Showing posts with label kertas 2. Show all posts
Showing posts with label kertas 2. Show all posts

Monday, 15 September 2014

LATIHAN KERTAS 2 - SPM

Baca petikan  di bawah dengan  teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan penganjuran pesta  buku dan cara-cara  menarik minat pengunjung ke pesta buku. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

            Saban tahun banyak pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang telah menganjurkan pesta buku. Antaranya  termasuklah  penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sepanjang pesta itu diadakan kita melihat semangat kecintaan terhadap buku yang luar biasa. Mungkin yang kita lihat itu gambaran luaran semata-mata tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat manusia dari semua peringkat datang berbondong-bondong ke tempat pesta itu diadakan. Dianggarkan lebih daripada sejuta pengunjung telah membanjiri premis pesta berkenaan. Hal ini memberi petunjuk  kejayaan dan kepentingan penganjurannya.

            Dalam pesta buku, pengunjung berpeluang memilih pelbagai judul buku dalam pelbagai jenis bidang dan sub bidang ilmu. Namun sebaik sahaja  pesta buku berakhir, peluang tersebut tidak muncul lagi, tenrtamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar besar rnereka boleh memilih ke kedai buku mega di gedung-gedung beli-belah untuk mendapatkan buku. Oleh itu, wajar sekali pesta buku dalam skala tertentu terus diadakan dari semasa ke semasa, bergerak dari sebuah bandar kecil ke sebuah bandar kecil yang lain. Tempoh pusingan setahun, sehingga munculnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan datang mampu meningkat dan mengekalkan momentum minat membeli dan membaca dalam kalangan masyarakat kita.

            Pesta buku biasanya turut menawarkan potongan harga yang luar biasa bagi menarik minat orang ramai membeli buku dan membacanya.  Pelbagai acara yang dianjurkan dalam pesta buku juga secara tidak langsung akan memperkenalkan penulis, penerbit, pengkitik dan personel lain yang terlibat dalam bidang ini. Acara-acara ini mendekatkan dunia indusri pembukuan, kepengarangan dan apresiasi karya kepada khalayak Malangnya, selepas pesta jarang-jarang kita mendengar adanya acara-acara seperti ini. Penganjuran acara-acara ini dari semasa ke semasa di pelbagai tempat yang strategik akan membantu menyuburkan dunia pembukuan dan yang lebih penting daya intelektual masyarakat dapat ditingkatkan. Industri pererbitan yang merupkan tunjang kepada kejayaan penganjuran sesuatu pesta buku bukanlah semata-mata berfokus kepada keuntungan material, tetapi lebih kepada cara ilmu pengetahuan dapat disebarkan,  dihidupkan dan dimanfaatkan oleh anggota masyarakat.

            Akhir sekali, pesta buku akan memberi lebih banyak peluang kepada anggota masyarakat kita untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini dan bermutu sama ada dari dalam atau luar negara. Penyertaan penerbit atau pempamer dari luar negara akan turut mengangkat prestij Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan seterusnya mengekalkan momentum perkembangan minat membeli  dan membaca dalam kalangan masyarakat.



Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

1. Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah agar menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan susunannya.

Selain pertalian keluarga, hubungan persahabatan yang baik berupaya meningkatkan aspek kehidupan kita. Hal ini bukan sahaja memberikan kegernbiraan malah turut meningkatkan tahap kesihatan kita. Kajian saintifik mendapati bahawa menjalani hidup sendirian dan enggan membina hubungan dengan individu lain akan melemahkan imunisasi tubuh.                                                                                                               [6 markah]

JAWAPAN:



                            
2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Terapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bagi mewujudkan jenerasi berkebolehan yang mampu menghadapi cabaran pada masa depan.

(ii) Pihak kementerian kesihatan mengesan pemilik bangunan yang menjual produk atau ubat tidak didaftar termasuk disyaki mengandungi racun berjadual.

