Tuesday 25 August 2015

LATIHAN KARANGAN

FAKTOR BERLAKUNYA  RASUAH  DAN KESAN BURUK PERBUATAN TERSEBUT


       Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai “sidepno-shito” yang bermaksud ‘wang dari bawah meja’. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu mudah terlibat dengan rasuah.


Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.


Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.


Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.


Di samping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Malah, amalan rasuah jika tidak dicegah akan terus merebak dan membawa banyak kesan negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara. Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi ‘barah’ dalam masyarakat.


Sebenarnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi.


Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah dan harga diri!

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - AKAUN

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - AKAUN

PRINSIP AKAUN
 
> 1. DOKUMEN
> 2. PERKONGSIAN (PEMBUBARAN)
> 3. TITIK PULANGAN MODAL
> 4. REKOD TIDAK LENGKAP (ANALISIS)
> 5. PENYATA PENYESUAIAN BANK
> 6. SUSUT NILAI, PERUNTUKAN SUSUT NILAI, PELARASAN PELUPUSAN ASET
> 7. TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
> 8. HUTANG LAPUK, PERUNTUKAN HUTANG RAGU

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - SAINS

SCIENCE TIPS --  PAPER 2

 SECTION A
  1. Factors that affect the growth at bacteria - Harmful effects /diseases
  2. Alloy – hardness / structure
  3. Properties of Substances / metals non – metals
  4. Pressure – Bernoulli / Momentum
SECTION B
  1. Nervous system / Proprioceptor
  2. Heredity – mechanism of inheritance / mutation / diseases
  3. Radioactive substance & uses
  4. Soap / Alcohol
  5. Radio Waves / satellite

SECTION C - Light Colour / Electrolysis / Method of Food Processing / label

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - KIMIA

CHEMISTRY TIPS - PAPER 2

SECTION A
  1. Empirical formula. (precaution, draw apparatus, observation, calculation).
  2. Periodic table.
  3. Carbon compound. (alkane, alkane, alcohol.)
  4. Salt
  5. Redox and electrolysis. (define term)
  6. Soap and detergent (how to make soap, adv, disadvantage.)
  7. Contact & Haber process.
  8. Thermochemistry
SECTION B
  1. How to make soluble / insoluble salt  (Identity anion / cation.)

  1. Rate of reaction. (catalyst, surface area, concentration.)
  2. Bond (ionic , covalent)
  3. Combination of (alloy ,glass, polymer) Or Rubber (polymer & vulcanisation)

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - BIOLOGI

BIOLOGY TIPS – PAPER 2 -  SECTION A

  1. Mitosis / meiosis      -   cancer and tissue culture
  2. Enzyme (factor affecting enzyme activity.)
  3. Dynamic ecosystem
  4. Menstrual cycle and negative feed back
  5. Double fertilization
  6. Nutrition
  7. Inheritance / variation
  8. Pollution          – air – Green house effect

SECTION B - Respiration and photosynthesis 

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - FIZIK

PHYSICS  TIPS (LATEST) - PAPER 2

SECTION A
1.    Micrometer screw gauge / vernier calipers
2.    Latent heat fussion / vaporization / specific heat
3.    Burnoulli
4.    Refraction of light / glass index
5.    Young concept / interference of light / water
6.    CRO and rectification / diode
7.    Logic gate
8.    Half-life / rays / radioactive

SECTION B
9.   Momentum / Boat or plane modification
10. Electromagnet / transformer
11. Gas Law / Gas pressure
12. Projector / lens

PAPER 3
SECTION A - Extension of spring / Hooke law / Object distance on image size / focal length

SECTION B -  Resistant over wire diameter / temperature / Inertia

Sunday 23 August 2015

FOKUS PERCUBAAN SPM, 2015 - SUBJEK SEJARAH

TIPS SEJARAH - TINGKATAN 4

BAB 3 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

1. Kegiatan Kerajaan Agraria, kepentingan bahasa Sanskrit dan pencapaian masyarakat awal yang menjadi kebanggaan hari ini.
2.Kerajaan Agraria, faktor perkembangan Kerajaan Angkor.
3. Cara penyebaran Hindu – Buddha ke Asia Tenggara
4. Candi – Contoh candi dan tujuan candi dibina.
5. Pengaruh Hindu – Buda dalam sistem pemerintahan, bahasa dan kesusasteraan.

BAB 6 – PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 

1.            Kerajaan Turki Utmaniyyah – faktor kejayaan ke Eropah, sumbangan dan ciri mubaligh Islam.
2..            Kerajaan Bani Umaiyyah – pusat pemerintahan, sumbangan, sumber pendapatan dan faktor kejayaan.
3.            Sumbangan Bani Umaiyyah dalam sistem pemerintahan, peranan Kota Baghdad, pusat penyebaran ilmu Kerajaan Abbasiyyah dan peranan anda membentuk budaya keilmuan.

BAB 8 – PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI M’SIA SEBELUM KEDTGAN BARAT

1. Melaka – perdagangan, cukai, kepentingan cukai
2. Pengaruh Islam – pentadbiran, adat Temenggung, mata wang, nilai Islam dalam perdagangan dan unsur Islam ke arah kegemilangan.
3. Pendidikan – tidak formal dan formal
4. Pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran
5. Perundangan – tidak bertulis ( Adat Perpatih dan Adat Temenggung )
                    -  bertulis ( Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka )

BAB  9 – PERKEMBANGAN DI EROPAH
1. Ciri-ciri Zaman Gelap, persamaan masyarakat feudal tradisional, iktibar.
2. Maksud Zaman Gelap, hierarki masyarakat feudal, hubungan tuan tanah dan petani, Kesan Zaman Renaissance, iktibar penjelajahan dan penerokaan.
3.Penjelajahan dan penerokaan – faktor, tokoh, Perjanjian Tordesillas, kesan penjelajahan.Imperialisme Barat di Asia – faktor dan kesan di Asia Tenggara.


TIPS SEJARAH - TINGKATAN 5

BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI A. TENGGARA

Ciri Birokrasi Barat – Filipina, Indonesia, Burma, Tanah Melayu, Thailand ( Raja MongkuT dan Raja Chulalongkorn )

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA & BANGSA

1.            Negara dan bangsa Malaysia – bagaimana dibentuk, ciri-ciri dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka – warisan Kesultanan Melayu Melaka di negeri Melayu.
2.            Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, Sistem Jemaah Menteri Kelantan, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, demokrasi dan konsep persekutuan di Negeri Sembilan
.
BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA & BANGSA YANG MERDEKA

1.            Pakatan Murni.
2.            Usaha mengadakan Pakatan Murni, sebab Parti Perikatan diterima semua kaum dan  Pendekatan memastikan kemerdekaan terus terpelihara.
3.            Usaha Parti Perikatan, isu Suruhanjaya Reid, kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

BAB 7 – SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN NEGARA M’SIA 

1.            Lambang-lambang negara – jata, lagu, bendera

BAB 9 – MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1.            Pertubuhan – Komanwel, OIC, NAM, Negara-Negara Selatan.




Thursday 20 August 2015

ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - NOVEL

Persoalan Tentang kasih sayang Dalam  Novel Azfa Hanani & Novel Kembara Amira


Persoalan
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira


Datin Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku Murni sempena hari jadinya kerana dia begitu menyayangi anak bongsunya itu. 


Profesor Zaidah sentiasa mengambil berat keperluan dan kebajikan anaknya, Amira walaupun sibuk dengan pekerjaannya kerana Amiralah satu-satunya anaknya dan dia amat menyayangi anaknya itu

Azfa Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk menggantikan Tengku Ellina yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Sumbangsih kerana dia amat menghargai hubungan persahabatan antara mereka yang baru terjalin dan dia mula rasa sayang terhadap sahabatnya itu.  
                                  


Amira sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan untuk mencari kawannya Malique yang hilang.    /     
 Demi sayangnya terhadap sahabat karibnya Amira, Jacintha berusaha mencari Amira yang hampir lemas ketika terjatuh dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras sehingga dia sendiri tersesat di dalam hutan lalu pengsan.                             


Demi kasih sayangnya terhadap ibunya, Abang Mazran berusaha mencari gadis yang mirip wajah adiknya iaituTengku Murni yang telah meninggal dunia lalu meminta gadis itu menyamar sebagai adiknya demi membantu memulihkan tekanan emosi ibunya iaitu Datin Maziah yang tertekan kerana tidak dapat menerima kematian anaknya.

                                
Amira sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya. Perasaan kasih dan sayangnya terhadap ibunya,  Prof. Zaidah jelas digambarkan apabila Amira mengurut-urut belakang ibunya apabila dia ternampak ibunya keletihan.


Pak Long Madi sanggup memelihara Azfa Hanani sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Walaupun dia sendiri hidup dalam kesusahan dan kemiskinan, demi tanggung jawab dan sayang akan anak saudaranya itu, Pak Long sanggup menjaga dan memelihara Azfa Hanani.

