Showing posts with label KOMSAS TINGKATAN 4. Show all posts
Showing posts with label KOMSAS TINGKATAN 4. Show all posts

Tuesday, 5 September 2017

Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh mernanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku. 'Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."
            Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
            Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa."
            Setelah patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
            Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya rnasuk menghadap Seri Betara. Maka sembah patih Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Ringkasan Plot Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

1.      Bahagian pengenalan atau eksposisi - Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2.      Tahap perkembanganKertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.

3.      Tahap perumitan - pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak dan kayu di keliling istana . Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

4.      Tahap klimaks - Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

5.      Tahap peleraian banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

(i)                          Berikan maksud terlalu sukacita hatinya.                                                                               [2 markah]
(ii)                        Nyatakan reaksi Patih Gajah Mada selepas rmendengar kata-kata Kertala Sari.                            [3 markah]
(iii)                      Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
 Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut?

                                                                                                                                              [3 markah]

Tuesday, 14 March 2017

PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

1.     Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2.     Cerita mencapat tahap perkembangan apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.


3.     Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

4.     Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

5.     Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang dating menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.


Tuesday, 3 May 2016

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja oleh Zurinah Hassan

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja oleh Zurinah Hassan

 

A.    Zaman dahulu.

          Kisah ini berlaku di negeri  Cempaka Seri. Rajanya iaitu Indera Seri seorang yang sombong dan suka berjudi. Hal ini mendorong kebanyakan rakyat di negeri itu leka dengan berjudi.  Di  hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua  bernama Pak Kaduk yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya.  Pak Kaduk mempunyai seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan  Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam pak Kaduk. Pak Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung. Akhirnya Pak Kaduk menerima apa-apa sahaja syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Berita kehebatan ayam sabung Pak Kaduk mendapat perhatian daripada Raja lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh baginda. Syarat-syaratnya ialah:
            Ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Raja yang bernama Si Jalak Putih    Mata. Pertaruhannya ialah  kampung halaman dan isi rumahnya. Manakala bagi pihak             Raja     pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa untuk memerintah dan kawasan negeri           jika ayam Raja kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat   tersebut           kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Sebagaimana yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan Raja telah menang. Pak Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Raja. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak  Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Raja.
            Oleh sebab berpegang pada janji dan syarat penyabungan, Pak Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Raja. Pak Kaduk hanya tinggal sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana semasa Raja  mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah.
            Pak Kaduk pun berhijrah ke sebuah pulau bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau.  Malang sungguh Pak Kaduk; ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai!

B.    Zaman Sekarang.


          Cucu Kaduk iaitu Hakim berusaha untuk mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim memiliki kesedaran untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti dan tandatangan. Azam berhujah dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Kaduk takut dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang dalam persabungan, Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu.. Penghujahan Azam telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Akhirnya, tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada warisnya, iaitu Hakim.
            Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan tanah tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim menceburi bidang penternakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja RM 200 000.00.  Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam pun ditandatangani dengan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
            Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan syarikat besar ini. Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. .  Sahabat karibnya iaitu Azam yang pulang dari luar negara kerana berkursus  telah berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam selut / jalan berlumpur. Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana syarikat RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya. Selain itu, Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam yang bernilai RM85 000.00. Namun begitu, hanya RM13 000.00 sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat.  Hakim juga berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar. Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal berbuat demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya syarikat RAJA terus mengaut keuntungan.
            Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan. Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang meruncing. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurangan.
            Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya melunaskan hutang bank menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Perkara yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang bawahan sepertinya terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Peristiwa Bergambar  Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja



Plot Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja



plot

           




Watak dan Perwatakan


Watak utamaHakim - Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. / terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti. /  ingin mendapatkan kembalik haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu. / menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan bantuan Azam. / bercita-cita tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam secara moden. / berani menyahut seruan kerjaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang pertanian. / menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken Globak ataupun RAJA / dihimpit masalah hutang apabila syarikat besar ini memonopoli perniagaan dan pihak bank menuntut hutang. / Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara. /  menyamakan nasib malanya dengan nasib yang dialami oleh datuknya, iaitu Kaduk.

            Azam - sahabat baik Hakim. /  lulusan jurusan undnag-undang. /  bijak dan petah             berhujah - dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh             raja di mahkamah. /      baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepada Hakim. /             Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.


`           Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA - Sebuah syarikat besar yang menandatangani           kontrak dengan Hakim. / menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan, serta          keperluan yang lain. /  mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.


Latar


Latar Tempat


1.      Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya perisitwa dalam cerpen ini adalah di sebuah kampung.
2.      Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.
3.      Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.
4.      Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntuan terhadap tanah pusaka milik datuknya di situ.

