Showing posts with label karangan. Show all posts
Showing posts with label karangan. Show all posts

Tuesday, 5 September 2017

Latihan Karangan Respons Terbuka [100 markah]:

Latihan Karangan Respons Terbuka [100 markah]:
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga seperti majlis perkahwinan,  sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Diharapkan: Calon dapat rnenghuraikan kebaikan dalam kalangan ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu rnajlis keluarga seperli majlis perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Cadangan idea / Isi:
  1. Memupuk kerjasama dalam kalangan ahli keluarga
  2. Mengeratkan silaturahim dalam keluarga
  3. Berkongsi tenaga/ menjimatkan tenaga kerja
  4. Kerja-kerja dapat disiapkan dengan cepat/menjimatkan masa
  5. Boleh berkongsi pendapat/ idea
  6. Dapat berkongsi/ rnenjimatkan kos

Maklumat Karangan:

-        hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. / kita yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah / Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan berkeluarga untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota keluarga secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan/  akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing / aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan paradigma / dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh / membentuk semangat kekitaan dan melahirkan keluarga yang bersatu padu / secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat bersatu padu / Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan bagi mencetuskan semangat kekeluargaan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’.  / meluaskan horizon pemikiran / memupuk nilai saling menghormati, bertolenrasi  dan saling menyayangi antara satu sama lain /  mampu membentuk ahli keluarga yang stabil dari segi spiritual serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan./ Slogan ’Negara Maju Rakyat Sihat’ menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. / dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni / pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air. /  salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai jati diri / berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata. / Jika berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang / jika ditelusuri dari sudut yang lain, hidup saling membantu akan membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup bersatu mampu membawa kepada jaminan keselamatan / mampu menjana keluarga yang harmoni dan aman. / Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berkeluarga merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan./ Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. / Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan yang sentiasa saling menolong / tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan  semangat ukhuwah dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan kerukunan hidup berkeluarga / . Semoga Transformasi Nasional 2050 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan yang bermula dalam kalangan ahli keluarga / . Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!



Tuesday, 25 July 2017

LATIHAN KARANGAN:

LATIHAN KARANGAN:

LANGKAH  MENCEGAH KERACUNAN  MAKANAN
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xat1/v/t1.0-9/11108941_940566719310918_4055772233009366181_n.png?oh=1b17f323faf709f15db1c3bdb4c03cc4&oe=569F8A5C&__gda__=1453559683_d937fdcee8957334ea1865f7d0985ea4
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/11138671_940566662644257_2895651835759110441_n.png?oh=d8e5811edd568612e22eee685e774d05&oe=56AB2BC0
Related image
 














MAKLUMAT KARANGAN:
Keracunan makanan sering berlaku di kantin sekolah, restoran dan majlis kenduri-kendara. Oleh itu, pengguna perlu lihat, bau dan rasa makanan sebelum menjamahnya. Pengusaha makanan perlu simpan makanan pada suhu yang selamat manakala tukang masak pula masak dengan cara yang betul. Bagi mencegah keracunan makanan, pengguna lihat, bau dan rasa sebelum menjamahnya. Kita kena ingat maksud firman Tuhan, “Mereka seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta sehingga tidak dapat kembali kepada kebenaran.” Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Lihat, Bau dan Rasa’? Oleh itu, pengguna selamat dari kuman e-coli dan bakteria salmonella namun malang tidak berbau! Seterusnya untuk mencegah keracunan makanan pengusaha makanan perlu simpan makanan pada suhu yang selamat. Kita kena ingat pesanan Cef Wan, “Jangan simpan semua bahan mentah dalam sebuah peti sejuk beku.” Bahan mentah mempunyai takat beku yang berbeza-beza. Bakteria pula mudah merebak melalui daging dan ayam. Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berpesan ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’? Lantaran itu, benarlah peringatan orang tua-tua beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis! Akhir sekali,  untuk mencegah keracunan makanan, tukang masak perlu masak dengan cara yang betul. Kementerian Kesihatan Malaysia sering berpesan; ‘Cuci tangan dengan tujuh langkah’. Jadi, benarlah peringatan orang tua-tua, makan yang suci lagi baik! Tuntasnya, untuk mencegah keracunan makanan diperlukan  kerjasama semua pihak. Pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia pula tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Hal ini supaya premis makanan sentiasa bersih. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat terjamin bahkan Rakyat Sihat Negara Maju.



karangan

LATIHAN KARANGAN:  
Amalan lama seperti budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat hendaklah disuburkan semula.
Huraikan langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut

MAKLUMAT KARANGAN:
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing / Kita terus berpegang dengan amalan murni budaya lama / ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni /  hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah./ Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. / akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. / Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. / Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 : Ibu bapa menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat / sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada
Isi 2 : Anggota masyarakat berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Generasi muda mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi suri teladan - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua - pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan silaturahim - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
 Isi 5 : Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara generasi – elakkan perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat
Penutup : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni yang sudah lama berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih harmoni dan riang.


Monday, 17 April 2017

LATIHAN KARANGAN

KEPENTINGAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Tulis Semula karangan di bawah agar mencapai tahap cemerlang:
            Kata-kata pujangga; hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah. Kata-kata tersebut sengaja dipetik untuk menunjukkan betapa perlunya  kita membuat kebaikan sepanjang hidup kiita. Sehubungan dengan itu, aktiviti khidmat masyarakat perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana merupakan aktiviti yang berfaedah. Jadikan aktiviti ini sebagai budaya hidup. Hal ini bertepatan dengan bidalan yang berbunyi hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa.

            Menerusi aktiviti khidmat masyarakat, contohnya membersihkan taman perumahan, persekitaran tempat tinggal kita akan menjadi bersih. Apabila bersih akan terhindarlah penyakit yang mudah merebak seperti demam dengggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Kita tidak boleh bergantung pada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja sedangkan kita mempunyai tulang empat kerat. Oleh hal yang demikian aktiviti ini dapat menjimatkan harta kerajaan atau PBT. Sekiranya kita membersihkan kawasan tempat kita tinggal, sudah tentu pihak PBT dapat menjimatkan kos operasi. Dengan itu, wang yang dijimatkan boleh disalur untuk aktiviti yang lebih berfaedah seperti membina dewan serba guna yang boleh digunakan untuk pertemuan penduduk. Rakyat akan berasa selesa kerana banyak kemudahan disediakan di tempat mereka tinggal.. Apabila masyarakat bersama-sama membersihkan kawasan tempat tinggal, sudah tentu ada keinginan untuk memastikan kawasan persekitaran tempat tinggal kita sentiasa bersih.

            Melakukan aktiviti masyarakat dapat memperteguhkan ikatan silaturahim. Dengan mengambil contoh aktiviti bergotong royong ketika majlis perkahwinan, kita akan dapat mengenali lebih dekat  masyarakat tempat kita tinggal. Masyarakat kini yang sibuk bekerja dapat berbual mesra dan bertukar pengalaman  dalam sibuk bekerja membasuh pinggan, memasak atau mengemas.

            Selain itu, aktiviti masyarakat yang dilakukan secara ikhlas dapat menyelamatkan nyawa manusia.  Ketika kejadian banjir atau rumah terbakar, sikap prihatin masyarakat dapat membantu golongan yang berada dalam kesusahan selain menyelamatkan mangsa. Mangsa yang mungkin sebelum ini mementingkan diri sudah tentu akan insaf dan berasa rendah diri.

            Sesungguhnya aktiviti khidmat masyarakat memamng patut diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sikap mementingkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hendaklah disisih dalam kehidupan kita. Kebaikan yang kita curahkan akan dibalas dengan kebaikan juga. Segala-galanya perlu tanya kepada hati. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