Ludin sanggup memelihara anak saudaranya iaitu Itai kerana Tau yang mengalami tekanan perasaan telah mengasingkan dirinya setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama-sama Johnny dengan membawa anak sulungnya iaitu Sabi.




ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - NOVEL

Plot Novel Azfa Hanani & Novel Kembara Amira
Peringkat Plot
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

Permulaan / Eksposisi
Cerita bermula dengan watak Azfa Hanani yang berada dalam kebimbangan setelah pihak sekolah sudah mengenal pasti orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Seri Dian. Azfa Hanani telah dipanggil ke bilik pengetua.
Azfa Hanani diminta untuk menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran kerana wajahnya seiras adiknya yang telah meninggal dunia iaitu Tengku Murni. Demi masa depan persekolahannya dan berpeluang untuk membantu sepupunya Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran itu
Dimulakan dengan watak Amira bersama dengan Jacinta  dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya dengan menaiki keretapi untuk menghabiskan cuti mereka bersama-sama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira untuk menyertai ekskavasi menjejaki  kewujudan tamadun awal manusia.
Perkembangan / Konflik
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dipindahkan ke Sekolah Menenengah Taman Sari. Di situ dia mula berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang terdiri daripada Tengku Ellina, Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terpilih sebagai peserta dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya
Semasa menunggu kedatangan Malique di Air Terjun Angin, Amira tergelincir dan jatuh lalu dihanyutkan arus deras. Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, orang Asli Semai. Malique pula hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia
Klimaks
Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.Tengku Muzaffar turut menghalang persahabatan antara Azfa Hanani dengan Ekran. Berlakulah pertengkaran antara mereka sehingga mendatangkan kemarahan kepada Datin Maziah yang terdengar pertengkaran tersebut lalu beliau terasa tertipu. Setelah penyamarannya terbongkar, Azfa Hanani ditampar dan dihalau oelh Datin Maziah.
Para pelajar universiti awam yang menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Dr.Zawawi menemukan pelbagai artifak seperti kapak dan tulisan zaman purba pada dinding gua yang sangat berharga di Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai bertembung dengan makhluk berbulu dalam usaha menyelamatkan Malique
Peleraian
Datuk Tengku Makmur mengaku bahawa beliau telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun yang lalu. Azfa Hanani dipujuk supaya kembali ke bangle Datuk Tengku Makmur dan menjadi dirinya yang sebenar. Azfa Hanani juga telah muncul sebagai pengerusi terbaik Forum
Rahsia kehidupan Tau akhirnya terbongkar.  Makhluk berbulu yang dianggap sebagai misteri oleh orang Asli Semai sebenarnya ialah Tau. Jennifer juga mengaku bahawa dia ialah Ipah, isteri Tau yang telah lari meninggalkannya dengan mengikut Jonny ke Australia.  Malique pula ialah Sabi iaitu anak kandung Tau dan abang kepada Itai.
Pengakhiran
Cerita berakhir dengan kegembiraan.
Cerita berakhir dengan kegembiraan.


ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - TATABAHASA

Latihan Tatabahasa

1. Bina Ayat - Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan  imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

            i)          Duduk

ii)             Penduduk

iii)            Pendudukan

iv)            Menduduki

v)             Kedudukan

vi)            Terduduk

2.. Pisahkan ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal

i) Industri desa dijalankan di desa, menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan dan menggunakan kemahiran tradisional. Industri desa dapat menambahkan pendapatan penduduk desa dan mengurangkan pengangguran di desa kerana wujud pelbagai peluang pekerjaan berkaitannya.


ii) Iklan memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan memberitahu tentang adanya barangan dan perkhidmatan tertentu di pasaran serta mempengaruhi pengguna supaya membelanjakan wang mereka untuk membeli barangan yang dijual


3. Kesalahan ejaan & imbuhan
i) Para pekebun memperolehi pendapatan yang lumayan setelah bekerja keras menggembeleng tenaga mengusahakan tanaman mereka sejak beberapa tahun yang lalu.
ii) Kakak saya akan berpindah  ke rumah lain yang lebih kodusif  sebaik sahaja anaknya sembuh daripada penyakit kronik yang dihidapnya.
iii) Lokasi penggambaran belum dapat dikenalpasti kerana jalan cerita yang diutarakan agak tertinggal zaman.

3. Kesalahan istilah & bahasa
i) Setelah berita ngeri kemalangan  itu disiarkan menerusi akhbar, orang ramai mula hebah memperkatakannya.
ii) Sikap mementingkan diri sendiri ketika membawa kenderaan di jalan  raya telah menjadi punca utama berlaku kemalangan.
iii) Tempoh yang diberikan pada peniaga untuk meletakkan tanda harga barangan jualannya akan dillonggarkan sebulan lagi.


4. Peribahasa – Berikan satu lagi peribahasa yang membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa berikut:                                                                                                                                                                
i) Genggam bara api biar sampai jadi arang
ii) Air dicencang tak akan putus
iii) sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit                                                                                  



ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015- RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis satu rumusan tentang kepentingan pokok yang terdapat di hutan dalam kehidupan manusia dan implikasi penebangan hutan yang berleluasa. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Pada tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta untuk menggiatkan usaha penyelidikan hutan komersial. Hutan lazimnya dikaitkan dengan kayu balak, binatang  buruan, sayuran dan ulam, buah-buahan dan juga pusat rekreasi orang ramai. Tafsiran ini ada benarnya kerana hutan menyediakan hidupan untuk kelangsungan kitaran hidup sama ada untuk manusia, tumbuhan dan haiwan yang menjadi penghuninya. Mana tidaknya, di kawasan hutan Indo Malayan sahaja dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya 800 spesies kayu balak berharga, 600 tumbuhan ubat-ubatan, lebih 400 spesies rotan, 200 spesies buah-buahan dan beratus-ratus spesies yang menghasilkan bahan bernilai.
            Usaha memulihkan keadaan hutan secara semula jadi perlu pelaksanaan segera. Hal ini demikian kerana selain menjadi sumber rezeki, hutan juga sebagai penentu proses pengekalan ekosistem semula jadi yang tiada tolok bandingnya. Selain bertindak sebagai bahan hidrologi, hutan bertindak sebagai pengawal hakisan tanah. Akar-akar pokok mengikat dan mencengkam tanah untuk menegapkan dan seterusnya menghindarkan tanah daripada  berlakunya banjir serta hakisan tanah. Melalui proses fotosintesis, karbon dioksida diserap oleh tumbuhan untuk membentuk karbohiderat dan membebaskan oksigen sebagai bahan sampingan. Proses ini mengurangkan kepekatan karbon dioksida di atmosfera yang terhasil daripada proses pernafasan dan pembakaran fosil seperti petroleum dan arang batu, di samping membekalkan oksigen.
            Hutan tropika, ibarat sinki karbon dioksida kepada dunia. Sebab itulah pencinta alam asing begitu mempertahankan kepupusannya berbanding hutan negara sendiri. Ladang hutan merupakan kaedah yang paling tepat bagi menangani masalah pembasmian hutan di negara ini. Sekiranya, pokok hutan diperlukan untuk hasil balaknya , mengapa tidak menanamnya? Penanaman semula hutan untuk tujuan komersial bukan sahaja dapat mengelakkan fenomena kepupusan hutan semula jadi, malah aktiviti ini mampu memberi pendapatan yang lumayan dengan sedikit modal dan perniagaan.
            Selain sumber rezeki kepada penduduk pedalaman, hutan juga dihuni oleh flora dan haiwan-haiwan yang kini hampir pupus. Pada masa lalu, binatang-binatang seperti kuang, badak sumbu dan sebagainya berkeliaran di hutan-hutan belantara negara kita. Kini, spesies itu semakin kurang ditemui. Dalam buku-buku sekolah atau ensaiklopedia binatang-binatang tersebut tercatat dalam peta sejarah dunia. Pelajar-pelajar sekolah hanya dapat melihat spesies itu melalui gambar-gambar atau di zoo yang mana mungkin binatang itu diimport dari negara lain. Hal ini, bukan sahaja merugikan generasi akan datang malah di peringkat negara mengurangkan khazanah berharga.
            Kesimpulannya, kita perlu memelihara dan memulihara hutan kita. Kalau tidak kita siapa lagi yang akan mempedulikan harta alam yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita.


Berdasarkan petikan , jawab soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

i)         Berikan maksud rangkai kata tiada tolok bandingnya                                                          [2 markah]

ii)        Mengapakah penanaman semula  hutan amat perlu dilakukan?                                              [3 markah]

iii)        Pada pendapat anda, apakah kesannya jika pokok semakin kurang akibat aktiviti pembalakan yang tidak terancang?                                                                                                                       [4 markah]