Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Tuesday, 5 September 2017

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannnya. Anda tidak boleh menambah atau rnembuang imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)               gemerlap
(ii)             gemilang
(iii)           gemuruh
(iv)            gelisah
(v)             gelojoh
(vi)            gersang                                                                                                                               [6 markah]

(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i)  Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.

(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.

(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.

(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.

(iii) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Rarnadan yang lepas. 
[6 markah]


(d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.

(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.

(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya menggondol pingat ernas, lagu Negaraku akan berdendang.                                                                                                          [6 markah]

(e) Bina satu  ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

 (i) jinak-jinak merpati
(ii) melepaskan anjing tersepit
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah                                                                                [6 markah]


Tuesday, 14 March 2017

LATIHAN TATABAHASA

Latihan  Tatabahasa: Kesalahan Struktur Ayat


SALAH
BETUL
1.  Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau  Pulau Langkawi?

2.  Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di Jelutong atau Sg. Ara.

3.  Baik yang kaya atau miskin semuanya mampu berjaya.

4.  Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza.


5.  Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tidak mampu.


SALAH
BETUL
1.  Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
.
2.  Bangunan itu yang tinggi ialah Menara Kuala Lumpur.
.

SALAH
BETUL
1.  Kami berdoa kamu berjaya.

2.  Semua orang tahu dia anak Dato  Zain.





Wednesday, 24 August 2016

LATIHAN TATABAHASA - . IMBUHAN

LATIHAN TATABAHASA - . IMBUHAN

1.  Gejala runtuh moral dalam kalangan remaja semakin leluasa.  Pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan. Namun semuanya tidak datang kesan positif. Masalah budaya lepak, tagih dadah, lari dari rumah serta laku jenayah semakin tingkat.

2. Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyak masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kilangan dan khidmatan. Antara isu berkenaan ialah kurangan tenaga kerja ladang disebabkan terpindahnya belia dan remaja ke bandar. Masalah tanah terbiar juga ekoran daripada fenomena ini. Kurangan pekerja dalam sektor pertanian juga sebab termerosot hasil keluaran ladang.

3. Naik harga ayam daging di pasar semasa bukan sebab kurang bekalan tetapi sikap tamak peniaga yang ingin kaut untung berlebihan. Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta supaya boikot peniaga yang didapati menjual ayam daging pada harga yang mahal. Tindakan peniaga itu juga salah Perintah Kawalan Bekalan (Barang Kawal) 1994 kerana ayam mengisytihar sebagai barang kawal.

4. Kerajaan akan tingkat penggunaan teknologi maklumat (IT) termasuk data tukar elektronik (EDI) bagi kurang guna kertas dalam urusan harian tujuan cepat proses dokumen dan permit. Ketua Setiausaha Negara berkata bahawa guna EDI dapat menghapuskan budaya birokrasi kertas dalam agensi kerajaan. Pada masa ini, ikut prosedur kerajaan orang ramai perlu isi pelbagai borang dan dokumen tentu setiap kali urusan dengan jabatan kerajaan. Kita  takluk kepada undang-undang dan syarat tentu yang hendak kita mengisi pelbagai borang.


5. Hanya tinggal empat hari sahaja bagi anda buat pilihan bagi Anugerah Bintang Popular 2007. Kira anda sudah pilih semua kategori artis terus borang akhir yang siar pada hari  dalam halaman 21 akhbar, segera hantar borang kepada pihak Berita Harian sebelum 14 Januari 2008. anda hanya hendak  pilih lima orang artis pilihan bagi tiap kategori. Pada kali iji, lebih 200 orang artis daripada kalangan nyanyi, lakon dan lawak calon untuk rebut 1 kategori.

Sunday, 22 May 2016

LATIHAN TATABAHASA

a)     Tulis satu ayat daripada kata-kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya.


i)                 bernama
ii)                menamai
iii)              menamakan
iv)              ternama
v)               kenamaan
vi)              penamaan


                  (6 Markah)

b)     Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i)                 Abu memukul ular yang berlingkar di dalam reban  itu dengan sebatang kayu.
ii)                Penduduk di situ memagar kawasan tanah di kaki bukit itu.
iii)              Kami menziarahi nenek petang semalam kerana dia sakit tenat.
(6 Markah)

c)     Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i)                 Berdasar lapuran pegawai penyiasat, ternyatalah bahawa beliau telah difitnah.
ii)                Pasokan bola sepak negara akan menjalankan latihan pusat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
iii)              Perlancaran kempen keselamatan jalan raya akan diresmikan oleh Perdana Menteri.
(6 Markah)

d)     Dalam setiap  ayat di bawah ini terdapat  dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i)                 Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM akan diberi latihan insentif bermula daripada minggu hadapan.
ii)                Oleh kerana dia menunggang motosikalnya terlalu laju, motosikalnya tersembam  ke dalam longkang.
iii)              “Simpanlah semua barang-barang kamu di tempat yang elok,” kata pengawal  keselamatan itu kepada Ali.
(6 Markah)

e)     Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.


