|
PERBANDINGAN
NILAI TANGGUNGJAWAB
|
|
|
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
|
Tanggungjawab seorang anak mematuhi perintah ibu bapa.
-
Lili begitu taat akan suruhan dan perintah ibu bapanya apabila dia
mengikut sahaja suruhan ibunya untuk pulang bercuti di kampung kelahiran
ibunya di Dungun.
|
Tanggungjawab menjaga adik-adik
-
Dahlia sebagai anak sulung dalam keluarga, bertanggungjawab menjaga
adik-adiknya yang lain sepanjang emaknya menerima rawatan di hospital.
|
|
Tanggungjawab membantu menyelesaikan kes keganasan rumah tangga.
-
Lili bersedia untuk menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah yang
sering dipukul oleh suaminya, Seman atas sikap tanggungjawab terhadap anggota masyarakat
walaupun dilarang oleh neneknya supaya tidak masuk campur tangan
|
Tanggungjawab sebagai seorang pelajar
-
Dahlia tetap membuat persediaan dengan membaca buku untuk menghadapi STPM
walaupun berada di balai raya yang menjadi pusat bantuan banjir apabila rumah
mereka musnah akibat banjir.
|
|
Tanggungjawab mempertahankan maruah ibu.
-
Lili bertanggungjawab mempertahankan maruah ibu di hadapan datuknya
apabila datuknya bercerita tentang sesuatu yang tidak baik berkaitan dengan
ibunya.
|
Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
-
Dahlia amat menyayangi ibu bapanya dan berusaha melawat ibunya yang
sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru sehingga sanggup
mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas. Dahlia juga
bertanggungjawab membawa adik bongsunya, Anggerik ke Hospital Batu Pahat
untuk melawat bapanya yang dimasukkan ke hospital akibat dipatuk ular.
|
|
Tan
Tanggungjawab menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat
-
Lili dan Danel bertanggungjawab menyelesaikan isu pemasangan kubah
surau yang menjadi pertelegahan mayarakat di Kampung Sentosa.
|
Tan Tanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan
-
Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai
perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal punca dan kaedah penyelesaian
untuk mengubati penyakit kemurungan Saleha yang sedang menerima rawatan di
Hospital Permai, Johor Bahru.
|
|
Tanggungjawab mempertahankan perubatan tradisional
-
datuk Lili, Hj. Abd. Rahman berusaha mempertahankan perubatan tradisional
yang diamalkannya walaupun terdapat pelanggannya yang telah beralih kepada
kaedah rawatan moden.
|
Tanggungjawab suami terhadap isteri
-
Embong sebagai seorang suami, mengambil berat terhadap kesihatan
isterinya, Saleha dengan membenarkan Haji Sulaiman tiga orang
kakitangan Hospital Batu Pahat mengambil isterinya untuk rawatan pemulihan
|
|
Tanggungjawab menyelamatkan rakan
-
Danel berusaha dan berikhtiar menyelamatkan Lili yang telah diculik dan
ditahan oleh Haziq dan Rafiq, anak-anak Che Jah serta disembunyikan di
sebuah pondok buruk walaupun keselamatan dirinya terancam.
|
Tangungjawab seorang ayah terhadap anak-anak
-
Embong bertanggungjawab menjaga anak-anaknya sebanyak enam orang tatkala
isterinya, Saleha sedang menerima rawatan pemulihan di Hospital Permai, Johor
Bahru.
|
|
Tanggungjawab seorang insan terhadap agamanya
-
Haji Abdul Rahman, datuk Lili sentiasa menunaikan solat fardu secara
berjemaah sama ada di rumah atau di surau / nenek Lili juga segera bersolat
apabila masuk waktu solat.
|
Tangungjawab ketua terhadap anggota masyarakatnya
-
Hj. Sulaiman, selaku Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab membawa tiga orang kakitangan
Hospital Batu Pahat untuk membawa Saleha ke hospital bagi mendapatkan rawatan
lanjut.
|
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts
Tuesday, 14 March 2017
PERBANDINGAN NOVEL
Tuesday, 3 May 2016
LATIHAN NOVEL - Cara Watak Digambarkan
LATIHAN
NOVEL - Cara Watak Digambarkan
Cara Watak Digambarkan
|
PENERANGAN
|
CONTOH
(NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN)
|
CONTOH
(NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS)
|
1. Gambaran Secara Langsung
|
1.
*Pengarang seolah-oleh campur tangan untuk memerihalkan watak-watak dalam ceritanya.
2.
*Pemerihalan ini
bukan sahaja merangkumi aspek luaran
watak, malah menyentuh perasaan dan
fikiran watak.
|
Gambaran secara langsung pengarang terhadap watak datuk Lili, Haji Abdul
Rahman: Seperti selalu, habis solat
berjemaah, datuk masih duduk di atas sejadah, berzikir, cuma kali ini tanpa
kalung tasbihnya. (hlm. 80)
*Pengarang
menggambarkan datuk yang akan berzikir selepas solat.
|
|
2. Gambaran Secara Tidak Langsung
|
1.
i)
Dialog
- Pengarang menggambarkan satu-satu watak berdasarkan dialog yang diucapkan antara watak dalam novel.
|
(a)
Dialog yang memerihalkan perwatakan sesuatu
watak:
(b)
(c)
“Lili,
tak elok berkasar dengan haiwan.”
(d)
“Saya
tak boleh dekat kucing, nek.”
(e)
“Nenek
tahu, tapi kamu boleh memberikan kucing-kucing itu makan supaya tak
mengganggu kamu. Haiwan kalau lapar sama juga macam manusia, buat bising.” (hlm.
55)
(f)
(g)
*Berdasarkan dialog tersebut, pembaca dapat
mengenali perwatakan nenek Lili (Hajah
Aisyah Tan Abdullah) yang bersifat penyayang
terhadap haiwan dan suka meberikan nasihat.
|
|
|
|
2.
Ii.Monolog
dalaman - kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak sama ada ditujukan kepada dirinya
sendiri atau kepada pendengar atau pembacanya.
|
(a)
Antara contoh monolog dalaman dalam novel
ini :
(b)
(c)
Aku
tidak percaya apa-apa yang kudengar, tetapi suara yang berkata tadi memang
suara nenek yang jelas memberikan keizinan. Memberikan keizinan kepada Danel supaya
dia boleh mengajakku ke pekan, menolongnya mengangkat barang-barang yang
dipesan oleh datuk. Akan tetapi aku terfikir, apakah itu bermaksud satu
kebenaran bersosial daripada nenek? Aku tidak faham punca idea itu boleh
muncul daripada fikiran nenek. (hlm. 137)
(d)
(e)
*Berdasarkan monolog tersebut, pembaca
dapat mengetahui perasaan Lili sebagai
seorang gadis yang mempunyai maruah
yang tinggi. Sebagai seorang gadis yang dididik dengan nilai kesopanan,
Lili seboleh-bolehnya membataskan
pergaulannya dengan lelaki, yang bukan muhrim, apatah lagi untuk keluar
bersama-sama dengan lelaki itu.
(h)
|
|
|
|
3. Iii. Aksi - gerak laku atau perbualan satu-satu watak.
|
(a) Satu daripada contoh aksi watak
yang dapat menjelaskan perwatakannya:
(b)
(c) Ketika aku sedang
menjamah makanan tengah hari yang disediakan oleh nenek, Abang Rashid muncul
tiba-tiba di muka pintu dapur. Macam pencuri, tangannya mengambil gelas di
rak. Kepalanya yang botak licin berkilat-kilat macam cermin, membuat aku
menoleh menghantar kelibatnya yang turun semula, tanpa sempat aku bertanyakan
kepadanya. Sejenak aku berfikir, manusia di rumah ini pelik-pelik belaka! (hlm.
97)
(d)
(e) *Berdasarkan
petikan ini, pembaca mengetahui bahawa Abang
Rashid/Rashid merupakan seorang yang bertindak
dengan pantas dan cepat
menghilangkan diri.
(i)
|
|
LATIHAN NOVEL - Mengenal Watak
LATIHAN NOVEL
Mengenal
Watak
|
JENIS WATAK
|
PENERANGAN
|
CONTOH
(NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN)
|
CONTOH
(NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS)
|
|
Watak utama/Watak protagonis
|
(a)
* Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
(b)
* Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah
cerita.
|
(c)
Watak utama dalam novel ini ialah Lili.
|
(d)
|
|
1.
Watak sampingan
|
·
*Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita.
·
*Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
|
(a)
Antara watak sampingan dalam novel ini
termasuklah Haji Abdul Rahman (datuk),
Hajah Aisyah Tan Abdullah (nenek), Geetha, Danel William, Che Jah, Rashid,
Ibu Lili, Raziq, Haziq, Letchumi dan Kak
Mimah.
(e)
|
(b)
|
|
2.
Watak antagonis.
|
*Watak antagonis sentiasa menimbulkan konflik menentang
watak protagonis.
|
(a)
Antara watak antagonis dalam novel ini
termasuklah Rafiq, Haziq, dan Seman yang menyebabkan Lili
menghadapi pelbagai konflik dalam kehidupannya.
(c)
|
(b)
|
|
3.
Watak bulat/Watak
bundar
4.
|
5.
*Watak ini merupakan watak utama yang menepati sifat manusia biasa dalam
kehidupan sehari-hari.
|
(c)
Lili memiliki
sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Sebagai seorang gadis yang sedang
meningkat dewasa, dia berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran, sering
bertindak mengikut pertimbangan sendiri dan sukar untuk meramalkan apa-apa
yang akan berlaku pada masa hadapan
|
(d)
|
|
Watak pipih
|
6.
*Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada suatu aspek sifat atau
fikirannya.
7.
*Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
8.
|
(a)
antara waktu pipih dalam novel ini
termasuklah Letchumi, Rashid dan Geetha.
(e)
|
(b)
|
|
9.
