Tuesday 21 October 2014

KELAS ULANG KAJI BM (SPM)

Satu kelas ulang kaji subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 (SPM 2014) akan diadakan pada 31 Oktober 2014 (Jumaat) pukul 3.00 hingga 5.00 petang di Pusat Tuisyen Ceria, Simpang Kuala, Alor Setar.

Kelas tersebut akan memberi panduan untuk menjawab soalan BM mengikut skema dan soalan-soalan fokus SPM 2014.

Sila hubungi 04-7723 246 untuk pendaftaran.

Saya komited untuk kecemerlangan anda.  Terima kasih

FOKUS SPM 2014

DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Oleh: Suriani Mohd Yusof

Sinopsis

Mak Jimah iaitu isteri Pak Jumaat bersedih apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah serta Sani iaitu anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar memberitahu hasratnya yang ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana cutinya telah habis tetapi dia enggan. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man iaitu jiran mereka yang tidak memahami Jimah.

Salmah  yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi oleh Sabariah yang menyuruhnya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah tentang  tanggungjawab menjaga emak mereka. Sikap mereka turut ditegur Pak Man.  Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank yang mengandungi  wang hasil pemberian mereka.

Sabariah tidak menyukai ibunya  yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya, Man Bengap memberitahu bahawa Jumaat telah dijumpai. Dia juga menyatakan bahawa Sani sahaja diminta menemani Jimah untuk menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka bersama-sama menjemput Jumaat.

Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf daripada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Melalui  peristiwa yang berlaku  Pak Man  bersyukur kerana mempunyai Man Bengap iaitu cucu angkatnya  tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika dia dan isterinya sunyi.


Watak & Perwatakan:

Watak Utama
: Jimah - Isteri Jumaat yang berusia 55 tahun /  setia, penyayang dan bertanggungjawab kerana setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut / Sabar dengan dugaan dan berdoa, contohnya Jimah sentiasa berfikir dan berdoa kepada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.













Watak Sampingan

 Sani - Anak angkat Jimah /  seorang doktor dan telah beristeri / Seorang yang bertanggungjawab dan sabar kerana sangat mengambil berat akan emak angkatnya terutama ketika bapanya hilang di laut.

 Sabri -Anak sulung Jimah / Penyabar kerana Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.


Sabariah  - Graduan ekonomi bekerja di London / anak kedua dalam keluarga / Panas baran disebabkan dia tanpa usul periksa telah  menyalahkan bapanya yang masih ke laut pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim pada setiap bulan./
Tidak menyukai Sani kerana Sabariah memarahi  Sani dan mengingatkannya supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga mengingatkan Sani bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.


Shahrul - Anak ketiga dalam keluarga / Seorang akauntan di Kuala Lumpu / Mementingkan kerjayanya kerana Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun  bapanya belum dijumpai. /Berselisih faham dengan Sani / Shahrul rmenyindir  Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

Salmah -  Seorang pereka fesyen /  Sering mengikut fesyen terkini. / Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt./  Lebih mementingkan kerjayanya kerana Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.


Wan Malin  - Isteri Sani /  Banyak membantu Sani menjaga Jimah./  berjanji dengan Jimah akan bersama dengannya untuk menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.


Man Bengap  -Pemuda yang lurus bendul , contohnya dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa / Cucu angkat Pak Man

Pak Man - Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah, contohnya Pak Man menyuruh isterinya iaitu Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Dia juga bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.  / Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah kerana Pak Man menasihati mereka supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.

Mak Jah - Isteri Pak Man / Seorang yang penyayang kerana sanggup bersama-sama keluarga Jimah untuk menenangkan mereka ketika mereka bersedih kerana kehilangan Jumaat di laut.

Wahid dan Senin  -Penjahat yang mengambil kesempata apabila  mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang dihadapi mangsa Tsunami.  / Mencuri harta mangsa tsunami kerana mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.