Sikap malu untuk  bertanya tentang pelajaran akan hanya membawa keburukan  kepada seseorang pelajar. Guru mungkin beranggapan bahawa para pelajarnya sudah memahami pelajaran yang diajarkan. Sebagai akibatnya, pelajar mungkin tidak dapat menjawab soalan  peperiksaan dengan baik. Akhirnya, mereka akan gagal dalam pelajaran dan segala penat lelahnya sia-sia belaka. Oleh yang demikian, sikap malu bertanya perlu dielakkan kerana yang rugi ialah pelajar itu sendiri. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus mengikis sikap malu bertanya. Selain melipatgandakan usaha dengan menghadiri kelas tambahan dan mengadakan kumpulan belajar, pelajar yang rajin berusaha akan mendapat apa-apa yang dicita-citakan. Sesungguhnya, tiada kejayaan yang dapat diperoleh hanya dengan berpeluk tubuh saja.
                                                                        (6 Markah)

                                                                                    Disediakan oleh: Muin Mohsein





Monday, 11 April 2016

LATIHAN TATABAHASA

LATIHAN TATABAHASA: Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

                   1.      Kami tidur berselimut tuala sahaja kerana terlupa membawa gembar semasa                         perkhemahan di Jerantut.

                  2.      Kami menggigil sejuk lantas segera duduk mengelilingi ungun api bagi                                   memanaskan badan.

                  3.      Keesokan paginya kami mendengarkan  taklimat oleh guru penasihat tentang                         tantatif   program dengan jelas
.
                  4.     Semua kumpulan memberikan tugasan yang  mencabar oleh fasiliatator yang                        berpengalaman.

                  5.      Kami dikehendaki memakai pelampong keselamatan dengan kemas dan betul                       cara  perikatannya.

                  6.      Guru mengingati kami agar memulakan semua aktiviti dengan bersolah  sunat                       dan berdoa  terlebih dahulu.

                  7.      Dingin  pada pagi itu memberikan ketenangan kepada minda dan emosi kami                        untuk misi  menjelajah ke dalam gua gelanggi.


Sunday, 14 February 2016

LATIHAN TATABAHASA:

LATIHAN TATABAHASA:
A.Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.      Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

2.      Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

3.      Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4.      Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

5.      Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudahmembuat  ulang kaji.

6.      Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

B. Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.      Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana  melanggar peraturan sekolah.

2.      Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.

3.      Pelajar itu dihadiahi oleh gurunya sebatang pen setelah berjaya  memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaannya.

4.      Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.

5.      Alat  itu dijualnya dengan harga yang tinggi.


6.      Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

LATIHAN TATABAHASA

LATIHAN TATABAHASA:

1.  Modul kenegaraan yang diimplikasikan dalam Program Latihan Khidmat Negara adalah untuk memperluas pengetahuan para pelatih-pelatih tentang kenegaraan dan meningkatkan perasaan cinta akan negara.
                            
2. Tuan Haji Samsudin ialah orang yang pertama mendahului penternakan udang galah di kawasan itu kerana beliau berani menghadapi risiko yang bakal beliau tempuhi.
                                          
3. Selain daripada mengikis sikap mementingkan diri sendiri, aktiviti gotong-royong juga memperkukuh silaturahim.

4.  Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.


1.     Ibu mencuci ikan yang ayah beli dari kedai itu tadi.

Sunday, 17 May 2015

LATIHAN TATABAHASA

TATABAHASA

i Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.

1. Baju yang selalu dipakainya dalam setiap majlis rasmi itu sudah rapuh jahitannya.

2. Hadirin  dalam dewan itu ketawa berderai-derai apabila melihat telatah lucu pelawak tersebut.

3.Semua penonton bertepuk tangan kekaguman apabila penyanyi terkenal itu memulakan persembahannya.

4.Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah remang-remang malam.

5. Bunyi radio itu amat kuat sehingga membingit telingaku.

6. Kami menerima ajakan makan malam daripada Datin Aini kerana meraikan kepulangan anak perempuannya dari luar negara.

7.Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca oleh kerakusan manusia memanipulasi sumber alam.

8. Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Bee Kee untuk menjelaskan yuran peperiksaan.

9. Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur akan ditampal pada papan kenyataan.

10. Majlis keramaian menyambut ulang tahun kemerdekaan negara diadakan di perkarangan Dataran Merdeka.

11. "Beta berterima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan beta," kata Sultan Mansur.

12. Pengurusan syarikat itu perlu diperkemaskan agar syarikat itu tidak mengalami kerugian.

13. Kami bergotong-royong untuk menghiaskan kelas kami dengan gambar-gambar pemandangan yang cantik lagi menarik.

14. Masalah kemerosotan disiplin pelajar telah dibincangkan oleh jawatankuasa disiplin di dalam mesyuarat baru-baru ini.

15. Pada cuti semester nanti, Encik Adam akan menebus janji untuk membawa anak-anaknya ke pulau Tioman.

16. Pasukan bahas sekolah kami berazam untuk menebus pertandingan pada masa akan datang.  

17. Kata-kata nasihat ibunya itu telah menebus ke dalam hati Zhong Ling.

18. Bilik itu agak sesak untuk menampungi kami yang seramai lima orang.

19. Orang tua itu segera dibawa ke hospital oleh anak mereka kerana sesak nafas.

20. Para penonton sesak untuk masuk ke stadium itu bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia.
21. Kehidupannya yang senang-lenang selama ini menjadi sesak akibat dibuang kerja baru-baru ini.

22. Pada hari kelepasan, dia kerap mengunjungi rumah saudara-maranya bagi mempereratkan hubungan.

23. Kerajaan mengumumkan kelepasan cukai pendapatan bagi pekerja yang bergaji rendah.

24. Pada waktu kelepasan di sekolah, pelajar akan ke kantin untuk mengisi perut mereka setelah penat belajar.

25. Guru-guru kelepasan universiti dan maktab berganding bahu menjayakan projek amal di kampung itu.

26. Cerpen yang memenangi hadiah pertama itu beliau karang berdasarkan pengalamannya.

27. Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi.

28. Setiap orang yang mengunjungi ke kedai itu mendapat hadiah istimewa sempena ulang tahun pembukaannya.

29 Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis keramaian itu ialah Perdana Menteri Malaysia.

30. Janet berasa amat bangga kerana berjaya menjadi juruterbang wanita yang pertama di negara ini mengendalikan pesawat kormesial.

31. Kerajaan perlu berusaha meningkatkan kemudahan asas di kawasan pedalaman demi keselesaan penduduk di situ..

32. Rakyat khususnya para belia disyor oleh kerajaan supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

33.  Sherley menegaskan yang dia akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan walaupun mendapat pelbagai tawaran dari  universiti swasta.

34. Mereka yang datang akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan diadakan pada bulan depan.

35. Buku yang kamu cari selama-lama ini ada pada adik saya yang tinggal di Taman Berjaya.

36. Baju yang dibeli di pasaraya itu belum berjahit lagi.

37. Ketidakhadiran Cikgu Rusna dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.

38. Pencemaran alam sekitar akan terus berlaku selagi manusia tidak menyedari akan kepentingan menjaga kebersihan.

39. Kedai-kedai pakaian di ibu kota itu menjual baju-baju bermutu tinggi yang diimport dari luar negara.

40. Cikgu Hadi sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.




Tuesday, 9 September 2014

LATIHAN TATABAHASA : Kata Adjektif (KESALAHAN ISTILAH)

LATIHAN TATABAHASA : Kata Adjektif (KESALAHAN ISTILAH)

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah pekat meleleh di kakinya.

2 Semua seluarnya sudah menjadi singkat  kerana badannya sudah berisi.

3 Buah-buahan tempatan sungguh manis dan berpatutan pula harganya.

4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah kesat

5 Air sungai itu hitam kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku panjang di dalam poket bajunya.

7 Cuaca malam ini damai kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

8 Udara di Motel Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh indah  

9 Sayup  sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat malu dan hormat kepada guru-guru mereka.

11 Marsya berasa cemas semasa meraikan hari jadinya.

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang tinggi

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau  hapak ikan air tawar.

14 Penyanyi yang mempunyai suara nyaring  itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh senang dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam kemalapan  pagi tanpa berputus asa.

17 Dahi adik kelihatan bengkok kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

18 Jalan di  Kuala Lumpur menjadi senyap apabila menjelang musim perayaan.

19 Mata Aminah  lebam kerana terkena air sabun.

20 Jambatan yang sendat  itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung

21 Tapak tangan Pak Abu menggelupas selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

22 Nana berasa geram apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

23 Itik itu mempunyai bulu yang  telus  air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

24 Pak Tamin begitu murung memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam

25 Keadaan menjadi semakin runsing  kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .