PLOT.
PLOT – Susunan atau jalinan peristiwa dalam sesebuah cereka
sebagaimana yang digambarkan oleh seseorang pengarang.
PUNCAK.
PERKEMBANGAN.
PELUMITAN.
PERMULAAN.
PELERAIAN.
PERMULAAN.
Cerita dimulakan dengan
gambaran Pak Yusuf dan Mak Piah bersama anak lelakinya Othman ke kebun getah
untuk menoreh. Suasana yang aman kini tergugat gara – gara pengganas komunis
mengganggu penduduk kampung termasuk mereka. Hal ini menyebabkan Othman
berkeinginan untuk menjadi polis.
Pada suatu hari, tanpa pengetahuan keluarganya, Othman dan
rakan – rakannya telah ke Sungai Petani untuk menghadiri temuduga polis. Dia
berjaya. Apabila hal ini dimaklumkan kepada ibunya, ibunya menangis dan
melarang. Ayahnya tidak membantah dan tidak juga menggalakkan.
Sebelum Othman pergi berkursus, dia ditunangkan dengan
Limah, anak Lebai Karim. Setelah Othman tamat mengikuti kursus di Balai Polis
Depoh di Kuala Lumpur, Othman dikahwinkan dengan Limah. Bersema isterinya itu,
Othman ke Pagoh untuk berkhidmat sebagai anggota polis.
PERKEMBANGAN.
Limah meminta izin daripada
suaminya untuk ke Bandar Muar bersama teman – temannya. Semasa hendak pulang,
segerombolan komunis menahan bas yang Limah naiki. Pemandu bas diseksa. Semua
penumpang diarahkan turun dan segala barang diminta diserahkan kepada komunis.
Mereka diarah menanggalkan pakaian dan selepas itu bas dibakar.
Wak Karjo berjalan kaki ke kampung Raja yang tidak jauh
dari situ. Tiba di pinggir kampung,Wak Karjo meminta bantuan haji Karno iaitu
ketau kampung mengarahkan penduduk mereka mendermakan pakaian.
PUNCAK.
Kira – kira jam empat pagi,
seorang pengawal ternampak kelibat musuh di luar pagar. Pengganas melepaskan
tembakan bertalu – talu di tiga penjuru. Anggota yang tinggal di rumah kelamin
segera mempertahankan diri. Sarjan Jamil mengarahkan anggotanya mengawal
keadaan.
Penghulu Ali segera mengumpulkan semua pengawal dan segera
bergerak menuju Bukit Kepong. Namun pergerakan mereka dipintas.
Berita serangan pengganas dimaklumkan kepada Ketua Polis
Muar dan Pegawai Daerah Muar. OCPD Pagoh dan pasukan jungle squad bergerak
menuju Bukit Kepong. Pengganas menggunakan bom tangan. Lans Koperal Jidin Omar
terkena peluru menyebabkan dia cedera parah. Pengganas membakar rumah pasung.
Othman dan Mohd Top Lazim terperangkap. Othman lari menyelamatkan diri , terjun
ke sungai.
PERUMITAN.
Rumah Pasung Bukit Kepong di
kosongkan oleh polis menyebabkan pengganas lebih mudah bergerak. Ramai pemuda
dari Bukit Kepong dan kampung seraya dilatih menjadi rekrut mereka. Selepas
itu, pengganas masuk ke Bukit Kepong. Penduduk dikumpulkan Lektuan (k.komunis)
mengajak pendduduk kampung menyertai pergerakan mereka, dan menurunkan bendera
Johor dan menaikkan bendera komunis.
Punghulu Ali menyeru penduduk agar dkyh daripada komunis,
mereka diajak membantu menjaga keamanan, menurunkan semula berndera komunis
kemudian beliau bertemu pihak berkuasa agar rumah pasung bukit kepung
dipulihkan kembali. 2 minggu kemudian, seramai 15 anggota polis dari pelbagai
pangkat diarah berkhidmat di bukit kepong.
Suatu malam tucksai membawa sepuluh rakannya mengepyung
rumah saibun, mereka membunuh mertua, isteri, dan anank anak saibun
No comments:
Post a Comment