Sunday, 25 October 2020

ATIHAN PENGUKUHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

 

LATIHAN PENGUKUHAN NOVEL  JENDELA MENGHADAP JALAN

Suai padan pernyataan persoalan dengan peristiwa yang sesuai dalam rajah berikut.

Pernyataan Persoalan

 

 

Huraian Peristiwa

 

Persoalan tentang  kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa. 

Sifat berani penting dalam diri seseorang ketika mengharungi sesuatu cabaran - Danel  berani mengambil risiko ketika menyelamatkan Lili yang telah dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok usang pada waktu malam.

 

Persoalan tentang keganasan dalam rumah tangga.

Rumah tangga akan porak-peranda sekiranya tiada sifat belas kasihan - Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya iaitu Seman yang bersikap panas baran. Dia yang tidak menunaikan tanggungjawabnya seorang kaki judi dan pemabuk.

 

Persoalan tentang keberanian mengambil risiko.

 

Sifat simpati seharusnya wujud dalam diri seseorang apabila melihat orang lain berada dalam kesusahan.   - Lili berasa simpati akan nasib Che Jah yang mempunyai suami kaki judi dan bersikap panas baran serta mempunyai dua orang anak lelaki yang menghadapi masalah penagihan dadah.

Persoalan tentang pengamalan perubatan tradisional

Kasih sayang dapat menentukan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga – Lili amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti sekolah di Dungun, Terengganu.

Persoalan tentang perasaan simpati terhadap kesusahan orang lain. 

Perubatan tradisional merupakan rawatan alternatif untuk mengubati penyakit – datuk kepada Lili merupakan pengamal perubatan tradisional yang berasaskan herba. Mereka yang menerima rawatannya termasuklah Letchumi, William Ng dan Puan Hamimah

 

 

 

 

 

 

Monday, 19 October 2020

Syair Bidasari

 

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Syair Bidasari

RANGKAP

MAKSUD

Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Rangkap 1: Penyair mengajak pembaca  mendengar kisah yang ditulis oleh seorang fakir iaitu seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat  untuk dijadikan teladan.

 

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Rangkap 2: Di negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang di negerinya dengan adil.

 

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah, 
Entah pada esok dan lusa. 

Rangkap 3: Raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa menghadapi dugaan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang.

 

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

 

Rangkap 4: Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil.

 

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan, 
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Rangkap 5: Setelah memerintah Negeri Kembayat dengan aman damai dan gembira, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda raja telah mangkat.

 

Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Rangkap 6:  pada suatu hari , Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garoda yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan negeri Kembayat.

 

 

Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Rangkap 7: burung garoda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing.

Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

 

 

Rangkap 8: Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising , baginda yang garang dan tidak prihatin berasa hairan     melihatkan situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.

 






























Nilai

 

1.Nilai tanggungjawab- Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urusan negerinya dengan sempurna.

2.Nilai ketaatan. - Seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.

3.Nilai kebijaksanaan- Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.

4.Nilai keadilan. - Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.

5.Nilai kasih sayang- Raja Negeri Kembayat yang pertama amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan

 

 

SOALAN PEMAHAMAN:

 

i.          Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.           [2 markah]

 

ii.             Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi?  [KBAT]                                                              [3 markah]

 

iii.            Jelaskan dua nilai yang terkandung dalam syair ini.                                         [3 markah]

 

 

 

LATIHAN TATABAHASA - KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN

 

KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN

 

A) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i) Kerajaan telah putuskan untuk terus mengekalkan bangunan parlimen di ibu negara dan tidak akan memindahkannya ke tempat lain termasuk ke Putrajaya.

 

(ii) Kerajaan Selangor bercadang untuk membina laluan khas bagi motorsikal di jalan-jalan negeri bagi mengurangi  jumlah kemalangan jalan raya.

 

(iii) Guru-guru di kawasan pendalaman dijangka menikmati insentif baru termasuk insuran keselamatan serta yuran tajaan pengajian ke pusat pengajian tinggi.                                                                        [6 markah]                                                                                                                                                                                             

SALAH

BETUL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

B) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i) Ayah memotongkan kek lapis itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada anak-anak yatim itu.

(ii) Semua calun yang akan menduduki peperiksaan SPM diminta semak angka giliran masing-masing di bilik kaunseling.

(iii) Orang kampung lebih suka menghabiskan masa beristirehat di warung kopi Pak Ali sambil mengisikan perut mereka.             

SALAH

BETUL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  

 

(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik.

 

(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.

 

(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.

                     [6 markah]

Sunday, 18 October 2020

KARANGAN FOKUS SPM 2020

 

Latihan Karangan Dimensi Masyarakat :

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan.

Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

P1 – Pendahuluan

- Semangat kebangsaan atau nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri.  /  kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka dan menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan./ tidak lagi menyanjung prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (cinta akan negara)/ Persoalannya, -

P2 – ISI 1

-I.U : Punca yang dianggap signifikan -  kurang tersemai nilai nasionalisme dalam diri ialah kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.  

-H : Dalam konteks ini, - mereka tidak merasai pahit maung (pengalaman) yang dialami oleh pejuang kemerdekaan -  H2  generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai - H3  negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. -C/B : Sebagai analoginya, -  Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi)  -PR :  Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi (setaraf) dengan negara-negara yang telah lama mencapai kemerdekaan daripada kita -KK : Sudah terang lagikan bersuluh bahawa  -kemewahan dan kesenangan hidup yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalis dalam diri mereka.

P3 – ISI 2

-I.U : Bukan itu sahaja,dalam masa yang sama , - sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita  kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cinta akan negara

-H : Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini dekian kerana- H1 kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menekankan aspek 3M - H2 lanjutan daripada KBSR kementerian Pelajaran melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993. H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan H4 Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij  - C/B: Sebagai uswah,  Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah menengah barasrama penuh menjadikan kelulusan yang cemerlang sebagai  kayu pengukurnya- Dalam pada itu , H6  mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalis  kurang diberi penekanan -PR : alur bertempuh, jalan berturut (melakukan sesuatu menurut kebiasaan) -KK : Izharnya, - gambaran sebenar tindakan kita apabila terlalu memandang enteng sesuatu perkara.

P4 – ISI 3

-I.U : Sehubungan dengan itu / ekoran itu / lantaran itu-  Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi  mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini.

-H : Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya tetapi Aladdin yang menggosoknya terlebih dahuluOleh hal yang demikian -  H1 mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi  H2  Kesan daripada sistem pendidikan  menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. H3 tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya  nasionalisme dalam kalangan generasi  kini .-C/B : Kajian yang sahih membuktikan bahawa -   para pelajar akan didedahkan mata pelajaran kenegaraan sejak  peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi - Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti  -PR : melentur buluh biarlah dari rebungnya / bagaimana contoh begitulah gubahannya (didikan awal) -KK : Justifikasinya-  segala perbuatan  kita akan mencorakkan masa depan generasi kita.

 

 

P5 – ISI 4

-I.U : Sementelahan, -  media massa baik media bercetak mahupun eletronik memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara.

-H : Hal ini kerana -  H1  Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsurkan penerapan semangat kebangsaan  bertepatan sekali dan patut diberi pujian H2 orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan. H3 Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.-C/B : Cuba kita bayangkan -  stesen televisyen lebih banyak menyiarkan  cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) -PR : biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma (membuat kebaikan):-KK : Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa -  memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri.

 

P6 – ISI 5

 

P7– PENUTUP

-KM : Secara tuntasnya, -kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri.  -HR : Sesungguhnya, - tidak boleh memandang ringan gejala ini dan kita harus ingat bahawa pemuda hari ini  bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak     -PD : Lantaran itu, -  kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa -PR : patah tumbuh hilang berganti (mempunyai pengganti)-UN:

 

KARANGAN FOKUS SPM 2020

 

Pelbagai masalah mula menekan keluarga  seperti peningkatan kos hidup dan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu, anak-anak boleh membantu ibu bapa untuk mengurangkan bebanan kewangan yang semakin meruncing.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membantu ibu bapa bagi meringankan beban kewangan keluarga

 

            Pakar-pakar dalam bidang sosioekonomi sering menyatakan bahawa kemajuan ialah ‘kos’. Kos yang dimaksudkan ialah peningkatan dalam nilai berbayar terhadap semua keperluan asas. Hal tersebut amatlah nyata kerana dalam tempoh satu dekad belakangan masyarakat terpaksa berhadapan dengan peningkatan mendadak harga barangan keperluan sehingga mencecah 40 peratus. Kenaikan harga barangan pengguna terutama petroleum, gula dan gandum mengikibatkan semua barangan keperluan yang lain turut meningkat. Fenomena tesebut tidak dapat dielakkan kerana minyak menjadi nadi kehidupan dan berupaya mengubah struktur pasaran semasa. Apabila berlaku perubahan dalam kos hidup, justeru terjadilah sekelompok masyarakat yang terkena bahangnya dan mula merasakan beban kewangan. Golongan yang paling terkesan ialah keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 2 500. mereka hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ketika berada dalam situasi tertekan seperti sekarang, anak-anak diharap dapat memahami situasi yang dihadapi oleh ibu bapa. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah melakukan pelbagai prakarsa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa. Oleh itu, persoalan yang akan dirungkai sebentar lagi apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membantu ibu bapa bagi meringankan beban kewangan keluarga?

                Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh dan signifikan yang dapat digunakan digunakan apabila berada dalam situasi begini. Bulan sudah jelas, bayang sudah terang bahawa langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya  berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Senario ini menepati hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Izharnya, budaya dan amalan berjimat cermat perlu dipraktikkan oleh anak-anak agar keluarga tidak dibebani dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya ditanggung.

                Bukan itu sahaja, anak-anak yang baik  akan  prihatin terhadap masalah yang dialami oleh ibu bapa mereka. Oleh hal yang demikian, setiap anak tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Pada masa yang sama, anak-anak perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah akan beratnya tanggungan persis kata peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif. Izharnya, anak-anak hendaklah mengelakkan diri  daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang masakan dapat terbang bersama.

                Seperkara lagi, walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat namun dalam sebuah negara seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Asal ditugal adalah benihnya! Hal ini demikian, peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang bertimbang rasa sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting adalah dengan mengetepikan perasaan malu dan malas. Maklumat berikut dapat kita jadikan teladan. Sebenarnya,  telah banyak teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, “gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan”.

                Kata orang tua-tua; daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu. Ungkapan tersebut dapat dikaitkan dengan sikap anak-anak yang baik akan sentiasa kembali kepada induknya. Hal demikian kerana amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah menginjak usia dewasa. Sebagai analoginya, anak-anak hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang saudara.  Jelaslah bahawa anak-anak perlu membalas jasa ibu bapa mereka dalam meringankan beban keluarga.

                Kaya atau miskin, susah mahupun senang sudah menjadi sunnatullah. Semuanya merupakan sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus asa. Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas. Prakarsa yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, contoh yang diketengahkan sebagai insan yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik dan hidayah oleh Tuhan sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Tuhan dengan mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendiri”. Maka, insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan restu-Nya akan tetap bersama-sama kita.

                Intihanya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Dengan itu, Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya. Hayatilah hadis yang menyebut bahawa mereka paling dekat denganku kedudukannya  pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

 

Latihan Karangan Dimensi Keluarga :

 

Selain menjadi suri teladan kepada anak-anak, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan, dan memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak-anak  demi merealisasikan slogan ”Rumahku Syurgaku.

 

Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan ibu bapa dalam pembentukan keluarga bahagia

 

Pendahuluan: Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. / wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang / Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya. / Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap. / Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukannya / ‘Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. / Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu / bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu. / Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. / Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. / Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati antara mereka. / Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.

Isi 1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak - Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. / Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik. / Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak / Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak./ Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. / lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

Isi 2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan - Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. / Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing./ Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa./ Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

Isi 3. Memupuk nilai  kasih sayang - Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing./  Hal ini disebabkan kos sara hidup masa ini yang semakin meningkat. / Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. / Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. / Hukuma-hakama  pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. / Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. /  Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan./ Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. / Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka./ Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

Isi 4. Memberikan didikan agama dan moral - Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. / pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda./ Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. / Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri./  Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. / Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. / jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

Isi 5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak - Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif./ Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya./ Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.

 

Penutup - Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. / Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. / Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. / Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.