Showing posts with label Latihan. Show all posts
Showing posts with label Latihan. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

TATABAHASA

Tatabahasa

KATA PEMERI
            ialah
  • hadir di hadapan frasa nama
  • menghubungkan subjek dan predikat yang mempunyai makna yang sama dan boleh bertukar tempat.

Basikal itu ialah hadiah hari jadi saya.

Orang tua yang bertongkat itu ialah datuk saya.

Datuk saya ialah orang tua yang bertongka itu.

              adalah
  • Hadir di hadapan frasa djektif dan frasa sendi nama.
  • Memberikan huraian lanjut berkenaan subjek yang disebut sebelumnya.


Jamuan itu  adalah untuk meraikan tetamu khas  dari negara jiran.



KATA NAFI
          Kata nafi
      Ayat contoh
       BUKAN
  • Untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi.


  • Cikgu Nik bukan guru Bahasa  Melayu kami.
  • Saya bukan bersal dari Negeri Sembilan.

              TIDAK
Menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.


  • Ayah saya tidak bekerja hari ini.
  • Pokok rambutan di hadapan rumah saya tidak subur.

Latihan . Isikan tempat kosong dengan kata nafi dan kata pemeri  yang sesuai.

  1. Salmi  .........................  gadis yang memenangi peraduan itu.
  2. Hadiah itu ..................... untuk  Ahmad tetapi untuk Omar.
  3. Ibu ............................. menghantar adik ke sekolah hari ini.
  4. Perhimpunan sekolah ........................... diadakan pada pagi ini sebab hari hujan.
  5. Majlis yang diadakan itu ......................... untuk meraikan kakak yang baru pulang dari luar negara.
  6. Mengeji orang cacat ........................... perbuatan yang keji.
  7. Antara perkara yang dibincngkan dalam mesyuarat itu ........................... masalah sampah sarap yang tidak dikutip.
  8. Perbuatan itu ......................... salah  dan tidak bermoral.
  9. Sim ..................... menghabiskan tugasan yang diberikan kepadanya.
  10. Tegurannya........................... menghina kita tetapi sekadar meyedarkan kita sahaja.
  11. Weng Leng ................... membaca tetapi berkhayal.    


Tuesday, 13 August 2013

LATIHAN TATABAHASA 1-


LATIHAN TATABAHASA 1- 

a)Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.        Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.
i)                     ajaran                                             ii)  pengajar
ii)                   mengajarkan                                    iii) mengajari
iii)                  pengajaran                                      iv) pemelajaran                  (6 markah)

b)Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Klasifikasikan ayat-ayat tersebut kepada subjek dan predikat serta terangkan unsur-unsur binaan predikatnya.

i)                     Guru tingkatan menasihati pelajarnya.

ii)                   Membaca buku ceritalah hobi Baity.

iii)                  Abang ipar saya menjadi pensyarah.                    (6 markah)

c. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)                     Ketika berada di pusat beli-belah, ibu bapa hendaklah mengingati anak-anak supaya tidak bermain di kawasan eskalatur.

ii)                   Jangkaut  digunakan untuk menggaul sisa sawit yang sudah menjadi kompos kerana langkah itu lebih praktikal dan dapat jimatkan penggunaan tenaga elektrik.

iii)                  Agensi pelancong hendaklah menyediakan kemudahan pakej kepada ajen  yang membawa pelancong kesihatan ke Malaysia seperti yang terdapat di luar negara.
 (6 Markah)

d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

i)                     Antiseptik yang diberikan oleh doktor perlu pesakit habiskan kerana tujuannya adalah untuk membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit.

ii)                  Peningkatan harga barang keperluan harian telah meresahkan pengguna sebab mereka mendapati wang yang dimiliki semakin kecil kedudukannya.

iii)                Mentol kalimantang lebih jernih dari  mentol bulat walaupun menggunakan kuasa watt yang sama.  (6 Markah)

e. Bina  ayat dengan  peribahasa yang diberikan di bawah supaya jelas maksud dan penggunaannya.

i)                     Kecil-kecil anak, sudah besar menjadi onak

ii)                   Menjolok sarang tebuan

iii)                  Bagaimana acuan begitulah kuihnya -  (6 Markah)

      Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah:

i)                     Kami masih mempunyai hubungan persaudaraan sekalipun ikatan itu agak jauh.

ii)                   Seseorang itu suka menyuruh orang lain berbuat baik sedangkan dia sendiri masih bergelumang dengan perlakuan yang salah.

iii)                  Pekerjaan yang diserahkan kepadanya itu dilakukan sehingga selesai sekalipun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.                            (6 Markah)

LATIHAN KARANGAN : Kesan televisyen terhadap masyarakat


Kesan televisyen terhadap masyarakat

                       

Pendahuluan:
- tanpa kita sedari minda kita dimanipulasi oleh media elektronik – dibuai dengan mimpi indah fantasi daripada berpijak di bumi nyata – medium kepada manusia – seperti gunting makan di hujung (sesuatu yang amat berkesan)

Isi 1:
- I.U : (Dominan / Signifikan) – membodohkan pemikiran masyarakat
- H : (Oleh hal yang demikian) –  filem perlulah bersifat mendidik kerana hiburan merupakan satu keperluan dalam hidup
- C/B : ( Sebagai contoh) – menonjolkan imej keterlaluan dan terlalu mengagungkan nilai barat
- UN : hidup ini bukan sekadar hiburan semat-mata
- PR :  di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu (ada niat buruk)
- KK : ( Lantaran itu) – perlu diseimbangkan dengan realiti

Isi 2:
- I.U : (Selain itu) – berorientasikan hiburan yang melalaikan
- H : (Sehubungan dengan itu) – televisyen mampu ‘mengajar’ sesiapa sahaja kerana mempunyai kuasa pembujukan yang dahsyat
- C/B : (contohnya) -  cerita tahyul dan mengandungi unsur 3S (Seks, Sadis dan Seram)
- UN :  mengundang mudarat yang tidak mampu ditepis
- PR : lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang (berfikir masak-masak)
- KK : (Jelaslah bahawa) – membantutkan pembentukan sahsiah



Isi 3:
- I.U : ( Sementelahan) -
- H : ( Hal ini kerana) -  
- C/B : (tamsilnya) -
- UN :
- PR : Cari umbut kena buku
- KK : (Sudah terang lagi bersuluh  bahawa) -

Penutup:
- KM : (Deduksinya) – bijak memilih rancangan
- PD : (Dengan itu) – melahirkan masyarakat cemerlang
- HR : ( Saya berharap) -  membentuk jati diri
- PR : tepuk dada tanya selera / hanya jauhari yang mengenal manikam (membuat pertimbangan yang waras)
- UN : sebelum kudis menjadi tokak







Latihan Karangan : Buruh Asing


Kemasukan Buruh Asing Membawa Impak Kepada Negara. Bincangkan.

                        Isu :
                        Kehendak Soalan :
                        Format / Kata Kunci :

Pendahuluan:
-           Kemasukan besar-besaran buruh asing bermula sekitar 1987 -. Pada awalnya, kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar- 11 juta buruh asing di Malaysia -  tenaga buruh asing lebih tinggi daripada jumlah kaum India dan kaum-kaum lain di negara ini. - paling ramai  dari Indonesia iaitu 67.4, 9.9 peratus (Filipina), 3.2 peratus (Bangladesh) dan bakinya dari negara-negara lain -  berasal dari negara yang serba miskin dan mundur disebabkan terlalu ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi - Jadi, ramai yang telah berhijrah ke luar negara untuk mencari wang bagi menampung kehidupan  seharian.- Air jernih ikannya jinak (Negeri yang aman dan rakyatnya bersopan santun.)


Isi 1:
- I.U : (Dominan / Signifikan) - membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja
- H : (Oleh hal yang demikian) –          Kecekapan mereka dalam bekerja memang mengagumkan dan pandai mengambil hati majikan
- C/B : ( Sebagai contoh) - memonopoli  industri pertanian termasuk perhutanan dan perikanan (33 peratus),  industri pembuatan  (17 peratus) industri pembinaan dan pembantu rumah ( 14 peratus)
- UN : Orang yang bercita-cita dan berazam besar,selalu bertemu dengan halangan dan rintangan yang besar juga
- PR : Ada batang mati, adalah cendawan timbul (Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki)
- KK : ( Lantaran itu)

Isi 2:
- I.U : (Selain itu) -  membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi.
- H : (Sehubungan dengan itu) - Malaysia wajar dipromosikan sebagai sebuah negara yang sedang beralih kepada aktiviti intensif  teknologi dan nilai tambah lebih tinggi dengan pengambilan buruh asing dilaksanakan secara bijaksana dan terpilih.
- C/B : (contohnya) - ekonomi negara tidak akan susut dan  akan kembali stabil
- UN :  pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan serta menjana ekonomi yang mapan
- PR : Cencaru makan petang (Pekerjaan yang mendatangkan hasil yang baik)
- KK : (Jelaslah bahawa)

Isi 3:
- I.U : (Impak yang ditelusuri seterusnya) - melibatkan diri dalam aktiviti tidak formal yang tidak sah daripada segi peraturan atau undang-undang
- H : (Hal ini demikian kerana) -   mengambil peluang meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup termasuk
- C/B : (misalnya) - mewujudkan budaya perniagaan 'Ali-Baba' atau jenayah berat
- UN : Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
- PR : Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. (Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan peraturan)
- KK : (Sudah terang lagi bersuluh bahawa)



Isi 4:
- I.U : ( Sementelahan) - memperlahankan upah dalam sektor berkaitan.
- H : ( Hal ini kerana) -  mampu bersaing dari segi kos dan pulangan.
- C/B : (tamsilnya) - pergantungan berlebihan kepada buruh asing menyebabkan  upah pekerja tidak mahir menjadi tegar (tepu) atau mungkin berkurangan.
- UN : Ledakan maklumat serta bahang industrialisasi yang menyelubungi negara kita kini
- PR : Cari umbut kena buku (Mencari yang baik tetapi dapat yang tidak baik.)
- KK : (Terbuktilah sudah bahawa)

Isi 5:
- I.U : (Di samping itu) - menutup peluang pekerja tempatan kerana kemasukan buruh asing yang rata-ratanya bukan pekerja mahir
- H : (Fenomena ini ) - upah pekerja tidak mahir dalam kalangan penduduk tempatan meningkat pada kadar yang jauh lebih rendah daripada kadar peningkatan pendapatan per kapita negara - meluaskan jurang perbezaan pendapatan dalam ekonomi.
- C/B : (Biar kita ambil contoh) - kemasukan pekerja asing boleh melambatkan usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat
- UN : Proses urbanisasi  yang kita alami kini sudah cukup meranapkan dan menyebabkan pendudukan tempatan menjadi 'tenat'.
- PR : Ada rotan ada duri.  (Dalam kesenangan tentu ada kesusahan juga)
- KK : (Dengan itu)

Isi 6:
- I.U : ( Impak seterusnya) – menyebarkan penyakit berbahaya atau berjangkit
- H : ( Hal ini disebabkan) - kebanyakan buruh asing ini tidak mempunyai permit yang sah. Oleh itu, taraf kesihatan dan asal usul mereka tidak diketahui
- C/B :     (Hal ini terbukti )- Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), hepatitis dan sebagainya. Cara hidup buruh-buruh asing yang berbeza daripada adat dan budaya kita
- UN : Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang.  
- PR : Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan (Mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi)
- KK : (Oleh itu)

Penutup:
- KM : (Deduksinya) - walaupun kehadiran buruh asing  dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja dan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi tetapi tetap menimbulkan masalah.
- PD : ( Namun begitu) -  kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah.
- HR : ( Saya berharap) -  Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
- PR : yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
(Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula)
- UN : harga yang perlu dibayar untuk  kemajuan


Sunday, 11 August 2013

LATIHAN MENJELANG PMR:


LATIHAN MENJELANG PMR:
Soalan 1 – 7 - Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1 “Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.
A. di                             B. dari                          C. pada                         D. daripada

2 _________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan
A. Juruacara                  B. Juruulas                    C. Juruhebah                 D. Jurubahasa

3 Cikgu Zawiyah _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron Highlands.
A. mengira                    B. mengehadkan            C. menghadkan             D. menganggar

4 Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.
A. meratap                    B. merungut                  C. meracau                   D. merengek

5 Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.
A. padat                        B. santak                      C. suntuk                      D. sendat 

6 Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui ________kerana jurang sangat dalam.
A. jalan mati                 B. jalan buntu                C. jalan belakang           D. jalan pintas

7 Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk mendapatkan borang membeli rumah murah.
A. berarak-arak             B. berpusu-pusu C. berasak-asak                        D. bertalu-talu

Soalan 8 – 14     - Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. J

8 Setelah termenung sejenak, murid itu menggoyangkan kepalanya apabila guru mengajukan soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.  Tiada kesalahan 

9 Jika sistem penjualan melalui internet berkembang pesat mungkin pada masa akan datang kita tidak perlu keluar daripada rumah untuk membeli-belah. Tiada kesalahan

10 Jika dinilai dari sudut positif, penubuhan jawatankuasa disiplin itu dapat  meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemimpin tentang tanggungjawab mereka terhadap kebajikan rakyat. Tiada kesalahan

11 Pelajar yang cergas dalam pelajaran mampu berjaya dengangemilang pada masa hadapan. Tiada kesalahan

12 Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan  diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital. Tiada kesalahan

13 Meskipun harga perabot yang dibeli oleh Puan Salmah amat mahal,malah  beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun Tiada kesalahan


14 Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu  melaporkan tentang perkara itu di balai polis. Tiada kesalahan 

Soalan 15 -17 - Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15         I Penduduk kampung telah menemukan bekas tapak kaki harimau di kebun  getah mereka. 
            II Bekas wakil rakyat kawasan itu telah meninggal dunia malam tadi.
            III Orang tua itu menyusun beberapa bekas kayu api di belakang rumahnya. 
            IV Suraya mengisi bekalan ke tempat kerja di dalam bekas plastik berwarna putih.
A. I,II,dan III sahaja      B. I,II,dan IV sahaja       C. I,III, dan IV sahaja     D. II,III,dan IV sahaja

16         I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung jika ada kesempatan.
            II “Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya,”kata penceramah kepada para peserta
            III Sabri telah membuang majalah-majalah lama di biliknya kerana tiada kesempatan ruang.
            IV Asap yang tebal menyebabkan mangsa kebakaran itu kesempatan udara dan  sukar untuk bernafas.
A. I dan II sahaja           B. III dan IV sahaja        C. I, II dan III sahaja      D. I, II dan IV sahaja

17         I Perahu nelayan yang tertambat pada sebatang tiang itu terolang-aling dipukul    ombak.
            II Dia tetap akan meneruskan cita-citanya walaupun tertambat oleh kemiskinan keluarga.
            III Hati pelancong itu tertambat oleh keindahan pulau-pulau di Malaysia
            IV Lembu yang tertambat di pokok itu kepunyaan Wak Lan.
A. I dan III sahaja          B. II dan IV sahaja         C. I, III dan IV sahaja     D. II, III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21- Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

18 Pencapaian banyak ahli-ahli sukan negara merosot setelah mereka berjaya dalam sesuatu kejohanan besar.
A. banyak ahli sukan ahli sukan negara               B. banyak ahli sukan negara 
C. banyak ahli-ahli sukan-sukan negara               D. banyak ahli-ahli sukan negara

19 Dia mengalami kesusahan yang teramat sangat setelah mengalami lumpuh seluruh anggota badan.
A. susah yang sangat                                         B. kesusahan yang amat tersangat
C. susah yang tersangat                                     D. kesusahan yang teramat sangat

20 Murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akan diberi biasiswa            untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
A. di dalam bidang akademik dan kokurikulum    B. di bidang akademik dan kokurikulum
C. pada bidang akademik dan kokurikulum          D. dalam bidang akademik dan kokurikulum

21 Pelancong itu bertanyakan kepada saya jalan ke Menara Kuala Lumpur.
A. bertanya saya                                                B. tertanya-tanya kepada saya
C. bertanya kepada saya                                    D. bertanyakan kepada saya

Soalan 22 – 24 - Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 

22 “Tukar pakaian kamu dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit, “kata Cikgu Sahar kepada murid-muridnya.
A. Dalam masa sepuluh minit, murid-murid perlu menukar pakaian dan berbaris di  padang.
B. Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Sahar agar menukarkan pakaian dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit.
C. Cikgu Sahar mengarahkan murid-muridnya agar berbaris di padang untuk menukar pakaian dalam masa sepuluh minit.
D. Cikgu Sahar memberikan masa selama sepuluh minit kepada murid-muridnya untuk bertukar pakaian dan berbaris di padang.

23 Kerajaan memberi tempoh selama dua bulan kepada pendatang tanpa izin untuk keluar dari Malaysia tanpa sebarang tindakan undang-undang.
A. Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada    pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia dalam tempoh dua bulan. 
B. Sebarang tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kepada pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia selama dua bulan.
C. Pendatang tanpa izin harus memanfaatkan tempoh dua bulan yang diberikan    oleh kerajaan Malaysia untuk keluar dari negara ini. 
D. Sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang, pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia harus segera keluar dari negara ini.

24 Pengetua itu menasihati pelajar-pelajarnya agar bersungguh-sungguh supaya  dapat menjadi cendekiawan yang berguna kepada bangsa dan negara.
A. Untuk menjadi bangsa yang berguna kepada negara pelajar-pelajar perlu menjadi cendekiawan dengan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana amanat pengetua.
B. Pelajar-pelajar dinasihati oleh pengetua supaya belajar dengan tekun untuk  menjadi cendekiawan yang dapat berkhidmat kepada bangsa dan negara.
C. Pelajar-pelajar dinasihati pengetua agar belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi bijak pandai yang ingin berkhidmat kepada bangssa dan negara.
D. Demi bangsa dan negara maka pelajar-pelajar digesa oleh pengetua untuk  menjadi cendekiawan yang belajar dengan bersungguh-sungguh.

Soalan 25 – 27 - Pilih ayat-ayat yang betul 

25         I Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya.
            II Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar.
            III Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini.
            IV Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya terhadap saya.
A. I dan II sahaja           B. II dan III sahaja         C. IIIdan IV sahaja         D. I dan IV sahaja

26         I Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim
            II Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa.
            III Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para  pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 
            IV Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga. 
A. I, dan II sahaja          B. I, dan III sahaja         C. II, dan III sahaja        D. III, dan IV sahaja

27         I Air sirap yang dibuat kakak terlalu manis kerana terlebih gula.
            II Ibu dan ayah merenjis air mawar kepada pasangan pengantin di atas pelamin.
            III Hajar sedang tawar-menawar harga tudung yang hendak dibelinya di pasar malam.
            IV Syarikat telekomunikasi itu akan memberikan rebat sebanyak 15% kepada para penggunanya.
A. I dan II sahaja           B. II dan IV sahaja         C. I, III dan IV sahaja     D. II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30 - Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. 

28 “Zakuan, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati  agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,”kata Encik kepada anaknya.
Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa…
A. menangguk di air keruh                     B. sebelum ajal berpantang mati
C. sudah terantuk baru terngadah           D. menarik rambut di dalam tepung

29 Keamanan negara yang kita kecapi hari ini ialah hasil sumbangan anggota-anggota keselamatan tanah air yang tidak pernah takut berkorban di medan perang dalam  memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah ibunda yang tercinta.  Bagi mereka
A. alang-alang berdakwat biar hitam                               B. biar putih tulang jangan putih mata
C. biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas               D. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

30 Peribahasa “belum duduk sudah belunjur”bermaksud
A. membuat sesuatu kerja yang sepatutnya sebelum sampai masanya lagi
B. melakukan sesuatu perkara sebelum diarahkan untuk mengerjakannya
C. membuat kerja sambil lewa dan mengambil masa terlalu lama
D. menyiapkan sesuatu kerja secara tergopoh-gapah dan tidak sedar


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah rumusan tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

            Kerajaan disaran melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara kerana penghayatan terhadap Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia. Malah jika ditanya generasi muda sekarang sudah pasti ada antara mereka yang tidak mengetahui kandungan prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak 35 tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak ingat untuk melafazkan Rukun Negara kerana beranggapan tidak penting disebabkan negara sudah aman dan makmur. Keadaan ini menyebabkan generasi sekarang seakan-akan hilang jati diri mereka dan mudah terpengaruh dengan budaya asing.
            Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat negara ini. Lebih lima dekad negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah membina tapak yang menjadi asas keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama.
            Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Kepercayaan kepada Tuhan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara. Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat untuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
            Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Langkah kerajaan melancarkan kempen tersebut amat tepat bagi mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan keharmonian negara dapat terus dipelihara.

1. Apakah maksud rangkai kata memupuk semangat setia kawan? [2 markah]

2. Mengapakah kerajaan disaran supaya mengadakan kempen Penghayatan Rukun Negara? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimana caranya untuk menyedarkan masyarakat supaya menghayati Rukun Negara? [4 markah]

Tuesday, 6 August 2013

Latihan karangan Telefon Bimbit


Impak Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah



           Peningkatan gejala sosial        Fokus pelajar terganggu       membazirkan wang



Maklumat Karangan:
- pelbagai reka bentuk / mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja /  remaja juga kini ramai yang memiliki telefon bimbit /  terlalu asyik berbual  / Remaja-remaja sekarang  saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini /  mencapai keinginan / mereka yangtidak  berkemampuan akan  menjadi suatu bebanan /. memupuk persaingan yang kurang sihat / Kemudahan teknologi yang membantu dalam kehidupan tetap juga  dapat  membantu orang untuk membuat kejahatan, seperti mendorong sesetengah pelajar untuk menipu. / menunjuk-nunjuk  telefon bimbit masing-masing / jika digunakan dengan sebaik mungkin  akan  memudahkan kehidupan dan bukan sebaliknya / alat komunikasi utama untuk  berinteraksi serta berkomunikasi /  Perkembangan dunia teknologi maklumat  telah menginterpretasikan kehidupan individu ke arah lebih tersusun dan sistematik / kecanggihan teknologi  telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan seribu satu kecanggihan / kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon dan gajet untuk sesi 2013 atas faktor keselamatan / Kebejatan  penggunaan telefon bimbit dalam ruang lingkup golongan yang berstatus pelajar di sekolah pada hari ini pada tahap yang membimbangkan / pembinaan generasi pewaris negara kelak akan terbantut / dikhuatiri negara gagal melahirkan generasi yang bakal mewarnai dunia Malaysia kelak / merupakan virus negatif  sebagai penyumbang serta pembimbing ke lembah keburukan dalam kalangan pelajar/  Hakikatnya, keburukan penggunaan telefon bimbit melebihi 80% berbanding kebaikan penggunaannya / Mutu pendidikan dan pembelajaran akan merosot akibat penyalahgunaan di sekolah / Pelajar yang leka dengan telefon bimbit akan hilang fokus ketika sesi pembelajaran /  dibimbangi pelajar  tiada peluang untuk meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya / keruntuhan akhlak dan moral akan meningkat disebabkan penyerapan nilai-nilai yang meruntuhkan pembinaan generasi pembina masyarakat / masalah sosial  akan memberi tekanan kepada golongan pendidik dan menambahkan  bebanan / pihak kerajaan seharusnya mengkaji serta meneliti semula cadangan yang diketengahkan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah

Latihan Kertas 2 SPM


PEPERIKSAAN PRA - SPM 2013                                      
1103/2
BM Kertas 2
Ogos
2 1/2  jam                                                                              Dua jam tiga puluh minit
 

1.       Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
2.       Jawab semua soalan
3.       Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan  teks KOMSAS Tingkatan 4 dan 5
 

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan leliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah blog kepada remaja dan langkah-Iangkah mengawal penyalahgunaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hari ini minat terhadap penulisan menjadi ledakan dalam dunia teknoiogi maklumat, terutama laman blog yang menjurus kepada isu politik berbanding dengan penulisan blog dalam pelbagai cabang dan isu lain. Perkembangan teknologi Internet dan dasar keterbukaannya secara tidak langsung telah memperluas dan memperkembang fungsi blog.
Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan remaja lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya. Walau bagaimanapun dalam menyuarakan pendapat atau pandangan lentang sesuatu isu kita tidak boleh menyalahi undang-undang seperti menyebar fitnah dan menghasut. Apabila sering melahirkan buah fikiran melaui blog, mereka bukan sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, melalui perkongsian pandangan dan perdebatan secara terbuka dalam sesuatu isu, telapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda. Oleh itu, laman blog menjadi medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupunpandangannya.
Dalam meneliti kebanyakan laman blag yang ada pada hari ini, penyertaan remaja amat
kurang. Sebahagian besar remaja lebih tertarik kepada laman yang dipanggil sebagai laman sembang seperti Friendster, Facebook, Twiter, dan Fanbook. Laman ini menjadi tempat untuk menambahkan kenalan bagi membolehkan mereka berkongsi minat tentang isu atau hal berkailan dengan dunia mereka sendiri. Golongan remaja yang masih dalam proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini sebagai tempat untuk mempopularkan diri sarna ada dalam kalangan pemblog ataupun dalam kalangan rakan mereka di sekolah. Hal ini demikian kerana menjadi popular melalui blog merupakan satu strategi yang posilif.
Remaja hari ini perlu memanfaatkan perkembangan blog untuk membentuk pemikiran yang lebih positif. Sebagai contoh, mereka baleh membina satu blog yang khusus untuk bertukar-tukar nota pelajaran. Dengan cara ini, mereka dapal berkongsi ilmu dan menambahkan pengetahuan yang ada. Di samping iru, jika pandai memanfaatkan perkembangan teknologi hari ini, laman blog juga dapal dijadikan ruang unruk mendapatkan duit dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana perkembangan sistem pemasaran di alam siber telah membolehkan sesiapa sahaja untuk mengiklankan produk masing-masing dalam dunia pengiklanan Internet.
Blog dan memblog ialah fenomena baharu dan menarik. Namun demikian belakangan ini, remaja dilihat lebih terarah dan berminat mengendalikan laman blog lucah dan memaparkan salah laku moral remaja. Agak menyedihkan apabila blog disalahgunakan sedangkan dunia blog itu sendiri banyak manfaatnya jika digunakan sebaik mungkin.



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]


Soalan 2 (a)· Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soolan yang berikut dengan menggunakan aya! anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata straregi yang positif.                                                 [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa contoh penyalahgunaan blog.
Nyatakan tiga daripada penyalahgunaan tersebut.                                                        [3 markah]

(iii) Pada pendapat aoda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan
laman blog?                                                                                                                    [4 markah]



Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor. 
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza. 
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.
(Dipetik daripada Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan harapan Mellisa sebelum dia meninggal dunia.                                         [2 markah]

(ii) Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.          [3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.                                                         [4 markah]



Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka kata tuan puteri, “Hai inangda, esok harilah kita pergi ke taman, mandi, berbedak, dan berlangir.” Maka segala dayang-dayang perwara pun berbuat bedak dan langir.
Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang itu pun sekalian pergilah turun ke taman. Setelah dilihat oleh penunggu tasik itu pun tuan puteri itu datang, maka katanya “Hai cucuku, itulah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang. Pergilah tuanku bersembunyi pada tempat yang sunyi-sunyi.” Setelah itu, maka tuan puteri itu datang dengan segala dayang-dayang dan inang pengasuhnya .
Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru,” Adakah nenekku di rumah ? “Maka sahut peri itu, “Tikar dan bantal seperti  ada orang tidur.” Maka kata segala dayang-dayang itu, “Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat ketiduran laki-laki rupanya.” Maka kata peri itu , “Adapun tempat tidur siang hari ini tempat hamba tidur malam hari.” Maka ia pun tertawa serta bergurau  dan  bersenda. Maka tuan puteri pun berbedak dan berlangirlah. Maka ramailah yang bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habislah dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan serta inang  pengasuh sekalian.    
                                   
(Dipetik daripada ms 37 Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)      Nyatakan tindakan penunggu tasik itu apabila melihat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang?                                                                                                                             [2 markah]

(ii)     Apakah tujuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang dan inang pengasuhnya pergi ke taman itu?[3 markah]

(iii)    Pada pendapat anda apakah tujuan dayang-dayang dan inang pengasuh menemani tuan puteri tersebut?[3 markah]                                                                     


Soalan 2 (d) – Petikan Puisi


Dirgahayu Bahasaku -  Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000) - Manuskrip Luka Bangsa, 2006 - Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

(i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut?                                     [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu?                                                                                   [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.                                           [3 markah]




Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

a.       Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata  di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan  maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                     negara bangsa
ii.                   runding cara
iii.                  enjin carian
iv.                 paparan  kristal cecair
v.                   kitaran proses biologi
vi.                 warisan budaya bangsa                                                                                    [6 markah ]


b.      Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

i.                     Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii.                   Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii.                  Pantai di kampung saya  mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.                 Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v.                   Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis  di Taman Melati, semalam.
vi.                 Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika  menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.                                                                    [6 markah ]


c.      Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                     Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
ii.                   Sifat remaja yang terkenal dengan agresif, kraetif, dan inovatif merancakan  aktiviti hiburan mereka lagi
iii.                  Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.                                                                                                               [6 markah]
     

d.      Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                     Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.
ii.                   Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
iii.                  Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.                                                                        [6 markah]


e.      Baca  petikan di bawah  dengan  teliti  dan  kemudian  senaraikan  peribahasa  yang
            sesuai  untuk diisikan pada tempat kosong.

Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................
[6 markah]


Soalan 4 : Novel
[15 markah]

a.      Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa  menyayat hati yang terdapat dalam novel tersebut.                                                                       [ 7 markah]

b.      Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan  persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut                                                      [8 markah]





KERTAS SOALAN TAMAT