Pages

Enjin Carian

Tuesday, 19 May 2015

Novel Azfa Hanani – Peristiwa yang menjadi pedoman

Novel Azfa Hanani – Peristiwa yang menjadi pedoman

1.     Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya iaitu Zuraini.-  Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain.

2.     Azfa Hanani  belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris. - Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri.
3.     Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa. – kita hendaklah menerima takdir dengan hati yang tenang

  1. Perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku Murni menganggap Ekran berasal daripada  keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran. – kita jangan menilai seseorang hanya dari segi luaran / kita jangan memandang hina terhadap orang lain

  1. Azfa Hanani cepat-cepat membuat penafian bahawa dia ada membuat kesalahan apabila dipanggil oleh pengetua. Azfa berjaya meyakinkan Rozlan yang cuba membuat tuduhan  sedemikian.- Kita hendaklah teliti dalam memberi maklumat

  1. Sangkaan Azfa Hanani bahawa dirinya akan diherdik dan disoal siasat ternyata meleset apabila disapa oleh pengetua dengan baik. Guru perpustakaan dan guru disiplin yang disangka akan mengendalikan kes kehilangan buku juga tiada di situ. Sebaliknya, terdapat dua orang tetamu yang ingin membincangkan sesuatu perkara dengan Azfa Hanani.- kita janganlah cepat panik ketika berhadapan dengan peristiwa cemas

  1. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya. - Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. 

  1. Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.- Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa.

  1.  Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit - Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada..

  1. Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.-  Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. 

  1. Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada. - Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri.
  2. Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah. - Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. 



Novel Kembara Amira – Peristiwa yang menjadi pedoman

Novel Kembara Amira – Peristiwa yang menjadi pedoman

  1. Amira tabah menghadapi cabaran semasa mencari emas untuk dihadiahkan kepada kawan baiknya iaitu Jacinta yang mengikutnya ke Bukit Mat Raya- mengajar kita agar tabah menghadapi segala cabaran dalam menempuh kehidupan

  1. Amira menggunakan minat Jacinta terhadap batu kuarza untuk memancing minat Jacinta agar mengikutnya ke Desa Karpus – kita perlu bijak memahami minat orang lain.

  1. Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira yang bersedih dengan keadaan kawan baiknya iaitu Jacinta yang pengsan setelah tersesat di dalam hutan semasa mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus deras – setiap ibu bapa haruslah mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anak-anak dalam setiap situasi.

  1. Malique sanggup mencipta virus dalam laporan pencarian emas yang disiapkannya semata-mata untuk menggagalkan projek pencarian emas oleh O’hara yang boleh memusnahkan hutan di Bukit Mat Raya. – kita hendaklah memelihara dan menghargai alam sekitar kurniaan Ilahi tanpa merosakkannya.

  1.  Ludin iaitu ketua kampung orang asli telah menolong merawat kecederaan tangan Prof. Zaidah akibat kemalangan yang berlaku bersama dengan Pak Lias.- Kita mesti menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

  1. Hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. - Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum.

  1. Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses) Jacintha terhadap batu kuarza- Kita hendaklah peka / prihatin / bijak memahami minat / kecenderungan orang lain

  1. Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc / gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya.- Kita hendaklah bijak menggunakan masa terluang / kita janganlah suka membuang masa

  1. Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba itu.- Kita hendaklah cekap / pantas / tangkas dalam sesuatu tindakan yang penting. 

  1. Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi.- Kita hendaklah bijak / peka / prihatin / tegas dalam membuat keputusan


Perbandingan Nilai (Novel Kembara Amira & Novel Azfa Hanani)

– Perbandingan Nilai

Nilai
Novel Kembara Amira
Novel Azfa Hanani
Tabah                                 Tabah
Amira sanggup menyeberangi sungai yang pernah menghanyutkannya semata-mata untuk mencari emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta
AH tabah melakukan pengorbanan ketika menyamar sebagai TM untuk membolehkan sepupunya iaitu Zuraini yang lumpuh mendapat rawatan yang berkesan
Sayang-menyayangi
Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya iaitu Amira berasa gelisah semasa Amira dihanyutkan oleh arus deras
AH yang sangat menyayangi sepupunya iaitu Zahidin teringat akan sepupunya itu ketika menikmati makanan mewah ketika berada di banglo Datin Maziah. / Datin Maziah yang amat menyayangi TM  telah mengalami tekanan perasaan kerana tidak menerima kematian anak gadis  tunggalnya itu.
Bertanggung
jawab
PZ seorang yang bertanggungjawab kerana beliau tetap meneruskan kerja lapangannya dalam bidang arkeologi walaupun mengalami kecederaan setelah keretanya disabotaj.
Tengku Mazran seorang yang bertanggungjawab kerana beliau menunaikan janjinya untuk menanggung kos perubatan penyakit lumpuh Zuraini di Indonesia seperti yang telah dijanjikannya.
Berani
AH berani menyamar sebagai TM yang berasal daripada keluarga elit walaupun tugas yang diberikan oleh Tg Mazran dan Syafinaz itu sangat berat.
Itai berani berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh masyarakat orang asli di kawasan Bukit Mat Raya
Hormat-menghormati
Tg Mazran dan Syafinaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan
Itai yang menghormati bapa angkatnya iaitu Ludin  mematuhi arahannya  supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.


Baik hati
Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka
Amira yang baik hati  mengajak rakannya iaitu Jacinta untuk menyertai ekspedisinya di Bukit Mat Raya kerana tidak mahu Jacinta tinggal seorang diri di asrama ketika cuti persekolahan



Sunday, 17 May 2015

LATIHAN KARANGAN

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA


                                               

                                                                       






KECUAIAN PENGGUNA             KEADAAN JALAN RAYA      KENDERAAN YANG
JALAN RAYA                              YANG TIDAK SELAMAT        TIDAK DISELENGGARA
                                                                                                      SECARA BERKALA










ARTIKEL SOKONGAN:

 

PENINGKATAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang menghantui kita setiap hari. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan sahaja membawa kerugian kepada keluarga mangsa, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak dapat memberi sumbangan kepada negara akibat terlibat dalam kemalangan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran serta  penguatkuasaan dilakukan dan merupakan  metodologi yang digunakan oleh pihak  kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah lebih bertumpu kepada sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Namun,  jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin kritikal lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan setiap tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba, selain mengambil kesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masingmemecut.
Menurut Menteri Pengangkutan, situasi itu cukup sedih dan mengecewakan. Keadaan ini kerana setiap tahun kerajaan telah membelanjakan RM9 bilion untuk pelbagai kempen keselamatan.  Kerugian yang dialami akibat kemalangan amat tinggi sekali. Kita dapati tiap-tiap tahun kerugian sampai RM9 billion meliputi kes insurans, kehilangan harta benda, dan lebih penting kehilangan kebolehan untuk cari pendapatan di masa hadapan.  Peringatan "Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju", "Kelajuan Membunuh", dan slogan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya" menyegarkan kembali ingatan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa berada di atas jalan raya. Namun realitinya, pengguna jalan raya di Malaysia masih lagi cuai, lalai dan lupa walau diberikan dengan pelbagai peringatan serta slogan di sepanjang jalan raya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melahirkan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya pada musim perayaan.  Peningkatan yang berlaku  terutama sekali di jalan negeri dan bandaran tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai kempen diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ditubuhkan bagi menangani perkara itu. Jumlah kes kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan motosikal membimbangkan kerajaan.
Kerajaan akan terus meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun langkah memperketat peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak. Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang atau sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka berhati-hati dan tidak memandu laju. Justeru, Muhyiddin menasihati pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab, menghargai nyawa, menghormati satu sama lain dan ingat kepada orang yang disayangi ketika memandu
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun dan pada musim perayaan tahun ini sahaja mencatatkan jumlah kemalangan adalah sebanyak 1609 kes kemalangan dan merupakan jumlah kemalangan yang paling tinggi dicatatkan  sejak beberapa tahun yang lalu.  Manakala keseluruhan jumlah kemalangan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat. Pada 2014 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada tahun sebelumnya
Keselamatan kereta juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Oleh  itu, setiap pemandu harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti kenderaan.  Keadaan ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian alat ganti  kenderaan mereka. Selain itu, penyelenggaraan juga perlu di lakukan mengikut piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi.
Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat  polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak berkuasa. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.
Selain itu punca lain ialah kenderaan yang kurang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita seharusnya  memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Sebagai contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan keadaan ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kereta  sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar di permukaan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Secara konklusinya, pihak polis atau penguat kuasa telah berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Oleh demikian, setiap pengguna jalan raya haruslah mempunyai komitmen yang tinggi semasa menggunakan jalan raya supaya menjaga sikap dan tanggungjawab untuk pemanduan yang berhemah dan menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.


LATIHAN TATABAHASA

TATABAHASA

i Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.

1. Baju yang selalu dipakainya dalam setiap majlis rasmi itu sudah rapuh jahitannya.

2. Hadirin  dalam dewan itu ketawa berderai-derai apabila melihat telatah lucu pelawak tersebut.

3.Semua penonton bertepuk tangan kekaguman apabila penyanyi terkenal itu memulakan persembahannya.

4.Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah remang-remang malam.

5. Bunyi radio itu amat kuat sehingga membingit telingaku.

6. Kami menerima ajakan makan malam daripada Datin Aini kerana meraikan kepulangan anak perempuannya dari luar negara.

7.Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca oleh kerakusan manusia memanipulasi sumber alam.

8. Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Bee Kee untuk menjelaskan yuran peperiksaan.

9. Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur akan ditampal pada papan kenyataan.

10. Majlis keramaian menyambut ulang tahun kemerdekaan negara diadakan di perkarangan Dataran Merdeka.

11. "Beta berterima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan beta," kata Sultan Mansur.

12. Pengurusan syarikat itu perlu diperkemaskan agar syarikat itu tidak mengalami kerugian.

13. Kami bergotong-royong untuk menghiaskan kelas kami dengan gambar-gambar pemandangan yang cantik lagi menarik.

14. Masalah kemerosotan disiplin pelajar telah dibincangkan oleh jawatankuasa disiplin di dalam mesyuarat baru-baru ini.

15. Pada cuti semester nanti, Encik Adam akan menebus janji untuk membawa anak-anaknya ke pulau Tioman.

16. Pasukan bahas sekolah kami berazam untuk menebus pertandingan pada masa akan datang.  

17. Kata-kata nasihat ibunya itu telah menebus ke dalam hati Zhong Ling.

18. Bilik itu agak sesak untuk menampungi kami yang seramai lima orang.

19. Orang tua itu segera dibawa ke hospital oleh anak mereka kerana sesak nafas.

20. Para penonton sesak untuk masuk ke stadium itu bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia.
21. Kehidupannya yang senang-lenang selama ini menjadi sesak akibat dibuang kerja baru-baru ini.

22. Pada hari kelepasan, dia kerap mengunjungi rumah saudara-maranya bagi mempereratkan hubungan.

23. Kerajaan mengumumkan kelepasan cukai pendapatan bagi pekerja yang bergaji rendah.

24. Pada waktu kelepasan di sekolah, pelajar akan ke kantin untuk mengisi perut mereka setelah penat belajar.

25. Guru-guru kelepasan universiti dan maktab berganding bahu menjayakan projek amal di kampung itu.

26. Cerpen yang memenangi hadiah pertama itu beliau karang berdasarkan pengalamannya.

27. Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi.

28. Setiap orang yang mengunjungi ke kedai itu mendapat hadiah istimewa sempena ulang tahun pembukaannya.

29 Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis keramaian itu ialah Perdana Menteri Malaysia.

30. Janet berasa amat bangga kerana berjaya menjadi juruterbang wanita yang pertama di negara ini mengendalikan pesawat kormesial.

31. Kerajaan perlu berusaha meningkatkan kemudahan asas di kawasan pedalaman demi keselesaan penduduk di situ..

32. Rakyat khususnya para belia disyor oleh kerajaan supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

33.  Sherley menegaskan yang dia akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan walaupun mendapat pelbagai tawaran dari  universiti swasta.

34. Mereka yang datang akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan diadakan pada bulan depan.

35. Buku yang kamu cari selama-lama ini ada pada adik saya yang tinggal di Taman Berjaya.

36. Baju yang dibeli di pasaraya itu belum berjahit lagi.

37. Ketidakhadiran Cikgu Rusna dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.

38. Pencemaran alam sekitar akan terus berlaku selagi manusia tidak menyedari akan kepentingan menjaga kebersihan.

39. Kedai-kedai pakaian di ibu kota itu menjual baju-baju bermutu tinggi yang diimport dari luar negara.

40. Cikgu Hadi sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.




UJIAN PT3

UJIAN 1 PT3 2015















Arahan : Jawab semua soalan

TATABAHASA
(25 markah)

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kita perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
_________________________________________

ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Amjad Restoran.
_________________________________________

iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
_________________________________________

vi) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Ali kepada  sultan.
_________________________________________
                                                                                                                                               (8 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kes penculikan kanak-kanak di pasaraya berpunca daripada sikap setengah-setengah
ibu bapa yang tidak prihatin akan pergerakan anak-anak mereka ketika asyik berbelanja.
 ___________________________________

ii) Ibu menghadiahkan sekotak pensil warna dan senaskhah diari kepada adik.
___________________________________

iii) Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan gaji minima sebanyak RM900 sebulan.
____________________________________
                                                                                                                                               (3 markah)






3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

i) Ramli ke perpustakaan pada hari Sabtu.
   Fareez ke perpustakaan pada hari Sabtu.
___________________________________________________________
_______________________________________________________________

ii) Abang sedang memasang payung.
    Kakak membantu abang membungkus kuih-muih.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iii) Hujan sedang turun.
     Pak Abu tetap turun ke sawah.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iv) Murid itu menunggu bas.
     Murid itu membaca buku.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

v) Azmi tidak ke sekolah.
    Azmi demam.
    Azmi memberitahu guru kelasnya.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
                                                                                                                                             (10 markah)


4 Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.
i) Asyraf tidak menghadapi masalah dengan penduduk tempatan ketika menetap di Belanda kerana dia dapat menyesuaikan diri dengan adat dan budaya di situ
__________________________________________________________________

ii) Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama pada setiap masa demi merealisasikan impian yang dihajati.
__________________________________________________________________

iii) Arif bermati-matian menyiapkan projek pembinaan itu kerana dia yakin usaha yang gigih tanpa mengenal penat lelah akan membuahkan hasil.
___________________________________________________________________

4) Amy memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sebelum memiliki rangkaian restoran ternama di seluruh negara.
___________________________________________________________________                                                                                                                                                                          (4 markah)











PEMAHAMAN NOVEL
(10 markah)

5 Berdasarkan novel tingkatan 3 yang telah anda kaji, nyatakan peristiwa klimaks bagi novel tersebut.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________





PEMAHAMAN PUISI
(10 markah)

6 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                                    PANTUN EMPAT KERAT
                                         (Berjimat Cermat)

                        Pergi belukar memasang pikat,
                                    Pulangnya lewat di hujung petang;
                        Jikalau sentiasa berjimat cermat,
                                    Rezeki secupak terasa gantang.

                        Indah nian pemandangan dunia,
                                    Dari timur hingga selatan;
                        Sikap berjimat amalan mulia,
                                    Orang boros sahabat syaitan.

                        Masak ranum buah ara,
                                    Jatuh sebiji di atas papan;
                        Jika berjimat setiap perkara,
                                    Pasti terjamin masa hadapan.

                        Sungguh pahit buah peria,
                                    Dimakan juga dibuat sayur;
                        Membesar belanja sikap sesia,
                                    Hanya menambah beban kewangan.

                        Singgah berehat di Kota Lama,
                                    Kuih dijamah air dihirup;
                        Berjimat cermat suruhan agama,
                                    Jika diamal sejahteralah hidup.
                                                                                                (Dipetik daripada antologi
                                                                                                Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1,
                                                                                                Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada
   amalan berjimat cermat.                                                                                                 (3 markah)
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii) Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.                    (3 markah)
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
    mendidik anak-anak supaya berjimat cermat?                                                            (4 markah)
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________


KARANGAN ULASAN
(15 markah)


7 Lihat  di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.




_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LATIHAN TAMBAHAN:
PERIBAHASA
(8 markah)

1 Lengkapkan tempat kosong yang diberikan dengan peribahasa di bawah
Air dicencang tidak akan putus                        Air pun ada pasang surutnya                
Air sama air, sampah ke tepi juga                   Air yang tenang jangan disangka tiada buaya       
Alah bisa, tegal biasa                                         Ada gula adalah semut                  
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan                   ada air adalah ikan

i- Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana ..........................................

ii- Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan seperti kata peribahasa ...............................................................
iii- Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana .....................................................................

iv-  Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan ........................................................................ kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan disebabkan perniagaannya mengalami kerugian.

v- Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana .......................................................................................................

vi-  Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Faridah itu umpama ................................................................................ Hal ini kerana dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

vii- Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

 Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang persis kata peribahasa ................................................................................................................................

iix- Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Kerja memotong kayu itu ................................................................. sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

NOVEL 6:20
(10 markah)

2 Nyatakan nilai bagi peristiwa yang diberikan
i. Nilai ______________
Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

ii. Nilai _______________
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iii. Nilai _________________
Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggu dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.

iv. Nilai ____________________
Pn Delia iaitu ibu Sukma menyuruh Delia menyediakan minuman kepada kawan-kawannya ketika mereka berkunjung ke rumahnya.


3. Nyatakan peribahasa yang membawa naksud yang sama dalam petak yang disediakan
PERIBAHASA -  MAKSUD YANG HAMPIR SAMA
PERIBAHASA
MAKSUD


air dicencang tak akan putus
perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama


haruan pulang ke lubuk
perantau yang pulang semula ke tempat asal


gunting dalam lipatan
musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari


menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya


habis madu, sepah dibuang
apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi


banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain


bagai aur dengan tebing
persahabatan yang sangat akrab


berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
susah senang dihadapi bersama


bagaimana acuan, begitulah kuihnya
seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku ibu atau bapanya


mencurah air ke daun keladi
pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar

alang-alang mandi biar basah

berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan

bagai cincin dengan permata
padanan yang sesuai


burung terbang dipipiskan lada
mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

abu di atas tunggul
keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama


menahan lukah di pergentingan
mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain