Pages

Enjin Carian

Wednesday, 21 August 2013

KARANGAN


Latihan Karangan:

Pemerdagangan orang telah menimbulkan  pelbagai implikasi kepada masyarakat dan  negara.
Bincangkan usaha-usaha untuk membendung masalah tersebut supaya tidak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Isu :
                        Kehendak Soalan :
                        Format / Kata Kunci :
P1 – Pendahuluan (                           ):
- PR : Ayam ditambat disambar helang, padi di  tangan tumbuh lalang. (Malang/nasib yang buruk.)
- LB : Pemerdagangan orang kebanyakannya melibatkan mangsa yang 80 peratus terdiri daripada wanita dan kanak-kanak - untuk tujuan pelacuran, buruh paksa dan  tujuan lain tidak elok - membawa masalah sosial
- PA: Kementerian Dalam Negeri melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan sebagai usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras jenayah berkenaan.
- IS :  Malaysia dikaitkan sebagai negara transit pemerdagangan orang di peringkat antarabangsa
-D : Pemerdagangan orang bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi
- KS : (Persoalannya / Sebenarnya / Sesungguhnya / Ironisnya,..)


P2- Isi 1(                                    ):
- I.U : (Dominan / Signifikan) - Undang-Undang Antipemerdagangan Orang
- H : (Oleh hal yang demikian) – denda yang tinggi untuk menakutkan individu atau sindiket terbabit,
- C/B : ( Sebagai contoh) -  kadar denda dinaikkan kepada minimum RM500,000 hingga maksimum RM1 juta. Dalam akta 2007, dendanya hanya minimum RM50,000 hingga maksimum RM500,000
- UN : Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
- PR : Asal ditugal, adalah benih. (Sesuatu usaha tentu ada hasilnya).
- KK : ( Lantaran itu)

P3 - Isi 2 (                                ):
- I.U : (Sementelahan) -  kerajaan  mewujudkan lebih banyak pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak mengikut zon
- H : (Sehubungan dengan itu) - Pemerdagangan orang membabitkan dua komponen iaitu penjenayah dan mangsa –perlindungan kepada -penyelesaian selepas  berlaku.
- C/B : (contohnya) -- Sekarang ini negara kita ada tiga tempat perlindungan iaitu sebuah untuk wanita dan dua buah untuk kanak-kanak. Sehingga kini lebih daripada 400 wanita dan 44 kanak-kanak diselamatkan dan diletakkan di sini dan daripada jumlah itu seramai 159 wanita dikenalpasti sebagai mangsa.
 - UN :  teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya pula adalah jahil
- PR : bagai kerakap tumbuh di batu. (Hidup dalam kesusahan).
 - KK : (Jelaslah bahawa)

P4- Isi 3 (                                    ):
- I.U : (Usaha yang ditelusuri seterusnya) - menghapuskan kemudahan visa semasa ketibaan (VOA) kerana terdapat kes penyalahgunaan dalam kalangan pelancong dari negara yang layak.
- H : (Hal ini demikian kerana) -   Kebanyakan mangsa masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket pemerdagangan orang sehingga menyebabkan anggota penguatkuasa menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti mangsa
C/B : (misalnya) - Banyak negara yang  telah ditarik balik kemudahan VOA kerana menyalahgunakan kemudahan yang diberi
- UN : tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.  / Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
- PR : Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. (Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan peraturan)
- KK : (Sudah terang lagi bersuluh bahawa)

P5- Isi 4 (                                        ):
- I.U : ( Sementelahan) - mendidik masyarakat tentang seriusnya jenayah ini dan kesan negatif kegiatan itu  atas mereka,.
- H : ( Hal ini kerana) -  .Kurang kerjasama dan penyampaian maklumat daripada orang ramai dan mangsa juga menjadi masalah kepada kita untuk membanteras jenayah ini.
- C/B : (tamsilnya) - Terdapat jsituasi sindiket antarabangsa yang mengancam mangsa hingga menyebabkan mangsa takut membuat laporan.
- UN : Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
- PR : Cari umbut kena buku (Mencari yang baik tetapi dapat yang tidak baik.)
- KK : (Terbuktilah sudah bahawa)


P6- Isi 5 (                                               ):
- I.U : ( Usaha terakhir) – Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan
- H : ( Hal ini disebabkan) -  menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang, yang dirangka bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015. - usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras jenayah berkenaan mengandungi lima garis panduan yang antaranya menekankan kepada tindakan kerajaan menangani masalah itu, penyertaan masyarakat, layanan berasaskan hak asasi kepada mangsa, dan koordinasi antara agensi kerajaan berkaitan serta  badan-badan antarabangsa.
- C/B :   (Hal ini terbukti )-  kerajaan telah melaksanakan mekanisme dalaman bagi membendung jenayah ini, namun ketidakupayaan dan kelemahan yang serius di negara asal untuk mencegah atau mendidik rakyat mereka mengenai risiko pemerdagangan manusia menyebabkan mangsa mudah diperdaya pihak sindiket.
- UN : Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
- PR : Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan (Mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi)
- KK : (Oleh itu)

P7- Penutup (                                        ):
- KM : (Deduksinya) - Tahap kerjasama antara orang awam dengan agensi penguatkuasa masih perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk menangani jenayah pemerdagangan orang,
- PD : ( Namun begitu) -   kerajaan Malaysia juga bersama-sama masyarakat antarabangsa ingin menyekat aktiviti pemerdagangan orang daripada berleluasa.
- HR : ( Sesungguhnya) -   kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia kerana  jenayah ini kompleks dan melibatkan jenayah rentas sempadan, selain mempunyai hubung kait dengan jenayah lain seperti pelacuran, sindiket dadah dan pengubahan wang haram.
- PR : Api kecil baik dipadam. (Basmilah kejahatan itu semasa  masih kecil )
- UN : Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.

Latihan Peribahasa:
1. bagaikan kera mendapat bunga = Orang yang tidak tahu .......................................... orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.

2. seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. = disebabkan seorang berbuat ........................... , nama kumpulan menjadi ..........................
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

3. burung terbang dipipiskan lada = mengharapkan sesuatu yang ....................................
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.

4. menegakkan benang yang basah = cuba menegakkan sesuatu yang ........................................
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.

5. bagaikan telur di hujung tanduk = dalam keadaan ...........................
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya = orang berilmu yang ...................................... tidak akan hilang ilmunya.

Tuesday, 20 August 2013

TEKANAN SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TATABAHASA

Tatabahasa

KATA PEMERI
            ialah
  • hadir di hadapan frasa nama
  • menghubungkan subjek dan predikat yang mempunyai makna yang sama dan boleh bertukar tempat.

Basikal itu ialah hadiah hari jadi saya.

Orang tua yang bertongkat itu ialah datuk saya.

Datuk saya ialah orang tua yang bertongka itu.

              adalah
  • Hadir di hadapan frasa djektif dan frasa sendi nama.
  • Memberikan huraian lanjut berkenaan subjek yang disebut sebelumnya.


Jamuan itu  adalah untuk meraikan tetamu khas  dari negara jiran.



KATA NAFI
          Kata nafi
      Ayat contoh
       BUKAN
  • Untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi.


  • Cikgu Nik bukan guru Bahasa  Melayu kami.
  • Saya bukan bersal dari Negeri Sembilan.

              TIDAK
Menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.


  • Ayah saya tidak bekerja hari ini.
  • Pokok rambutan di hadapan rumah saya tidak subur.

Latihan . Isikan tempat kosong dengan kata nafi dan kata pemeri  yang sesuai.