KARANGAN

CIRI-CIRI REMAJA CEMERLANG

     Remaja Berguna Mangkin Kerukunan Keluarga, Masyarakat dan Negara. Begitulah aforisme yang mengungkapkan signifikannya peranan remaja pada masa ini. Kata-kata menyuntik semangat ini menyeru  para remaja agar mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing. Mengikut kajian yang pernah dilakukan usaha yang gigih tanpa mengenal jemu serta memiliki sahsiah yang terpuji mampu menjadikan remaja anak watan yang berguna. Remaja kini begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada melalui pengaruh media massa, ajakan atau desakan daripada rakan  sebaya yang banyak mempengaruhi akidah mereka.  Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri yang tinggi berserta gelodak keinginan  untuk mencuba sering berpegang pada falsafah membujur lalu, melintang patah ini  perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini dikaitkan dengan isu keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan kerana air perabung mengalir ke cucur atap. Oleh itu, remaja seharusnya memiliki ciri-ciri cemerlang demi kebaikan bersama. Persoalannya, apakah ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara?

           Menurut ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Dengan itu, jelaslah bahawa ciri signifikan remaja cemerlang ialah mereka akan mendalami ilmu agama dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji. Mengapakah ciri ini dianggap penting? Hal ini demikian ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta. Tambahan pula, ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat rapat bagai api dengan asap. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat Tuhan.  Sebagai analoginya, akhlak  terpuji dan sempurna yang terkandung dalam kitab-kitab agama pastinya akan menjadi sumber  primer bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai  yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan itegriti memandu diri remaja membina peribadi mulia selain mampu memberikan anjakan paradigma  dalam melahirkan segala tindak tanduk berpaksikan tuntutan agama. Memang tidak dinafikan bahawa dengan mendalami ilmu agama, seseorang remaja itu mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji malah tidak akan terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja.

           Syurga  di bawah telapak kaki ibu. Proklamasi ini menjelaskan ciri remaja cemerlang seterusnya iaitu menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan diri remaja sesudah dilahirkan di muka bumi ini. Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang   bagai menatang minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap remaja bermula dengan ibu yang mengandungkan mereka dengan jerih payah selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa. Secara relatifnya, remaja tidak seyogianya bersikap  seperti Si Tanggang atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Remaja kontemporari seharusnya taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Pada masa yang sama mentaati ibu bapa merupakan amalan yang wajib ditunaikan setiap anak. Terdapat hadis  yang bermaksud, “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Sudah terang lagikan bersuluh bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan remaja sebagai individu yang mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan akhlak

           Kata-kata pujangga, berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.  Dengan itu, ciri terakhir yang tidak dapat dikesisikan kepentingannya termasuklah menjalinkan hubungan yang akrab dengan rakan dan taulan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama-sama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, remaja seharusnya menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan mereka. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai tamsilannya, seseorang remaja itu hendaklah memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana rakan yang baik akan membantu rakannya yang berada dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, kita perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sehubungan dengan itu,  rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok sekiranya kita tidak bersikap bagai buntal kembung. Izharnya, jalinan hubungan yang baik dengan rakan-rakan menyebabkan kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup seseorang remaja  sejajar dengan visi  untuk menjadi remaja bersahsiah terpuji.


                  Secara holistiknya, gagasan dan obligasi untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja merupakan tanggungjawab besar. Sesungguhnya, amanah ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh remaja yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin dengan izin Tuhan dan berlandaskan prinsip atau ciri di atas, remaja bersahsiah diri terpuji mampu dilahirkan. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka dapat dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Menurut beliau, “aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya, tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.”  Lantaran itu, remaja tidak akan mlakukan perkara sia-sia yang akan menyesatkan mereka daripada landasan sebenar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan  akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup mereka. Semoga isu keruntuhan akhlak remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan budaya negatif kepada generasi yang akan datang persis kata peribahasa, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam memainkan peranan anda  demi mengekang isu keruntuhan akhlak yang sangat sinonim dengan golongan remaja!