Latar

Latar masa:

• Siang - tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
• Pagi -  semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
• Senja - di rumah Jimah

Latar tempat
• Tepi panta - i Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
• Rumah Jimah - Sabariah memarahi Salmah.
• Anak tangga rumah Jimah  - Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya



Aspek komsas dalam dalam drama Tiang Cengal Dinding Sayung

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH / HURAIAN

Pemikiran
Kesetiaan dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap keluarga (suami/bapa)
Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah








Persoalan















Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi
Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai
Persoalan sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga
Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak angkat Jimah
Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang
Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut selepas kejadian tsunami
Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat
Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya
Persoalan sikap sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup
Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat tsunami
Persoalan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah
Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain
Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka

Hubungan Mak Jah dan Pak Man dengan keluarga Pak Jumaat amat rapat sehingga Pak Man dan Mak Jah mengenali hati budi anak-anak Pak Jumaat







NIlai
Kasih sayang
Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap menunggu kepulangan suaminya di pantai
Kesetiaan
Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin suaminya masih hidup
Hormat-menghormati
Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan dipandang serong oleh kakanya itu
Nasihat-menasihati
Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang merupakan anak angkat ibunya
Tanggungjawab
Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia hanya anak angkat
Simpati
Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak Jumaat yang hilang akibat tsunami






Pengajaran


Kita hendaklah bersama-sama mengharungi kesusahan hidup agar masalah dapat diselesaikan
Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri
Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita
Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di kampung
Kita hendaklah menyesal atas kesalahan yang telah kita lakukan supaya kehidupan menjadi tenang
Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan melukakan hati ibunya
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin seperti memberikan pendidikan kepada anak-anak
Pak Jumaat dan Mak Jimah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi
Jangan kita mementingkan diri dan kerjaya sehingga melukakan hati ibu bapa kita




ITEM
PERNYATAAN
CONTOH / HURAIAN








Latar Masyarakat











Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak.

sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas
Masyarakat yang berpendidikan
anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.

Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan

Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

• Masyarakat yang mementingkan kerjaya.

Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.

• Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua
Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.






KELAS ULANG KAJI BM - SPM

Satu kelas ulang kaji subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 (SPM 2014) akan diadakan pada 31 Oktober 2014 (Jumaat) pukul 3.00 hingga 5.00 petang di Pusat Tuisyen Ceria, Simpang Kuala, Alor Setar.

Kelas tersebut akan memberi panduan untuk menjawab soalan BM mengikut skema dan soalan-soalan fokus SPM 2014.

Sila hubungi 04-7723 246 untuk pendaftaran.

Saya komited untuk kecemerlangan anda.  Terima kasih

Saturday 11 October 2014

KARANGAN FOKUS PT3

Gejala buli semakin berleluasa dalam kalangan remaja. 
Bincangkan langkah mengatasi gejala buli di sekolah.

Belakangan ini, isu gejala buli sering meniti dari bibir ke bibir golongan marhaen di negara ini. Dari segi konsepsinya, gejala buli boleh ditakrifkan sebagai perbuatan memeras ugut pelajar lain hingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Biasanya, murid sekolah menengah yang bermasalah terlibat dalam gejala buli ini. Keadaan pembuli dan mangsanya bertepatan dengan peribahasa, bagai anjing dengan kucing. Oleh itu, terdapat pelbagai strategi untuk mengatasi gejala buli di sekolah.

Antara prakarsa yang pragmatik dan berkesan untuk menangani gejala buli ialah remaja seharusnya bijak memilih rakan sebaya. Hal ini demikian dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala negatif. Justeru, remaja perlu mencari rakan yang Islamik, taat kepada kedua ibu bapa dan mempunyai budi pekerti mulia sebagai rakan akrab. Natijahnya, remaja boleh menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala buli serta perlakuan negatif yang lain. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Rakan yang baik boleh dianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya.Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam pergaulan bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat. Sekiranya remaja Malaysia bijak dalam bersahabat, maka pastinya gejala buli dapat dikurangkan.