(iii) Rondaan yang sering dijalankan dikawasan itu telah dapat rnengurangkan peluang kumpulan penjenayah untuk menlakukan kegiatan mereka.                                                                                                    [6 markah]

3.Dalam petikan di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Usaha mendirikan kawasan luar bandar turut direalisasikan menerusi pelaksanaan berapa inisiatif baru. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berusaha mengerakkan belia luar bandar dengan melaksanakan aktiviti Cabaran Perniagaan Luar Bandar yang mencari dan memberi peluang kepada belia merealisasikan idea bernas dan menterjemahkannya kepada suatu perniagaan berdaya maju. Usaha berkenaan diharapkan dapat menarik penyertaan lebih ramai golongan belia-belia termasuk menggalakkan aktiviti ekonomi bagi menarik perhatian pemain swasta.                                                                      [6 markah]

JAWAPAN:


SOALAN 2 : Ejaan & Imbuhan

SOALAN 3 : Istilah & Tatabahasa
SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
i.







ii.







iii.









4.Baca maksud peribahasadi bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Azmi sudah mati akal untuk mengubah perangai Azhar dan Raziq yang merupakan rakan sekerjanya. Kedua-dua orang rakannya pemalas. Sekali disuruh sekalilah mereka membuat kerja. Kemudian, mereka akan duduk berbual-bual menghabiskan waktu kerja.
PERIBAHASA:


(ii) Semasa muda dahulu, Khaty merantau ke merata-rata tempat kerana dia bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan Malaysia. Namun, sejak beberapa bulan yang lalu dia enggan meninggalkan kampungnya lagi.
PERIBAHASA:



(iii) Dalam perlawanan akhir bola sepak itu, pasukan Terengganu ketinggalan 0-3 sehingga ke minit 70. Namun begitu, hasil usaha yang gigih dan konsisten, pemain-pemain Terengganu berjaya menjaringkan empat gol. Akhimya, mereka berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan kedudukan 4-3.                                  [6 markah]
PERIBAHASA:


Saturday, 17 August 2013

FOKUS PERCUBAAN : TATABAHASA - CAKAP AJUK / CAKAP PINDAH


CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk ialah……………………………………………………….

Cakap Pindah ialah …………………………………………………….

CARA-CARA MENUKARKAN CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH:

1. Tentukan Jenis Ayat Bagi Cakap Ajuk.

i.                     Ayat Penyata  - “Saya lapar”, kata  Jenny.

Contoh Cakap Pindah:


Jenny                                          bahawa dia lapar.













a.      Ayat Tanya  -   a) Ayat Tanya Terbuka - “Di manakah awak       tinggal?” tanya Law kepada Shiva.

Contoh Cakap Pindah:

-Law   ............................ Shiva .............................................
-Law ................................. tentang........................................
-Law..........................................................................................
                                               



b) Ayat Tanya Tertutup – “Adakah awak sakit?” tanya Adlin kepada Janet.
                       
                        Contoh Cakap Pindah:

                        -Adlin .................................Janet ..................dia sakit atau................



ii.                   Ayat Perintah  -  a) Ayat Permintaan - “Tolong ambilkan saya segelas air”, kata Sehry kepada  Sobalan.

Contoh Cakap Pindah:
Sehry ....................................Sobalan..................................................
Disediakan oleh: Muin Mohsein
b) Ayat Larangan – “ Jangan bermain di tepi parit itu”, kata Sheila kepada adik.

                        Contoh Cakap Pindah:

                        Sheila ........................................adiknya ..........................................



    c) Ayat Silaan – “Sila masuk ke dalam rumah saya”, kata Tan kepada Ming.

                        Contoh Cakap Pindah:

                        Tan ..............................................Ming...............................................



d) Ayat Suruhan – “Carilah rezeki yang halal”, kata Ewe kepada Sanny.

                        Ewe .............................................Sanny..............................................




iv) Ayat Seruan –  a) “Amboi, indahnya pemandangan di Pokok Sena!” kata Kweh.

Contoh Cakap Pindah:

Kweh ........................................keindahan pemandangan di Pokok Sena.


                       
                                             b) “Aduh, sakitnya kakiku ini!” kata Gun.


            Contoh Cakap Pindah:

            Gun ......................................................................................................


         c) “Cis, keluar engkau dari sini!” kata Azim kepada pengemis itu.
           
