Showing posts with label RUMUSAN. Show all posts
Showing posts with label RUMUSAN. Show all posts

Tuesday, 5 September 2017

Rumusan

Rumusan [30 markah]
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang  manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Belakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekononi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan rnenjual produk-produk rnereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat rnenjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

            Ledakan teknologi lnternet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalarn urusan jual beli.  Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berurusan jual beli tanpa perlu pergi ke premis- premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, kerajaan telah rnelancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

            Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata narnpu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati mantaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan  gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini lagi yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekononi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM I l2 bilion menjelang tahun 2025.

            Sebelum ini, pelbagai rnasalah telah rnenyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah.  Kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini menjadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS juga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan  sektor berkenaan lagi. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar.  Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan di kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.


Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)               Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi.                                                                 [2 markah]
(ii)             Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Nyatakan masalah-masalah tersebut.                                                        [3 markah]
(iii)           Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?                                                                                  [4 markah]




Thursday, 12 May 2016

CONTOH JAWAPAN RUMUSAN & PEMAHAMAN

Rumusan 
                Petikan membincangkan implikasi penggunaan Internet terhadap remaja di negara ini. 

        Kesannya termasuklah penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. Selain itu, remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran serta selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen. Kesannya lain termasuklah pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja selain mereka melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Akhirnya, generasi muda menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri. 

        Tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya pula termasuklah mengajari anak-anak etika penggunaan internet. Seterusnya, ibu bapa perlu memasukkan perisian penapisan kandungan Internet malah memantau penggunaan Internet oleh anak-anak. 

        Kesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk mengatasi kesan buruk penggunaan Internet agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                     (118 patah perkataan)

P    -
S    -
T    -
K    -

I    -
B    -

K
    -



Pemaham Petikan Umum

(i)    Rangkai kata tersebut bermaksud menjejaskan cara hidup seseorang. 

(ii)    Antara faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber termasuklah tarikan  Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Selain itu, kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Faktornya juga 
 termasuklah sesetengah ibu bapa yang buta internet tidak mengetahui kebaikan dan      keburukannya menyebabakan remaja memanipulasi situasi tersebut untuk mengunjungi kafe siber.  


(iii)    Pada pendapat saya, pihak kerajaan hendaklah menubuhkan sebuah agensi khas yang memantau laman sesawang yang dilayari oleh remaja dalam usaha menangani jenayah siber. Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan mengehadkan masa operasi kafe siber. Pihak kerajaan juga seharusnya menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber secara tegas tanpa bertolak ansur. Seperkara lagi, pihak kerajaan melalui Kemeterian Pendidikan hendaklah mengadakan kempen kesedaran dalam peringkat sekolah untuk menyedari para remaja tentang  kepentingan penggunaan Internet yang baik. 

Sunday, 14 February 2016

LATIHAN RUMUSAN

LATIHAN RUMUSAN: Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran yang terdiri daripada semua lapisan. Oleh itu, remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaan  kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.
            Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.  Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak.
            Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan.  Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga.  Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa “sepakat membawa berkat”. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan. 
            Tindakan seterusnya ialah kesediaan  pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni.  Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat.   Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada pihak polis demi keselamatan jiran mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat.   Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka.
            Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa “tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu.
           

(dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat
Oleh Juliana Mansor
Majalah Dewan Siswa, Mac 2013)




JAWAPAN RUMUSAN:

            Petikan membincangkan .........................................................................................................................
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………
......................................................................................................................................................................................
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………
....................................................................................................................................................................................
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
               …………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
......................................................................................................................................................................................
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
            Kesimpulannya, ……………………………………………………………………………………………………
......................................................................................................................................................................................
(         patah perkataan)

JAWAPAN PEMAHAMAN:

(i) Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan berdasarkan dalam petikan.[2 markah]
Rangkai kata ………………………………………………………………………………………………………………………………………………….


{ii}.Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat?[3 markah]
     kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat ………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah kawasan kejiranan.? [4 markah]
      Pada pendapat saya, golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah
kawasan kejiranan …………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

LATIHAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang akibat tidak membaca bahan yang bermutu dan usaha-usaha untuk mengatasinya . Panjang rumusan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Banyak yang boleh kita andaikan sekiranya remaja hari ini tidak minat membaca.
Remaja akan ketinggalan tentang perkembangan pesat yang berlaku di dunia pada hari ini. Dunia hari ini berada di bawah telunjuk globalisasi yang menjadikan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca dan kalau membaca pun menumpukan perhatian kepada hal-hal yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahayul, kisah-kisah artis dan penghibur semasa, dia tidak mencanai dan mengembangkan ilmu.
         Tanpa bahan-bahan baik yang dibaca, remaja tidak akan melatih diri untuk berfikir dan menganalisis. Generasi yang tidak berfikir tidak akan menghasilkan idea-idea yang bermakna. Dalam buku terkandung sumber maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja. Buku merakamkan idea-idea yang berbagai-bagai, menghimpunkan analisis manusia tentang sesuatu peristiwa atau keadaan dan mencatatkan fakta dan data yang ditemui penulis dan pengkaji terhadap pelbagai perkara. Buku membantu remaja berkongsi, mengetahui dan mendapat jalan ilmu tentang perubahan dan kemajuan.
          Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat tetapi juga menjadi sebati dan ketagihan. Jika tidak membaca ada semacam kekosongan dalam hidup . Apabila mendapat bahan yang hendak dibaca ibarat seseorang mendapat teman yang sangat dikasihi. Sebab itu orang Barat dan Jepun mampu menempa kemajuan dan perubahan. Mereka membaca dalam kapal terbang, dalam kereta api, sambil menunggu bas dan apabila ada masa terluang.
          Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak-anak yang masih kecil elok didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang memikat minat mereka membaca. Walaupun pada peringkat awal anak-anak suka melihat gambar atau cerita-cerita yang bercorak kartun, galakan harus diberi supaya anak-anak suka membaca cerita. Fikiran kanak-kanak yang hanya didedahkan dengan bahan bacaan kurang bermutu tidak akan berkembang. Mereka hanya berupaya memikirkan perkara-perkara yang remeh. Tegal itu, apabila dewasa mereka tidak berupaya menghadapi desakan hidup yang lebih mencabar.
         Bagi remaja, membaca buku teks kadang-kadang menjadi suatu paksaan. Kalau tidak kerana tuntutan belajar dan ingin lulus dalam peperiksaan, buku teks akan terbiar begitu saja. Sesetengah pula berpendapat bahawa setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, membaca sudah tidak perlu lagi. Banyak masa remaja dihabiskan di hadapan media elektronik bagi mendapatkan bahan-bahan yang bercorak hiburan, picisan malah kadang-kadang melalaikan. Para remaja harus memupuk kecenderungan membaca bahan-bahan yang baik dan berfaedah. Apa yang remaja baca ada kesannya pada minda, pada sikap mental malah pada tanggapan dan hobi.
          Sebuah negara yang sedang menuju tahap negara maju seperti Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang minat membaca. Kekuatan bagi sesebuah negara yang bakal maju banyak bergantung pada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya. Hal ini bermula sejak zaman remaja lagi. Sekiranya para remaja hanya cenderung membaca bahan-bahan ringan semata-mata dan tidak memiliki minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, maka globalisasi yang sedang kita tempuh bakal menyebabkan kita terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan. Proses negara maju harus seimbang dengan darjah berfikir rakyatnya. Darjah pemikiran rakyat hanya boleh meningkat sekiranya proses mendapatkan maklumat, menguasai ilmu, membandingkan bahan-bahan kajian dan meneliti penemuan-penemuan baru menerusi pembacaan. Pembacaan boleh berlaku sama ada menerusi media cetak ataupun elektronik seperti Internet.

Rangka Rumusan:

(A1)Petikan  membincangkan  ................................. .................................................
....................................................

            (A1)Akibatnya  termasuklah  ............................................... (A2) Selain itu, ................................. dan / serta .........................  (A3) Akibat lain termasuklah .............................................  selain  ....................................  (A4)Akhirnya, ...............................

            (A1)Usahanya   pula termasuklah pihak sekolah ......................................(A2) Di samping itu, ............................................................................ malah ...........................................................................

            (A1)Kesimpulannya,  ....................................................................... agar .......................... ...........

                 (.................patah kata)



Sunday, 11 August 2013

LATIHAN RUMUSAN


LATIHAN RUMUSAN FOKUS :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kekejaman terhadap kanak-kanak dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Kes penderaan kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi perkara biasa di negara kita. Kejadian yang menimpa Mohd. Hafiz dan Balasundram seperti yang dipaparkan melalui media massa pada suatu ketika dahulu merupakan salah satu peristiwa ngeri yang menimpa kanak-kanak sejak belakangan ini. Kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih telah menjadi mangsa penderaan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sama ada penderaan secara seksual, fizikal, mahupun mental.  Masalah kekeluargaan yang berkaitan dengan masalah kewangan keluarga, krisis rumah tangga seperti pertengkaran dan penceraian ibu bapa dikenal pasti sebagai punca utama ibu bapa sering hilang kewarasan akibat tekanan emosi yang terlalu kuat. Anak-anak pula dianggap membebankan lagi masalah mereka. Tanpa pertimbangan yang wajar mereka menjadikan si kecil sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram mereka.
            Selain itu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang boleh dijadikan panduan bagi mendidik anak-anak. Keadaan yang sedemikian menyebabkan mereka tidak mengerti tanggungjawab seorang ibu atau bapa. Dalam perkataan lain, mereka tidak dapat menilai erti kasih sayang yang sebenar. Mendengar tangisan anak-anak sahaja dianggap bunyi ‘halilintar’ lantas anak-anak yang tidak berdosa itu didera dengan sewenang-wenangnya. Mereka yang ‘kurang siuman’ ini kelihatan begitu puas apabila dapat melepaskan perasaan geram terhadap anak-anak mereka.
            Sebenarnya,setiap kanak-kanak berhak mendapatkan kasih sayang, pemakanan seimbang serta pelajaran yang secukupnya untuk mencapai perkembangan mental dan fizikal yang sempurna.Oleh hal yang demikian, langkah-langkah pencegahan amat diperlukan daripada semua pihak. Dalam hal ini, kempen-kempen diadakan supaya kesedaran dapat disemai dalam diri masyarakat tentang tanggungjawab masing-masing. Ceramah-ceramah hendaklah dipergiatkan bagi menimbulkan rasa penghargaan terhadap anak-anak yang dianugerahi Tuhan.

            Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa penderaan kanak-kanak merupakan satu amalan yang terkutuk dan tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang bertamadun ini. Kita semua mengharapkan anak-anak dididik dan dipelihara dengan sempurna supaya mereka dapat memegang teraju pemerintahan negara pada masa hadapan. Dengan kesedaran semua pihak diharapkan hasrat ‘Masyarakat Penyayang’ dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jayanya.
(diubahsuaikan daripada Masyarakat Penyayang?: Suatu Tinjauan oleh Baharom Basyah, Utusan Malaysia, Mei 2011)

Rangka Rumusan:
(A1)Petikan  membincangkan        ............................. ................................. ..........................................
........................................

            (A1)Akibatnya  termasuklah  ............................................... (A2) Selain itu, ................................. dan / serta .........................  (A3) Akibat lain termasuklah .............................................  selain  ....................................  (A4) ............................... juga  akibatnya.

            (A1)Usahanya   pula termasuklah pihak sekolah ......................................(A2) Di samping itu, ............................................. malah .......................................               
(Anak-anak yang didera akan mengalami kecederaan dari segi fizikal / Penderaan akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap psikologi anak-anak./ Perkembangan mental anak-anak akan terganggu / Mereka membesar dengan penuh sifat dendam / Mereka mungkin melakukan perbuatan yang sama kepada anak-anak mereka pada masa hadapan).

            (A1)Kesimpulannya,   kekejaman terhadap kana-kanak perlu diatasi secara berkesan agar    .......................... ...........

                   (.................patah kata)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM:
i. Berikan maksud perumpamaan diibaratkan seperti kain putih.[ 2 markah] --.mempunyai jiwa yang bersih (Perumpamaan tersebut bermaksud................)

ii. Apakah tujuan kempen  tentang isu kekejaman terhadap kanak-kanak diadakan? [3 markah]- memberikan kesedaran kepada ibu bapa./  ibu bapa memahami tanggungjawab mereka. / Menimbulkan rasa penghargaan terhadap anak-anak mereka
(.Kempen  tentang isu kekejaman terhadap kanak-kanak diadakan bertujuan untuk........................... Bukan itu sahaja, ................................................................... Kempen tersebut juga........................... )

iiii. Sebagai anggota masyarakat, apakah tindakan yang dapat  diambil bagi memastikan kes berkaitan kekejaman terhadap kanak-kanak dapat diatasi dengan berkesan? [4 markah] - Melaporkan kejadian kekejaman terhadap kanak-kanak kepada pihak polis./ Memberi teguran kepada pendera dengan baik./ Memaklumkan kes kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Atau talian Nur / .Menyelamatkan mangsa daripada terus didera.
(.Sebagai anggota masyarakat,  kes berkaitan kekejaman terhadap kanak-kanak dapat diatasi dengan berkesan sekiranya kita ........................... Tambahan lagi, ................................................................... Anggota masyarakat juga........................... Selain itu,................................. )