Showing posts with label FOKUS SPM 2013. Show all posts
Showing posts with label FOKUS SPM 2013. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

SOALAN FOKUS SUBJEK KIMIA SPM 2013

CHEMISTRY TIPS - PAPER 2
SECTION A
1.     Empirical formula. (precaution, draw apparatus, observation, calculation).
2.     Periodic table.
3.     Carbon compound. (alkane, alkane, alcohol.)
4.     Salt
5.     Redox and electrolysis. (define term)
6.     Soap and detergent (how to make soap, adv, disadvantage.)
7.     Contact & Haber process.
8.     Thermochemistry

SECTION B
1.     How to make soluble / insoluble salt  (Identity anion / cation.)
1.     Rate of reaction. (catalyst, surface area, concentration.)
2.     Bond (ionic , covalent)

3.      Combination of (alloy ,glass, polymer) Or Rubber (polymer & vulcanisation)

Tuesday, 5 November 2013

SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013


Berdasarkan  dua buah novel yang anda kaji, huraikan  satu perwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.                                             [8 markah]


Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah -  Watak Sampingan

Watak sampingan: Tengku Murni/ Murni
Perwatakan : Gemar berpakaian ‘rugged’ - diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar yang terdapat dalam album Tengku Murni. / Anak yang manja - Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana. / Peramah - Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar Sekolah Menengah Taman Sari. / Tidak mudah mengalah - melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Tengku Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya. / Tidak memandang rendah pada orang lain - Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Tengku Murni kerana sering merendah-rendahkan orang lain

Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir -  Watak Sampingan

Watak sampingan: Profesor Zaidah
Perwatakan: Bertanggungjawab - Selaku  pengarah kerja lapangan iaitu ekskavasi (kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala ) di Bukit Mat Raya. Dia menjaga kebajikan dan keselamatan ahli pasukannya. Oleh itu, dia berusaha untuk mendapatkan bekalan generator supaya kerja menggali boleh dilakukan pada waktu malam dan bagi tujuan keselamatan ahli pasukannya yang berkhemah di  Desa Karpus./ Penyayang - Setelah sedar akan kesilapannya, dia memohon maaf daripada Amira kerana meletakkan tugasnya di tempat yang pertama. Sambil berpelukan dia menegaskan bahawa walaupun sibuk, dia amat sayang akan Amira kerana Amiralah satu-satunya anaknya./ Dedikasi - Selepas mengalami kemalangan kerana masalah pada brek kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama-sama Pak Lias , Dr. Zawawi mencadangkan agar ekskavasi dihentikan buat seketika tetapi Profesor Zaidah tidak mahu mengalah dan tetap mahu meneruskannya.




SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013


Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.                                                                                      [7 markah]

Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah - Peristiwa Saspens

1. Peristiwa Azfa Hanani diarahkan ke bilik pengetua
Azfa Hanani ketakutan kerana pada sangkaannya dia dipanggil kerana kesalahannya mencuri buku perpustakaan akibat kemiskinan hidupnya.
- Pembaca ingin tahu hukuman yang akan dikenakan terhadap Azfa Hanani.
- Hakikatnya, Azfa Hanani ingin ditemui oleh sepasang suami isteri yang ingin meminta pertolongannya.

2. Peristiwa Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah selepas diajar oleh Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz untuk menyamar menjadi Tengku Murni yang telah meninggal dunia.
- Azfa Hanani berdebar-debar ketika menurini anak tangga semasa ingin bertemu dengan Datin Maziah
- Pembaca ingin tahu sama ada Azfa Hanani berjaya melaksanakan tugas penyamaran sebagai Tengku Murni atau sebaliknya
-Ternyata Azfa Hanani berjaya kerana Datin Maziah percaya Azfa ialah anaknya yang telah meninggal dunia

Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir - Peristiwa Saspens

1. Peristiwa Amira dan Itai berhadapan dengan makhluk berbulu yang ditakuti oleh penghuni rimba ketika mendapatkan sebutir emas untuk Jacinta.
- Amira dan Itai bimbang akan keselamatan mereka sekiranya makhluk tersebut mengapa-apakan mereka
- Pembaca tertanya-tanya sama ada Amira dan Itai berjaya menyelamatkan diri daripada makhluk tersebut atau tidak.
-Mereka berdua berjaya menyelamatkan diri kerana makhluk itu sebenarnya ingin memburu pemburu emas.

2. Peristiwa Amira menemui mobile disk yang dipercayai milik Malique di puncak Gunung Gua Gajah.
- Amira tertanya-tanya tentang sebab peranti tersebut boleh berada di situ. Amira juga mengagal bahawa Maliqe berada di kawasan tersebut berdasarkan penemuan peranti milik Malique itu
- Pembaca tertanya-tanya sama ada tekaan Amira itu betul atau tidak.
- Mobile disk itu memang kepunyaan Malique yang terlbat dalam kemalangan ketika mencari seorang pelombong emas yang hilang ketika hujan lebat

3. Peristiwa Malique terjatuh ke dalam gaung apabila aliran lumpur menolak kereta yang dinaikinya.
- Malique bimbang akan keselamatan dirinya setelah kakinya tercedera dalam kejadian tersebut
- Pembaca tertanya-tanya sama ada Malique terselamat dalam peristiwa tersebut atau sebaliknya.
- Malique yang cedera telah diselamatkan oleh Tau yang membawanya ke Gunung Gua Gajah

SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013


Jelaskan sifat-sifat watak utama dalam novel yang anda kaji yang boleh dicontohi pembaca dan pengajaran daripada sifat tersebut.                                                                              [7 markah]
           
            Dalam genre novel yang saya kaji iaitu ...................................... nukilan  ..................................., watak utamanya iaitu .......................... dipaparkan sebagai watak yang memiliki beberapa sifat yang boleh dijadikan sebagai ikutan serta pengajaran dalam  kita menempuh kehidupan seharian.

            ................................ telah dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang gigih  berusaha sehingga mencapai kejayaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila ............................. gigih berusaha ...................... ............................................................................................ Oleh itu, sifat ........................................ ini patut dicontohi oleh pembaca kerana sikap ini akan mendorong seseorang itu untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidupnya.

                        Selain itu, ........................................ juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sifat .......................................... Kita dapat lihat ................................................................ apabila dia .......... ............................................................ Dengan itu, sikap ................................yang ada pada ..............................haruslah dijadikan sebagai panduan oleh pembaca kerana sifat ini akan membantu kita menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berkesan.
            Di samping itu, ................................ merupakan seorang watak yang mempunyai ketabahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup.  Pengarang menggambarkan .................................... sebagai remaja yang tabah menghadapi pelbagai masalah. Segala masalah  dihadapinya  dengan cekal tanpa berputus asa. Dengan itu, sifat tabah ini perlulah diamalkan oleh pembaca kerana sifat ini akan melatih kita supaya sentiasa tabah semasa berhadapan dengan rintangan hidup tanpa ada perasaan putus asa demi kejayaan dalam mengejar cita-cita.
            Konklusinya, pengarang telah berjaya menjadikan watak utama ini benar-benar menarik kerana memiliki perwatakan yang cukup hebat yang boleh dijadikan contoh dalam kita mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba

SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013


LATIHAN  FOKUS SPM  :
A) Bincangkan sifat berani yang ada pada kedua-dua watak utama dalam dua buah novel yang telah anda kaji.

Novel Azfa Hanani
 Novel Kembara Amira
 - berani
1. Berani menyamar sebagai Tengku Murni walaupun tugas itu sangat sukar kerana jika tersalah langkah penyamarannya akan terbongkar.

2. Berani bertanya kepada Tengku Muzaffar akan hubungan Tengku Murni dengan Ekran walaupun dia tahu Tengku Muzaffar telah menghalang perhubungan tersebut.
  
-          berani
  1. Amira berani menempuh cabaran apabila membuat keputusan untuk mencari Malique di Gua Gunung Gajah.

  1. Berani mengikut Itai ke sungai yang mempunyai banyak emas dengan meredah belukar di sepanjang sungai semata-mata mahu menghadiahkannya kepada Jacinta.


B) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan satu  persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat.      
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira
 Persamaan :
  1. Masyarakat murid sekolah
Mereka diwakili oleh Azfa Hanani, Ekran, dan Ellina yang belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Mereka juga aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Buktinya, Azfa Hanani menjadi pengerusi Forum Remaja, Ekran pula menyelenggara projek Hari sumbangsih dengan jayanya manakala Ellina mengendalikan pameran luar pada Hari Sumbangsih.
Persamaan :
  1. Masyarakat Murid sekolah
Mereka terdiri daripada Amira, Jacinta dan Itai. Mereka menggunakan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
Sebagai contohi, Amira dan Jacinta menghabiskan masa cuti sekolah dengan mengikut Pfofesor Zaidah ke Bukit Mat Raya untuk melakukan penyelidikan arkeologi.

Perbezaan
1.       Masyarakat bangsawan
Mereka terdiri daripada keluarga Datuk Tengku Makmur yang kaya. Antaranya Datin Maziah, Tengku Mazran dan Tengku Muzaffar.
Hal ini terbukti apabila kehidupan mereka sangat kaya dengan paparan tempat tinggal mereka dan sambutan hari jadi Tengku Murni yang ke-17. Mereka juga mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
Perbezaan :
  1. Masyarakat Orang asli yang berketurunan Semai.
Mereka diwakili oleh Tau, Itai dan Ludin.
Sebagai contoh, mereka tinggal di sebuah perkampungan orang asli di dalam hutan bukit Mat Raya.


Latihan Kendiri:

PERISTIWA NOVEL AZFA HANANI
LATAR MASYARAKAT
NILAI
Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah.


walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya


Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka.


Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur


Azfa Hanani  melaksanakan tugas sebagai pengerusi Forum Remaja Sekolah  yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali


Azfa Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya


Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila mengetahui asal-usulnya semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Datin Maziah telah menampar dan memaksa Azfa Hanani menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Azfa Hanani tidak dapat membuktikannya lalu mengaku bahawa dia menyamar sebagai Tengku Murni.


Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu teringat sepupunya di kampung yang sekali sekala menikmati ayam goreng


PERISTIWA NOVEL KEMBARA  AMIRA
LATAR MASYARAKAT
NILAI
Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama


Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.


Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.


Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.


Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.


Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.


Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi


Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses) Jacintha terhadap batu kuarza./


Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan Malique



SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013

PERBANDINGAN NOVEL AZFA HANANI  DENGAN KEMBARA AMIRA



TEKNIK PLOT
Novel Kembara Amira
Novel Azfa Hanani
Pemerian
Pengarang menggambarkan keadaan khemah  yang didirikan oleh   Prof. Zaidah dan kumpulannya yang tersusun dalam bentuk separa bulatan ketika mereka sampai di Bukit Mat Raya
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah. Dia kagum akan situasi banglo tersebut yang jauh berbeza dengan rumah pak long d
Dialog
Profesor Zaidah  berbual dengan  Rusdi  tentang kejadian tali khemah yang terputus semasa hujan lebat.
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran kejadian gerai burger Ekran yang terbakar akibat perbuatan khianat.
Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung apabila terlihat makanan yang lazat dihidangkan ketika berada di banglo Datin Maziah
Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

Misteri makhluk berbulu akhirnya terbongkar apabila Pak Lias hampir-hampir membunuhnya ketika berada di puncak Gunung Gua Gajah. Pembaca tidak menyangka bahawa Tau yang menyamar sebagai makhluk tersebut setelah Ludin menarik bulu yang menutupi tubuh makhluk tersebut.

Suspens
Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Malique yang disembunyikan oleh makhluk berbulu setelah dilaporkan hilang di dalam hutan.
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang  reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama
Pembaca  ingin tahu tentang tindakan Amira setelah mendapati dirinya terdampar di tebing sungai di sisi dua orang lelaki yang memegang sumpit. Peristiwa ini berlaku setelah Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal melangkah dengan tepat di atas batu. Amira terus dihanyutkan oleh arus yang deras dan hampir lemas.

Ketika Profesor Zaidah dan Pak Lias dalam perjalanan untuk memeriksa barang yang dihantar oleh syarikat pengangkutan di stesen kereta api, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana mengalami masalah brek ketika menuruni bukit. Oleh itu, pembaca tertanya-tanya tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.




SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013


PENCERNAAN NILAI BERDASARKAN PERISTIWA DALAM NOVEL KEMBARA AMIRA

NILAI
HURAIAN /CONTOH
1.     NILAI KASIH SAYANG

Nilai kasih sayang kepada ibu
Amira menyayangi ibunya iaitu Profesor Zaidah
Nilai kasih sayang kepaa bapa
Itai amat menyayangi bapanya iaitu Tau
Nilai kasih sayang sahabat
Amira menyayangi sahabat karibnya iaitu Jacinta
Nilai kasih sayang kepada anak-anak
Tau amat menyayangi anak-anaknya iaitu Itai dan Sabi
Nilai kasih sayang kepada pasangan hidup
Tau menyayangi isterinya iaitu Ipah / Jennifer
2.     NILAI KEGIGIHAN

Nilai kegigihan dalam membantu menyelesaikan masalah
Amira gigih membantu mencari Malique yang hilang
Nilai kegigihan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
Profesor Zaidah gigih dalam kerjayanya.
Nilai kegigihan dalam menuntut ilmu
Rusdi gigih belajar dalam bidang arkeologi di bawah seliaan Profesor Zaidah
Nilai kegigihan dalam mempertahankan hak
Tau gigih mempertahankan Malique daripada diambil semula oleh Jennifer
Nilai kegigihan mencari anak yang hilang
Jennifer gigih mencari  Malique yang hilang
3.     NILAI BERTANGGUNGJAWAB

Nilai bertanggungjawab terhadap diri
Amira yang rajin belajar akhirnya Berjaya melanjutkan pelajarannya ke university agar menjadi manusia yang berpendidikan  tinggi
Nilai bertanggungjawab sesama insan
Amira mengambil tanggungjawab untuk mencari Malique yang hilang di hutan.
Nilai bertanggungjawab terhadap kerjaya
Profesor Zaidah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pensyarah arkeologi dengan baik
Nilai bertanggungjawab terhadap anak
Profesor Zaidah telah mencurahkan kasih sayang kepada anak tunggalnya iaitu Amira
Nilai bertanggungjawab terhadap masyarakat
Tau telah menunjukkan tempat yang mengandungi tinggalan sejarah kepada Dr Zawawi
4.     NILAI  MENJAGA MARUAH

Nilai menjaga maruah diri
Amira memulangkan emas yang diambilnya semula demi menjaga maruah dirinya
Nilai menjaga maruah keluarga
Tau sanggup berkahwin dengan Ipah demi menjaga maruah keluarga Jidin
Nilai menjaga maruah wanita
Amira menjaga tingkah lakunya ketika bersama dengan Itai dan Malique

UNSUR GAYA BAHASA  NOVEL KEMBARA AMIRA
CONTOH
Simile

 Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

Personifikasi

menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

Hiperbola

“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”


“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”

Sinkope
 “Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

Inversi

di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

Peribahasa
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.