LATIHAN TATABAHASA:
A. Senaraikan
kata berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam
petikan di bawah.
Persatuan Penduduk
Taman Seri Wijaya
telah mengadakan perjumpaan dwibulanan. Perjumpaan
itu bertujuan untuk membincangkan pembinaan gelanggang multifungsi
untuk aktiviti rekreasi penduduk. Sebelum itu, murid-murid prasekolah telah mempersembahkan
pertunjukan silat. Pertunjukan itu dibimbing oleh seorang mahaguru silat yang terkenal.
Gelanggang yang
akan dibina nanti akan memberikan manfaat kepada ahli komuniti agar
mereka tidak antisosial dan
sentiasa proaktif. Seorang
dermawan juga berhasrat untuk menyumbangkan sumber kewangan
bagi menjayakan aktiviti yang dirancang.
B. Senaraikan kata
adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat
di bawah.
1. Buah rambai manis itu dipetik dari
kebun datuk oleh nenek.
2. Pakaian lembap
dijemur di ampaian oleh ibu di halaman rumah.
3. Anak comel
itu merupakan kesayangan kedua-dua ibu
bapanya.
4. Pasukan
bola sepak Perak yang memakai
jersi
kuning menjadi johan Liga Bola
Sepak
Peringkat Kebangsaan.
5. Kereta
lama
ayah tersimpan
di dalam garaj sejak tiga tahun
lepas.
6. Pelajar
yang malas itu telah dimarahi oleh guru kelasnya kerana sering dating lewat ke
sekolah.
C. Senaraikan kata
penguat yang terdapat dalam ayat di bawah.
1. “Harga makanan yang dijual
di restoran itu mahal betul,” kata
Pak Cik Ramli.
2. Sakit benar
kaki saya apabila terpijak
paku payung itu.
3. Badannya agak
susut setelah menghidap
penyakit kronik
itu. 4. Murid yang baru
berpindah
ke sekolah ini bijak amat.
5. Indah nian pemandangan di
tepi
pantai pada kala matahari terbenam.
6. Jam tangan yang dirampas oleh pihak berkuasa di kediaman mewah
itu sangat mahal.
No comments:
Post a Comment