Showing posts with label UNGKAPAN. Show all posts
Showing posts with label UNGKAPAN. Show all posts

Thursday, 12 May 2016

Penggunaan Penanda Wacana / Ungkapan Menarik Dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Penanda Wacana / Ungkapan Menarik Dalam Penulisan Karangan

Perenggan Pendahuluan: Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..... / Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka...  / Pernahkah terlintas dalam gawang minda  kita bahawa....  / Senario ini perlu ditangani sebelum  menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......

Perenggan Isi – Punca / Sebab: Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. / Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. / Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Tambahan pula,   kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.


Perenggan Isi – Langkah / Usaha: Usaha pasti akan membuahkan hasil seandainya  pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. / Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. / Perkara yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. / Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik dan jitu memerlukan obligasi selain komitmen yang tinggi daripada semua pihak serta mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula daripada langkah yang pertama.

Perenggan Isi – Isu tentang Remaja: Berpeganglah pada kata-kata keramat ini;  “pemuda mestilah bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi daripada gunung Singgalang, lebih tinggi daripada gunung Merapi, yang lebih tinggi daripada gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi daripada bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.”. / Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang yang belum keras ubun-ubunnya dan masih hijau masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca atau batu kelikir.  / Alim ulamak pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk merupakan `anak yatim.` / Seorang tokoh cendekiawan  pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai budaya hedonisme. / Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan ini; “berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia.” /  Janganlah diabaikan pesanan ahli falsafah Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. / Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan aset yang paling berharga. / Falsafah pemikiran Imam al-Ghazali ada menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. / pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Perenggan Isi – Isu tentang Keluarga: Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. / Didikan agama atau kerohanian perlulah mantap kerana Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. /  Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. / Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
               

Perenggan Penutup:     Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah..../  Kita tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri. /  Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang....
CONTOH UNGKAPAN / PENDAPAT TOKOH DALAM KARANGAN

1. Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah.-Cyrus

2. Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan tenaga kekuatan daripada kurangnya modal.-Daniel Webster

3. Tangan kanan yang menghayun buaian itu dapat menggoncangkan dunia dengan tangan kirinya.-Napolean Bonaparte

4. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya.-Pascal

5. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.-Abraham Lincoln

6. Orang yang tidak berasa bahagia yang sedikit, tidak akan pernah menemui kebahagiaan selamanya dalam kehidupan.-Abikors

7. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada ilmu, raja-raja menghakim manusia, dan ulama menghakimi raja-raja.-Abu Aswad

8. Manusia lahir dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat dua kali lebih banyak daripada bercakap.-Colton

9. Berhati-hatilah terhadap orang yang tidak pernah marah.-Abu Dzar

10. Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai.-Nabi Isa .

11. Orang yang cuba melawan aturan alam, laksana kerbau menanduk bukit, tanduknya yang akan patah.-Al-Raazi

12. Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.-Albert Einstein

13. Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap insan seperti takut, benci, takbur, dan cepat marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak tenang.-Albert The Great

14. Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya, tetapi Aladdin yang  menggosoknya terlebih dahulu.-Alex Osborn

15. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – Hamka

16. Perkara yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – Aristotle

17. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – Aristotle

18. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam- Hamka

19. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – Hamka

20. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – Hamka

21. Anak-anak perlu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah dibentuk dan diasuhnya serta belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – Hamka



PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

PENGGUNAAN  UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1. Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.

2. Matlamat hidup perlu disusuli dengan usaha dan doa supaya tercapai.

3. Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit tetapi rendahkan hati serendah mutiara di lautan.

4. Rahsia kejayaan ialah kita perlu mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu.

5. Hidup ini tidak selalu indah tetapu yang indah tetap hidup dalam kenangan.

6. Jika kita kehilangan segala-galanya; jangan lupa kita masih ada masa depan.

7. Orang yang bertangguh bermakna memilih kegagalan.

8. Ubahlah hidup  kita hari ini juga. Jangan perjudikan masa depan. Bertindaklah sekarang tanpa bertangguh lagi.

Diadaptasi daripada hasil: Ms Ang Chia Yee Ting 5 Sains 1  SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Star  (Pusat Tuisyen Yeap)


9. Cita-cita memerlukan perjuangan; perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan ketabahan.

1.   Pembangunan lahiriah perlu seiring dengan pembangunan insaniah demi merealisasikan masyarakat madani.

2.   Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?

3.   Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!

13. Anak-anak ibarat buluh yang harus dilenturkan dengan betul.

14. Tidak ada gunanya kita berjaya dalam pelbagai bidang atau mendabik dada bahawa kita maju dan hebat kalau rakyat kita tidak berbudi bahasa.


