayu
·        Berjaya Mengislamkan William
·        Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak Lagi
·        Berumur 70 tahun
·        Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
·        Rajin Membaca Kitab
·        Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Dengan Menggunakan Herba
·        Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan
·        Pandai Mengurut (Menngurut Danel)

Danel
·        Anak William
·        Menjelaskan Isu Tentang Pembinaan Kubah Surau
·        Menjelaskan Kebaikan Rawatan Mden
·        Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
·        Percaya Akan Perubatan Moden
·        Akrab Dengan Datuk
·        Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
·        Sering Membantu Nenek Memasak
·        Memasak Menggunakan Pisang
·        Membantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.

Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
·        Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Disediakan Oleh Datuk
·        Isteri Kepada Datuk
·        Percaya Akan Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
·        Membakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Di Dalam Rumah
·        Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
·        Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

Geetha
·        Kenalan Lili Di Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
·        Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
·        Anak Letchumi Yang Mempunyai Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Disediakan Oleh Datuk.
·        Menjadi Akrab Dengan Lili.
·        Seorang Yang Menepati Janji.

Abang Rashid
·        Sering Membantu Datuk Dan Nenek
·        Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa  Lili Pulang Ke Rumah Datuk dan Neneknya.
·        Mengutip  Buah Dari Kebun Datuk
·        Belum Berkahwin

 Ibu Lili
·        Suka Akan Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
·        Menanam  Herba Untuk Dijadikan Pembuka Selera Makan
·        Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
·        Gemar Belajar Silat.
·        Belajar Di Luar Negara
·        Menjawat Jawatan Penting.

Rafiq Dan Haziq
·        Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
·        Menduduki PMR
·        Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
·        Memulas Tangan Lalu Menculik Lili
·        Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukannya Di Leher Lili
·        Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.

Seman
·        Suami Che Jah
·        Kaki judi, suka berhutang dan kaki botol
·        Melarikan kubah surau
·        Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah iaitu isterinya dan anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq sebagai tempat untuk melepaskan geram dan marah.
·        Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
·        Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalani pemulihan akidah.

Latar
Latar Tempat
·        Dungun
o   Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
o   Daerah asal ibu Lili

·        Pekan Sejahtera
o   Tempat Tinggal Geetha
o   Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.

·        Pekan Sentosa
o   Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili

·        Bendang
o   Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung

·        Masjid
o   Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
o   Tempat Datuk Bersolat Berjemaah

·        Rumah Datuk
o   Reka Bentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
o   Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
o   Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
o   Tempat Danel berurut dengan datuk

·        Kedai Runcit Letchumi
o   Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
o   Tempat Lili Bertemu Geetha
o   Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.

·        Kedai Runcit Ah Kwan
o   Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
o   Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.

·        Balai Raya
o   Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o   Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau

 Latar Masa
·        Maghrib
o   Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.

·        Pagi
o   Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surau Atau Bertemu Dengan Che Jah.
o   Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.




 Teknik Penulisan / Teknik Plot
Pemerian
·        Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
·        Penulis menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
·        Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang  dihadapi oleh mereka

Dialog
·        Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
·        Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
·        Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
·        Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.

Monolog
·        Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
·        Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.



Imbas Kembali
·        Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibu kurang mengamalkan ilmu kegamaan.

Saspens
·        Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Mereka menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana anggapan penduduk kampung

PERSOALAN
·        Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman iaitu suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan kaki botol telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anak mereka iaitu Haziq dan Rafiq yang berusia belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

·        Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.

·        Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami masalah keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.

·        Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mencuba mempengaruhi mereka agar menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak kerana lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah ekoran sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti dengan kelakuan anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.

Latar Masyarakat
·        Masyarakat yang mengalami masalah dalam rumahtangga
o   Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak.   Anak-Anak serta isterinya sering Menjadi mangsa kekejamannya. Haziq iaitu anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah jalan dalam pergaulan menyebabkannya diberhentikan sekolah.

·        Masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain.
o   Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela.

·        Latar Masyarakat Yang Prihatin
o   Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah ekoran sikap tidak bertanggungjawab Seman iaitu suami Che Jah
o   Lili meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan  memaklumkan sikap Seman.
o   Lili berpendapat bahawa Danel bertanggungjawab untuk membagunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya.
o   Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik. Dia membawa Lili ke pean.  Dia juga  bersependapat dengan Lili dalam banyak perkara.
o    
·        Latar masyarakat yang buruk sangka.
o   Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana menyangka datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
o   Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
o   Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung agar menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah tersebut dimajukan dengan penanaman agripolitan

Nilai
Nilai Jati Diri
·        Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab
·        Penduduk kampung bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

Nilai Prihatin
·        Lili prihatin atas nasib Rafik Dan Haziq kerana berpunca daripada  masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculiknya.  Lili menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq Dan Rafik.
·        Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku di kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.

Nilai baik hati
·        Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
·        Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu berjaya sebagai cara  alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

Nilai kasih sayang
·        Nenek dan datuk melayan  Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
·        Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

Pengajaran


1.     Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang akan menghantarnya ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terenggan walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
2.     Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus-terang. Contohnya, Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah tangga yang dihadapinya.
3.     Kita mestilah sabar menghadapi caabaran dalam kehidupan. Contohnya, Nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya.
4.     Kita mestilah gigih dan tekun dalam mempelajari sesuatu bidang. Contohnya, Lili gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan juga tahu berkomuniaksi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin.
5.     Kita haruslah taat akan suruhan dan arahan ibu bapa. Contohnya, Lili taat dan akur akan suruhan ibunya yang mahu dia pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
6.     Kita perlu prihatan terhadap keperluam orang lain. Contohnya, Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika duduk bersebelahan tempat duduknya di dalam bas ekspres.
7.     Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas. Contohnya, Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam yang diacukan ke lehet Lili demi keselamatan nyawa sahabatnya itu.
8.     Kita hendaklah patuh akan perintah agama. Contohnya, Haji Abdul Rahman amat patuh dalam menjaga dan mengerjakan solat fardhunya. Beliau sering menunaikan solat fardhu secara berjemaah sama ada di rumah atau di surau kampung.
9.     Kita hendaklah rajin melakukan kerja tanpa disuruh. Contohnya, Geetha rajin membantu nenek Lili dengan memotong sayur dan menyiang ikan di dapur ketika Lili dan neneknya sedang bersolat Isyak secara berjemaah walaupun tidak disruh untuk berbuat demikian.
10. Kita perlulah melayani tetamu dengan baik dan sopan. Contohnya, Che Jah melayani kunjungan tetamunya, iaitu Lili dan Rashid dengan baik dan mesra. Begitu juga dengan nenek Lili yang sentiasa melayani tetamu dan juga pesakit suaminya yang bertandang ke rumah mereka dengan begitu mesra.




5 comments: