Thursday, 21 August 2014

ULANG KAJI SPM- BM

PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

SINOPSIS

BAB III
Perkahwinan Opu Daeng Menambun Dengan Puteri Kesumba

Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng lima saudara. Setelah perbincangan dibuat, Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.


BAB IV
Panembahan Agung Ditangkap


Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah kepada Opu Daeng  lima saudara menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berjumpa dengan Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka berhunus keris untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng berlima.


BAB V
Opu Yang Berlima Saudara di Riau

Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Opu daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng berlima mengenakan syarat iaitu apabila Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Setelah persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku antara orang Bugis dengan orang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Opu Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

BAB VI
Opu Yang Berlima Saudara di Kedah

Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn ya, namun Raja Kedah memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut. Opu daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang Dipertuan Negeri Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya dan membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng lima bersaudara.


BAB VII
Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng Kemasi

Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

BAB VIII
Pemilihan Sultan Muda di Matan dan Darihal Perkahwinan Sultan Muhammad Zainuddin

Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masing-masing menyokong Pangeran Ratu, Pangeran Mangkurat dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan Raden Mas Inderawati, anak Raja Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden Mas Inderawati merupakan tunang kepada Ratu Anom Kesumayuda. Panembahan Sengkauk meminta supaya Raja Muhammad Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.

BAB IX
Opu Daeng Menambun serta Puteri Kesumba dan Mas Inderawati Menziarah Makam Panembahan Sengkauk

Khabar berita telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sengkauk telah mangkat. Seri Paduka Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan secara besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sengkauk.


ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Tema
Kepahlawanan menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah Melayu
Kepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas







Persoalan
Persoalan keberanian menegakkan keadilan
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman.
Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperangan
Raja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara
Persoalan bersedia memberikan bantuan jika diperlukan
Opu Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya menyerahkan kembali takhta kerajaan
Persoalan muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusan
Opu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan





Nilai
Muafakat/kerjasama
Opu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah
Keberanian
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil
Tolong-menolong
Opu Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing
Menunai janji
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau






Pengajaran
Kita hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman
Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat diringankan
Opu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai pemerintah oleh saudaranya sendiri.
Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat
Opu Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah
Kita hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kita
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau.







WATAK
PERWATAKAN
Opu Daeng Menambun
Mempunyai 4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak
Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
Dilantik menjadi raja di Mempawah
Daeng Perani
Saudara yang tertua daripada lima bersaudara
Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah
Daeng Kemasi
Beristerikan anak Raja Mempawah
Dilantik menjadi raja di Sambas
Daeng Chelak
Dilantik menjadi raja di Riau
Berkahwindengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman
Daeng Merewah
Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
Berkahwin dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung



LATAR MASA
PERNYATAAN
HURAIAN
Tujuh hari tujuh malam
Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun
Hari Jumaat
Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar
Lapan hari
Peperangan di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya


LATAR TEMPAT
Riau
Opu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak
Siak
Peperangan di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak
Negeri Matan
Tempat Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat istana
Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja
Masyarakat yang suka membantu
Opu Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan
Masyarakat yang berani
Opu Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri  Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu  Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.
Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu.  Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah  seorang.
Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah  masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah  santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong  perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.”
Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima
bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.” Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap  tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri  Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”

(Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah?                                                                                                                        [2 markah] - Supaya dapat membantu Raja Kedah menjatuhkan/mengalahkan saudaranya
- Supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.                                    [3 markah] Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya
mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.
- Janji Raja Kedah : akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya
lima belas bahara setiap seorang sekiranya berjaya dalam perebutan kuasa tersebut
- Syarat Opu Daeng : meminta pengesahannya/persetujuannya orang dagang
dari Timur seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura di bawah pemerintahannya


(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian?                          [3 markah]
- supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat
- memperoleh ganjaran / pulangan sebagaimana yang ditetapkan
- tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari
- untuk mengelakkan penipuan / penindasan / penyalahgunaan kuasa



Tuesday, 19 August 2014

LATIHAN ULANG KAJI PT3 2014

ULANG KAJI BM
PT3 2014







BAHAGIAN A

  1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. 

i.           Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa melintasi jalan raya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.

ii.             Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesempitan wang untuk melanjutkan pelajaran.

iii.               Sudah bertahun lamanya dia tidak pulang ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.  

iv.              Kebanyakkan peserta kursus itu menginap di asrama yang berdekatan.

v.                Program cerdik bacaan akan diadakan di dalam bulan September. 

vi.              Pelayan Restoran Ali menghidangi masakan Arab kepada pelanggannya.

vii.             Pelbagai kuin-muih dijual di gerai yang terdapat di situ.

viii.  Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap bukan sopan                                                                     [8 markah]


  1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu

i.                 Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk disesuaikan dengan  kehendak serta perasaan mereka.

ii.                Sifat remaja yang terkenal dengan agresif, kraetif, dan inovatif merancakkan  aktiviti hiburan mereka lagi

iii.               Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya menyebabkan remaja hari ini berkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.

iv.              Terdapat beranika pakaian dijual di kedai berhampiran lebu raya itu.

v.                Ooi yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu pengetahuannya melalui kursus itu.

vi.              Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai keMalaysia.                 [6 markah]


  1.  Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.

i.                 Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   Sambil

ii.                Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan

iii.                Amran melayari Internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk

iv.              Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila

v.                Desirey akan mendirikan rumah tangga dengan jejaka itu.          dengan
Jejaka itu dicintainya
[10 markah]


  1. Berikan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud di bawah

i.                 Pasangan yang sepadan
ii.                Sesuatu itu menurut asalnya
iii.               Hubungan yang erat
iv.              Berkerjasama

LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA

PERIBAHASA -  MAKSUD YANG HAMPIR SAMA
PERIBAHASA
MAKSUD

air dicencang tak akan putus
perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama

haruan pulang ke lubuk
perantau yang pulang semula ke tempat asal

gunting dalam lipatan
musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya

habis madu, sepah dibuang
apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain

bagai aur dengan tebing
persahabatan yang sangat akrab

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
susah senang dihadapi bersama

bagaimana acuan, begitulah kuihnya
seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku ibu atau bapanya

mencurah air ke daun keladi
pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar

alang-alang mandi biar basah

berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan

bagai cincin dengan permata
padanan yang sesuai


burung terbang dipipiskan lada
mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

abu di atas tunggul
keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama

menahan lukah di pergentingan
mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain


BAHAGIAN B

  1.                                        Drama Di Sini Bakti Bersemadi (Ajes Tuah)

SINOPSIS : Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji.  Hal ini dibuktikan oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya.  Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam. Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya, Kamal.  Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu.

Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayam-ayamnya.  Amin yang terserempak dengan ayah Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini.  Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi contoh generasi muda hari ini.  Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal dahulu.   Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam.  Ayah Tini berjaya memerangkap Malek sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu.  Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal.  Tini dan Amin gembira meneruskan kerjaya mereka masing-masing

Text Box: Watak dan Perwatakan
Add caption
WATAK & PERWATAKAN

Watak utama

Tini - berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma. / Berkawan baik dengan Amin.  / gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri – kraf tangan./ Meminati bidang perniagaan.   / Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan. /  tunang kepada Kamal /  suka berdikari – tidak mahu mengharapkan bantuan orang

Watak sampingan

Amin - Kawan baik Tini. / Mengusahakan penternakan ayam.   /sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung.   / Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan ayam.  / Berpandangan jauh / berwawasan. / Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan 

Ayah - Pak Hamid.  / Menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya.   / Yakin akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan kraf tangannya.   / Bijak memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya.

Kamal - Tunang Tini. / Tidak menyokong usaha Tini bekerja sendiri.  / Ingin mempercepat hari perkahwinannya.  / Mementingkan diri sendiri – mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan perusahaan Tini. 

Malek - Seorang pencuri.   / Mudah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal.

Text Box: Nilai 





1. Nilai kerjasama - Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk memastikan Tini Berjaya dalam perusahaannya.

2. Nilai berdikari - Amin dan Tini lebih suka berdikari membangunkan perusahaan mereka sendiri daripada bekerja makan gaji.

3. Nilai keberanian - Golongan muda iaitu Tini dan Amin yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan/perusahaan.

4. Nilai kegigihan - Tini dan Amin gigih untuk merealisasikan impian mereka dalam bidang masing-masing tercapai.


SOALAN PEMAHAMAN:

i.                 Mengapakah Tini memarahi kamal?                                                                               [3 markah]
ii.                Nyatakan perwatakan Tini.                                                                                      [3 markah]
iii.               Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang bercakap bohong?                          [ 4 markah]














  1.                                                   Sajak Orang Tua (Puspa Rani a/p Munusamy)

Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.

Nampakkah kau
telaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.

Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.

Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil tidak berbudi
nampakkah kau?


i.                 Bagaimanakah keadaan lelaki tua seperti yang digambarkan dalam rangkap kedua?              [3 markah]
ii.                Apakah punca yang menyebabkan warga tua diabaikan?                                                         [3 markah]
iii.               Mengapakah anak-anak tidak boleh mengabikan ibu bapa?                                                     [4 markah]

  1. Huraikan persoalan tentang pengorbanan dalam sebuah novel yang telah anda kaji. {10 markah]

·        Persoalan tentang pengorbanan ibu bapa dalam menjaga hati anak-anak -  Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.
·        Persoalan tentang pengorbanan seorang anak.- Iman sanggup mengorbankan perasaannya dalam menghadapi dugaan dan cabaran setelah ibu bapanya bercerai.. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia sanggup berkorbab dengan menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.




