Monday 23 February 2015

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 10


·       Nenek memberitahu Lili betapa datuknya menyayangi pekerjaannya sebagai pengamal perubatan tradisional.
·       Nenek juga memberitahu Lili bahawa banyak pesakit yang sembuh setelah berubat dengan datuknya tetapi kini seorang demi seorang pesakit itu meninggalkan Datuk dan kaedah rawatan tradisional yang digunakannya.
·       Menurut nenek, datuk berasa sedih kerana selepas ibu bapanya meninggal dunia, ibu Lili pula merupakan orang kedua yang melangkah pergi melalui jendela rumah itu. Kini, sahabat baiknya, William Ng pula akan meninggalkan rawatan tradisionalnya.
·       Lili bertanyakan datuknya sebab jendela dan pintu rumah di kampung itu menghadap jalan.
·       Datuk mengubah topik perbincangannya dengan Lili.
·       Datuk mengatakan bahawa anak-anak muda kini tidak pandai menjaga hati orang tua seperti anak William Ng, Danel.

·       Datuk meluahkan sikap kurang senangnya terhadap abang Danel, Sugi yang mempengaruhi pemaju tentang aset yang ada di kampung ini.

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 9


·       Lili terkejut dengan kehadiran tetamu di rumah datuknya beberapa minit setelah mereka selesai bersarapan
·       Sahabat lama datuknya, William Ng telah datang bersama-sama dengan anak bongsunya, Danel.
·       Nenek memperkenalkan Lili sebagai cucunya kepada William Ng dan Danel.
·       Danel memberitahu Lili tentang isu kubah yang hangat diperkatakan oleh penduduk kampung ekoran tiadanya amalan permuafakatan.
·       Danel berterus terang tentang kunjungannya ke rumah Datuk, Danel kurang senang dengan sikap bapanya yang menggunakan ubat-ubatan herba dan menolak rawatan moden.
·       Danel seolah-olah mempertikai kemampuan ubat-ubatan tradisional dalam menyembuhkan penyakit menyebabkan Datuk berasa kecil hati.
·       Berlaku konflik antara Danel dan Datuk Lili berhubung dengan kaedah rawatan yang paling berkesan merawat pesakit.

·       Datuk teguh dengan pendiriannya bahawa kaedah tradisional lebih baik berbanding rawatan moden.

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 8


·       Selepas solat Zohor  berjemaah, datuk menguji Lili dengan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan hal keagamaan.
·       Lili kagum melihat kelincahan jemari datuknya menghitung biji-biji tasbih ketika berzikir.
·       Rashid meletakkan bakul berisi buah-buahan di atas tangga dan kemudian hilang semuanya.
·       Nenek menegur Lili yang mengasari kucing.
·       Pak Sahak datang ke rumah untuk mencari datuk berkenaan dengan peristiwa kekecohan yang berlaku di surau yang berpunca daripada kehadiran pemaju perumahan dari pekan.
·       Datuk merungut sambil memarahi abang kandung Danel iaitu Sugi Oogway yang menghantar kawannya dari  syarikat pemaju untuk memujuk orang kampung supaya menjual tanah mereka.

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 7



·       Lili dan nenek melangkah masuk ke kedai runcit Letchumi.
·       Letchumi yang berbadan gempal menyambut mesra kedatangan nenek dan Lili.
·       Nenek memperkenalkan cucunya, Lili kepada Letchumi.
·       Lili telah bertemu semula dengan Geetha yang merupakan anak gadis Letchumi.
·       Geetha memberitahu Lili bahawa ibunya merupakan pelanggan setia minuman herba yang dihasilkan oleh datuknya.
·       Geetha menyarankan agar Lili mempelajari teknik-teknik penyediaan herba dan kaedah rawatan tradisional daripada datuknya yang merupakan pengamal perubatan tradisional yang terkenal di serata Pekan Sentosa.
·       Sambal menyulam kain, geetha berbual dengan Lili. Geetha memberitahu Lili bahawa dia bersikap pendiam sama seperti neneknya.
·       Lili berasa hairan kerana Geetha bertubuh kecil tetapi ibunya bertubuh besar.


Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 6



·       Hujan turun mencuah di Kampung Sentosa menyebabkan bumbung rumah datuk yang dibina daripada zink menjadi gemuruh.
·       Nenek menyuruh Lili menutup jendela kerana ada cahaya kilat.
·       Nenek memanggil Lili untuk mencari bekas kemenyan buatan India untuk digunakan sebagai tempat untuk mengasap kemenyan dengan kulit bawang.
·       Nenek mengajak Lili ke kedai runcit Letchumi selepas hujan berhenti.
·       Selepas dua jam mencari, akhirnya nenek berjaya menemukan bekas kemenyannya semula.


Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 5



·       Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela yang menghadap jalan.
·       Datuk Lili mempersoalan kefahaman Lili tentang jendela rumah yang mendatangkan kesan mendalam terhadap generasi awal yang membuka kampung itu.
·       Lili berharap datuknya boleh bercerita tentang kepentingan jendela menghada pjalan tetapi datuknya lebih gemar bercerita tentang kelebihan akar-akar kayu dan daun herba berbanding dengan ubat-ubatan moden.
·       Datuk Lili juga bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit melalui perubatan secara tradisional.
·       Datuk Lili ghairah bercerita tentang khasiat dan kehebatan ubat-ubatan tradisional yang mampu merawat penyakit.
·       Nenek menepelak Datuk yang terlalu mengagung-agungkan kelebihan ubat-ubatan tradisional.
·       Datuk meminta Lili melihat caranya merawat seorang kawan baiknya yang menghidap penyakit strok, darah tinggi dan kencing manis pada esok hari.


Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 4


·       Lili menyukai panorama keaslian hutan di kampung itu.
·       Lili berasa hairan apabila melihat kebanyakan rumah di kampung itu dibina dengan kedudukan jendela-jendela rumah yang rata-ratanya menghadap jalan.
·       Lili pergi menemuinya neneknya yang sedang leka menyemai benih padi di petak semaian.
·       Seorang daripada penduduk kampong itu, Pak Sahak mengayuh basikal sambal melemparkan senyuman kepada Lili.
·       Nenek mengatakan Lili semakin besar selepas Lili mencium tangannya.
·       Lili menghulurkan wang kiriman ibunya kepada nenek.
·       Nenek memberitahu Lili datuknya je surau kerana orang-orang kampong hendak memasang kubah di bumbung surau.
·       Lili bertanyakan sebab orang kampung ingin memasang kubah di bumbung surau yang using itu.
·       Mereka bergerak pulang ke rumah setelah waktu maghrib menjelang tiba.


Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab Bab 3


·       Geetha turun di Pekan Sejahtera manakala Lili turun di Pekan Sentosa.
·       Lili mendapati ada seorang pemuda Cina yang turut membuntutinya turun di Pekan Sentosa.
·       Pemuda Cina itu telah menyerahkan bukunya yang tercicir sewaktu dia turun dari bas ekspres.
·       Pemuda Cina itu memberitahu Lili bahawa dia turut menetap di Kampung Sentosa.
·       Abang Rashid menjemput Lili di Pekan Sentosa dengan memandu van Toyota Hiace milik datuknya.
·       Abang Rashid berkepala botak dan bersikap pendiam seperti Lili.


Novel Jendela Menghadap Jalan


Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab 2


·       Ibu berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di kampung kelak.
·       Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun selama lapan jam.
·       Seorang gadis India meminta izin untuk duduk di sebelahnya ketika dia dalam bas ekspres itu.
·       Lili cuba menghulurkan bantuan apabila melihat gadis itu agak kelam kabut.
·       Geetha memperkenalkan namanya dan menyatakan bahawa dia merupakan pelajar tahun pertama yang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan awam.
·       Geetha berusia 19 tahun, memiliki bibir yang nipis merah dan bermata jernih seperti mata kucing siam.
·       Sepanjang perjalan ke Dungun, mereka berbual berbagai-bagai perkara. Antaranya, Geetha memberitahu Lili bahawa dia bercita-cita untuk menjadi doktor bedah. Lili pula menyatakan bahawa dia bercita-cita menjadi seorang penulis. Geetha juga menceritakan khasiat air lumatan brahmi yang hanya boleh diperoleh di India.


Novel Jendela Menghadap Jalan

Isi Penting Bab 1


·     -  Lili berasa sedih kerana cuti sekolah yang ingin dimanfaatkan bersama-sama dengan teman-teman sekelasnya terpaksa dikorbankan dengan pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
·       - Ibu mengejutkan Lili daripada tidur supaya dia bersiap kerana pagi itu dia akan dihantar ke hentian bas untuk pulang bercuti di kampung datuk dan nenek.
·     -   Lili mewarisi sifat pendiam bapanya dan perwatakannya itu berlainan dengan sikap ibunya.
·     -   Ibu menasihati Lili agar tidak bangun lewat ketika berada di rumah nenek kerana nenek pasti akan meleterinya.
·      -  Ibu menghela nafas yang panjang apabila memandang kertas dinding bilik Lili yang penuh dengan contengan.
·     -   Ibu menduga Lili dengan mengatakan bahawa Lili tidak gembira kerana akan menghabiskan cuti sekolah di kampung datuk dan neneknya.
·     -  Lili sengaja berbohong kepada ibunya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya gembira pulang bercuti di kampung nenek dan datuknya. Dia berbuat demikian untuk menjaga hati ibunya itu.
·    -   Ibu membantu Lili membersihkan dirinya sambal memberi kata-kata nasihat kepada Lili.
·    -   Lili berpura-pura senyum untuk meyakinkan ibunya bahawa dia sememangnya bersedia untuk pulang bercuti di kampung.


Sinopsis Novel Jendela Menghadap Jalan (Edisi Terkini)

Jendela Menghadap Jalan

Sinopsis


Novel Jendela Menghadap Jalan diceritakan berdasarkan catatan Lili yang berlaku dalam bulan Ogos 2008. Novel ini mengisahkan sifat cekal dan keberanian Lili dalam menempuh berbagai-bagai permasalahan sosial dan kemasyarakatn yang berlaku sepanjang cuti persekolahannya di Kampung Sentosa. Cerita bermula apabila Lili dihantar pulang bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas ekspres. Ibu berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di kampung. Semasa dalam perjalanan ke Dungun, Lili berkenalan dengan Geetha, seorang gadis berketurunan India yang duduk di sebelahnya ketika di dalam bas ekspres.
            Lili menyukai panorama keaslian hutan di kampung ibunya. Lili berasa hairan melihat kebanyakan rumah di kampung itu dibina dengan kedudukan jendela-jendelanya menghadap jalan. Dalam pertemuan itu, nenek mengatakan bahawa Lili semakin besar dan Lili menghulurkan wang kiriman ibunya kepada nenek.
            Lili tekun menunggu dan berharap agar datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela rumah yang menghadap jalan. Namun, datuknya bercerita tentang kelebihan dan bagaimana akar-akar kayu berupaya merawati pesakit melalui kaedah rawatan tradisional. Nenek mengajak Lili ke kedai runcit Letchumi selepas hujan berhenti. Letchumi yang berbadan gempal menyambut mesra kedatangan nenek dan Lili. Lili telah bertemu semula dengan Geetha yang merupakan anak gadis Letchumi.
            Lili terkejut dengan kehadiran tetamu di rumah datuknya beberapa minit setelah mereka selesai sarapan. Danel memberitahu Lili tentang isu kubah surau yang hangat diperkatakan oleh penduduk kampung ekoran tiadanya permuafakatan. Danel berterus-terang tentang kunjungannya ke rumah datuk untuk menghentikan pengambilan ubat-ubatan herba tradisional oleh bapanya. Hal itu telah menyebabkan datuk berasa kecil hati. Datuk teguh dengan pendiriannya bahawa kaedah rawatan tradisional lebih baik berbanding dengan rawatan moden.
            Penduduk kampung bertelagah dan tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau usang. Nenek bercerita tentang nasib datuk Lili yang akan kehilangan lima lagi pesakitnya yang datang dari Kuala Lumpur apabila mereka telah menggunakan ubat ajaib untuk menyembuhkan penyakit. Datuk memberitahu Lili bahawa semua pesakitnya telah lari. Rashid terlupa untuk menghantar Lili ke rumah Geetha. Sebagai menebus kesalahannya, Rashid membawa Lili berjalan-jalan di pasar malam di pekan.
            Lili mengunjungi Geetha yang diserang demam. Geetha tidak seronok bercuti di kampung kerana dia berasa bosan. Geetha mendapat keizinan ibunya untuk pergi bermalam di rumah datuk Lili. Lili dan Geetha telah mendaki bukit untuk menikmati oemandangan matahari terbenam dari puncak bukit.
            Geetha dan Lili ke kedai runcit berhampiran untuk membeli barangan runcit. Mereka menyaksikan peristiwa anak-anak Che Jah yang dikejar oleh sekumpulan pemuda kerana teah mencuti harta benda ibunya sendiri. Che Jah menjerit dan sambil menangis mengenangkan sikap anak-anaknya yang tidak mengenang budi.
            Nenek meberikan keizinan kepada Danel untuk mengajak Lili ke pekan. Mereka singgah di restoren makanan segera. Mereka balik ke Kampung Sentosa dengan menaiki bas. Setibanya di kawasan kampung, Lili melihat Rafiq yang memegang senjata tajam dikejar oleh beberapa orang lelaki di belakangnya. Secara tiba-tiba, Rafiq menjadikan Lili sebagai orang tahanan dengan mengacukan pisau tajam berkilat di lehernya. Rafiq mengugut untuk mencederakan Lili jika ada antara lelaki itu yang mendekatinya. Lili pengsan.  Apabila Lili sedar, dia mendapati kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang dan disembunyikan di sebuah pondok buruk. Lili mendengar suara Danel yang datang menyelamatkannya. Sebagai tanda kesyukuran kerana Lili selamat, datuk sempat mengajak beberapa orang jemaah yang ada di rumahnya untuk mengerjakan solat hajat.
            Nenek menasihati Lili agar tidak menyibuk hal keluarga Che Jah terutama yang melibatkan perihal Haziq dan Rafiq yang dikatakan berperangai macam syaitan. Ketika berada di rumah Che Jah, Lili memberitahu Che Jah bahawa dia memaafkan kesalahan Rafiq dan Haziq atas kejadian yang berlaku semalam. Che Jah terharu dan menangis mendengar kata-kata ikhlas Lili itu. Lili melihat sebuah lori membawa kubah surau. Dia juga baru kali pertama mendengar orang bertengkar tentang kubah surau. Nenek kebratan melepaskan Lili pergi kerana memikirkan aspek keselamatan dirinya. Danel dan Lili berbincang tentang isu pemasangan kubah pada surau atau pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina suatu hari nanti.
            Berlaku suasana yang getir apabila Seman memukul sambil memaki hamun anaknya, Haziq. Orang ramai yang datang termasuk Lili dan Danel takut untuk meleraikan perbuatan kejam Seman itu. Dari dalam rumah kedengaran suara jeritan Che Jah yang meminta Seman agar menceraikannya. Nenek yang pulang lewat membawa perkhabaran bahawa Che Jah belum diceraikan suaminya. Ketika berbual dengan Lili, Kak Mimah memberitahu Lili bahawa dia bertugas sebagai penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Lili sempat memberitahu Kak Mimah tentang kes keganasan rumah tangga yang berlaku di kampungnya itu.
            Kak mimah menyatakan kesanggupannya untuk membantu Che Jah menangani kes keganasan rumah tangganya dengan Seman setelah diceritakan panjang lebar oleh Lili. Geetha bersetuju mengikut Lili dan bermalam di rumah datuk Lili. Nenek gembira menyambut kedatangan Geethe di rumahnya. Nenek membenarkan Lili dan Geetha menziarahi Che Jah.
            Datuk memberitahu Lili bahawa Kak Mimah telah menghubunginya. Datuk bertekad hendak mengheret Seman ke penjara. Menurut datuk, Seman telah banyak melakukan kerosakan kepada hati orang lain, selain hati isteri dan hati anak-anaknya. Lili mengagak yang Geetha dan Danel mula jatuh cinta. Datuk berasa kesal kerana lambat bertindak untuk memperbetul segala masalah yang berlaku di kampung itu.
            Lili terdengar suara kecoh penduduk kampung di halaman rumah datuknya. Mereka datang melaporkan bahawa kubah telah dilarikan orang dan mengesyaki anak-anak Che Jah yang melakukan perbuatan itu. Lili melihat datuknya mengheret Haziq dan Rafiq ke halaman rumah sambil dibantu oleh dua orang pemuda lain.
            Haziq dan Rafiq kelihatan lemah dan ada kesan seperti dibelasah orang. Wajah Haziq lebam manakala hidung Rafiq berdarah. Mereka masuk ke dalam rumah dan merebahkan diri di lantai ruang tamu tanpa disuruh. Geetha membawakan Danel minuman panas. Akibat kebimbangan Haziq akan bertindak ganas, nenek mengawasi muka pintu dapur dengan batang penyapu dengan Danel pulla berdiri cuba melindungi Lili menyebabkan Geethe berasa cemburu dan beredar dari ruang tamu itu.
            Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tiba di rumah datuk. Che Jah datang menemui Kak Mimah di rumah datuk. Dia menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan semalam adalah perbuatan jahat suaminya tetapi suaminya itu telah menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik. Lili dan Geetha disuruh menjaga Rafiq dan Haziq di rumah ditemani Kak Bibah dan dua orang pakcik yang belum dikenali.
            Menurut Rashid, Sugi tidak terlibat dalam hal kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah membuat laporan polis berhubung dengan kes jenayah suaminya dan laporan akan disediakan untuk tindakan lanjut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat minggu depan. Datuk tidak melatah dengan semua tuduhan penduduk kampung itu.
            Ibu menghubungi Lili. Dia berasa pelik dengan perubahan sikap anaknya yang tidak merungut sepanjang tempoh percutiannya di kampung. Sewaktu azan sudah berkumandang, Geetha dan Danel telah mengetuk dinding bilik Lili untuk mengejutkannya sekali gus mengajaknya melihat matahari terbit.
            Lili, Geetha dan Danel duduk di jeti nelayan memerhatikan keindahan matahari terbit. Ketika Lili tiba di rumah, dia melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Menurut Lili, kebahagiaan yang paling bermakna kepadanya adalah apabila melihat ibunya berbual mesra dengan datuknya.
            Datuk Lili yang bernama Haji Abdul Rahman telah mengisahkan perjalanan hidupnya dari Kalimantan yang berpindah-randah hingga akhirnya membuka petempatan di Kapung Sentosa. Datuk Lili tabah menempuh berbagai-bagai rintangan dalam hidupnya hinggalah dia bertemu denga neneknya di sebuah tempat ajaib, 42 tahun dahulu.
            Nenek Lili bercerita bahawa dirinya bernama Hajah Aisyah Tan Abdullah dan berasal dari Tanah Besar China. Mengikut bapanya berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia 11 tahun bersama-sama dengan adik-beradiknya yang lain. Dia menetap di Tanah Melayu hingga bertemu jodoh dengan Haji Abdul Rahman. Nenek akhirnya memberitahu Lili sebab jendela dibina menghadap jalan supaya mudah untuk mengintai pergerakan Bintang Tiga dan sentiasa berjaga-jaga. Lili menerima sepucuk surat yang ditulis dan dihantar oleh Danel yang mengisahkan berbagai-bagai perkara. Lili mencatat segala peristiwa dan kejadian yang berlaku.
            Cerita diakhiri dengan Lili menyambung semula catatannya pada bulan Disember 2008. Dalam catatannya itu, Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian dan permasalahan sosial dan kemasyarakatn yang berlaku di Kampung Sentosa berjaya ditangani. Lili tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa bagi mendengar cerita datuknya tentang jendela menghadap jalan.


LATIHAN PERIBAHASA

LATIHAN PERIBAHASA:
Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar
Ayam terlepas tangan berbau tahi
Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap

Air pun ada pasang surutnya
           Hutang emas dapat dibayar,     hutang budi dibawa mati
ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya
           Biar putih tulang, jangan putih    mata Lebih baik mati daripada menanggung malu
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Beberapa berat mata memadang, berat juga bahu memikul
Besar periuk besar keraknya
Burung terbang dipipiskan lada

  1. Orang yang berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika beliau merendah diri.
  2. Keadaan hidup seseorang yang tidak tetap kerana ada kalanya senang,  ada kalanya susah.
  3. Orang yang membuat perbuatan yang ditegah akhirnya mendapat malu.
  4. Sesusah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri.
  5. Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan eloklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang memang mahir dalam perkara itu.
  6. Orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya.
  7. Sanggup mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa terancam.
  8. Merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh.
  9. Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk.
  10. Hendak meniru perbuatan orang yang berpangkat besar atau kaya, akhirnya memebebankan  diri sendiri .
  11. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.
  12. Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup.


LATIHAN PERIBAHASA

LATIHAN PERIBAHASA: Berikan maksud peribahasa di bawah

1. seperti  kera mendapat bunga -
-Tidak  guna kita memberikan  hadiah basikal ini kepadanya kerana sikapnya seperti  kera mendapat bunga yang sering  tidak menghargai pemberian orang lain..

2.  seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit. -
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit

3. burung terbang dipipiskan lada -
-Janganlah terlalu mengharapkan sangat keuntungan pelaburan ini kerana saya bimbang  burung terbang dipipiskan lada disebabkan belum pasti lagi keuntungan yang akan  diperoleh.

4. menegakkan benang yang basah -
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.

5. bagaikan telur dihujung tanduk -
-Sejak meminjam wang daripada ceti haram  tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya -
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana dia sedar bahawa  ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.


LATIHAN KOMSAS: SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

LATIHAN KOMSAS: SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA 

Naskhah Dr. Lim Swee Tin, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) pada halaman 27-28 antologi Dirgahayu Bahasaku ini adalah tentang  kesaksamaan hak dan status manusia sejagat. Hal ini demikian kerana manusia tetap sama dan tidak seyogia dibezakan hanya kerana faktor geografi dan taraf ekonomi sesebuah negara. Hakikatnya sempadan negara dan keperluan dokumen perjalanan antara negara hanyalah keperluan rasmi seketika, justeru seluruh warga dunia bernaung di bawah langit yang sama!

RANGKAP
MAKSUD
Di bawah langit yang sama
Kita hirup udara
Tanpa mengira Beirutmu
Atau Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama
Penyajak menggambarkan bahawa ..... ................... ......  ......
..................................................... kita menghirup udara yang sama dan berada .................................................... Tambahan lagi, bagi penyajak taraf manusia .........................

Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna
          tiada bezanya.
Penyajak menyukai persekitaran kota London dan Washington walaupun dalam ...................................... ..........
................................................... Namun, tiada .................
..................................  .dari segi kehijauan pokok dan warna alam yang lain
Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.

Menurut penyajak lagi, Sama ada seseorang itu penduduk Australia (...............................................................................), mahupun penduduk di benua Afrika (.............................. .........................), semuanya bernaung di bawah langit / bumi yang sama. Penyajak juga berpendapat bahawa setiap tempat yang didiami oleh manusia di dunia ini  mempunyai .......................................................................
Aku inigin menyeberangi Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita - warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
Penyajak ingin ........................................ ke seluruh pelosok dunia iaitu keinginan penyajak  untuk mengembara menyeberangi Laut China Selatan ( ............................... .........), atau melewati Laluan Sutera ( .................................... ..... ........
........................................................... ) untuk merasai suasana yang  berbeza. Penyajak juga berhasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat ............................................................................... dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama  ....................
.............................................................
Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
          gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.
.

Penyajak mendapati manusia sering ....................................
...................................... dan untuk memasuki sesebuah negara kita memerlukan  .............................................................. ......... seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai ......................................... serta mengikis rasa ........................................................... agar kehidupan di dunia ini sentiasa dalam keadaan harmoni. @  Manusia di dunia dipisahkan oleh sempadan. Oleh itu, penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia ........................................................................ Visa dan pasport hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi ....................................................................................... Atas dasar perpaduan sejagat, penyajak berharap manusia membuang perasaan benci dan melupakan ..........................
....................................................................

UNSUR-UNSUR KOMSAS DALAM SAJAK:

PERSOALAN
NILAI
HURAIAN / CONTOH
Persoalan tentang  keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat.

Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.

Persoalan tentang harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.


Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
Persoalan tentang garis sempadan yang memisah dan membezakan manusia.

Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.

Persoalan tentang kepentingan hormat  menghormati antara manusia..

Nilai ini penting demi menjamin keharmonian dalam kehidupan manusia


Nilai menghargai keindahan alam.

Keindahan alam perlu dihargai.

 Nilai bertoleransi

.Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat agar manusia dapat menyelesaikan konflik secara damai



Sikap  bekerjasama dalam menjayakan sesuatu amat diperlukan  agar membuahkan hasil

SOALAN PEMAHAMAN:

1.     Terangkan maksud Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam seperti yang digunakan dalam sajak di atas. [2 markah]

2.     Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menangani isu manusia sejagat. [3 markah]

3.     Pada pandangan anda, mengapakah keamanan penting dalam kehidupan manusia? [3 markah

4.     Jelaskan latar tempat yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]