            Contoh Cakap Pindah:

            Azim ............................................pengemis itu..................................
Disediakan oleh: Muin Mohsein





2. Tukarkan :

i. Ganti Nama Diri Pertama kepada Ganti Nama Diri Ketiga
                        saya / aku / hamba / patik –
                        beta –
                        kami –


ii. Kata Ganti Tempat
                        Di sini / di sana –


iii. Kata Ganti Tunjuk
                        ini –
                        begini –


iv. Kata Tanya
                        apa –
                        di mana –
                        bila –
                        mengapa –
                        bagaimana –
                        berapa –

v. Masa
                        Hari ini –
                        Esok –
                        Semalam –
                        Kelmarin –




Latihan 1

Yvonne : Awak sudah mendaftar untuk ke tingkatan enam?
Rashid : Sudah, semalam.
Yvonne : Apa pandangan awak tentang pengajian kita di tingkatan enam nanti?
Rashid : Saya tak kisah sangat. Asalkan dapat belajar,  sudah.
Yvonne : Tak boleh begitu. Awak kena fikirkan peluang dan masa depan awak.
Rashid : Semuanya dah saya fikirkan tapi saya segan untuk mengatakannya.
Yvonne : Baguslah kalau begitu. Saya harap pilihan ini bukan pilihan awak yang                       
                terakhir.
Rashid : sudah tentu tidak. Saya ke tingkatan enam kerana yakin bahawa peluang
                saya untuk ke universiti lebih cerah nanti.

 Cakap Pindah

            Yvonne..................................Huda ......................dia sudah mendaftar untuk.........................................................ke tingkatan enam .................belum. Rashid ......................................................................mendaftar pada.......................
Disediakan oleh: Muin Mohsein

....................................... Seterusnya,  Yvonne .......................................... Rashid ........................... pengajian ............................di tingkatan enam. Rashid ..........................................................perkara tersebut ............................................
......................tetapi perkara yang terpenting ialah.................................................. Sebaliknya, Yvonne ...............................................Rashid  tidak patut .................
............................kerana Rashid perlu ....................................................................
........................................ Seterusnya, Rashid .................................................. perkara itu ............................................................tetapi dia....................................
............................................ Yvonne ............................... sikap kawannya itu sambil....................................supaya pilihan memasuki tingkatan enam itu  bukanlah pilihan yang dibuat setelah........................................................................
Rashid ..................................................memang itulah..............................dan dia yakin bahawa..............................................................................................................
........................................................................

Latihan 2

Anna : Mengapa kamu mundar-mandir di dalam kelas?
Jibo   : Wang saya hilang. Saya yakin wang itu tercicir didalam kelas.
Anna  : Banyakkah wang yang kamu tercicir itu?
Jibo  :  RM 150. Wang itu untuk bayar yuran SPM.
Anna  : Betulkah wang itu tercicir di dalam kelas?
Jibo   : Memang di sini. Saya belum ke mana-mana lagi sejak saya tiba pagi tadi.
Anna : Kalau begitu, elok kita bertanya kepada kawan-kawan kita.
Jibo  : Terima kasih kerana kamu cuba membantu saya.

Cakap Pindah

            Anna.............................Jibo..........................dia  mundar-mandir di dalam kelas mereka. Jibo.........................................................................sedang mencari wangnya yang tercicir kerana ......................yakin bahawa wang itu tercicir di dalam kelas. Anna..........................Jibo.......................wangnya yang tercicir itu banyak................................................... Jibo ........................................................ wangnya yang tercicir itu berjumlah RM 150 dan wang tersebut akan digunakan untuk membayar yuran peperiksaan SPM. Anna ...............................
.............................Jibo .................................................bahawa wang tersebut memang tercicir di dalam kelas. Jibo ................................................dia memang
...............................bahawa wang tersebut ................................................................
.....................kerana dia ................................................................................................
Seterusnya, Anna ...................................supaya.............................bertanya kepada kawan-kawan ..........................sama ada menjumpai wang itu atau tidak. Jibo................................dan..............................................terima kasih kerana Anna  mencuba membantunya untuk mendapatkan wang itu semula.

LATIHAN:

Tukar cakap ajuk yang berikut kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)                  “Banyak sayur dan ikan yang segar-bugar di pasar itu.  Oleh sebab itulah, saya sering membeli barang keperluan harian di situ,” beritahu Puan Anand kepada Jessica.
(ii)                “Ayah, bolehkah saya pulang ke rumah nenek pada musim cuti yang akan datang?  Saya benar-benar rindu akan nenek,” kata Julia kepada ayahnya.
(iii)               “Pameran ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang teknik penghasilan sesebuah drama,” kata pengerusi majlis kepada hadirin.



FOKUS PERCUBAAN :TATABAHASA - BINA AYAT


Pemarkahan Bina Ayat

Bil
Kemungkinan-kemungkinan ayat pelajar :
Markah

1

Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis.
Contoh :  Winston Churchill ialah seorang negarawan Inggeris yang ulung


1

2

Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain.
Contoh : Kakak telah menyusun pinggan mangkuk diatas para-para.



1- ½ = ½

3

Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
Contoh : Ayah Ahmad bersifat kepala batu.


0

4

Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas
Contoh : Nani telah menubuhkan Syarikat Usahawan Kreatif Sdn.Bhd. untuk mengedarkan produk kosmetik ciptaannya.


0

5

Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat.
Contoh : Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk memanaskan benda tersebut.


1

6

Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih
Contoh :  Ramli pulang ke rumah pada jam 10 pagi dan Ah Chong mengajak Leman pergi menonton perlawanan hoki.


1- ½ = ½

7

Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi sebagai satu ayat sahaja
Contoh : Negarawan Indonesia itu pernah berkecimpung sebagai usahawansetelah menjadi cendekiawan dalam bidang ekonomi di samping terkenal sebagai budayawan dalam permainan wayang kulit Jawa.




1

8

Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan
Contoh :  Kakak saya sangat berkira ketika berbelanja di pasar.


0

9

Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya.
Contoh : Wajah pari-pari itu sangat mengerikan.


1- ½ = ½

10

Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta negara
Contoh : Pak Kassim ialah seorang negarawan Malaysia yang terkenal.


0

11

Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi.
Contoh : Seekor ular sawa yang besar telah membelit tubuh wanita itu.
               Perkataan kedua : berbelit-belit ( calon tidak membuat ayat )




0
LATIHAN BINA AYAT :

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                     menahan
ii.                   menuntut
iii.                  menarik

FOKUS PERCUBAAN :Latar Masyarakat Novel Kembara Amira


Latar Masyarakat Novel Kembara Amira

1. Masyarakat pelajar - Amira, Jacinta dan Itai merupakan pelajar sekolah yang sedang bercuti.

2. Masyarakat yang mementingkan persahabatan - Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.

3. Masyarakat yang sayang akan alam sekitar - Tau tidak suka akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang terdapat di dalam hutan. Malique juga tidak mahu hutan itu dirosakkan atau dimusnahkan.

4. Masyarakat orang Asli - Ludin, Tau dan Itai merupakan orang Asli yang tinggal di kawasan Bukit Mat Raya.

5. Masyarakat yang gigih berusaha - Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

6. Masyarakat yang suka menolong orang - Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas dan Tau pula menyelamatkan Jacinta.

7. Masyarakat yang mementingkan muafakat - Masyarakat kampung berbincang untuk membuat keputusan dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang ada ketulan emas.

8. Masyarakat yang berani - Amira dan Itai berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

9. Masyarakat yang kuat semangat - Amira kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin.

10. Masyarakat yang penyayang - Profesor Zaidah merupakan ibu yang penyayang kerana walaupun sibuk, dia masih mengambil berat keselamatan Amira. Begitu juga dengan Tau yang sangat sayang akan anaknya iaitu Malique atau Sabi.

11. Masyarakat yang ikhlas - Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya. Amira pula memberikan ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin kerana dia ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah.

12. Masyarakat yang patuh akan arahan - Pak Lias menghormati dan taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu. Dr. Zawawi juga patuh akan arahan yang diberikan oleh Profesor Zaidah.

13. Masyarakat yang menghormati orang lain - Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka.

14. Masyarakat yang mahir dalam perubatan tradisional - Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada buluh, daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.

15. Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.