Latar Masa


1.      Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat menyabung ayam.
2.      Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.
3.      Waktu kerjaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

Latihan Unsur KOMSAS:

 

Tema –

1.     Pada dasarnya, projek penternakan itu tampak menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan.

Persoalan


1.      
Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.

2.      
Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.

3.      
Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.

4.      
Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian.

5.      
Hakim berusaha untuk membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.

Latar Masyarakat

1.      
tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.

2.      
Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja semula.

3.      
Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali hak-haknya melalui proses perundangan mahkamah.

4.      
Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, iaitu Kaduk.

5.      
pemimpin kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya.

6.      
Syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi membolehkan mereka menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.

7.      
Hakim dihimpit oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.

Nilai


1.     Nilai ______________ - kegigihan seorang anak muda lepasa universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

2.     Nilai ________________ - Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

3.     Nilai ______________ - Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.

4.     Nilai _________________ - Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.

5.     Nilai __________________ - Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.

6.     Nilai ___________________- Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.



Pengajaran


1.      
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang telagh dirampas oleh raja.

2.      
Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.

3.      
Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.

4.      
Hakim menggunakan saluran undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.

5.      
Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya di mahkamah.


Latihan Pemahaman:
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
          Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa. 
          Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.
          “Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke?  Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.
          “Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.
          Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken.  Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.


       i.          Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula.         [2 markah]          
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


      ii.          Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu megeluarkan makanan yang mencukupi?     [KBAT]                                                                                                                 [3 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     iii.          Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung dalam cerpen tersebut.
                                                                                                                                    [4 markah]                                                                                                          
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Monday, 3 August 2015

NOTA PADAT KOMSAS & NOVEL TUNGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 4
TEMA
PERSOALAN
NILAI
Puisi Tradisional

Syair Bidasari


Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara
1.Persoalan tentang kebijasanaan   memimpin sebuah kerajaan
2.Persoalan tentang tanggungjawab seorang pemimpin
3.Persoalan tentang kasih sayang terhadap ahli keluarga
4.Persoalan tentang keadilan dan kesaksamaan
5.Persoalan tentang musibah yang tidak boleh diramal
6.Persoalan tentang kangka hayat dan soal kematian kuasa Tuhan.

1.      Nilai tanggungjawab - Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urus negerinya dengan sempurna.
2.      Nilai ketaatan - seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.
3.      Nilai kebijaksanaan - Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.
4.      Nilai keadilan - Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.
5.      Nilai kasih saying - Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan dua.

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

 

Nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti mulia.
1.      Persoalan tentang kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran dan pertuturan dalam kehidupan sehari-hari.
2.      Persoalan tentang kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.
3.      Persoalan tentang kepentingan mengawal anggota badan terutama tangan dan kaki.

1.      Nilai berhati-hati - kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.
2.      Nilai rasional - kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan dan nafsu syahwat.
3.      Nilai kebijaksanaan - kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota tangan dan kaki.

Puisi Moden (Sajak)
Sang Gembala Kuda [Mohd Hashim Othman]

 

Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya
1.      Persoalan tentang kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
2.      Persoalan tentang kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
3.      Persoalan tentang kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan
4.      Persoalan tentang kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan
5.      Persoalan tentang kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.
6.      Persoalan tentang ketegasan dalam memimpin.
7.      Persoalan tentang penganiayaan terhadap haiwan.
8.      Persoalan tentang kepatuhan menurut pemerintah.
9.      Persoalan tentang keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
10.   Persoalan tentang kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.
11.   Persoalan tentang pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.

1.      Nilai tanggungjawab - penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2.      Nilai keberanian - penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3.      Nilai kebijaksanaan. - penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya detika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4.      Nilai kegigihan - penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
5.      Nilai kepatuhan - sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

Aku Membaca Lagi

[Razali Mohd Yussof]
Nasib bahasa kebangsaan yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa
1.      Persoalan tentang bahasa sebagai maruah bangsa.
2.      Persoalan tentang peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan
3.      Persoalan tentang jati diri anak bangsa yang kian terancam.
4.      Persoalan tentang kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan
1.      Nilai tanggungjawab - penyajak memikul tanggungjawab untuk menyeru anak bangsa agar mengangkat kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah dipinggirkan oleh mereka.
2.      Nilai keinsafan - penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang jati diri agar segera sedar dan insaf untuk mengenal diri.
3.      Nilai kegigihan - penyajak menyeru anak bangsa agar gigih mengangkat kembali martabat bahasa kebangsaan .
4.      Nilai patriotik - penyajak menyeru anak bangsa agar mencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan .dengan sepenuh hati.
5.      Nilai kesyukuran - penyajak mengagumi akan kebesaran Tuhan yang mencipta berbagai-bagai fenomena alam sebagai melengkapkan kehidupan manusia di muka bumi.