Disediakan oleh: Muin Mohsein

PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

PENGGUNAAN  UNGKAPAN DALAM KARANGAN


1. Identiti nasional rakyat Malaysia hendaklah kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.

2. Remaja seharusnya berpengetahuan, berdaya saing, berintegriti dan memiliki kekuatan moral.

3.  Tema Rancangan Malaysia Kesembilan ialah Membina Tamadun Menjulang Martabat Bangsa.

4. Internet menjadi sungai besar yang mengalir sekian banyak kebaikan tetapi juga berisi  kotoran dan najis. Hari ini maklumat dan ilmu datang tanpa tapisan.

5.Globalisasi sedang melanda kita. Dunia semakin hilang sempadannya. Dasar langit terbuka yang kita amalkan mengundang pellbagai  ancaman.

6.Modal insan merupakan tunggak program pembangunan negara dan agen perubahan dalam masyarakat. Mereka juga ialah jurubina umat, pembangunan generasi dan penyumbang kegemilangan negara.

7.Kita memerlukan generasi terpelajar yang disebut sebagai pekerja ilmu atau knowledge wokers, iaitu golongan terdidik yang bukan sahaja menguasai ilmu dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, malahan memiliki dan mengamalkan sikap dan nilai-nilai positif untuk memajukan diri serta memakmurkan negara.

8.Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan dan generasi yang berkualiti berupaya membuat lonjakan pantas memajukan masyarakat dan negaranya.

9.Menurut  tokoh ilmuan; Hukamak iaitu Barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.

10.Sesungguhnya pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang.

Disediakan oleh: Muin Mohsein



11. Kegigihan merupakan garis pemisah antara yang berjaya dengan gagal, antara yang mulia dengan hina, dan antara yang kaya dengan miskin.


12. Cabaran itu kehidipan dan kehidupan itu cabaran.

13. Keberanian ialah keimanan yang sedang beraksi.

14.keberanian merupakan bala tentera  yang mengawal kita daripada ditakluki, dihina dan diperhambakan.

15. Hidup bercerminkan bangkai.

16.Tiada sesiapa yang dapat mengenal  antara si berani dengan si pengecut sehingga munculnya ujian dalam hidupnya

17.Ada enam ketakutan pada manusia iaitu takut miskin, takut tua, takut dikritik, takut hilang kasih sayang, takut sakit dan takut menghadapi maut.

18.Dunia tidak menyediakan jaminan untuk berjaya tetapi menawarkan peluang untuk berjaya.



Diadaptasi daripada hasil: Kok Yin Yi Ting 4A2  SMK Keat Hwa, Alor Star (Pusat Tuisyen Skor)









PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN


1.      Menurut Longfellow ; bukan  sukacita atau dukacita yang menjadi tujuan hidup kita di dunia ini tetapi perjuangan yang dituntut agar hidup kita lebih maju. Justeru, kita mestilah melakukan  perubahan sama ada dari segi strategi atau plan tindakan agar kecemerlangan dalam kehidupan dapat dicapai.

2.      Kita seharusnya  mengamalkan semangat bekerjasama yang kental, daya juang yang tinggi, memiliki sifat terbuka dan telus serta mempunyai perkongsian bijak dengan pihak lain agar kita dapat pemperkasa persatuan kita.  Hal  ini telah pun ditekankan oleh Ruskin yang mengatakan bahawa  janganlah kita melihat perkara yang telah diusahakan tetapi lihatlah perkara yang belum diusahakan.

3.      Amalan berbudi bahasa dan bersopan santun amat dijunjung tinggi dalam kehidupan kita sehari-harian. Justeru, berpeganglah pada  kata-kata ulama terkenal iaitu Hamka. Menurut beliau segala ikatan akan terurai, segala jambatan akan putus dan  segala simpulan akan terlepas kecuali yang diikat, dihubung dan disimpul dengan tali budi.

4.      Kesihatan amat penting kepada individu, keluarga dan masyarakat. Setiap individu haruslah memastikan dirinya dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa berada dalam cergas dan cerdas. Rakyat yang cergas dan cerdas akan dapat memberikan sumbangan yang tidak  ternilai kepada pembangunan negara dan ummah. Menurut Hamka ketenteraman hati merupakan perkara penting dalam kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah merupakan pangkal segala  penyakit.

5.      Pantun untuk karangan jenis ucapan atau ceramah:

Tanam pisang layu-layuan,
          Dibawa pendeta dari selatan.
Selamat datang saya ucapkan,
          Pada semua hadirin sekalian.

Ikan haruan bersama lokan,
          Mari ditangkap di tepi perigi.
Kedatangan semua kami raikan,
          Tersalah tersilap harap dimaafi.

Kalau ada sumur di ladang,
          Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
          Boleh kita berjumpa lagi.

Tuai padi antara  masak,
          Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
          Esok jangan rindu-rinduan.





Disediakan oleh: Muin Mohsein

PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1.    Prinsip moral  merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun ditekankan dalam prinsip  Confucius yang berpaksikan ‘ren’ (perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan)  dan  ‘xiao’ (ketaatan ).


2.    Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan.

Diadaptasi daripada hasil: Tham Han Wei   4s1 SMK Jitra- Pusat Tuisyen SISKOM, Jitra.


3.    Perdana Menteri; Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa walaupun di negara kita terdapat industri lain yang berdaya saing tetapi beliau menyeru rakyat Malaysia agar  melibatkan diri dalam industri pertanian kerana  sektor tersebut merupakan warisan negara kita dan Malaysia mempunyai segala-galanya sebagai pendorong kepada industri  tersebut untuk berkembang maju.

4.    Sejarawan dunia iaitu Herodotus  pernah berkata bahawa  sesiapa yang tidak berusaha memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.


5.    Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa  kejayaan mendidik anak-anak merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka.  Justeru, didiklah anak-anak sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6.    Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa  untuk mencari ubi galilah tanah sekaki tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin.


7.    Cendekiawan terkemuka dunia iaitu  Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa  tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung  tanpa mendakinya.

8.    Menteri Pelajaran iaitu Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa  jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh ladang boleh musnah. Justeru, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


9.     Pelajar cemerlang SPM 2004 iaitu Nur Amalina menmyatakan bahawa Sesiapa yang menyerah kalah sebelum berusaha maka orang itu telah gagal dan tidak berilmu tetapi orang  gagal yang terus berusaha merupakan orang yang bijaksana dan berjaya.  Beliau juga menyatakan bahawa  untuk mendapatkan hasil yang baik bukanlah senang dan untuk merealisasikan impian bukanlah mustahil jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Diadaptasi daripada hasil: Siventhiran A/L Balakrishnan  5 GAMMA  Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (Pusat Tuisyen Skor)



Disediakan oleh: Muin Mohsein

Sunday, 14 February 2016

FRASA MENARIK / KOSA KATA

PENGGUNAAN FRASA MENARIK DALAM KARANGAN:
1.Memanifestasikan fikiran -
2.Menukilkan kata-kata -
3.Memberikan impak -
4.Rentetan senario itu -
5.Jika ditelusuri -
6.Alaf baharu -
7.Mutakhir ini -
8.Seantero dunia -
9.Menikam sanubari -
10.Meluaskan horizon pemikiran -
11.Menggabungjalinkan elemen -
12.Lebih intelektual dan berketerampilan –
13.Bitara -
14.Simbiosis -
15.Masih bermain dengan fantasi -
16.Mendabik dada -
17.Mengkodifikasikan undang-undang –
18.Kestabilan spiritual dan fizikal -    
19.Mekanisme kawalan -
20.Pandangan sarwa -
21.Anjakan paradigma -
22.Relevan dengan kehendak zaman –
23.Landasan berfikir -
24.Masyarakat konvensional -
25. Mengaibkan diri -
26.Alma mater -
27.Kemapanan fikiran -
28.Alpukah -
29.Bacul -
30.Badai kehidupan -
31.Inteligensia -
32.Berkongkalikung –
33.Bukti yang konklusif –
34.Praja -
35.Prakarsa -
36.pramusaji –
37.Rutin harian -
38.Nawaitu diri –
39.Narsisistik -
40.privasi -
41.Pentas siasah –
42.Polemik -
43.Melikwidasikan -
44.Linglung -
45.Falah -
46.interpretasi -

47.bersilengah - 

Thursday, 2 July 2015

Penggunaan Peribahasa & Ungkapan Dalam Karangan

Penggunaan Peribahasa & Ungkapan  Untuk Karangan Bertemakan : Gaya Hidup Sihat/ Kesihatan/ Penyakit Berjangkit

1.__________________________________________________________________________: berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara agar tidak menyesal kemudian hari
- Dalam kesibukan dan keghairahan kita mengejar kemewahan dunia, aspek kesihatan perlu dititikberatkan dan diambil kira bagi menjamin kebahagiaan hidup kita di bumi yang fana ini.  Peribahasa lama ada menyebut bahawa _______________________________________________________ , yang cuba menyedarkan masyarakat supaya lebih mengutamakan kesihatan diri sebelum penyakit datang menyinggah agar tidak menyesal pada hari kemudian
2. ____________________________________ : Sesuatu perbuatan / tingkah laku yang sudah terlanjur  tidak dapat dibaiki lagi.
- Seseorang yang telah menghidap sesuatu penyakit adalah sukar untuk disembuhkan semula kerana ______________________________________
3. _____________________________________________ : Kita hendaklah sentiasa beringat-ingat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
- Oleh  itu, kita perlulah beringat dan sentiasa berwaspada selalu dengan menjaga kesihatan sebelum sesuatu kejadian buruk menimpa diri kita.kata orang tua-tua lebih baik __________________________

4. ______________________________________: Sesudah menerima kesusahan / kesulitan / masalah baru hendak beringat
- Apabila seseorang sudah menghidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti obesiti, darah tinggi, jantung, diabetis barulah sedar perlunya menjaga kesihatan. Janganlah kita bersikap ___________________________________________________
5. _________________________________________: Mengajar anak biarlah sejak mereka kecil lagi
- Usaha untuk membudayakan amalan pemakanan seimbang oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu diterapkan semasa mereka masih kecil agar apabila mereka dewasa tentulah mereka sudah biasa dengan amalan pemakanan yang sihat. Ibu bapa seharunya berpegang pada prinsip ________________________________________________________________
6. _______________________________________________ : melakukan langkah pencegahan awal
- Kesihatan  merupakan nikmat yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Kita seharusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada ditimpa masalah kesihatan kerana _________________________________________________________________
7. ___________________________ : Sesutu perkara yang dilkauan selalu akan menjadi kebiasaan
- Kegiatan riadah  akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa _____________________________. Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik.
8. ___________________________________________________________: banyak / cepat merebak
- Pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran sekarang ______________________. Oleh itu, dalam menjamin peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin

10. ________________________________________: melakukan langkah pencegahan awal
-  Bagi pesakit yang telah diserang penyakit kronik keadaannya akan dapat  dikawal sebelum menjadi lebih serius seperti kata orang bijak pandai ___________________________________
11.  What you are, is what you eat : ____________________________________________________
- Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat” yang bermaksud _______________________________________________________
12_______________________________________: rakyat yang sihat dapat berbakti kepada negara
- Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, “_______________________________________”.
13. _________________________________________ : badan yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan dengan sempurna
- Kita harus ingat bahawa kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya, malahan pepatah Inggeris ada mengungkapkan bahawa _______________________________________ kerana seandainya kita jatuh sakit, kita tidak dapat merasai nikmat dunia.  Menyedari hakikat ini, kita haruslah mengambil langkah-langkah pragmatik bagi menjalani kehidupan yang sihat.
14. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda, “ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda”: __________________________________
- Aktiviti riadah seperti bermain badminton, bersenam di taman rekreasi bersama dengan keluarga dan berenang dapat meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal seseorang.  Sejajar dengan isu ini, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda, “ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda”,  yang secara izharnya menunjukkansignifikan atau peri pentingnya aktiviti riadah ini.  Setelah bersukan, kita akan mendapati bahawa kita mengalami perpeluhan serta berasa lebih sihat dan cergas.
15. - Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit : ____________________________________
      - ______________________________________________ : keinginan untuk melakukan sesuatu
- Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran  itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa  ______________________________________________________________________
16. ______________________________________________________________________: kesihatan diri sangat penting
- Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana ________________ _____________________________________________________. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, kehidupan kita akan menjadi tidak sempurna.



Tuesday, 10 March 2015

CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1. Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.

2. Matlamat hidup perlu disusuli dengan usaha dan doa supaya tercapai.

3. Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit tetapi rendahkan hati serendah mutiara di lautan.

4. Rahsia kejayaan ialah kita perlu mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu.

5. Hidup ini tidak selalu indah tetapi perkara yang indah tetap hidup dalam kenangan.

6. Jika kita kehilangan segala-galanya; jangan lupa kita masih ada masa depan.

7. Orang yang bertangguh bermakna memilih kegagalan.

8. Ubahlah hidup  kita hari ini juga. Jangan perjudikan masa depan. Bertindaklah sekarang tanpa bertangguh lagi.

Diadaptasi daripada hasil: Ms Ang Chia Yee

Ting 5 Sains 1  SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Star  (Pusat Tuisyen Yeap)

9. Cita-cita memerlukan perjuangan; perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan ketabahan.

1.   Pembangunan lahiriah perlu seiring dengan pembangunan insaniah demi merealisasikan masyarakat madani.

2.   Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?

3.   Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!

13. Anak-anak ibarat buluh yang harus dilenturkan dengan betul.


14. Tidak ada gunanya kita berjaya dalam pelbagai bidang atau mendabik dada bahawa kita maju dan hebat kalau rakyat kita tidak berbudi bahasa.