  1. Salmi  .........................  gadis yang memenangi peraduan itu.
  2. Hadiah itu ..................... untuk  Ahmad tetapi untuk Omar.
  3. Ibu ............................. menghantar adik ke sekolah hari ini.
  4. Perhimpunan sekolah ........................... diadakan pada pagi ini sebab hari hujan.
  5. Majlis yang diadakan itu ......................... untuk meraikan kakak yang baru pulang dari luar negara.
  6. Mengeji orang cacat ........................... perbuatan yang keji.
  7. Antara perkara yang dibincngkan dalam mesyuarat itu ........................... masalah sampah sarap yang tidak dikutip.
  8. Perbuatan itu ......................... salah  dan tidak bermoral.
  9. Sim ..................... menghabiskan tugasan yang diberikan kepadanya.
  10. Tegurannya........................... menghina kita tetapi sekadar meyedarkan kita sahaja.
  11. Weng Leng ................... membaca tetapi berkhayal.    


Tajuk Fokus Penting Sejarah SPM 2013

Tajuk Fokus Penting Sejarah SPM 2013

Tajuk Fokus Penting Sejarah SPM 2013
1. Kerajaan Kedah Tua & Srivijaya
2. Perang Dunia Kedua
3. Adat Pepatih
4. Peranan Tulisan Jawi
5. Zaman Gelap di Eropah
6. Laporan Barnes 1950
7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
8. Warisan Kesultanan Melayu Melaka
9. Kedatangan Islam & Kesusasteraan Melayu
10. Pembentukan Malaysia Awal abad ke-19
11. Pembentukan Kerajaan Islam di Madinah 622M
12. Nasionalisme di Tanah Melayu abad ke-20
13. Zaman Neolitik & Sistem Barter
14. Zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab
15. Penghijrahan Nabi Muhammad
16. Perjanjian Hudaibiyah
17. Kerajaan Funan
18. Hulagu Khan
19. Viking
20. Hukum Kanun Melaka
21. Adat Perpatih
22.Malayan Union
23.Proses Dekolonisasi British
24. Raja Berpelembagaan
25. Zaman Pemerintahan Pericles

EJAAN

GARISKAN PERKATAAN YANG BETUL EJAANNYA

51.    kesateria  kesastria
52.    khianat  kianat
53.    khusyuk  khusyok
54.    kuatir  khuatir
55.    kubis   kobis
56.    kuderat   kudrat
57.    kurantin  kuarantin
58.    kuih   kueh
59.    konco  kuncu
60.    ko teow  kuetiau
61.    lakun   lakon
62.   laporan   lapuran
63.   leluchon   lelucon
64.   lembab  lembap
65.   lohat   loghat
66.   magrib   maghrib
67.   merajalela  bermaharajalela
68.   majalah   majallah
69.   makhluk   mahkluk
70.   malaikatmaut  malaikatulmaut
71.   manafaat  manfaat
72.   manasabah   munasabah
76.   masyhur  mahsyur 
77.   mazhab  mahzab
78.   mentera  mantera
79.   menterai  meterai
80.   merbahaya  berbahaya
81.   mergasatwa  mergastua
82.   mestika  mustika
83.   mi  mee
84.   muassasah  muasassah
85.   mufakat  muafakat
86.    muhibah  muhibbah
87.    munsyi   munshi
88.    musykil  mushkil
89.    naskah  naskhah
90.    nekat  nekad
91.    nekmat   nikmat
92.    neracha  neraca
93.    ole-ole   oleh-oleh
94.    onde-onde  ondel-ondel
95.    otok-otok  otak-otak
96.    pamer  pamir
97.    pakiran   parkiran   
98.    pancaroba  pancaruba
99.    pancat   pancit
100.  payung   payong
73.   masaalah   masalah
74.   majelis  majlis
75.   martabak   murtabak

KATA-KATA HIKMAT (UNGKAPAN)

KATA-KATA HIKMAT


1. Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah.
Cyrus

2. Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan tenaga kekuatan daripada kurangnya modal.
Daniel Webster

3. Tangan kanan yang menghayun buaian itu dapat menggoncangkan dunia dengan tangan kirinya.
Napolean Bonaparte


4. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya.
Pascal

5. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
Abraham Lincoln


6. Orang yang tidak berasa bahagia yang sedikit, tidak akan pernah menemui kebahagiaan selamanya dalam kehidupan.
Abikors

7. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada ilmu, raja-raja menghakim manusia, dan ulama menghakimi raja-raja.
Abu Aswad

8. Manusia lahir dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat dua kali lebih banyak daripada bercakap.
Colton


9. Berhati-hatilah terhadap orang yang tidak pernah marah.
Abu Dzar


10. Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai.
Nabi Isa .

11. Orang yang cuba melawan aturan alam, laksana kerbau menanduk bukit, tanduknya yang akan patah.
Al-Raazi

12. Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Albert Einstein

13. Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap insan seperti takut, benci, takbur, dan cepat marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak tenang.
Albert The Great

14. Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya, tetapi Aladdin menggosoknya terlebih dahulu.
Alex Osborn




KARANGAN - MONUMEN BERSEJARAH

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita.
.
.

……….Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
.
……….
Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
.
……….
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
.
……….
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
.
……….
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
.
……….
Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
.

KARANGAN - HUBUNGAN SERANTAU

Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau

       Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua  negara  di dunia perlulah  menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan  mengeratkan hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi negara.Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan. Lenggoknya biar bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang ampuh  dengan  menjalinkan  hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah “menguntungkan “  negara  Malaysia. Ironisnya, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau?
       Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman  dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. .Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN  mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali  bagi  mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.
       Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu  zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh  untuk menguasai pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang tersebut mahal harganya  kerana  alah membeli menang memakai. Terbuktilah sudah bahawa  menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita.
      Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara.  Penubuhan NAM telah berjaya  mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara Malaysia  mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat  mengekalkan keamanan  di negara Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
      Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka  .Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus memberi  bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan  dari kuasa luar.Beberapa bulan yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi  di negara Indonesia. Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera  apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau amat penting kepada negara kita.
     Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti  yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu ditingkatkan  supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti tempatan harus  bekerjasama dengan universiti  di negara  serantau agar  taraf pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana  bersekutu bertambah mutu. Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.

     Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara serantau dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?

KARANGAN - SEMANGAT KEBANGSAAN

                      Bagai mencurahkan air ke daun keladi. Begitulah senario yang dapat digambarkan dalam usaha kerajaan untuk memupuk semangat kebangsaan . Semangat kebangsaan atau nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Namun kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dan menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan sebelum kemerdekaan.Menurut Perdana Menteri,semangat nasionalisme dalam kalangan setiap insan di negara kita amat diperlukan agar negara dapat menjapai kejayaan dipersada antarabangsa dan setaraf dengan negara yang pesat memebangun bak kata pepatah Melayu 'duduk sama rendah,bediri sama tegak'. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk memupuk semangat nasionalisme. Namun kempen yang diimplementasikan menjadi kurang ampuh disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak lagi menyanjung prinsip dimana bumi dipijak ,di situ langit dijunjung. Ironisnya, apakah punca-punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku.

                           Punca dominan yang ditelusuri melalui kajian dan dianggap signifikan yang menyebabkan keadaan ini brlaku ialah kurang tersemai nilai nasionalisme dalam diri mereka kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah .Hal ini demikian kerana mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh tokoh  nasionalis kita.generasi muda ini dilahirkan semasa negara kita dalam keadaan aman damai serta mengalamipertumbuhan ekonomi yang amat pesat . Negara kita pada zaman pascamoden ini boleh dikatakan berdiri sama tegak, duduk sama rendah dengan negara-negara yang telah lama mencapaikemerdekaan daripada kita, tamsilnya Australia, Jepun, Koreadan China. Oleh hal yang demikian, generasi muda perlu mengharhai pengorbanan tokoh-tokoh nasionalis kita. Sebagai contoh, Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela dan lain-lain lagi. Jangan tanya apa yang nagara buat untuk anda, tetapi tanya apayang anda buat untuk negara. Oleh itu, kemewahan dan kesenangan yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalis dalam diri mereka.

                          Selain itu, sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi cinta akan negara. Mengapa  dikatakan begitu ? Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah hanya menekankan aspek 3M. Lanjutan daripada KBSR Kementerian Pelajaran pula melaksanakan pula Kurikulum Bersepadu pada tahun 1993. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kurikulum ini menjurus ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan .Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah-sekolah menengah berasrama penuh menjadikan kelulusan yang cemerlang sebagai kayu pengukur. Dalam pada  itu, mata pelajaran khusus untuk memebina dan menyemai semangat nasionalis kurang diberi penekanan. Fenomena ini boleh diibaratkan sebagai sikap remaja yang alur bertempuh, jalan berturut. Jelaslah bahawa, generasi muda kurang mempunyai semangat kebangsaan disebabkan oleh sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah generasi yang cinta akan negara.

                         Sehubungan dengan itu,setiap penyakit tentu ada penawarnya. Oleh itu Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara kita.Untuk mencapai sesuatu yang tinggi, kita perlu memulakan daripada yang rendah.Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral perlu diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Kesan daripada sistem pendidikan menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Sistem pendidikan yang tidak mantap merupakan satu elemen yang menipiskan nasionalisme dalam kalangan generasi kini. Sebagai contoh, para pelajar akan didedahkan mata pelajaran kenegaraan sejak peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga keperingkat pengajian tinggi.Terbukyilah bahawa segala perbuatan kita akan mencorakkan masa depan generasi kita.

                             Sementelahan, media massa baik media bercetak mahupun elektronik memainkan perenan penting ke arah melahirhan masyarakat yang cinta akan negara. Hal ini kerana modus operandi yang diambil oleh Kementerian Penerangan untuk menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsurkan penerangan semangat kebangsaan bertepatan sekali dan patut diberi pujian. Usaha ini dapat diimplementasikan secara berkesan lagi melalui bantuan orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.Melalui saluran daripada media massa golongan muda juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup orang dahulu yang berada di bawah naungan kuasa penjajah. Berpegang pada prinsip biar mati seperti kutu,jangan mati seperti tuma, stesyen televisyen  perlu menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negera sendiri.         

                    Di samping itu, kerajaan perlu mengimplementasikan kempen diperingkat kebangsaan . Kempen yang dilancarkan perlu diadakan secara berterusan dan menyeluruh .Hal ini kerana kempen yang dilancarkan hanya terhad di kawasan bandear sahaja .Fenomena ini menyebabkan golongan muda di luar bandar kurang mendapat pendedahan. Sebagai contoh, Kempen Cinta Akan Negara yang dilaksanakan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Usaha ini dapat dijayajan lagi dengan membuat iklan melalui brosur dan media massa. Walaubagaimanapun kerajaan perlu mengadakan pelbagai aktiviti melalui kempen tersebut sperti ceramah diluar bandar dan pusat bandar,pertandingan mendeklamasikan sajak dan sebagainya untuk menarik minat golongan muda. Cendekiawan terkemuka iaitu Ibnu Khaldun bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke gunung tanpa mendakinya. Oleh itu,kerajaan perlulah berusaha mengambil modus operandi yang berbeza untuk menjayakan usaha kerajaan ini bak kata pepatah Melayu 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dengan itu, kerajaan perlulah mengimplementasikan kempen.
                Secara tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia kita perlu melakuksn anjakan paradigmadan bertanggungjawab serta tidak boleh memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Sesungguhnya masyarakat tidak boleh memandang ringan gejala inidan harus ingat bahawa pemuda  hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara kerana patah tumbuh hilang berganti. Lantaran itu, kita perlulah melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa. Ingatlah lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya tetapi Aladdin yang menggosokannya terlebih dahulu.