Selain itu, langkah seterusnya ialah ibu bapa bertanggungjawab memantau tingkah laku anak-anak mereka. Hal ini demikian, ibu bapa boleh mengesan sebarang perlakuan aneh anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya megetahui keberadaan anak-anak mereka dengan sentiasa berhubung melalui telefon bimbit. Natijahnya, ibu bapa boleh menghindarkan anak-anak mereka daripada sebarang perlakuan songsang terutamanya buli. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa pencoraknya. Pemantauan berkesan oleh ibu bapa dalam menangani gejala buli boleh dianalogikan seperti selimut yang menutup tubuh ketika kesejukan. Sekiranya, ibu bapa peka dengan tingkah laku anak-anak maka statistik masalah buli dalam kalangan remaja di sekolah akan berkurangan.

Selain itu, pihak kerajaan boleh
 menjenamakan semula kempen antibuli yang selama ini saban tahun diadakan di sekolah. Hal ini kerana kempen antibuli yang berteraskan ceramah dan pameran agak kurang terkesan di hati para pelajar. Pihak sekolah melalui Unit Disiplin Sekolah boleh menukar strategi kempen yang proaktif dan provokatif bagi tujuan menakut-nakutkan bakal pembuli. Justeru, pihak sekolah umpamanya boleh meminta kerjasama pihak Jabatan Penjara Malaysia atau Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kempen antibuli menjadi lebih berkesan. Kerjasama pelbagai pihak dalam menangani gejala buli boleh diumpamakan seperti ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sekiranya, kempen antibuli berjayameresapi nurani pelajar maka pastinya sekolah menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar.


Akhir kalam, gejala buli yang menjadi
 polemik dalam kalangan masyarakat pelajar di negara ini perlu ditangani segera. Sememangnya gejala buli masih wujud namun banyak kes-kes terpencil disensasikan oleh media massa di negara ini. Semoga gejala buli dapat ditangani secara bijaksana oleh pihak berkuasa dengan kerjasama pihak sekolah. Oleh itu  kita perlu bersinergi dalam memastikan gejala buli dapat dilenyapkan di bumi bertuah ini. sekiranya gejala buli tidak wujud maka Malaysia mampu berdiri gah di persada dunia danmendabik dada kerana generasi mudanya bertaraf dunia.

KARANGAN FOKUS PT3

TEMA: LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA              UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN ALAM             SEKITAR.
                                 
                 Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu penjagaan keindahan alam sekitar. Isu penjagaan keindahan alam sekitar di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan negara baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar bagi melahirkan keharmonian dalam masyarakat. Hal ini bertepatan degan peribahasa Melayu, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Justifikasinya, hal ini kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak supaya sayang dan cinta akan negara kita. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada kebolehan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

            Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjaga keindahan alam sekitar. Ibu dan bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah yang utama, ibu bapa mestilah mendidik mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengitar semula boleh dianologikan sebagai mengisi sejenis air di dalam bekas yang dikhaskan untuknya. Air tersebut digunakan pada masa hadapan sebagai bahan yang berguna. Menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil, pihak kerajaan telahpun menyediakan tiga buah tong sampah yang mempunyai warna yang berbeza untuk sampah yang berbeza. Pihak kerajaan juga telah menghasilkan sebuah lagu bagi mengingatkan tentang kod-kod warna tong sampah tersebut bersama kepentingan mengitar semula. Tong sampah yang berwarna biru telah dikhaskan untuk kertas, tong oren pula dikhususkan untuk plastik manakala tong coklat disediakan untuk kaca. Sekiranya seluruh kulawarga melaksanakan tanggungjawab mereka, keindahan alam sekitar pasti dapat dikekalkan. Peribahasa Melayu ada menyebut, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Ibu bapa mestilah mengamalkan amalan mengitar semula dalam kalangan     anak-anak supaya boleh menjadi rutin harian mereka.
              Anak-anak sentiasa memerhatikan segala perlakuan ibu bapa dari segi mental dan fizikal. Segala perlakuan yang ditunjukkan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak. Bergantung kepada ibu bapalah untuk mencorak peribadi anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang baik. Ibu bapa harus memperlihatkan teladan yang baik kepada anak-anak atau digambarkan sebagai ‘role model’. Selain itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar anak-anak cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan sampah. Peranan ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang dikhaskan untuk pembuangan sampah. Kendatipun begitu, jika ditelusuri secara mendalam, memang patut kebersihan sekeliling dijaga untuk keselesaan bersama dan tidak menyakitkan mata. Tambahan pula, sikap yang baik akan mendapat kehidupan yang baik. Hal ini boleh dikaitkan dengan aforisme Melayu, bapa borek anak rintik. Maka ibu bapa harus bergerak sederap dalam membentuk keperibadian anak-anak untuk menjalani kehidupan yang selesa dalam menekankan penjagaan alam sekitar. Tiada ubat yang tiada penawarnya tanpa cara dan langkah pragmatik dan sistematik.

