Tuesday 6 September 2016

KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU - PT3

KURSUS PENDEK  BAHASA MELAYU - PT3

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2016 (AHAD)

MASA: 9 PAGI HINGGA 1 PETANG (4 JAM)

TEMPAT: PUSAT TUISYEN SYABAS, JLN PEGAWAI, ALOR SETAR

BAYARAN: PERCUMA

ROTI & AIR MINERAL DIBERI PERCUMA

TEMPAT  HANYA TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA

Wednesday 24 August 2016

LATIHAN KARANGAN DIMENSI MASYARAKAT:

LATIHAN KARANGAN DIMENSI MASYARAKAT:

Wabak penyakit berjangkit yang merebak pada masa ini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?


            Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat  kini. Di Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak, elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat.

            Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal yang sedemikian akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

            Selain itu, masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang sedemikian akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya daripada djangkiti oleh penyakit. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.

            Hubungan sosial tanpa sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal ini berlaku demikian kerana, tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS. Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota masyarakat supaya dapat mengatasinya, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
            Selain itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini. Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah hendak menyesal, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
            Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal mereka daripada terus menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.
            Oleh hal yang demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti mempertingkat kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini bersesuaian dengan peribahasa, Sediakan payung sebelum hujan.




Latihan Peribahasa :

Latihan Peribahasa :

 

1.  Zanariah sangat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai yang sudah lama diidam-idamkan. Keadaan ini seperti

A. kera mendapat bunga                                               B. pungguk rindukan bulan
C. kecil tapak tangan nyiru ditadahkan                           D. orang mengantuk disorongkan bantal

2. Tuan Ibrahim sesekali tidak menyangka pengurus syarikatnya yang menjadi orang kanannya telah mengelapkan sejumlah besar wang syarikat. Hal ini diibaratkan
A. Harapkan pagar, pagar makan padi                           B. Seperti kacang lupakan kulit
C. Lain diacah , lain yang jadi                                        D. Lebih sudu dari kuah

3.Peribahasa berikut berkaitan dengan sesorang yang berada dalam keadaan yang amat bahaya kecuali
A. seperti telur di hujung tanduk                                    B. nyawa bergantung di hujung rambut
C. sudah jatuh ditimpa tangga                                       D. seperti nyawa di hujung pedang.

4.Peribahasa Bagai kaduk naik junjung membawa maksud
A. orang yang merungut-rungut apabila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan
B. orang yang telah kehilangan banyak harta setelah kalah judi atau sebagainya.
C. Orang yang tidak dapat menerima kekalahan dalam sesuatu pertandingan
D. Orang yang miskin tetapi mengada-ngada setelah mendapat kedudukan atau pangkat

5.Pada peringkat awal , Encik Zamani bersa kekok menjadi jururawat lelaki , tetapi lama-kelamaan pekerjaan tersebujt sudah sebati denmgan jiwanya.. Situasi di atas boleh diumpamakan seperti peribahasa
A. tepuk dada tanya selera                                            B. alah bisa tegal biasa
C. rambut sama hitam hati lain-lain.                               D. Sekali air bah sekali pantai berubah

6. Maksud peribahasa meludah ke langit menimpa muka sendiri
A. orang yang memikirkan perihal diri sendiri sahaja
B. orang yang melakukan kesalahan akan menerima balasannya
C. orang yang memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri turut juga mendapat malu
D. orang yang suka mencari kesalahan orang lain.


7.
Majikan Rosnah memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Suhana, walhal dia memiliki sijil kemahiran komputer sejak dia menamatkan persekolahannya.
Keadaan ini umpama
A. Belakang parang diasah lagikan tajam                       B. Mencurah air ke daun keladi
C. Mengukur baju di badan sendiri                                 D. Mengajar itik berenang.

8. Darwis meminta pertolongan , tetapi tiada sesiapa yang mempedulikannya.
Maksud penyataan di atas merujuk peribahasa-peribahasa berikut kecuali
A. bagai berserui di padang pasir                                  B. seperti melukut di tepi gantang
C. seperti meminta susu daripada ayam                        D. bagai kaca pecah ke batu


9. Kehidupan lelaki tua itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Dia sentiasa bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang berjumlah lapan orang. Kadang-kadang , isterinya mengambil upah membasuh pakaian jiran tetangga untuk menambahkan pendapatan keluarga.


