Showing posts with label Novel Songket Berbenang Emas. Show all posts
Showing posts with label Novel Songket Berbenang Emas. Show all posts

Monday, 11 April 2016

Novel Songket Berbenang Emas

Novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

LATAR - LATAR TEMPAT
1.     ________________________________ -   Tempat Embong, Saleha, dan anak-anak mereka, iaitu Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Melati, Kiambang, dan Anggerik tinggal.

2.     ________________________________ - Tempat Seman memujuk ibunya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar yang bersambung dengan tapak rumah Saleha.

3.     ________________________________ -   Tempat Aton dan Said tinggal sebelum Said meninggal dunia akibat mati lemas di sungai.

4.     ________________________________ -  Tempat Dahlia bertemu dengan Azhari secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan penyakit yang dihidapinya itu.

5.     ________________________________ -  Tempat Saleha dimasukkan ke wad 6, iaitu wad psiakiatri sebelum dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru.

6.     ________________________________ -    Tempat Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam dan bakal menduduki peperiksaan STPM pada penghujung tahun itu.

7.     ________________________________ -    Tempat Dahlia bersekolah di tingkatan satu manakala Azhari berada di tingkatan lima.

8.     ________________________________ -  Tempat Dahlia dan adik-adiknya, iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang mendapat pendidikan semasa di sekolah rendah.

9.     ________________________________ -  Tempat Embong mendapatkan bekalan barangan runcit bagi keperluan harian keluarganya.

10.  ________________________________ -   Tempat Azhari menyerahkan hadiah sehelai kain songket merah berbenang emas kepada Dahlia sebelum bas ekspres itu bergerak.



Novel Songket Berbenang Emas

Novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
PENGAJARAN
1.      _________________________________________________________________________________
Dahlia amat mengasihi ibu dan bapanya.  Dia berusaha melawat ibunya yang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.  Begitu jugalah ketika bapanya dimasukkan ke Hospital Batu Pahat akibat dipatuk ular tedung, Dahlia turut membawa adik bongsunya, Anggerik ke Hospital Batu Pahat untuk melawat bapanya.

2.     ________________________________________________________________________
Dahlia bercerita secara jujur kepada Azhari bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Najib melainkan ikatan persahabatan sebagai rakan persekolahan untuk mengelakkan prasangka.

3.     _________________________________________________________________________
Dahlia begitu sabar berhadapan dengan sikap prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah dan Mak Aton terhadap dirinya dan ahli keluarganya.

4.     _________________________________________________________________________
Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, dan tempat menuntut ilmu.

5.     _________________________________________________________________________
Haji Sulaiman telah menghubungi pihak Hospital Batu Pahat supaya datang ke rumah Embong untuk mengambil Saleha dan membawanya ke hospital tersebut untuk menerima rawatan lanjut atas penyakit kemurungannya itu.

6.     ________________________________________________________________________
Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai sungguhpun dirinya hanyalah seorang gadis.

7.     _________________________________________________________________________
Dahlia meminta Melati ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu tepung adik bongsunya dan satu kilogram gula secara berhutang.

8.     _________________________________________________________________________
Kavita  dan Siti Wangi telah membantu untuk meringankan beban yang ditanggung Dahlia dengan  menyediakan nota salinan semua subjek STPM yang telah difotokopi sepanjang tempoh Dahlia tidak ke sekolah.

9.     _________________________________________________________________________
Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian untuk mengubati penyakit kemurungan Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.

10.  _________________________________________________________________________
Embong melayani kunjungan tetamunya, iaitu keluarga Azhari ke rumahnya dengan begitu baik dan mesra.  Dahlia juga melayani kunjungan neneknya, Nek Kiah yang sering bertandang ke rumah mereka dengan begitu mesra.


Tuesday, 19 January 2016

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Nilai - NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang) -

i. Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya –  

ii. Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya-

iii.Kasih sayang suami terhadap isterinya -

iv. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya –

v.Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya –

vi.Kasih sayang adik terhadap kakaknya-

vii.Kasih sayang cucu terhadap neneknya-

2. Keberanian - Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

3. Setia kawan - Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

4. Pengorbanan - Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM. - Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.

5. Keikhlasan - Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. - Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. - Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. - Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya. - Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.

6. Nasihat- menasihati - Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

7. Kerjasama - Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. - Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. - Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.

8. Perpaduan/ Bersatu padu - Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir yang melanda kampung mereka. - Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu walaupun berbangsa Cina.

9. Kegigihan - Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. - Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.

10. Ketabahan - Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. - Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.

 11. Keinsafan - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya. - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya. - Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.




NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

LATIHAN PENGKUHAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Latar Masyarakat

1. ……………………………… - Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. - Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.

2. ………………………………. - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. - Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia serang pelajar yang bijak .

3. ……………………………….. - Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. - Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. - Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.

4. …………………………………… – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan (m/s 26) –Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. ……………………………………… - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah (m/s 24 dan 27)

6. ………………………………………………. - Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.

 7. ……………………………………………………………………….. - Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik ayahnya sendiri. - Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantunya ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.

8. …………………………………………………………………………. - Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan - Embong juga tabah apabila dia tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. - Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental. Embong tetap tabah apabila rumah yang diduduki oleh keluarganya dilanda banjir. - Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun emaknya dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk ular. - Dahlia juga tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu menyelamatkan Said yang mati lemas. - Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari yang ingin melamarnya walaupun pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya

9. ……………………………………………… - Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Dia sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. - Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. - Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa dia sihat, dialah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.

10. …………………………………………………………………… - Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai ibu yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . - Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap tidak hadir ke sekolah sekolah.



PLOT NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS



 







plot




Tuesday, 29 December 2015

Novel Songket Berbenang Emas

Latar Belakang Penulis Novel ( Khairuddin Ayip)

            Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor.  Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

            Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.  Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau  melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan.

            Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
            Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan drama pentas.

Sinopsis Keseluruhan Novel
            Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan.  Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil  setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
            Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
            Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya.  Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
            Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
            Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00.  walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.