Showing posts with label KERTAS 1. Show all posts
Showing posts with label KERTAS 1. Show all posts

Monday, 19 August 2013

LATIHAN KERTAS 1 - SPM

PEPERIKSAAN PRA- SPM 2013                                        1103/1
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Ogos.
2013
2¼ jam                                                                              Dua jam lima belas minit
 


BAHASA MELAYU

KERTAS 1

DUA JAM LIMA BELAS MINIT

 


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.               Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2.               Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3.               Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi


























                                                                                                                         [Lihat halaman sebelah
Bahagian A

[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]


Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan berjimat cermat. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


KEPENTINGAN AMALAN BERJIMAT CERMAT

amalan berjimat cermat



Menjamin masa depan                       Melabur dalam skim amanah                       

                                Menghadapi kecemasan


                                                                                                                         [Lihat halaman sebelah

Bahagian B

[ 100 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Di kawasan tempat tinggal anda, masalah belakan air sering berlaku. Hal ini banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Sebagai wakil penduduk, anda ingin mengemukakan aduan tentang masalah ini kepada pihak berkuasa bekalan air.

Tulis aduan tersebut selengkapnya.

2. Ibu bapa terutamanya bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam rumah tangga terutama kepada anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sfat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.

3. Rancangan Hiburan Televisyen Menjejaskan Budaya Tradisional Masyarakat Malaysia.
Anda ingin menulis rencana berkaitan isu tersebut untuk disiarkan dalam salah sebuah akhbar tempatan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

4. Kerjasama antara negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan pendidikan di sesebuah negara.

Bincangkan kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan pendidikan.

5. Peribahasa “Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing” membawa maksud bahawa  anggota masyarakat perlu bantu-membantu antara satu sama lain.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, huraikan faedah aktiviti kemasyarakatan terutamanya amalan rewang dalam kehidupan kita seharian






KERTAS SOALAN TAMAT

Saturday, 17 August 2013

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN - PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA


KEBAIKAN PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA


          Negara kita pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf dunia. Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung dari 11 hingga 21 September di negara kita. Sukan SEA juga dianjurkan di Malaysia pada tahun 2001. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan wawasan pembangunan negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju, penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara kita amat bertuah kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Selain Sukan Komanwel, negara kita juga pernah menjadi penganjur perlawanan bola sepak, Piala Thomas, Le Tour de Langkawi, dan sebagainya. Persoalannya sekarang apakah faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara kita?

            Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah pendapatan negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah sukan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan sukan seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang banyak untuk melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Biar kita imbas kembali Sukan Olimpik yang diadakan di Atlanta. Negara Amerika telah mendapat keuntungan sebanyak US20 bilion dalam penganjuran temasya sukan berprestij ini. Memang benar kata mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu penganjuran Sukan Komanwel dapat membantu negara mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang semakin melarat pada masa itu. Para pelancong dan peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan, tetapi mereka turut membeli cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia. Maka, industri kecil dan industri hiliran dapat berkembang dengan lebih maju lalu ekonomi negara dapat dijana.

            Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pihak badan bukan kerajaan berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Sukan Komanwel secara sukarela. Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi, kerjasama, meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk memenangi sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan. Jadi, perpaduan antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

            Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita pasti bertambah baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola sepak, kita boleh mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan. Dengan cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan membaiki kelemahan mereka. Oleh itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga akan berlatih dengan berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi sukan dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.

            Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN CERAMAH


KELUARGA BAHAGIA PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR





Tanam pisang layu-layuan,

    Dibawa pendeta dari selatan.
Salam perdebatan saya ucapkan,
    Pada semua ahli persidangan.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

            Terima kasih tuan speaker dewan,kombinasi hakim yang berpasakkan pada panji keadilan,pihak pembangkang yang cukup cukup bijak menegakkan benang basah,paduan mantap kerajaan yang menegakkan keadilan dan sidang dewan sekalian.

keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan Pelajar”

satu usul yang mungkin bersifat konvensional tetapi sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak. Sebelum sauh saya labuhkan,sebelum kapal saya layarkan dan sebelum medan perbahasan saya mulakan izinkan saya untuk mendefinisikan frada-frasa penting yang terdapat dalam usul kami pada hari ini.
Keluarga bahagia saya takrifkan sebagai satu institusi rumah tangga yang terdiri daripada ibu ,bapa dan anak-anak yang hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang pergeseran.Manakala pemangkin kecemerlangan pelajar pula  kami  manifestasikan sebagai pencetus kegemilangan pelajar. .Secara tuntasnya, saya di pihak kerajaan ingin menekan bahawa keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan pelajar.

Sidang dewan sekalian,
            Sekali lagi  saya  ingin tegaskan di sini bahawa kami selaku pihak kerajaan amat bersetuju dengan usul yang di.bangkitnya ini. Saya selaku Perdana Menteri akan mendefinisikan tajuk dan mengemukakan hujah dari aspek persekitaran yang kondusif yang berjaya diwujudkan oleh keluarga bahagia. Duduknya saya bangkit pula timbalan Perdana Menteri yang akan mengemukakan hujah dari aspek genetik dan perhatian daripada ibu bapa.Duduknya Timbalan Perdana Menteri  bangun pula  menteri ketiga yang akan membidas segala hujah songsang lagi pincang yang bakal dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Sidang dewan sekalian,
Tiga komponen utama kualiti peribadi seseorang ( personal quality ) ialah high self-esteem (harga kendiri yang tinggi),  hubungan interpersonal  yang baik dan keupayaan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Maka atas landasan  tersebut hujah kami yang pertama atas kata kunci  faktor persekitaran yang berjaya diwujudkan oleh ibu bapa dapat menjana kecemerlangan pelajar. Hal ini demikian kerana faktor persekitaran yang selesa yang diwujudkan oleh ibu bapa dapat memberi satu suasana kondusif buat anak-anak yakni pelajar. .Cuba kita bayangkan dapatkah seseorang pelajar berada dalam ketenangan jika keadaan di dalam rumahnya  umpama medan peperangan? Ibu bapa yang sering bercanggahan pendapat,bertikam lidah dan bercakaran sesama sendiri akan menimbulkan rasa steress dalam diri anak-anak. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah..Apabila ini berlaku maka pelajar ini akan menghumbankan diri ke dalam kancah gejala sosial dan seterusnya mereka tidak mempunyai masa untuk ke sekolah lantas ketinggalan dalam pelajaran dan usaha ke arah penbentukan pelajar cemerlang akan terbantut..Maka keadaan ini sudah pasti menjejaskan aspirasi negara ke arah negara adikuasa menjelang 2020 . Penyair terkenal Arab iaitu Syauqi ada menyebut;  Kekalnya bangsa kerana   mulia akhlaknya. Musnahnya bangsa kerana runtuh akhlaknya. Falsafah Tao juga ada menyatakan  bahawa untuk hidup setahun tanamlah gandum. Untuk hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan untuk hidup selama-lamanya tanamlah jiwa.  Pepatah Melayu pula ada menyebut;  jika asal benih yang baik tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawangan di angkasa menjadi kejora.
Begitulah gambaran  signifikan dan dominannya peranan keluarga  dalam pembentukan sahsiah dan kecemerlangan pelajar.

Sidang dewan warga persidangan sekalinan,
Konklusinya, keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan pelajar. Justeru, budaya cemerlang melalui pendekatan yang progresif, semangat iltizam, kompeten, futuristik dan komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi membolehkan lahirnya insan pelajar cemerlang yang berkarisma serta insan kamil dan syumul di dunia dan akhirat. Hal ini juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Oleh itu, segala inisiatif dan prakarsa yang diimplimentasikan biarlah berkesan bak kata pepatah; lenggoknya biar bergaya tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.

 Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami yakni pihak kerajaan bersetuju dengan usul ini dan tidak akan berpaling daripada  pendirian kami.Jika anda ingin tahu keluasan padang tanyalah kepada belalang,jika anda ingin tahu kedalaman laut tanyalah kepada ikan,jika anda ingin tahu ketinggian awan tanyalah kepada helang tetapi jika anda ingin tahu kebenaran tanyalah kepada kami pihak kerajaan dan bukannya pihak pembangkang yang lembut lidah daripada tulang.

Tuai padi antara nampak,
   Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
  Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian, salam persidangan.



FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN - PELAJAR CEMERLANG


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.

            Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
            Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
            Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
            Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
            Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
            Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
            Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
            Intihnya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN - REMAJA / PELAJAR CEMERLANG


Remaja Cemerlang
         

         Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke 21 kini , dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain .  Namun permasalahan remaja cemerlang masih tiada penghujungnya . Dari segi konsepsinya remaja cemerlang boleh didefinisikan sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu perkara . Biasanya , remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat mahmudah sebagai tonggak utama mencapai kejayaan . Natijahnya , remaja yang cemerlang ini akan mengecapi masa depan yang lebih cerah . Remaja yang cemerlang boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang dicampakkan ke laut menjadi pulau yang penuh khazanah terawang di angkasa menjadi bintang kejora yang bersinar bergemalapan . Hal ini bertepatan dengan aforisme, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah , remaja yang cemerlang bermula daripada didikan ibu bapa di rumah . Oleh itu , jika setiap remaja yang mendengar nasihat dari ibu bapa maka mereka mampu untuk menjadi remaja yang cemerlang .  

           Sudah terang lagi bersuluh , dengan menghormati ibu bapa dapat melahirkan remaja yang cemerlang . Hal ini kerana , ibu bapa berasa lebih tenang dan gembira apabila remaja mengormati mereka . Segala yang dilakukan remaja akan mendapat keberkatan . Oleh itu , setiap remaja haruslah menghormati ibu bapa mereka agar mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah , setiap anak wajib menghormati ibu bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan sebagai cahaya yang sentiasa bersinar dengan terangnya. Bahkan dalam menghormati ibu bapa dapat memupuk remaja yang bersahsiah mulia dan berwawasan . Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl , ayat 125 ,serulah ke jalan Tuhanmu , wahai Muhammad  dengan hikmah dan bijaksana serta berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik , sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui asal usul hambanya . Oleh itu ibu bapa sewajarnya memiliki skil kontemporari dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa ialah golongan  yang wajib kita hormati . Anak – anak tidak sepatutnya menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sekiranya , setiap remaja menghormati , maka kehidupan keluarga akan sentiasa terjamin .

          Memetik wasitah nirmala seterusnya , remaja juga perlu bijak menguruskan masa . Hal ini kerana , ramai pelajar mahupun remaja sering merungut menghadapi kekangan masa . Namun , tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang cemerlang mampu menguruskan masa dengan baik dan lebih bersistematik dengan membina satu jadual harian mahupun jadual belajar secara persendirian . Natijahnya , lahirlah pelajar yang tidak mengalami tekanan masa dalam kehidupan seharian mereka . Masa yang terluang perlu diisi dan dimuatkan denhan perkara yang bermamfaat . Biar kita ambil contoh , pelajar cemerlang SPM tahun 2009 , Nik Nur Madihah yang mencapai keputusan 20 A telah menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran . Biarpun masa yang ada tidak mencukupi , namun tiada rungutan yang dikeluarkan olehnya sebaliknya berusaha menguruskannya dengan bijak . Hal ini bertepatan dengan aforisme , masa itu emas . Hal ini telah menbuktikan bahawa sesungguhnya masa itu amat bernilai dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja yang berwawasan dan terbukti dalam surah An – Nas yang menjelaskan bahawa masa tidak menunggu kita , sebaliknya kita yang perlu mengejar masa . Pelajar yang cemerlang merasakan bahawa kehidupan yang dilayarinya begitu padat sehingga tidak mampu untuk bernafas . Sebaliknya , pelajar mahupun remaja yang tidak berwawasan hidup yang jelas akan merasakan sehari bagai seminggu untuk dijalani . Natijahnya , lahirlah ramai remaja yang rugi dalam kehidupannya kerana tidak bijak dalam memenuhi masanya dengan perkara yang tidak mendatangkan apa – apa manfaat . Pengurusan masa yang sistematik dan teratur  mampu membina  ketenangan  diri sewaktu menghadapi peperiksaan . Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan  masa merupakan perkara yang harus dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan  sebaik mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa dengan baik , maka wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal ini boleh dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari . Haruslah diingatkan bahawa masa yang bernilai tidak akan berulang untuk kali kedua sebaliknya perlu difikirkan den dimanfaat dengan perkara yang berguna . Sekiranya , remaja mahupun pelajar bijak menguruskan dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin nescaya kehidupan mereka akan bebas daripada mengalami tekanan mahupun stres yang hebat . Oleh itu , sekiranya setiap remaja mampu menguruskan masa dengan bijak , nescaya kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang dan maju kehadapan . 

             Dari sudut kodifikasi yang berbeza remaja yang rajin berusaha dan beristiqamah untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan berjaya . Hal ini kerana , manusia yang mudah mengalah tidak akan mencapai sesuatu yang dikehendakinya tanpa berusaha . Natijahnya , masa depan mereka akan menjadi sirna dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh  . Sementelahan ittu , secara tidak langsung mereka akan menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning . Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah . Remaja yang cemerlang akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang berusaha keras mencari nafkah kerana anak borek ,bapak rintih . Remaja seharusnya mengikut sikap seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Jika kita menghadapi sesuatu rintangan seperti patah kandar di tengah jalan , kita seharusnya  menghadapinya dengan kental . Remaja yang rajin berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu tertiarap malah pasti akan bangun semula  dari kegagalan . Hal ini kerana anjing ditepuk kepala menjungkit ekornya . Orang yang tidak berusaha , cetek ilmunya . Orang yang cetek ilmunya seperti diam-diam ubi berisi , diam-diam besi berkarat . Sekiranya , remaja berusaha ditambah pula dengan doa dan tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan membanggakan nama negara kelak.

          Sebagai remaja lagi lebai lagi berjanggut didikan agama sememangnya penting sebagai petunjuk supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang sepatutnya . Oleh itu , remaja cemerlang akan mempunyai didikan agama yang sempurna dalam diri mereka . Hal ini kerana , didikan agama yang secukupnya  dapat membentuk jati diri dan sahsiah yang mulia . Tidak dinafikan golongan yang bertanggungjawab yang memberi didikan kepada remaja ialah ibu bapa. Seharusnya  ibu bapa harus menjalankan peranan  yang sebaiknya dengan memberikan segala yang diperlukan oleh anak – anaknya termasuklah member didikan agama . Janganlah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan lurus . Remaja yang mempunyai didikan agama boleh dianalogikan seperti pokok yang dapat baja untuk terus hidup . Menurut kata – kata Albert Einstein , agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh . Terbuktilah agama sangat penting dalam membentuk remaja yang cemerlang seterusnya dapat membantu untuk merealisasikan visi negara iaitu Wawasan 2020 . Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak – anak mereka untuk menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan perkara yang sia – sia . Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul . Hal ini bertepatan dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Jadi benarlah didikan agama memberi kesan yang mendalam untuk membentuk remaja yang cemerlang . Sekiranya , ibu bapa perlu bersinergi untuk memastikan anak – anak yang mempunyai sahsiah yang  mulia seterusnnya menjadi remaja yang remaja yang cemerlang .

          Akhirul kalam , remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi segala halangan bagi mencapai segala yang diimpikan sesungguhnya remaja yang cemerlang merupakan tonggak kepada keluarga dan akan menjadi pelapis Negara yang sentiasa mempunyai idea untuk menaikan negara dengan acuannya sendiri . Pada era globalisasi ini , begitu ramai remaja yang cemerlang dalam kehidupannya untuk meningkatkan taraf hidup . Biasanya , remaja yang ingin mencapai kejayaan di menara gading akan menggembleng tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat . Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan akan menjadikan mereka sebagai idola atau perangsang untuk membina kecemerlangan diri . Remaja yang cemerlang akan menjadi seperti pucuk dengan pelapah . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah , jika tujuan anda jelas , anda boleg mencapai kecemerlangan dengan jayanya . Sebagai pelapis pemimpin , remaja yang cemerlang akan pandai meniti buih supaya selamat badan ke seberang . Sebagai remaja yang berintigriti jadilah seperti burung jentayu uyang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Janganlah hanya menjadi seperti angan – angan Mat Jenin yang akhirnya jatuh ke perdu pohon jua . Oleh itu , remaja perlu memiliki sifat – sifat mahmudah bagi menjadi seorang remaja yang cemerlang untuk menerangi kehidupan kelak . Natijahnya , remaja yang cemerlang akakn dapat melayari bahtera kehidupan dengan  lebih cemerlang tanpa sebarang masalah . Semoga , remaja yang cemerlang dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 bagi memastikan negara tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin .
                                     
                                 Menangkap lokan hanya sia- sia ,
                                 Letak di bendang dimakan helang ,
                                 Remaja pemangkin kemajuan Malaysia ,
                                 Penjana modal insan yang cemerlang .

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN CERAMAH


Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta 
memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?


Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.


Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.


Sekian, terima kasih.

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN - PERANAN IBU BAPA


Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial

Remaja,
                            Ingatlah masa depanmu,
      Kenanglah,
                      Jasa ibu dan ayahmu,
                                                        Susah payah mereka membesarkan kita.

          Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

           Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.

           Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.

               Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.
Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.

          Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.

         Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

         Berkorban apa sahaja,
        Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
                                                          Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

 

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN - PERANAN IBU BAPA


Peranan Ibu bapa Mendidik Anak-anak


Pernyataan ‘keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara’ jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing.

Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.

Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian, mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.

Di samping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka keranabapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.

           Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.