Situasi di atas jelas menggambarkan peribahasa
A. memagar kelapa condong, buahnya jatuh di laman orang       B. melentur dahan dek meluyut buahnya
C. melilit dahulu kemudian memanjat                                         D. melekatkan kersik ke buluh

10. Kata-kata yang diungkapkan oleh lelaki begitu pedih bagai
A. kulit udang terbakar                                                              B. hempedu lekat di hati
C. dihiris dengan sembilu                                                          D. panas mengandung hujan


Cerpen Munsyi oleh Husna Nazri

Cerpen Munsyi oleh Husna Nazri


Sinopsis - Cerpen ini mengisahkan hasrat Mel (’saya’) iaitu seorang anak muda kampung untuk berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada pendapat bondanya, Mel masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Hal ini demikian kerana bonda sedar bahawa anaknya masih belum dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Mel akur akan permintaan bonda untuk menangguhkan penghijrahannya ke kota. Penduduk kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap perjudis dan berprasangka. Mereka amat mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Oleh itu, bonda menasihati Mel agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Selain itu, anak-anak muda perlu berani mempertahankan nilai dan kepetingan bahasa sendiri. Bonda mengharapkan agar Mel menghargai jasa nenek moyang yang membebaskan tanah air daripada penjajahan
Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda banyak memiliki kitab atau buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu dibaca oleh Mel.

 

Setelah Mel berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa depannya. Hasratnya telah mendapat restu daripada bonda Namun, bonda berpesan agar Mel menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Sebelum berangkat ke kota, bonda mengamanahkan Mel agar memberikan kitab-kitab lama kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di bandar. Sahabatnya itu bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak menyimpan khazanah lama itu. Setibanya di kota, Mel Berjaya menjejaki Munsyi. Beliau menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota. Mel berpeluang berkenalan dan bermesra dengan Munsyi serta menyerahkan puluhan kitab lama kepadanya.
Pada  pengamatan Mel, Munsyi merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.   Di bandar, Mel melihat golongan mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Mel mendapat perkhabaran bahawa sebuah syarikat perumahan telah diarahkan untuk merobohkan kawasan perkampungan pinggir kota yang didiami oleh Munsyi bersama-sama  dua puluh buah keluarga yang lain. Bangunan mewan dan hotel bertaraf lima bintang akan didirikan di situ. Kerja-kerja perobohan rumah kediaman dijalankan oleh pihak terbabit. Anggota penguat kuasa pula menghalang demonstrasi penduduk.

Mel terkedu apabila melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku yang diberikan oleh bondanya diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang kaya raya. Tanda Tanya berlaku dalam diri Mel apabila dia gagal menjejaki orang tua yang bernama Munsyi itu. Akhirnya, rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.  Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.

 

 


Tema - Semangat cinta akan agama, bangsa, Bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara -  bonda meminta anaknya iaitu Mel melengkapkan diri dengan ilmu agama dan kemahiran bahasa agar menjadi benteng yang ampuh daripada pengaruh luar yang begitu kuat melanda negara.


Plot Cerpen Munsyi


Flowchart: Extract: Plot
 


















Latihan Bergambar Cerpen Munsyi




Watak dan Perwatakan

 

Watak utama – Mel : Anak lelaki kepada bonda / patuh akan nasihat dan arahan bondanya - tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke Bandar  / Seorang yang rasional apabila bersetuju dengan pandangan bondanya bahawa di kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati diri. / Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama, bahasa dan negara / Seorang yang amanah - menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika pergi ke Bandar / gemar membaca - mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya /  tidak mudah putus asa - meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak Sampingan


1. Bonda :  Ibu kepada Mel / kuat mempertahankan agama, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun / banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya / berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air / banyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama bertulisan jawi / memberikan kebenaran kepada Mel berhijrah ke kota setelah berpuas hati bahawa Mel sudah memiliki pegangan agama yang kuat dan menguasai kemahiran bahasa / berpengetahuan luas - bercerita kepada Mel tentang sejarah pahit tanah air / bersifat patriotik - menasihati Mel agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara / Rasional - mengizinkan Mel berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.


2. Munsyi : Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota / berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih bersih/ Orang yang layak menyimpan khazanah lama/Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan bangunan mewah/ Seorang pejuang bahasa / Dia menghilangkan diri setelah rumahnya dirobohkan / Seorang yang cinta akan budaya tradisional - berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan Mel / Seorang yang mengalu-alukan tetamu - Munsyi tersenyum dan menjemput Mel masuk ke rumahnya.


Latar

Latar Tempat : Kampung - Bonda dan Mel tinggal di kampung. / Kota - Kebanyakan warga kota sudah hilang nilai tradisi. / Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu - Musnyi menetap di perkampungan itu.

 

Latar Masa :  Lima ratus tahun yang lampau  negara kita dijajah oleh kuasa luar pada waktu itu / Minggu pertama berada di kota - Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda yang dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi / Beberapa purnama - Mel tidak bertemu dengan Munsyi di perkampungan pinggir kota. / Seminggu yang lepas - Jentera-jentera berat bersiap untuk meruntuhkan rumah-rumah kayu using di perkampungan pinggir kota. Latar masa / Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah / Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.




Latihan Pemahaman:


          “Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”
          Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf saya. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal kulitnya.
          Perkataan-perkataan yang tertulis dalam Jawi itu masih mampu saya baca dan fahami walaupun agak perlahan.
          Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.

       i.          Apakah kata-kata Mel yang tidak menyenangkan bondanya?                                         [2 markah]

     ii.          Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari sejarah tanah air?                [3 markah]

    iii.          Huraikan satu latar masyarakat yang terkandung dalam petikan di atas dan satu lagi latar masyarakat daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.                                         [4 markah]




KARANGAN RANGSANGAN

LATIHAN TAMBAHAN – KARANGAN RANGSANGAN [30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda lentang cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan





 





Membuat Perbandingan Harga                                     Membeli Barangan Berkualiti


Membuat Pilihan Tepat


Maklumat Karangan:

 - industri pembuatan kenderaan negara menerima pengkitrafan dunia, apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). / kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan / perlu dilempar daripada kamus pemikiran masyarakat / masyarakat Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan keluaran negara mereka sendiri sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi industri pembuatan negara maju Eropah. / Mari kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti. / Dalam era komunikasi serba canggih sekarang, maklumat di hujung jari. / mengetahui perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding dengan barangan yang sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang lain. / Menang membeli, menang memakai. / mari kita teruskan perbincangan berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa membeli sesuatu barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian. / gedung beli belah seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket,  Pasar Raya Maidin,  Cereefour,  The Mall,  Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai lagi. /,Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna yang bijak mestilah membuat pemilihan yang tepat. / mempunyai buku atau catatan sepanjang berbelanja. /Amalan merancang perbelanjaan juga akan membudayakan pengguna untuk menambung kerana malang tidak berbau dan dengan menabung, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. / jika tidak dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan. Boros itu amalan syaitan./ Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan berbelanja secara berhemat perlu menjadi keutamaan / kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara golongan insan yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja./hanya jauhari yang mengenal manikam


KARANGAN RANGSANGAN

LATIHAN TAMBAHAN – KARANGAN RANGSANGAN [30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda lentang cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan





 





Membuat Perbandingan Harga                                     Membeli Barangan Berkualiti


Membuat Pilihan Tepat


Maklumat Karangan:

 - industri pembuatan kenderaan negara menerima pengkitrafan dunia, apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). / kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan / perlu dilempar daripada kamus pemikiran masyarakat / masyarakat Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan keluaran negara mereka sendiri sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi industri pembuatan negara maju Eropah. / Mari kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti. / Dalam era komunikasi serba canggih sekarang, maklumat di hujung jari. / mengetahui perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding dengan barangan yang sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang lain. / Menang membeli, menang memakai. / mari kita teruskan perbincangan berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa membeli sesuatu barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian. / gedung beli belah seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket,  Pasar Raya Maidin,  Cereefour,  The Mall,  Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai lagi. /,Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna yang bijak mestilah membuat pemilihan yang tepat. / mempunyai buku atau catatan sepanjang berbelanja. /Amalan merancang perbelanjaan juga akan membudayakan pengguna untuk menambung kerana malang tidak berbau dan dengan menabung, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. / jika tidak dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan. Boros itu amalan syaitan./ Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan berbelanja secara berhemat perlu menjadi keutamaan / kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara golongan insan yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja./hanya jauhari yang mengenal manikam


PEPERIKSAAN PRA - SPM 2016 (SET 1)

PEPERIKSAAN PRA - SPM 2016 (SET 1)                                   
1103/2
BM Kertas 2
Ogos
2 1/2  jam                                                                                      Dua jam tiga puluh minit

 

  1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
  2. Jawab semua soalan
  3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan  teks KOMSAS Tingkatan 4 dan 5
 


Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan leliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah blog kepada remaja dan langkah-Iangkah mengawal penyalahgunaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hari ini minat terhadap penulisan menjadi ledakan dalam dunia teknoiogi maklumat, terutama laman blog yang menjurus kepada isu politik berbanding dengan penulisan blog dalam pelbagai cabang dan isu lain. Perkembangan teknologi Internet dan dasar keterbukaannya secara tidak langsung telah memperluas dan memperkembang fungsi blog.
Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan remaja lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya. Walau bagaimanapun dalam menyuarakan pendapat atau pandangan lentang sesuatu isu kita tidak boleh menyalahi undang-undang seperti menyebar fitnah dan menghasut. Apabila sering melahirkan buah fikiran melaui blog, mereka bukan sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, melalui perkongsian pandangan dan perdebatan secara terbuka dalam sesuatu isu, telapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda. Oleh itu, laman blog menjadi medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupunpandangannya.
Dalam meneliti kebanyakan laman blag yang ada pada hari ini, penyertaan remaja amat kurang. Sebahagian besar remaja lebih tertarik kepada laman yang dipanggil sebagai laman sembang seperti Friendster, Facebook, Twiter, dan Fanbook. Laman ini menjadi tempat untuk menambahkan kenalan bagi membolehkan mereka berkongsi minat tentang isu atau hal berkailan dengan dunia mereka sendiri. Golongan remaja yang masih dalam proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini sebagai tempat untuk mempopularkan diri sarna ada dalam kalangan pemblog ataupun dalam kalangan rakan mereka di sekolah. Hal ini demikian kerana menjadi popular melalui blog merupakan satu strategi yang posilif.
Remaja hari ini perlu memanfaatkan perkembangan blog untuk membentuk pemikiran yang lebih positif. Sebagai contoh, mereka baleh membina satu blog yang khusus untuk bertukar-tukar nota pelajaran. Dengan cara ini, mereka dapal berkongsi ilmu dan menambahkan pengetahuan yang ada. Di samping iru, jika pandai memanfaatkan perkembangan teknologi hari ini, laman blog juga dapal dijadikan ruang unruk mendapatkan duit dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana perkembangan sistem pemasaran di alam siber telah membolehkan sesiapa sahaja untuk mengiklankan produk masing-masing dalam dunia pengiklanan Internet.
Blog dan memblog ialah fenomena baharu dan menarik. Namun demikian belakangan ini, remaja dilihat lebih terarah dan berminat mengendalikan laman blog lucah dan memaparkan salah laku moral remaja. Agak menyedihkan apabila blog disalahgunakan sedangkan dunia blog itu sendiri banyak manfaatnya jika digunakan sebaik mungkin.

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a)· Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soolan yang berikut dengan menggunakan aya! anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata strategi yang positif.                                                              [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa contoh penyalahgunaan blog.
Nyatakan tiga daripada penyalahgunaan tersebut.                                                                     [3 markah]

(iii) Pada pendapat aoda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan
laman blog?                                                                                                                                 [4 markah]




Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

            Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
            Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.
            Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
            Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam punca.

 (Dipetik daripada Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Mellisa oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)  Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?                        [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu ?                                                                                                                                                                [3 markah]
(iii)  Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.                                                                                                                                                          [4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.

          Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku ini!”
          Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.

          Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”

          Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pada mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.

(Dipetik daripada prosa “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
                                   
(i)  Berikan maksud terlalu gemuruh bahananya.                                                                     [2 markah]

(ii)  Bagaimanakah laksamana berjaya membunuh Kertala Sari?                                                3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang pendekar itu menewaskan musuhnya hanya dengan menggunakan kaedah tipu muslihat?                                                                                    [3 markah]                                                                      


Soalan 2 (d) – Petikan Puisi

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Sajak Gelanggang


Ini gelanggang kita
diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
        
Onn Malini - Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)  Nyatakan cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang dinyatakan dalam sajak di atas.                                                                                                                                                                                    [2 markah]

(ii)  Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara itu dijajah?      [4 markah]                                                        

(iii)
Jelaskan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.                                                    [3 markah]




Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

  1.  Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata  di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan  maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                 negara bangsa
ii.                runding cara
iii.               enjin carian
iv.              paparan  kristal cecair
v.                kitaran proses biologi
vi.              warisan budaya bangsa                                                                                    [6 markah ]


  1. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

i.                 Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii.                Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii.               Pantai di kampung saya  mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.              Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v.                Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis  di Taman Melati, semalam.
vi.              Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika  menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.                                                                               [6 markah ]
  1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                 Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.

ii.                Sifat remaja yang terkenal dengan agresif, kraetif, dan inovatif merancakan  aktiviti hiburan mereka lagi

iii.               Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.                                                                                                                  [6 markah]
     

  1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan istilah dan satu kesalahan penggunaan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                 Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.

ii.                Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.

iii.               Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.                                                                          [6 markah]


  1. Baca  petikan di bawah  dengan  teliti  dan  kemudian  senaraikan  peribahasa  yang sesuai  untuk diisikan pada tempat kosong.

Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................
[6 markah]



Soalan 4 : Novel
[15 markah]

a.     Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan perasaan anda setelah membaca novel tersebut.                                                                                          [ 7 markah]

b.     Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan  persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut                                                               [8 markah]



KERTAS SOALAN TAMAT