www.sibermedeka.com.my [Abdul Ghaffar Ibrahim]

 

Ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup
1.      Persoalan tentang perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup.
2.      Persoalan tentang kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat dan pancaroba.
3.      Persoalan tentang keinginan untuk tidak mengulangi kesilapan.
4.      Persoalan tentang keinsafan untuk membaiki sisa-sisa kehidupan.
5.      Persoalan tentang kekuatan diri dalam melawan musuh.
6.      Persoalan tentang keyakinan untuk menghadapi masa depan apabila memiliki pendirian yang teguh.
7.      Persoalan tentang keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.



1.      Nilai rasional - penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya tidak susah lagi.
2.      Nilai kebebasan - penyajak tidak mahu kehidupannya dipermain-mainkan.
3.      Nilai kebjikasanaan - penyajak akan berhujah dengan dirinya sebelum mebuat sesuatu keputusan.
4.      Nilai keinsafan - penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
5.      Nilai berwaspada - penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih berwaspada pada masa akan datang.
6.      Nilai penghargaan - penyajak tidak mahu hidup ini dipersia-siakan.
7.      Nilai ketakwaan - penyajak akan menjadi insan yang taat kepada Tuhan.


Gelanggang [Onn Malini]

 

Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta
1.      Persoalan tentang perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu membangunakn negara.
2.      Persoalan tentang perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat.
3.      Persoalan tentang pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.
4.      Persoalan tentang semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih saying terhadap negara.
5.      Persoalan tentang usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua pihak
1.      Nilai cinta akan tanah air -  nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap warga negara.
2.      Nilai penghargaan - jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini perlu dihargai.
3.      Nilai bersatu padu - kemerdekaan yang dikecap adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini.
4.      Nilai ketaatan -  taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.
5.      Nilai pengorbanan –pejuang kebangsaan sanggup berkorban demi negara tercinta.
6.      Nilai bertanggungjawab - semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.


Prosa Tradisional

Kepimpinan Melalui Teladan

 

kepahlawanan seorang Laksamana yang sanggup mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

1.      Persoalan tentang kegagahan dan kehebatan pahlawan silam - Laksamana digambarkan sebagai seorang pahlawan yang handal dan gagah sehinnga digeruni oleh pihak lawan dan musuh.
2.      Persoalan tentang kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh - Laksamana telah mengenakan pakaian yang serba hitam, menyamar sebagai seorang perajurit dan berbaring di tengah pasar pada suata malam dengan harapan untuk menangkap dan membunuh Kertala Sari.
3.      Persoalan tentang taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerinta -  rakyat dan hulubalang Melaka taat kepada perintah Tuanku Syah Alam bagi menjejeaki pencuri yang telah mencuri harta benda sehingga mencetuskan huru-hara di Melaka.
4.      Persoalan tentang menuntut bela atas kematian orang tersayang - Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Petala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana.
5.      Persoalan tentang amanah dalam melaksanakan tugas - Laksamana menjalankan tugasnya mengawal keamanan negeri Melaka dengan amanah dan dedikasi tanpa mengharapkan sebarang ganjaran

1.      Nilai kasih sayang - Kertala Sari amat menyayangi bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana.
2.      Nilai kegigihan - Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka.
3.      Nilai ketaatan - Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana.
4.      Nilai semangat bermasyarakat - rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati mengawal kawasan kampung masing-masing daripada diceroboh oleh pencuri.
5.      Nilai kebijaksanaan - Laksamana bijak menggunakan akal bagi menyusun strategi untuk memerangkap penjurit/pencuri yang mencetuskan kekacauan di Melaka itu.
6.      Nilai tanggungjawab - Laksamana bertanggungjawab memulihkan keamanan negeri Melaka dengan sedaya-upayanya menangkap penjurit/pencuri itu.
7.      Nilai keberanian - Laksamana berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka.


Prosa Moden (Cerpen)

Kaduk, Ayam dan Raja [Zurinah Hassan]

Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan.

1.      Persoalan tentang kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden - Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.
2.      Persoalan tentang halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan - Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.
3.      Persoalan tentang usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain -  Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.
4.      Persoalan tentang kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian - Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian.
5.      Persoalan tentang usaha membersihkan namadan maruah keluarga - Hakim berusaha untuk membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.

1.      Nilai kegigihan - kegigihan seorang anak muda lepasa universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.
2.      Nilai rasiona - Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.
3.      Nilai ketabahan - Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.
4.      Nilai tanggungjawab - Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.
5.      Nilai berdikari - Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.
6.      Nilai kebijaksanaan - Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.


Munsyi [Husna Nazri]

 

Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara
1.      Persoalan tentang usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak muda - bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan mengauasai bahasa ibunda dengan baik sebelum berhijrah ke kota.
2.      Persoalan tentang harapan warga tua agar agama, Bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun dipertahankan - bonda berharap agar generasi muda terus mempertahankan agama, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun yang semakin ditelan oleh arus pembangunan.
3.      Persoalan tentang kecendurungan anak-anak muda melupakan dan memperlekeh bahasa dan budaya sendiri - Mel mendapati anak-anak muda di kota gagal berbahasa dengan baik dan tidak memberikan keutamaan pada pengekalan budaya bangsa.
4.      Persoalan tentang kesan penjajahan kepada penduduk peribumi - penjajah gagal mengagaihkan kekayaan secara sama rata antara kaum. Akibatnya, berlaku persengketaan yang menyebabkan pertumpahan darah dan banyak jiwa yang terkorban.
5.      Persoalan tentang kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai cabaran - anak-anak muda hilang maruah dan jati diri kerana mereka tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan melanggar hukum agama.
6.      Persoalan tentang kekuatan pegangan agama banteng yang ampuh bagi mengelakkan diri daripada pengaruh unsur luar - Mel berpendapat bahawa dia sudah memiliki kekuatan untuk berhijrah ke kota kerana pegangan agamanya semakin kuat dan kecintaan pada bahasa ibundanya kian tinggi.
7.      Persoalan tentang kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah - Mel melahirkan rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya apabila membaca teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.


1.      Nilai cinta akan agama, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun - nilai kecintaan ini terdapat pada diri bonda.
2.      Nilai penghargaan - bonda mahu Mel menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang yang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara.
3.      Nilai ketaatan -  atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalam baharu di kota.
4.      Nilai tanggungjawab - bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak ternilai harganya.
5.      Nilai hormat-menghormati - Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang Bahasa.
6.      Nilai kebijaksanaan - bonda merupakan seorang yang bijak kerana mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air.

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul [Maskiah Haji Masrom]

 

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

1.      Persoalan tentang kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar -  kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket.
2.      Persoalan tentang sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi etika perniagaan - peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul memaksa seseorang membeli barangannya.
3.      Persoalan tentang aktiviti pelancongan banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan - penulis banyak memperoleh pengalaman pahit manis daripada aktiviti pelancongan yang disertainya.
4.      Persoalan tentang idea dan amanat penulis dahulu yang wajar dicontohi - hasil penulisan Mevala Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak mengandungi pengajaran kepada pembaca dan sewajarnya dicontohi
1.      Nilai baik hati - penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.
2.      Nilai berhemat - penulis membuat perancangan lebih awal bagi mengawal perbelanjaannya.
3.      Nilai kesabara - penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket.
4.      Nilai mencintai hidupan liar - penulis sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar.
5.      Nilai kesopanan - penulis tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai.
6.      Nilai suka menimba ilmu - penulis minat membaca terutama hasil karya penulis tersohor.
7.      Nilai kemanusiaan - penulis berasa sedih apabila pihak polis menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki yang menjual barangan pasar gelap.
8.      Nilai penghargaan - penulis amat menghargai hasil tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja.

Prosa Moden (Drama)

Berkhidmat untuk Negara [Affix Zulkarnaen Adam]

 

Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan Negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

1.      Persoalan tentang kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan - Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.
2.      Persoalan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan - sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman menyertai PLKN.
3.      Persoalan tentang kasih saying ibu bapa terhadap anak-anak - Datuk Khir Ghazali amat menyayangii Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.
4.      Persoalan tentang kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan - Aiman sedar akan sikap negatif dan tanngapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk Negara tercinta.
5.      Persoalan tentang PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diti dalam diri generasi muda, - Ziman telah Berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuri dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


1.      Nilai kasih saying - Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.
2.      Nilai baik hati -  Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN ke Aiman sambal menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.
3.      Nilai tanggungjawab - Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik.
4.      Nilai cinta akan negara / patriotisme - kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani sangat teruja dan bangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
5.      Nilai kegigihan - Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB).
6.      Nilai hemah tinggi - Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan.
7.      Nilai berpandangan jauh - Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping menanam semangat patriotik dalam jiwa anak-anaknya.
8.      Nilai berdikari - Syufia telah berjaya membentuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor dalam PLKN.
9.      Nilai kesedaran - Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN melalui laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.
10.   Nilai kesabaran - Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Novel




Jendela Menghadap Jalan [Ruhaini matdarin]

Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.

1.      Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya - Walaupun sibuk dengan tugasan di syarikat cari gali minyak, namun ibu Lili tetap mendidik dan membesarkan Lili dengan penuh kasih sayang. / Ibu Lili sering menasihati Lili dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan.
2.      Persoalan tentang persaingan perubatan tradisional dengan rawatan moden. - Sebagai pengamal perubatan tradisional, Haji Abdul Rahman berasa kecewa dan terkilan apabila pesakitnya semakin berkurang dari sehari ke sehari disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan moden.
3.      Persoalan tentang permasalahan permuafakatan dalam mencapai kata sepakat. - Penduduk Kampung Sentosa gagal mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu pemasangan kubah, iaitu sama ada dipasang pada bumbung surau atau pada bumbung masjid yang baru dicadangkan pembinaannya. / Golongan warga tua bersetuju agar kubah tersebut dipasang pada bumbung surau sebaliknya generasi muda lelaki dewasa mencadangkan agar kubah itu dipasang pada bumbung masjid baharu yang mungkin akan dibina di kampung itu.
4.      Persoalan tentang suami/bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab. / Seman merupakan suami kepada Che Jah dan bapa kepada Rafiq dan Haziq. Disebabkan sikapnya yang panas baran dan selalu berada di bawah pengaruh tekanan akibat kalah judi, dia sering menjadikan isterinya, Che Jah sebagai mangsa kemarahannya. / Dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu.
5.      Persoalan tentang ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa - Lili amat taat dan patuh akan arahan ibu dan bapanya. Dia tidak membantah secara lisan apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya ke kampung kelahiran ibunya bagi menghabiskan masa cuti sekolah.
6.      Persoalan tentang amanah dalam menjalankan tanggungjawab- Sebagai Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Puan Hamimah atau panggilan mesra, Kak Mimah dan Nadia berusaha membantu Che Jah untuk mengheret suaminya, iaitu Seman yang sering memukulnya ke muka pengadilan.
7.      Persoalan tentang keganasan dalam rumah tangga - Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, iaitu Seman yang bersikap panas baran, kaki judi, dan pemabuk.
8.      Persoalan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan - Geetha menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Malaya sebagai pelajar tahun pertama. Lili pula digambarkan sebagai murid tingkatan lima yang cemerlang dan banyak menguasai bahasa asing seperti Mandarin, bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin.
9.      Persoalan tentang keikhlasan dalam menghulurkan pertolongan - Dengan ikhlas, Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadda Geetha yang kelam-kabut ketika duduk bersebelahan dengan tempat duduknya di dalam bas ekspres.
10.   Persoalan tentang kejujuran dalam menceritakan kisah silam - Che Jah bercerita secara jujur mengenai sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia dengan harapan masalah rumah tangganya itu dapat ditangani dengan segera.

1.      Nilai kasih sayang - Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu walaupum hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
2.      Nilai tanggungjawab - Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab terhadap nasib malang Che Jah yang menjadi mangsa keganasan suaminya. Mereka berusaha sedaya-upaya untuk mengheret suami Che Jah ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
3.      Nilai bijaksana - Danel bijak menggunakan waktu malam sebagai masa yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk.
4.      Nilai belas kasihan - Lili berasa amat bersimpati dengan nasib Che Jah yang mempunyai suami kaki judi dan bersikap panas baran serta mempunyai dua orang anak lelaki yang menghadapi masalah penagihan dadah jenis syabu.
5.      Nila kesabaran - datuk dan nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya ekoran perasaan tidak puas hati mereka dalam pelbagai perkara.
6.      Nilai keadilan - Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Dia akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya yang sering memukul isterinya, Che Jah dan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq.
7.      Nilai keberanian - Geetha dan Lili berani mendaki puncak bukit pada lewat petang semata-mata untuk melihat pemandangan matahari terbenam tanpa ditemani oleh orang lelaki dewasa.
8.      Nilai baik hati - Rashid telah membayar harga sehelai kemeja bercorak batik yang dibeli oleh Lili sewaktu mereka pergi ke pasar malam.
9.      Nilai kerjasama - datuk, nenek, Rashid, Lili, Geetha, dan Danel bekerjasama untuk membantu Rafiq dan Haziq daripada menjadi mangsa kemarahan penduduk kampung.
10.   Nilai hemah tinggi -  Che Jah melayani kedatangan Lili dan Rashid ke rumahnya dengan begitu sopan dan mesra