Pages

Enjin Carian

Tuesday, 5 September 2017

PERBANDINGAN NOVEL

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kepincangan masyarakat yang terdapat dalarn novel tersebut.                                                                                                                                          [7 markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial 
- Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

2. Masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian
- Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

3. Masyarakat yang bercanggah pendapat
- penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

4. Masyarakat yang tidak  bertanggungjawab
- suami Che Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. 

5. Masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain
- Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
1. Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
- Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

2.Masyarakat yang prejudis terhadap orang lain
- Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

3. Masyarakat yang suka menghina orang lain
-Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

4. Masyarakat yang mempunyai hasad dengki
- Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.

5. Masyarakat yang memandang serong tentang kemiskinan orang lain
- Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.

6. Masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir
- Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.


(b) Terdapat pelbagai nilai kemanusiaan  dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan  nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel-novel tersebut.                                         [8 markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung

2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi

3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.

4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

- Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.

5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.

6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.

- Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.

10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.

2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.

3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.

4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan .

5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas .

6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.

7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala sosial.

8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.

9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.

10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.




Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannnya. Anda tidak boleh menambah atau rnembuang imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)               gemerlap
(ii)             gemilang
(iii)           gemuruh
(iv)            gelisah
(v)             gelojoh
(vi)            gersang                                                                                                                               [6 markah]

(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i)  Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.

(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.

(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.

(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.

(iii) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Rarnadan yang lepas. 
[6 markah]


(d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.

(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.

(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya menggondol pingat ernas, lagu Negaraku akan berdendang.                                                                                                          [6 markah]

(e) Bina satu  ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

 (i) jinak-jinak merpati
(ii) melepaskan anjing tersepit
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah                                                                                [6 markah]


Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh mernanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku. 'Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."
            Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
            Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa."
            Setelah patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
            Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya rnasuk menghadap Seri Betara. Maka sembah patih Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Ringkasan Plot Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

1.      Bahagian pengenalan atau eksposisi - Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2.      Tahap perkembanganKertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.

3.      Tahap perumitan - pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak dan kayu di keliling istana . Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

4.      Tahap klimaks - Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

5.      Tahap peleraian banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

(i)                          Berikan maksud terlalu sukacita hatinya.                                                                               [2 markah]
(ii)                        Nyatakan reaksi Patih Gajah Mada selepas rmendengar kata-kata Kertala Sari.                            [3 markah]
(iii)                      Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
 Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut?

                                                                                                                                              [3 markah]

Rumusan

Rumusan [30 markah]
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang  manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Belakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekononi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan rnenjual produk-produk rnereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat rnenjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

            Ledakan teknologi lnternet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalarn urusan jual beli.  Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berurusan jual beli tanpa perlu pergi ke premis- premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, kerajaan telah rnelancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

            Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata narnpu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati mantaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan  gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini lagi yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekononi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM I l2 bilion menjelang tahun 2025.

            Sebelum ini, pelbagai rnasalah telah rnenyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah.  Kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini menjadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS juga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan  sektor berkenaan lagi. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar.  Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan di kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.


Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)               Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi.                                                                 [2 markah]
(ii)             Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Nyatakan masalah-masalah tersebut.                                                        [3 markah]
(iii)           Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?                                                                                  [4 markah]




Latihan Karangan Respons Terbuka [100 markah]:

Latihan Karangan Respons Terbuka [100 markah]:
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga seperti majlis perkahwinan,  sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Diharapkan: Calon dapat rnenghuraikan kebaikan dalam kalangan ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu rnajlis keluarga seperli majlis perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Cadangan idea / Isi:
  1. Memupuk kerjasama dalam kalangan ahli keluarga
  2. Mengeratkan silaturahim dalam keluarga
  3. Berkongsi tenaga/ menjimatkan tenaga kerja
  4. Kerja-kerja dapat disiapkan dengan cepat/menjimatkan masa
  5. Boleh berkongsi pendapat/ idea
  6. Dapat berkongsi/ rnenjimatkan kos

Maklumat Karangan:

-        hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. / kita yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah / Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan berkeluarga untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota keluarga secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan/  akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing / aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan paradigma / dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh / membentuk semangat kekitaan dan melahirkan keluarga yang bersatu padu / secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat bersatu padu / Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan bagi mencetuskan semangat kekeluargaan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’.  / meluaskan horizon pemikiran / memupuk nilai saling menghormati, bertolenrasi  dan saling menyayangi antara satu sama lain /  mampu membentuk ahli keluarga yang stabil dari segi spiritual serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan./ Slogan ’Negara Maju Rakyat Sihat’ menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. / dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni / pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air. /  salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai jati diri / berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata. / Jika berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang / jika ditelusuri dari sudut yang lain, hidup saling membantu akan membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup bersatu mampu membawa kepada jaminan keselamatan / mampu menjana keluarga yang harmoni dan aman. / Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berkeluarga merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan./ Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. / Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan yang sentiasa saling menolong / tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan  semangat ukhuwah dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan kerukunan hidup berkeluarga / . Semoga Transformasi Nasional 2050 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan yang bermula dalam kalangan ahli keluarga / . Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!



Tuesday, 25 July 2017

Novel Justeru Impian Di Jaring



PERISTIWA
UNSUR KOMSAS
NILAI
PERSOALAN
LATAR MASYARAKAT
Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara.

Ketaatan terhadap pesanan yang diamanahkan
Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan
Syahir berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM (Persatuan Bulu tangkis se-Malaysia) yang tidak menggunakan sistem ranking dunia untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.


Keberanian untuk mengemukakan pendapat
Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat
Para pemain badminton skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta.



Masyarakat yang gigih berusaha
Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.


Sikap pilih kasih dalam sesuatu tindakan
Masyarakat yang pilih kasih
Syahir tetap dengan prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.


Pendirian yang teguh dalam melakukan sesuatu
Masyarakat yang tetap pendirian
Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.


Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan
Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta.



Masyarakat yang tidak mudah berputus asa
Syahir seorang pemain badminton skuad kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan sebelum berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.



Masyarakat yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan





LATIHAN KARANGAN:

LATIHAN KARANGAN:

LANGKAH  MENCEGAH KERACUNAN  MAKANAN
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xat1/v/t1.0-9/11108941_940566719310918_4055772233009366181_n.png?oh=1b17f323faf709f15db1c3bdb4c03cc4&oe=569F8A5C&__gda__=1453559683_d937fdcee8957334ea1865f7d0985ea4
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/11138671_940566662644257_2895651835759110441_n.png?oh=d8e5811edd568612e22eee685e774d05&oe=56AB2BC0
Related image
 














MAKLUMAT KARANGAN:
Keracunan makanan sering berlaku di kantin sekolah, restoran dan majlis kenduri-kendara. Oleh itu, pengguna perlu lihat, bau dan rasa makanan sebelum menjamahnya. Pengusaha makanan perlu simpan makanan pada suhu yang selamat manakala tukang masak pula masak dengan cara yang betul. Bagi mencegah keracunan makanan, pengguna lihat, bau dan rasa sebelum menjamahnya. Kita kena ingat maksud firman Tuhan, “Mereka seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta sehingga tidak dapat kembali kepada kebenaran.” Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Lihat, Bau dan Rasa’? Oleh itu, pengguna selamat dari kuman e-coli dan bakteria salmonella namun malang tidak berbau! Seterusnya untuk mencegah keracunan makanan pengusaha makanan perlu simpan makanan pada suhu yang selamat. Kita kena ingat pesanan Cef Wan, “Jangan simpan semua bahan mentah dalam sebuah peti sejuk beku.” Bahan mentah mempunyai takat beku yang berbeza-beza. Bakteria pula mudah merebak melalui daging dan ayam. Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’? Lantaran itu, benarlah peringatan orang tua-tua beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis! Akhir sekali,  untuk mencegah keracunan makanan, tukang masak perlu masak dengan cara yang betul. Kementerian Kesihatan Malaysia sering berpesan; ‘Cuci tangan dengan tujuh langkah’. Jadi, benarlah peringatan orang tua-tua, makan yang suci lagi baik! Tuntasnya, untuk mencegah keracunan makanan diperlukan  kerjasama semua pihak. Pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia pula tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Hal ini supaya premis makanan sentiasa bersih. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat terjamin bahkan Rakyat Sihat Negara Maju.