Watak dinamik
|
*Watak dinamik berubah, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-aksi yang berlaku dalam plot.
*Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang
baik menjadi baik atau sebaliknya.
|
(a)
Contoh watak dinamik dalam novel ini ialah Rafiq. Dia terlibat dalam masalah
penagihan dadah kerana terpengaruh oleh kawan-kawan yang tidak bersekolah.
Dia terpaksa mencuri untuk membeli dadah. Namun akhirnya, dia dan Haziq telah
dibantu oleh Puan Hamimah untuk kembali ke pangkal jalan. Rafiq insaf dan
berubah menjadi baik. Di juga bakal menduduki PMR dengan menyambung
pelajarannya semula di sekolah swasta.
|
(b)
|
|
Watak statik
|
*Watak statik tidak mengalami sebarang perubahan
tingkah laku atau fikiran dari awal hingga akhir cerita.
|
(a)
Contoh watak statik dalam novel ini ialah Rashid, Letchumi, Pak Sahak dan Nadia.
(c)
|
(b)
|
Tuesday, 29 December 2015
ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2016
|
ANALISIS
SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2016
|
|
|
2001(N)
|
Kewajaran
pengarang mengakhiri
cerita / Empat
Persoalan |
|
2002(J)
2002(N)
|
Sinopsis
novel / Empat nilai murni
Tema novel yang telah anda
pelajari / Latar masyarakat
dalam novel
|
|
2003(J)
2003(N)
|
Klimaks dan peristiwa kesudahan cerita / Latar tempat
Persoalan kegigihan / Menghuraikan watak
utama
|
|
2004(J)
2004(N)
|
Huraikan
cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh watak utama /
Huraikan empat pengajaran
daripada novel yang telah anda pelajari
Tiga nilai kasih sayang / Jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi |
|
2005(J)
2005(N)
|
Huraikan
perwatakan satu daripada watak
sampingan tersebut / Jelaskan tiga peristiwa yang dapat
anda teladan berdasarkan
novel yang anda pelajari.
Huraikan dua peristiwa paling menarik
dan mengapakah anda berpendapat demikian? / Bandingkan satu latar tempat dalam
setiap novel itu.
|
|
2006(J)
2006(N)
|
Dua peristiwa yang
menunjukkan pertentangan
antara watak / Dua nilai kemasyarakatan
daripada setiap novel tersebut
Huraikan pengajaran /
Jelaskan satu persoalan daripada
setiap novel
|
|
2007(J)
2007(N)
|
Huraikan nilai
setia kawan / Huraikan tema dalam setiap
novel itu.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah / Huraikan cara watak
utama setiap novel menyelesaikan
satu konflik
|
|
2008(J)
2008(N)
|
Buktikan Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan
novel / Berikan tiga
pengajaran yang
terdapat dalam setiap novel.
Sebab bahagian permulaan sebuah novel
menarik minat anda. / Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan
perbezaan, satu
latar
masyarakat dalam
dua buah novel yang anda pelajari
|
|
2009(J)
2009(N)
|
Jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
/ Huraikan satu latar masa dalam setiap novel.
Huraikan ketabahan watak
utama dalam yang membolehkannya memperoleh kejayaan. / Jelaskan satu contoh nilai
kasih sayang dalam setiap novel
|
|
2010(J)
|
Dua
peristiwa yang menunjukkan kepincangan
yang berlaku dalam masyarakat. / Berdasarkan dua novel,bandingkan satu latar masyarakat.
|
|
2010(N)
|
Sebab-sebab
novel boleh menimbulkan kesedaran
kepada pembaca / Perbandingan peristiwa yang memaparkan nilai keberanian
|
|
2011
(J)
|
Sinopsis Novel / Pengajaran
daripada novel (tiada soalan
perbandingan)
|
|
2011
(N)
|
Sinopsis Novel / Pengajaran
daripada novel (tiada soalan
perbandingan)
|
|
2012
(J)
|
Perwatakan watak
utama / Persoalan (tiada soalan
perbandingan)
|
|
2012
(N)
|
Latar Masa / Nilai
Kemanusiaan (tiada soalan perbandingan)
|
|
2013
(J)
|
Latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut
/ Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan
pendapat antara watak utama
dengan satu watak lain dalam novel-novel tersebut.
|
|
2013
(N)
|
Sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. /
Perisitiwa yang dapat dijadikan teladan (tiada soalan perbandingan)
|
|
2014
(J)
|
Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan / Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang (tiada soalan perbandingan)
|
|
2014
(N)
|
Cara watak utama menyelesaikan
konflik yang dihadapinya / Berdasarkan dua buah novel huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam
setiap novel
|
|
2015
(J)
|
Peristiwa
yang menimbulkan kesedaran kepada
pembaca / Perbandingan nilai
keberanian daripada dua buah novel
|
|
2015
(N)
|
Persoalan kasih
sayang / Pengajaran tentang
kerjasama dalam dua
buah novel
|
|
2016
(J)
|
|
|
2017
(N)
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)