Tuesday 29 December 2015

Novel Songket Berbenang Emas

Latar Belakang Penulis Novel ( Khairuddin Ayip)

            Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor.  Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

            Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.  Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau  melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan.

            Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
            Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan drama pentas.

Sinopsis Keseluruhan Novel
            Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan.  Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil  setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
            Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
            Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya.  Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
            Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
            Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00.  walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.




ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2016

ANALISIS SOALAN  NOVEL SPM 2001 – 2016
2001(N)
Kewajaran pengarang mengakhiri cerita  / Empat Persoalan
2002(J)
2002(N)
Sinopsis novel / Empat nilai murni
Tema novel yang telah anda pelajari / Latar masyarakat dalam novel
2003(J)

2003(N)
Klimaks dan peristiwa kesudahan cerita  / Latar tempat
Persoalan kegigihan / Menghuraikan  watak utama
2004(J)

2004(N)
Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama / Huraikan empat pengajaran daripada novel yang telah anda pelajari

Tiga nilai kasih sayang / Jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi
2005(J)

2005(N)
Huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut / Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladan berdasarkan novel yang anda pelajari.
Huraikan dua peristiwa paling menarik dan mengapakah anda berpendapat demikian? / Bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.
2006(J)

2006(N)
Dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak / Dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut
Huraikan pengajaran / Jelaskan satu persoalan daripada setiap novel
2007(J)
2007(N)
Huraikan nilai setia kawan  / Huraikan tema dalam setiap novel itu.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah / Huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik
2008(J)

2008(N)
Buktikan Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel / Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel.
Sebab  bahagian permulaan sebuah novel  menarik minat anda. / Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari
2009(J)

2009(N)
Jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
/ Huraikan satu latar masa dalam setiap novel.
Huraikan ketabahan watak utama dalam yang membolehkannya memperoleh kejayaan. / Jelaskan satu contoh nilai kasih sayang dalam setiap novel
2010(J)
Dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. / Berdasarkan dua  novel,bandingkan satu latar masyarakat.
2010(N)
Sebab-sebab novel boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca / Perbandingan peristiwa yang memaparkan nilai keberanian
2011 (J)
Sinopsis Novel / Pengajaran daripada novel (tiada soalan perbandingan)
2011 (N)
Sinopsis Novel / Pengajaran daripada novel (tiada soalan perbandingan)
2012 (J)
Perwatakan watak utama / Persoalan (tiada soalan perbandingan)
2012 (N)
Latar Masa / Nilai Kemanusiaan (tiada soalan perbandingan)
2013 (J)
 Latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut  / Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam novel-novel tersebut.
2013 (N)
Sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. / Perisitiwa yang dapat dijadikan teladan (tiada soalan perbandingan)
2014 (J)
Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan / Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang  (tiada soalan perbandingan)
2014 (N)
Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya / Berdasarkan dua buah novel huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel
2015 (J)
Peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca / Perbandingan nilai keberanian daripada dua buah novel
2015 (N)
Persoalan kasih sayang / Pengajaran tentang kerjasama dalam  dua buah novel
2016 (J)

2017 (N)



KOMSAS TINGKATAN 5 SESI 2016

Modul KOMSAS
Tingkatan 5  Sesi 2016

     

Puisi Tradisional
Pengarang
Tema
Nilai

Gurindam Beberapa Petua Hidup
Za’ba
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian
-Rasional
-Berhati-hati
-Ketabahan
-Kerajinan
- Berhemah tinggi

Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
Za’ba
Kesenian dan keunikan seni bina sebuah istana pada zaman dahulu
-Kesetiaan
-Kerajinan
-Kebijaksanaan
-Kegigihan

Puisi Moden / Sajak
Pengarang
Tema
Nilai

Sejadah Rindu
Mohd Haikal Aminuddin
Ketaatan kepada Tuhan / agama
-Keinsafan
-Ketaatan
-Kesyukuran
-Rasional
-Keikhlasan
-Kepercayaan kepada Tuhan

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Sazalee Yaacob
Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi
-Harga diri
-Nasihat-menasihati
-Rasional
-Bertanggungjawab
-Berdikari

Erti Hidup Bererti
Teo Wei Sing
Kesunyian warga tua yang mengharapkan kasih sayang daripada anak-anak mereka
-Kasih sayang
- Bertanggungjawab
-Berdikari
-Amanah

Kudup Perang
Tuah Saujana
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
-Kebijaksanaan
-Amanah
- Bertanggungjawab
-Keadilan
-Rasional

Prosa  Tradisional
Penyelenggara
Tema
Nilai

Burung Terbang Dipipiskan Lada
Mohd Yusof Md Nor & Inon Shahaharuddin Abdul Rahman (Fajar Bakti -1998)
Kebijaksanaan seorang raja dalam usaha menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri.
-Kebijaksanaan
-Amanah
-Bertanggungjawab
-Keadilan
-Keberanian
-Rasional



Prosa  Moden (Cerpen)
Pengarang
Tema
Nilai

Cinta Ahmad Mutawakkil
Zainal Rashid Ahmad
Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
-Kegigihan
-Ketabahan
-Keberanian
-Tanggungjawab
-Amanah

Hipertensi
Illias Zaidi
Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa
-Kebijaksanaan
-Kerajinan
-Rasional
-Bertanggungjawab

Gerhana Manusia
Aminah Mokhtar
Sikap seorang doktor  yang mementingkan material dalam merawat pesakit sehingga berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan.
-Rasional
-Kebijaksanaan
-Amanah
-Bertanggungjawab
-Kesederhanaan

Prosa  Moden (Drama)
Pengarang
Tema
Nilai

Bukan Gila
Sharif Shaary
Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otaknya bersendirian.
-Berdikari
-Ketabahan
-Kegigihan
-Rasional
-Kasih sayang