BAHAGIAN C (15 markah)

  1. Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis satu ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

RUMAH MESRA RAKYAT
                                                                                

Ciri Rumah Mesra Rakyat
Syarat Permohonan
* harga RM 35 000.00 seunit
* 3 bilik tidur dan 2 bilik air
* Bahan binaan bermutu
* Bayaran bulanan RM120.00 sebulan

·        Pendapatan keluarga kurang RM1 500.00 sebulan
·        Telah berkahwin
·        Belum memiliki rumah sendiri

BAHAGIAN D (30 markah)

i.                       Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

PENDAHULUAN: Jiran sangat penting - menjadi sahabat kita -  membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan -   jiran sepakat membawa berkat -  mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. - langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

ISI 1 -   Langkah primer -  mengadakan aktiviti gotong-royong. - jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang -.  dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain - membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.-  tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. -  kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

ISI 2-    mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. - membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. - jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat -  berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. -  mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
ISI 3 - mengadakan aktiviti Hari Keluarga - semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, - kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. -  diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. -  hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk -  menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

ISI 4 - menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan.-  Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. -  melibatkan semua penduduk sebagai ahli.- Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya.- Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. -  ibarat aur dengan tebing -  mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

PENUTUP -  kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah  bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.


ii. Faedah program Kitar Semula

PENDAHULUAN -  Isu-isu yang berkaitan dengan kitar semula kerap menjadi bahan perbincangan di media massa. - Pihak kerajaan giat melaksanakan  program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat sejak beberapa tahun yang lalu. - masih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat.-  beberapa kebaikan program Kitar Semula diperkenalkan kepada masyarakat.

ISI 1 -  kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. - bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. -  alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. -  menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.

ISI 2 - dapat menambahkan pendapatan kita. - Bahan-bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. - memperoleh wang apabila menjual barangan kitar semula -  digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.

ISI 3 - dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. - nilai berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. -  menggunakan bekas plastik sehingga rosak -  tidak membazir - kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.

ISI 3 - dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas.-  Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis.-  Bagi bahan plastik pula dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik -  dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya.

PENUTUP - mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara. - semua pihak mesti berganding bahu untuk menjayakan aktiviti kitar semula. - diteruskan oleh pihak kerajaan agar dapat memberikan kesedaran yang berpanjangan kepada masyarakat. - Dijadikan  program tahunan sekolah untuk memupuk amalan kitar semula dalam kalangan pelajar


iii. Cara mengisi masa terluang

PENDAHULUAN - di sebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini,masih ada lagi golongan remaja yang berfikiran sempit - sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat - Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amat penting -  Masa Itu Emas - Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja  -  masa yang berlalu tidak mungkin boleh diulang.

ISI 1 -  mengisi masa lapang dengan beriadah.- dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan. - dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah - dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa.- sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri -  melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

ISI 2 - mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang - masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat -  membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmiah dan bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-Mata - nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. - akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.

ISI 3 - perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang sering kali dianjurkan oleh pelbagai pihak - kebajikan masyarakat.- meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat - mengeratkan perpaduan dalam negara.- mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan yang membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam. -  menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain.

ISI 4 - melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan dan mengambil upah bekerja bagi menambah wang perbelanjaan. - menyimpan wang yang diperoleh  dalam akaun simpanan untuk kegunaan masa hadapan.- beban yang ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan - digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping dapat merehatkan serta menenangkan fikiran-  aktiviti lawatan yang dijalankan remaja dapat menambah ilmu pengetahuan - meluaskan pengalaman serta menyemai semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar.

PENUTUP - setiap remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja.- Remaja yang tidak menghargai masa akan merugukan diri sendiri -  mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat.


iv.               Usaha-usaha untuk memajukan ekonomi negara.

Pendahuluan - kemelesetan ekonomi / pasaran saham lembab /  kadar pertumbuhan ekonomi rendah /  perlu memainkan peranan…

Isi – isi yang dicadangkan.
  1. menyokong barangan buatan Malaysia


  1.  bijak berbelanja – berbelanja  apabila perlu  - mengutamakan barangan tempatan


       3. Pengeluar  mesti menunjukkan keistimewaan barangan tempatan.- -Kualiti perlu diutamakan – pengguna yakin dengan barangan tempatan.


       4. Giatkan promosi – perkenalkan barangan tempatan di luar negara - Galakkan pelancong membeli barangan buatan tempatan – jadikan Malaysia “Syurga Membeli-belah”


Penutup - Kemajuan negara merupakan tanggungjawab  rakyatnya - Usaha perlu digemblengkan bagi memajukan negara - Negara Kita  Tanggungjawab  Kita