Sunday 25 October 2020

LATIHAN KARANGAN

 KEPENTINGAN BERSUKAN

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah

kecil kerana semasa bersukan proses merembes keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan

berlaku melalui perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan

membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan

lebih dinamik dan professional melalui pertubuhan bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat

dan negara. Sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja mereka dapat

mengakrabkan hubungan sesama masyarakat, malah kesihatan badan mereka juga sentiasa sihat serta kepada

mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan mampu pula menjana ekonomi untuk membantu

mengurangkan kos sara hidup keluarga.

 

Kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini

lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional pada

alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan keluarga sehingga mereka

mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan ini membawa kepada

masalah kesihatan fizikal dan mental. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal bak kata peribahasa “sediakan

 payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit

jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang  menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan

 juga penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan

bebanan mental  Sekiranya aktiviti bersukan menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit

kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdas

Seyogia,mencegah lebih baik daripada mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan

merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

 

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang

sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa

minit, masa itu sangat berharga . Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi

mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam

bidang sukan dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral ,

gejala vandalisme serta hedonisme  dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam

pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesannya amat jelas kerana dengan bersukan sukan ahli sukan mampu meningkatkan swadaya 

masyarakat dan melangkah gagah  dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa  walaupun terpaksa

melalui ranjau pidana  dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk beriadah

sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia yang mampu mengharumkan

nama negara tercinta. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan

lebih bermakna.

 

Di samping itu, bersukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan  perpaduan

dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat

melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat

dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembetung, bulat  manusia

kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para

penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan

yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan

negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. 

Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan

masyarakat akan terjalin dan masalah perkauman akan dapat dielak. Kegiatan sukan dapat mendidik

masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.

 

 Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan

kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya dan

boleh meningkatkan ekonomi mereka. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga

mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat  glokal dan

global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu,

industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju  anak

muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai  kerjaya masa depan

mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong Wei  dan Shalin

Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan  bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan

menjadi budaya masyarakat  bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah mereka dapat  meningkat

sara hidup yang kini kian meningkat serta memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia. Jelaslah

sukan dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup yang semakin

meningkat.

 

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.

Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan

dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu

mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri

sama tinggi dengan negara maju yang lain.  Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat

dan negara. Tegasnya,  kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

 

 

LATIHAN RUMUSAN

 

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

 

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.


Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.
Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah.

 

Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

 

                                                                                       (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah Menyertai

                                                                                                                 Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

 

Pendahuluan

 

 

 

Isi-isi Tersurat

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

 

 

 

Isi-isi Tersirat

1

 

2

 

3

 

 

Kesimpulan

 

 

LATIHAN PERIBAHASA

 

LATIHAN TATABAHASA 1:  Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah. 


(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya. _________________________________________________________________________________________

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di  bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.____________________________________________________________________

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka. __________________________________________________________________________________

 

 

 

LATIHAN TATABAHASA 2:  Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. 


Pada hakikatnya, semua pelajar mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurutnya, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya,tiada sebab dia tidak boleh berjaya. Oleh itu, dia sentiasa berusaha dengan bersungguh-­sungguh malahan sanggup berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, dia berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang untuk melanjutkan pelajarannya pada peringkat yang lebih tinggi.

ATIHAN PENGUKUHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

 

LATIHAN PENGUKUHAN NOVEL  JENDELA MENGHADAP JALAN

Suai padan pernyataan persoalan dengan peristiwa yang sesuai dalam rajah berikut.

Pernyataan Persoalan

 

 

Huraian Peristiwa

 

Persoalan tentang  kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa. 

Sifat berani penting dalam diri seseorang ketika mengharungi sesuatu cabaran - Danel  berani mengambil risiko ketika menyelamatkan Lili yang telah dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok usang pada waktu malam.

 

Persoalan tentang keganasan dalam rumah tangga.

Rumah tangga akan porak-peranda sekiranya tiada sifat belas kasihan - Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya iaitu Seman yang bersikap panas baran. Dia yang tidak menunaikan tanggungjawabnya seorang kaki judi dan pemabuk.

 

Persoalan tentang keberanian mengambil risiko.

 

Sifat simpati seharusnya wujud dalam diri seseorang apabila melihat orang lain berada dalam kesusahan.   - Lili berasa simpati akan nasib Che Jah yang mempunyai suami kaki judi dan bersikap panas baran serta mempunyai dua orang anak lelaki yang menghadapi masalah penagihan dadah.

Persoalan tentang pengamalan perubatan tradisional

Kasih sayang dapat menentukan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga – Lili amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti sekolah di Dungun, Terengganu.

Persoalan tentang perasaan simpati terhadap kesusahan orang lain. 

Perubatan tradisional merupakan rawatan alternatif untuk mengubati penyakit – datuk kepada Lili merupakan pengamal perubatan tradisional yang berasaskan herba. Mereka yang menerima rawatannya termasuklah Letchumi, William Ng dan Puan Hamimah

 

 

 

 

 

 

Monday 19 October 2020

Syair Bidasari

 

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Syair Bidasari

RANGKAP

MAKSUD

Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Rangkap 1: Penyair mengajak pembaca  mendengar kisah yang ditulis oleh seorang fakir iaitu seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat  untuk dijadikan teladan.

 

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Rangkap 2: Di negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang di negerinya dengan adil.

 

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah, 
Entah pada esok dan lusa. 

Rangkap 3: Raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa menghadapi dugaan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang.

 

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

 

Rangkap 4: Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil.

 

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan, 
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Rangkap 5: Setelah memerintah Negeri Kembayat dengan aman damai dan gembira, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda raja telah mangkat.

 

Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Rangkap 6:  pada suatu hari , Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garoda yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan negeri Kembayat.

 

 

Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Rangkap 7: burung garoda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing.

Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

 

 

Rangkap 8: Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising , baginda yang garang dan tidak prihatin berasa hairan     melihatkan situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.

 






























Nilai

 

1.Nilai tanggungjawab- Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urusan negerinya dengan sempurna.

2.Nilai ketaatan. - Seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.

3.Nilai kebijaksanaan- Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.

4.Nilai keadilan. - Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.

5.Nilai kasih sayang- Raja Negeri Kembayat yang pertama amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan

 

 

SOALAN PEMAHAMAN:

 

i.          Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.           [2 markah]

 

ii.             Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi?  [KBAT]                                                              [3 markah]

 

iii.            Jelaskan dua nilai yang terkandung dalam syair ini.                                         [3 markah]

 

 

 

LATIHAN TATABAHASA - KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN

 

KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN

 

A) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i) Kerajaan telah putuskan untuk terus mengekalkan bangunan parlimen di ibu negara dan tidak akan memindahkannya ke tempat lain termasuk ke Putrajaya.

 

(ii) Kerajaan Selangor bercadang untuk membina laluan khas bagi motorsikal di jalan-jalan negeri bagi mengurangi  jumlah kemalangan jalan raya.

 

(iii) Guru-guru di kawasan pendalaman dijangka menikmati insentif baru termasuk insuran keselamatan serta yuran tajaan pengajian ke pusat pengajian tinggi.                                                                        [6 markah]                                                                                                                                                                                             

SALAH

BETUL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

B) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i) Ayah memotongkan kek lapis itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada anak-anak yatim itu.

(ii) Semua calun yang akan menduduki peperiksaan SPM diminta semak angka giliran masing-masing di bilik kaunseling.

(iii) Orang kampung lebih suka menghabiskan masa beristirehat di warung kopi Pak Ali sambil mengisikan perut mereka.             

SALAH

BETUL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  

 

(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik.

 

(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.

 

(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.

                     [6 markah]