           Prakasa yang pragmatik lagi efisen bagi menggalakkan anak-anak menjaga alam sekitar ialah ibu bapa boleh menetapkan jadual waktu kepada anak-anak untuk membersihkan rumah agar nilai penjagaan alam sekitar dapat dipupuk dari rumah. Jadual waktu pembersihan rumah yang ditetapkan oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar. Ibu bapa perlu memulakan langkah bagi menyediakan jadual waktu pembersihan rumah sejak anak-anak kecil lagi agar perasaan cinta akan alam sekitar dapat ditanam di dalam diri anak-anak sejak peringkat awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, penggunaan jadual waktu pembersihan rumah yang dilakukan oleh ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik kepada anak-anak kerana sifat ini akan menjadi amalan dan ikutan kepada anak-anak sampai bila-bila dan membentuk adab dan akhlak yang baik ini kerana adab dan akhlak yang buruk adalah sifat yang tidak patut ada di dalam diri seseorang. Ibarat kata Wahab Munabin, akhlak dan adab yang buruk ibarat tembikar yang sudah pecah, tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

             Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan kurniakan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Tidak Menggunakan Plastik. Ibu bapa yang lebai lagi berjanggut haruslah memberi contoh dengan mengamalkan kempen ini kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak mudah mengikuti perbuatan atau amalan yan dilakukan oleh ibu bapa kerana sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Sementelahan lagi, anak-anak akan lebih menyayangi alam sekitar dan alam sekitar akan sentiasa terjaga. Sekiranya, kita sentiasa bersinergi dalam menjaga alam sekitar, masalah pencemaran yang ghalibnya diperkatakan dapat ditangani. Menurut El Leseur, tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.


             Jika ditelusuri secara mendalam antara langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memelihara alam sekitar ialah memberi didikan agama sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Menurut Hamka, agaam tidak mengajar umatnya sesuatu perkara melainkan perkara itu memberi manfaat kepada manusia. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, melainkan merosakkan manusia. Islam tentang menyarankan umatnya menjaga kebersihan kerana kebersihan separuh daripada iman. Ibu bapa perlu menyemat dalam diri anak-anak perasaan malu jika mereka sebagai umat Islam tidak dapat menjaga kebersihan dengan sempurna. Ironinya, jika umat Islam tidak mementingkan kebersihan, maka umat Islam akan ditempelak oleh penganut agama lain. Sesungguhnya, agama dan kebersihan umpama dakwat dan kertas.

            Akhirul kalam, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk menjaga keindahan alam sekitar supaya bumi hijau ini dapat memelihara dengan baik. Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi ini bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, alam sekitar yang terpeliharaakan melahirkan suasana yang tenang dan selesa. Natijahnya, kita juga dapat menyelamatkan bumi daripada pencemaran yang mungkin memudaratkan penduduknya. Hal ini kerana, ibu bapa hendaklah menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar sebelum keadaan bumi di tahap kritikal. Hal ini bertepatan dengan aforisme, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya masyarakat Malaysia bersama-sam berganding bahu menjaga keindahan alam sekitar, kita akan dapat mengecapi kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan berterusan. Seperti yang diperkatakan William Shakespeare, jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.  




KARANGAN FOKUS PT3

       Tema : sukan
       KS : faedah

              Dalam mendepani era modenisasi , dunia menyaksikan iktisad negara yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan , negara yang membangun ini boleh diibaratkan seperti tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin yang lain . Namun dasawarsa ini , isu sukan kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia . Isu ini acap akali menjadi trajuk perbualan rakyat sama ada di muka akhbar mahupun di kedai kopi . Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang mengeluarkan peluh yang menyihatkan badan . Kebiasaannya semua golongan sama ada tua atau muda perlu memupuk minat terhadap terhadap sukan . Hal ini kerana terdapat banyak manfaat yang boleh kita perolehi dengan bersukan seperti dapat memupuk perpaduan rakyat dan kaum . Meskipun begitu , kebanyakan remaja pada zaman milenium ini tidak cenderung ke arah bersukan bahkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang kurang sihat . Pada mereka , aktiviti bersukan hanya membuang masa dan memenatkan meraeka . Sementelahan , mereka lebih meminati aktiviti yang menghiburkan mereka seperti melayari internet . Dalam pada itu , masih ada remaja yang mengamalkan sukan sebagai salah satu aktiviti harian mereka . Remaja yang tidak berminat terhadap sukan boleh dianalogikan sebagai lebah yang tidak suka akan madu . Seyogia , remaja perlulah cakna akan kehidupan mereka . Menurut pemain badminton Malaysia ,Datuk Lee Chong Wei , kita mestilah bersukan untuk mempunyai kehidupan yang sihat dan positif. Oleh itu , semua pihak perlulah berganding bahu bagi memupuk semangat dan minat terhadap sukan dalam kalangan remaja di Malaysia . Langkah – langkah yang pragmatik dan sistematik perlulah dijalankan untuk mereealisasikan impian ini kerana Presiden Soekarno pernah berkata , berikan saya sepuluh remaja , nescaya saya akan menggegarkan dunia

              Memetik wasitah nirmala seterusnya , pihak kerajaan jaga memainkan peranan yang penting mengalakkan minat bersuka dalam kalangan remaja . Hal ini kerana , para remaja hari ini kurang berminat dalam aktiviti bersukan . Prakarsa yang dapat diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan galakan kepada para remaja dan menyediakan pelbagai infrastruktur . Amsalnya , pihak kerajaan boleh membina gelanggang futsal , gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di setiap komuniti dalam negeri . Natijahnya , para remaja akan semakin bersemangat dan berasa lebih selesa untuk menceburkan diri dalam bidang sukan . Hal ini secara tidak langsung , dapat menarik minat remaja untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Charles Cahier dalam karya mukadimahnya menyatakan nilai manusia adalah semahal matlamatnya . Tambahan pula , pihak kerajaan juga boleh menganjurkan aktiviti – aktiviti sukan yang melibatkan perlawanan antara daerah . Sebagai tamsilnya dengan mengadakan liga bola sepak antara daerah . Lanjutan daripada huraiakan yang dinyatakan di atas , bagi menyemarakkan lagi semangat bersukan dalam atma remaja pada hari ini penganjuran Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali jelaskan menunjukan bahawa ramai atlet yang terdiri daripada kalangan remaja yang menyertainya . Bagi mewujudkan sebuah industri sukan yang gemilang di negara kita , kerajaan tidak seharusnya bersikap lepas tangan . Seyogia , kerajaan perlu berusaha sedaya upaya agar industri sukan di negara kira Malaysia setaraf dengan industri sukan di negara maju dan diiktiraf oleh dunia . Usaha yang jitu yang ada pada remaja untuk menggiatkan diri dalam aktiviti sukan ini bertepatan dengan peribahasa Melayu ,hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Oleh itu , jelaslah bahawa begitu besar perana kerajaan nbagi menjamin remaja melibatkan diri dalam aktiviti sukan ini tercapai . Tiada pandangan yang dihulurkan oleh remaja kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Kejayaan yang dirangkul oleh atlet negara dalam sukan badminton seperti Dato’ Lee Chong Wei tidak menghalangnya untuk terus maju ke hadapan dan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa

         Dari sudut kodifikasi yang berbeza , peranan pihak swasta tidak boleh dikesampingkan dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja . Pada masa ini , pihak swasta telah banyak memainkan peranan mereka yang penting dengan menaja para atlet negara kita. Amsalnya, kita dapat lihat pemain bola negara kita Safee Sali telah mendapat durian runtuh daripada pihak swasta yang telah menaja beliau sebanyak RM2 juta . Selain itu , atlet sukan badminton Negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei turut menerina habuan daripada 100 Plus atas pencapaian beliau mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Memetik hujah yang dinukilkan oleh Bapa Pemodenan Kereta Dunia , Henry Ford, datang bersama ialah permulaan , menjaga bersama ialah kemajuan, bekerjasama ialah kejayaan. Oleh itu , pihak swasta tidak boleh bersikap menutup sebelah mata terhadap atlet – atlet yang baru menempatkan diri dalam industri sukan negara kita . Pihak swasta seharusnya berinisiatif membantu para atlet dan tidak bersikap seperti harapkan sokong , sokong membawa rebah . Pihak swasta tidak seharusnya bersikap bena tak bena terhadap atlet yang berpotensi tinggi kerana air yang tenah jangan disangka  tiada buaya . Dalam memberi inisiatif dan bantuan tidak seharusnya ada pihak yang bersikap hati busuk dalam menghulurkan bantuan dan tajaan kepada para atlet . Sekiranya pihak swasta bersinergi berganding bahu dengan para atlet maka martabat sukan Malaysia mampu berdiri megah di mata dunia .

             Kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya . Anak – anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi bangsa Yahudi Nasrani mahupun Islam . Bagi menaikan lagi taraf sukan di Malaysia , sokongan dan dorongan daripada ibu bapa merupakan tunjang untuk menyemarakkan lagi semangat sukan dalam diri anak – anak . Hal ini kerana , aktiviti sukan dapat menghindarkan diri remaja daripada terjebak dalam gejala hedonisme . Uswahnya , remaja zaman kontemporari kini lebih suka menghabiskan masa dengan melepak dan terlibat dengan budaya kuning yang berkiblatkan Barat . Hatta , ibu bapa haruslah mendisplinkan sahsiah anak – anak mereka dengan menjadi suri teladan yang baik kepada mereka . Sementelahan ibu bapa perlu memanfaatkan cuti umum yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk membawa anak – anak beriadah bagi memupuk minat bersukan dalam atma mereka . Datuk Seri Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata , disiplin yang baik terbentuk daripada sikap yang dan sikap yang baik hasil daripada pemimpin yang teladannya baik . Malahan , hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak – anak dapat dieratkan . Seyogia , remaja perlu memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri mereka . Menurut , Tun Dr. Mahathir Muhammad , kebebasan beerti tanggungjawab  , tanggungjawab beerti berusaha , bertindak serta berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha seseorang itu tidak ternilai harganya . Tuntasnya , melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa perlu member didikan awal dan bersikap cakna terhadap aktiviti sukan anak – anak kerana tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu . Tamsilnya , Pandelela Renong yang berjaya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik London telah diberikan latihan intensif kecil dalam sukan renang di Sungai Rajang oleh bapanya , Renong Jamh Joheng . Oleh itu , sokongan dan dorongan ibu bapa amatlah penting bagi menaikkan nama sukan Malaysia di persada dunia .

           Karya mukadimah Beng Zhu  menyatakan perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah . Minat bersukan dalam kalangan remaja boleh dipupuk dengan didikan oleh ibu bapa . Ibu bapa boleh mendidik anak – anak mereka untuk gemar bersukan dengan mendedahkan mereka tentang banyaknya faedah yang dapat diperolahi daripada bersukan . Hal ini , akan menyebabkan anak – anak mereka tertarik untuk menyertai aktiviti – aktiviti  sukan daripada kecil lagi .Hal ini bertepatan dengan aforisme , melentur buluh daripada rebungnya . Natijahnya , anak – anak akan berminat terhadap sukan dan mempunyai pengetahuan luas tentangnya sekaligus mengelakkan anak – anak daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung . Oleh itu , ibu bapa haruslah memberikan kerjasama dengan member didikan yang berkaitan dengan sukan kepada anak – anak agar minat bersukan dalam kalangan remaja dapat dipertingkatkan . Sekiranya ini semua dilaksanakan , maka Malaysia dapat melahirkan atlet sukan yang berkaliber dengan lebih ramai serta dapat mengharumkan nama Malaysia di mutu dunia apaabila mereka bertanding dalam acara antarabangsa .

                Beng Tzu dalam karya mukadimahnya manyatakan perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah . Oleh itu , minat bersukan haruslah dipupuk dan ibu bapa dengan memberikan didikan terhadap sesuatu sukan kerana anak – anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkanya . Hal ini kerana , anak – anak yang masih kecil ,masih belum mempunyai minat untuk bersukan justeru , ibu bapa haruslah memberikan didikan kepada anak – anak sewaktu mereka masih kecil . Hal ini bertepatan dengan peribahasa , melentur buluh biarlah dari rebungnya . Natijahnya , ibu bapa kepada anak – anak dengan menjadikan diri mereka sebagai suri teladan kepada anak – anak . Selain itu , ibu bapa seharusnya memberikan didikan yang secukupnya supaya anak – anak tidak jadi seperti katak di bawah tempurung . Ibu bapa yang memberikan didikan terhadap anak – anak boleh dianalogikan seperti komsas yang sering menjadi petunjuk arah . Sekiranya , ibu bapa memberikan didikan awal terhadap anak – anak tidak mustahil minat bersukan dapat dipupuk dalam dari anak – anak . Seterusnya anak – anak mampu menjadi atlet seperti Azizul Hasmi Awang dan Datuk Lee Chong Wei . Sekiranya , ibu bapa memberikan dorongan dan sokongan tidak mustahil banyak ikon sukan dapat dilahirkan . 

               
                Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa membenarkan seorang pun terkecuali . Hal ini disebabkan pada era milinium kini , criteria kemasukan ke universiti bersandarkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan yang pernah mereka masuki dan pencapaian kokurikulum mereka di sekolah. Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis negara ini tidak berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan . Sementelahan , ramai pelajar cemerlang SPM tidak berjaya memasuki ke mana-mana IPTA akibat tidak mencukupi syarat yang ditetepkan . Hal ini boleh dianalogikan seperti, barangan yang cantik tetapi tiada manfaat kepada pengguna . Di samping itu , sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu manfaat kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti  tersebut . Hal ini bersesuaian  dengan kata-kata yang pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia , badan yang sihat mampu melahirkan otak yang cerdas. Tambahan pula, Joseph Conrad pernah menyatakan, kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka . Oleh itu, pihak sekolah tidak boleh memandang enteng akan permasalah ini  . Pihak sekolah perlu memberi dorongan , sokongan dan galakan yang sepenuhnya kepada pelajar yang mempunyai berkat supaya pencapaian sukan kita standing dengan pencapaian sukan negara maju yang lain.



KARANGAN FOKUS PT3

KEPENTINGAN MEMBACA

                Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yang semakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidak mempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yang memerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak. Anak-anak ini boleh dianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpin negara sehingga ke persada dunia. Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundur sesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negara melahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akan mengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetus satu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalam membina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka. Hal ini disebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layang-layang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anak melangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membaca tersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.
                  Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan mendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar, ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya dengan orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.
                Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalam penguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kebanyakkan pelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka kerana terpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapan mereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahami perbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini. Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudah belajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris  lebih banyak digunakan. Kita perlu banyak membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu, kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkan bahasa kita kepada bahasa asing yang lain.
                Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi. Jadi, masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapat membantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini, hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbang kemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju. Misalnya, negara China yang kian maju berasaskan pendidikan industri. Menurut kajian, statistik menunjukkan kebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untuk menghasilkan perkara baru. Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasi kini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskan membaca. Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itu kerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China.
                Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara-negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu berganding bahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arah pembentukan negara maju.
Menggorak langkah berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan dara,
Membaca amalan cemerlang terbilang,

Mencorak ke arah kemajuan negara.