Showing posts with label Spot SPM 2013. Show all posts
Showing posts with label Spot SPM 2013. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

SAJAK Di Bawah Langit Yang Sama (Lim Swee Tin)

Sajak Tingkatan 5 - Di Bawah Langit Yang Sama (Lim Swee Tin)


Maksud

Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

Rangkap 2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.

Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.

Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .

Tema
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

Persoalan
1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.

2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.

3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.

4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.


Bentuk
1. Bebas

2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini.

3. Rima akhir baris-baris ayat
• Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
• Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
• Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
• Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb

Nada
Sinis

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : Di bawah langitnya 

2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London. 

3. Kata pinjaman bahasa Inggeris 
Contohnya :i visa, pasport, 

4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna

5. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : berkongsi siang miliki malam

6. Sinkope
Contohnya : mu, ku

7. Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.

8. kata ganda
. Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

Nilai
1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.

2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.

3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.

4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.

Pengajaran
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada.

2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat

4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.

5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

Latihan.
1. Rima akhir ialah bunyi di hujung setiap baris. Apakah rima akhir bagi rangkap di bawah?

Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan 
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula

Jawapan: rima aabb

2. Tuliskan latar tempat luar negara yang ditulis dalam sajak ini.

Jawapan: latar tempat – Beirut, London, Washington, Australia, Afrika
 Juliana09 


SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU

Sajak: DIRGAHAYU BAHASAKU


MAKSUD

a.                 Rangkap 1: Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh dan setia.
b.                Rangkap 2: Bahasa Melayu merupakam maruh bangsa Melayu yang mesti (2)dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih bijaksana dan sejahtera
c.                 Rangkap 3: Pejuang bahasa mempunyai semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia

d.                Rangkap 4: Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Melayu. Mereka Berjaya menjalinkan hubungan dengan Negara-negara di seluruh kepulauan nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa ini.
e.                Rangkap 5: Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bahasa Melayu berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baru.


Tema

Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu,    bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan 
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai 
1. Semangat patriotik; contoh, rakyat mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara kita.
2. Semangat perpaduan; semua kaum di Negara kita menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu
3. Kesyukuran; contoh, rakyat bersyukur kerana bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh nusantara.
4. Bertanggungjawab; contoh, rakyat bertanggungjawab menjaga dan memastikan bahawa bahasa Melayu tidak dicemari oleh bahasa asing

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.
5. Kita hendaklah bersyukur kerana bahasa Melayu diwarisi sejak turun-temuru



CERPEN MEMORI SEORANG TUA

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN MEMORI SEORANG TUA  KARYA ZAHARI AFFANDI

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Tema
Semangat patriotik iaitu perjuangan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah
Pak Itam beria-ria mengadakan majlis sambutan hari jadinya semata-mata untuk berkongsi kisah perjuangannya mempertahankan tanah air suatu ketika dahulu sehingga dia keluar masuk penjara dan kehilangan keluarga demi bangsa dan tanah air








Persoalan
Persoalan semangat cinta akan tanah air
Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada penjajah. Baginya Tanah Melayu mesti diterahui oleh orang Melayu.
Persoalan tanggungjawab untuk berkongsi memori hidup dan perjuangan bangsa
Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 untuk berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara kepada penduudk kampug
Persoalan mengangkat maruah bangsa sendiri
Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan orang melayu dan memanusiakan manusia supaya mereka tahu menilai hak dan tahu menjaga maruah bangsa
Persoalan kasih sayag terhadap keluarga
Pak Itam terkenangkan isteri  dan anak-anaknya yang sehingga hari ini dia tidak mengetahui ke mana mereka menghilang
Persoalan tolong-menolong untuk meringankan beban
Tuk Mat membantu Pak Itam untuk mempersiapkan segala kelengkapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam
Persoalan mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air
Pak Itam menjadi sayu apabila tetamu tidak datang. Dia merasakan begitu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua sepertinya
Watak & perwatakan


Pak Itam
Seorang yang patriotik
Pak Itam menganggap negara ini patut ditadbir oleh orang Melayu dan setiap kekayaan negara perlu dikongsi sama rata bukannya dikaut oleh orang lain
Seorang yang bersemangat tinggi
Pak Itam bersemangat untuk menerima tetamu sempena majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 kerana dia dapat berkongsi pengalaman hidupnya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa
Seorang yang berani
Pak Itam sanggup keluar masuk penjara semata-mata untuk mempertahankan tanah air dan maruah bangsa
Seorang yang penyayang
Walaupun isterinya meminta cerai ketika dia berada di penjara, tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
Watak & perwatakan

Tuk Mat
Seorang yang suka menolong
Tuk Mat membantu Pak Itam mempersiapkan majlis sambutan hari jadi Pak Itam sehingga selesai
Seorang yang ikhlas
Tuk Mat dan isterinya membantu Pak Itam dengan ikhlas dan menolak upah yang diberikan oleh Pak Itam
Seorang yang prihatin
Tuk Mat sayu melihat wajah Pak Itam yang begitu kecewa apabila tidak ramai yang hadir ke majlisnya



Latar masa
Zaman penjajah
Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada penjajah
Waktu pagi
Pak Itam berkira-kira untuk memasang tujuh lapan khemah supaya penduudk Langat dapat menjamu selera
Tengah hari
Budak kontrak akan datang memasang khemah
Selepas sembahyang asar
Pak Itam melihat persiapan akhir majlis sambutan hari jadinya
Malam
Tuk Mat datang ke rumah Pak Itam untuk melaporkan bahawa segala persiapan telah selesai dan meminta Pak Itam berehat


Latar tempat
Penjara Singapura
Isteri Pak Itam membawa surat fasakh ketika dia merinkuk di dala penjara di Singapura
Langat
Pak Itam menjemput penduduk Langat supaya datang ke majlis sambutan hari jadinya
Rumah Pak Itam
Majlis sambutan hari jadi Pak Itam doadakan di pekarangan rumahnya


Latar masyarakat





Masyarakat pejuang iaitu berusaha membebaskan tanah air daripada penjajah
Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya semata-mata berjuang mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah
Masyarakat yang rajin membantu
Tuk Mat rajin membantu Pak Itam membuat persiapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85
Masyarakat yang melupakan jasa dan pengorbanan pejuang negara
Pak Itam sayu apabila masyarakat Langat tidak hadir dalam majlis sambutan hari jadinya seolah-olah mereka melupakan jasa dan pengorbanan Pak Itam
Masyarakat yang penyayang
Walaupun Pak Itam sudah bercerai dengan iaterinya tetapi dia tetap sayang dan mendoakan agar isterinya diberi kebahagian
Masyarakat yang bersemangat tinggi untuk berkongsi pengalaman hidup
Pak Itam bersemangat tinggi membuat persiapan menyambut majlis hari jadinya kerana dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya berjuang untuk negara dan bangsa





Nilai
Tanggungjawab
Pak Itam bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman hidupnya dengan masyarakat akan perjuangannya terhadap bangsa dan negara
Bantu-membantu
Tuk Mat membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam hingga selesai
Mengenang jasa
Masyarakat seolah-olah lupa akan jasa dan pengorbanan Pak Itam kerana tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Pak Itam
Kasih sayang
Pak Itam sedih apabila mengenangkan isteri dan dua orang anaknya yang tidak pernah dijumpainya sehingga sekarang
Patriotik
Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya berjuang untuk bangsa dan negara sehingga keluar masuk penjara dan kehilangan isteri dan anak-anak







Pengajaran
Kita hendaklah cinta akan negara dengan berjuang menentang penjajah
Pak Itam keluar masuk penjara kerana perjuangannya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa Melayu
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
Walaupun sudah bercerai tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya dan sering berdoa supaya isterinya beroleh kebahagiaan
Kita hendaklah rajin membantu supaya beban mereka dapat diringankan
Tuk Mat dan penduduk kampung membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam
Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara
Masyarakat perlu mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air kerana merekalah kita dapat hidup aman
Kita hendaklah berkongsi pengalaman hidup supaya masyarakat dapat jadikan pedoman
Pak Itam bersungguh-sungguh mengadakan majlis hari jadinya dengan menjemput seluruh penduduk Langat untuk berkongsi kisah perjuangannya


Gaya Bahasa
Bahasa asing – bahasa Inggeris
Hot, vision, Happy birthday to you
Sinkof
Sudahlah pak, hari dah nak masuk zuhur, pergilah berehat
Pepatah
Kebersihan sebahagian daripada iman
Simile
Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu
Personifikasi
Tiba-tiba hatinya diintali kesayuan



HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Tema
Kepahlawanan menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah Melayu
Kepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas







Persoalan
Persoalan keberanian menegakkan keadilan
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman.
Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperangan
Raja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara
Persoalan bersedia memberikan bantuan jika diperlukan
Opu Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya menyerahkan kembali takhta kerajaan
Persoalan muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusan
Opu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan





Nilai
Muafakat/kerjasama
Opu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah
Keberanian
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil
Tolong-menolong
Opu Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing
Menunai janji
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau






Pengajaran
Kita hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman
Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat diringankan
Opu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai pemerintah oleh saudaranya sendiri.
Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat
Opu Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah
Kita hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kita
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau.











LATAR MASA
PERNYATAAN
HURAIAN
Tujuh hari tujuh malam
Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun
Hari Jumaat
Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar
Lapan hari
Peperangan di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya


LATAR TEMPAT
Riau
Opu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak
Siak
Peperangan di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak
Negeri Matan
Tempat Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat istana
Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja
Masyarakat yang suka membantu
Opu Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan
Masyarakat yang berani
Opu Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh