Showing posts with label KOMSAS. Show all posts
Showing posts with label KOMSAS. Show all posts

Tuesday, 5 September 2017

SYAIR BURUNG NURI

TEKS SYAIR 1: SYAIR BURUNG NURI
Maksud Syair

Rangkap 1: Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.
Rangkap 2: Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.
Rangkap 3: Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
Rangkap 4: Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan.
Rangkap 5: Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang-ulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.
Rangkap 6: Penyair mengisahkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju, serta tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.
Rangkap 7: Namun penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya hancur.
Rangkap 8: Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras.  Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.  Penyair menceritakan adab dalam kehidupan yang sering ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan dalam perhubungan, masalah kehidupan yang terumbang-ambing, dan masalah kegagalan berfikir secara rasional yang akan memusnahkan kehidupan seseorang.

Persoalan
(a)     Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b)    Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c)     Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d)    Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
(e)     Kesederhanaan dalam percintaan.

Bentuk
(a)     Syair ini berbentuk terikat.
(b)    Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.
(c)     Semua baris merupakan maksud.
(d)    Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama:
·         Rangkap 1: empat baris;
·         Rangkap 2: empat baris;
·         Rangkap 3: empat baris;
·         Rangkap 4: empat baris;
·         Rangkap 5: empat baris;
·         Rangkap 6: empat baris;
·         Rangkap 7: empat baris;
·         Rangkap 8: empat baris;
(e)     Bilangan perkataan bagi setiap baris syair ini antara tiga hingga enam patah kata:
Gerangan sungguh amatlah leta,                                                             (4 patah kata)
Perinya akal gelap-gelita,                                                                         (3 patah kata)
Hemat pun rendah daif berserta,                                                              (5 patah kata)
Sajak dan nazam banyak tak kena.                                                           (6 patah kata)
(f)    Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku katab:
Sudahlah nasib untung yang malang,                                                       (10 suku kata)
Senantiasa di dalam nasib dan walang.                                                    (13 suku kata)
(g)   Rima akhir terikat:
·         Rangkap 1: aaaa;
·         Rangkap 2: aaaa;
·         Rangkap 3: aaaa;
·         Rangkap 4: aaaa;
·         Rangkap 5: aaaa;
·         Rangkap 6: aaaa;
·         Rangkap 7: aaaa;
·         Rangkap 8: aaaa.

Unsur Bunyi
(a)    Asonansi.
·         Barang yang ghairah di dalam cinta,                                  (perulangan vokal a)
·         Segenap pesisir desa negeri,                                                (perulangan vokal e)
·         Terfikir-fikir bukan menderita,                                             (perulangan vokal i)
(b)   Aliterasi.
·         Dituliskan sahifah supaya nyata,                                         (perulangan konsonan s)
·         Gundahlah fikir tiada tertentu,                                             (perulangan konsonan t)
·         Remuk dan rendam rasanya hati,                                        (perulangan konsonan r)
Gaya Bahasa
(a)    InversiDituliskan sahifah supaya nyata; Bertambahlah sopan dan negeri.
(b)   Kata gandaGelap-gelita; terfikir-fikir; berulang-ulang.
(c)    Kata arkaikMasyghul.
(d)   Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris).  Remuk dan rendam (rangkap 7, baris 4; rangkap 8, baris 1).
(e)    Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris).  Tuan (rangkap 3, baris 1 dan 4).
(f)    RepetisiHanyutlah badan ke sana ke mari (rangkap 6, baris 1).
(g)   SimileLaksana cermin jatuh ke batu.
(h)   SinkopeSajak dan nazam banyak tak kena.
(i)     ParadoksDaripada hidup sebaiknya mati.

Nilai
(a)    Kesedaran. Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya akibat terlalu menurut perasaan.
(b)   Merendah diri.  Penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara dalam lembarannya itu.
(c)    Rasional.  Penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak secara rasional.
(d)   Hemah tinggi.  Penyair menasihati agar pasangan yang bercinta menjaga adab masing-masing.
(e)    Kebijaksanaan.  Penyair menyarankan agar setiap pasangan bijak menguruskan percintaan mereka.

Pengajaran
(a)    Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan orang lain.
(b)   Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.
(c)    Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan kerana boleh mengakibatkan seseorang itu merana apabila kecewa.
(d)   Kita tidak boleh berputus asa kerana tindakan ini akan merugikan diri sendiri.
(e)    Kita janganlah bertindak mengikut kata hati kerana tindakan ini akan menyebabkan perkara buruk berlaku.

Praktis PT3 1: Syair Burung Nuri

Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.


Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan da negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya  hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

Mohd. Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Aras Mega(M) Sdn. Bhd.

i.            Apakah keadaan yang dibayangkan oleh penyair pada rangkap keenam syair?                                                                                                                                                         [3 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii.            Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam “Syair Burung Nuri’.                   [3 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



iii.            Dalam kehidupan, seseorang itu pasti akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.
Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk menghadapi dugaan tersebut?                                                                                                                                 [4 markah]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Wednesday, 3 May 2017

TEKS CERPEN : LEGASI TAPAI UBI (Ghazali Lateh)

TEKS CERPEN : LEGASI TAPAI UBI (Ghazali Lateh)
Sinopsis
            Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi.  Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’.  Setiap hari  Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan.  Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa.  Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
            Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading.  Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.  Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.  Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian.  Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.  Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.
            Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya.  Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo.  Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi.  Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat.  Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

Tema - kesungguhan anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser. 

Watak dan Perwatakan

Parjo -anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. / taat akan emak dan bapanya -  sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. / bersungguh-sungguh melakukan sesuat -  Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading / membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya / Seorang yang teliti -  proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.

Wak Salikon - bapa Parjo /  gigih melakukan pekerjaan kerana -  menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan - Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.

Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami - membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja -  sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi./  prihatin terhadap anak -  mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi.

Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. / mempunyai jambang yang lebat. /  berpandangan jauh -  ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

Latar

Latar Masa
(a)   Waktu pagi.  Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar.  Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.
(b)   Selepas sembahyang isyak.  Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya.
(c)   Permulaan semester.  Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
(d)   Enam puluh hari.  Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.

Latar Tempat
(a)   Kampung Wak Salikon.  Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung.
(b)   Kantin sekolah.  Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
(c)   Rumah Wak Salikon.  Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti.
(d)   Fakulti perubatan di universiti.  Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
(e)   Amerika Syarikat.  Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.
(f)     Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.  Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.

Persoalan
(a)   ___________________________________________________________________.  Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah.  Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar, warung-warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

(b)   ______________________________________________________________________.  Emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai.  Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa membuat tapai.

(c)   __________________________________________________________________________.  Bilangan pesakit kanser semakin bertambah.  Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1 050 346 kes kanser payudara dan 372 965 kematian daripada kanser ini dilaporkan di seluruh dunia.

(d)   _____________________________________________________________________________.  Parjo dan adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi.

(e)   ________________________________________________________________________________.  Dr. Parjo mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi emak dan bapanya sebagai seorang pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampungnya.

(f)     ____________________________________________________________________________________.  Wak Salikon bercadang untuk mempergiat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.

Latar Masyarakat
(a)   _________________________________________________________________________.  Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi.  Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar.

(b)   _________________________________________________________________________.  Wak Salikon dan isterinya gigih membuat tapai ubi pada setiap hari.

(c)   ___________________________________________________________________________.  Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin.

(d)   _____________________________________________________________________  Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

(e)   _____________________________________________________________________.  Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.

(f)     ______________________________________________________________________. Sebuah kilang didirikan, iaitu Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon untuk meningkatkan pengeluaran tapai ubi disebabkan permintaan terhadap tapai ubi Wak Salikon yang semakin bertambah.

Nilai
(a)   _________________________________  Parjo bersungguh-sungguh membuat kajian tapai ubi yang dikatakan mampu mengurangkan serangan kanser.

(b)   _________________________________  Pada setiap pagi, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke kantin sekolah, warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

(c)   _________________________________.  Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi

(d)   _________________________________.  Parjo mengajak emak dan bapanya untuk menyaksikan dia menerima ijazah kedoktoran di universiti.

(e)   _________________________________  Parjo dan rakan-rakannya telah bekerjasama untuk membuat kajian di makmal.

Pengajaran
(a)   ___________________________________________________________________________..  sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah.  Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.  Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

(b)   ____________________________________________________________________________.  Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu.  Parjo pula akan membantu emaknya untuk memotong ubi itu.

(c)   ____________________________________________________________________________.  Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya.  Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian itu berjaya.
(d)   _____________________________________________________________________________.  Sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin meningkat.

(e)   _____________________________________________________________________________.  Setelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilang itu.

(f)     ________________________________________________________________________________.  Rakan-rakan sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilan ‘Parjo Tapai’ kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa menaiki bas ke sekolah.



Latihan Pemahaman

“Tapai! Tapai! Tapai!”
            Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu.  Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai.  Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu.  Wak Salikon bapa aku.  Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal.  Itu bapa aku!  Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku!  Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim.  Ah, bencinya!
            “Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat.  Laungan itu menjadi rutin setiap pagi.  Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
            Itu sahaja yang aku tahu.  Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi.  Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah.  Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah.  Parjo Tapai!  Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas sekolah.  Aku malu dan marah juga pada mulanya.  Namun alah bisa tegal biasa.  Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki.

i.       Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar  tapai ubi Wak Salikon?                                                                                                                                                                 [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii.      Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”.
Nyatakan  latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.                                    [3 markah]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


iii.     Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka?                             [4 markah]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________