Tuesday, 14 March 2017

LATIHAN KARANGAN

Langkah-langkah Mengukuhkan Integrasi Nasional Dalam  Kalangan Rakyat Malaysia

Image result for PERPADUAN

 

Kurikulum Kebangsaan                                                          Aktiviti Sosial                            

                                             Aktiviti Kokurikulum


         

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.                  ..................................................... menang jadi arang. ............................... ungkapan sebuah peribahasa lama yang menggambarkan betapa sesuatu pergaduhan dan pertelingkahan pasti akan membawa kemusnahan kepada kedua-dua pihak. Memori silam yang pernah menjadi titik hitam sejarah negara dan menggoyahkan integrasi nasional  masyarakat majmuk di Malaysia perlu dikikis daripada sanubari kita.  Hal ini telah menarik perhatian Menteri ............................................................................... yang menyatakan bahawa perpaduan kaum asas kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. ......................................... integrasi nasional  atau ..................................... bermaksud penggabungan kaum di sesebuah negara yang dapat mewujudkan suatu bangsa yang bersatu padu, harmonis dan mendukung aspirasi nasional. Pada masa ini majoriti penduduk mulai cinta akan keamanan kerana tidak mahu pisang .................................................. Oleh itu, langkah-langkah yang .................................. perlu diimplementasikan untuk memastikan integrasi nasional  di negara ini terus utuh kerana ......................... bercerai roboh.  ....................................................................................................................................

                       

            ............................................ sudah tentu melalui pelaksanaan kurikulum kebangsaan yang dapat memupuk integrasi nasional  dalam kalangan rakyat.di negara ini ........................................ ................................................................................................................................................ penggunaan sukatan pelajaran yang sama adalah selaras dengan Falfasah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar seimbang dan harmonis dari segi .................................................................................. Pelaksanaan kurikulum ini perlulah merangkumi berbagai-bagai peringkat pendidikan iaitu prasekolah, rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi. .........................................................  apabila sukatan pelajaran yang sama digunakan, mereka yang berlainan kaum dan sekolah juga dapat membincangkan kerja sekolah bersama-sama. Keadaan ini seterusnya akan dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara yang mendalam di hati pelajar dan dapat mendukung prinsip ......................................................., hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. ........................................................ setiap generasi muda hendaklah ditanamkan dalam jiwa mereka semangat integrasi nasional  kerana ............................................................ begitulah kuihnya.

....................................................., integrasi nasional  dapat diperkukuh melalui  kegiatan kokurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. .............................................................................. melalui kegiatan kokurikulum, pelajar yang berbilang kaum dapat bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain serta dapat menanam bibit kerjasama. ....................................................................... inisiatif ini akan menghapuskan bibit-bibit pertelagahan. Sepatutnya amalan nenek moyang hendaklah dipertahankan seperti resmi hidup; ..................................................., ringan sama dijinjing dan ..................................................................., ke lurah sama dituruni. ................................................. apabila mereka membimbing sesuatu persatuan itu bersama-sama ke arah kemajuan. Manusia tidak boleh mengamalkan gaya hidup secara nafsi-nafsi ................................................................ melepaskan pucuk masing-masing. Kita yakin apabila semua anggota masyarakat faham akan maksud integrasi nasional  nescaya kehidupan kita akan menjadi lebih selesa, riang dan harmoni. ...................................... hubungan bagai ............................................. pasti dapat disuburkan ke dalam sanubari rakyat Malaysia.

                        ........................................................................................................ integrasi nasional  dapat diperkukuh melalui aktiviti sosial yang bercorak kemasyarakatan seperti amalan rumah terbuka yang diadakan pada hari-hari perayaan.  ..........................................................................., melalui amalan ini akan wujudlah hubungan bagai ........................................................... atau seperti pendayung dengan ..................................  Amalan ini membolehkan kaum yang berlainan saling berkunjung pada hari perayaan untuk mengeratkan hubungan dan lebih memahami budaya kaum lain.  Amalan ini seterusnya akan dapat memupuk nilai-nilai murni, ................................. kerjasama, faham-memahami, tolong-menolong, sikap kekitaan dan sebagainya.  Aktiviti seperti ini akan dapat mewujudkan hubungan yang sangat akrab ibarat orang memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak atau bak kata pepatah; ..........................................................., paha kanan terasa sakit juga.  ........................................................ integrasi kemalaysiaan  dapat direalisasikan dan kita dapat hidup ibarat .................................................., pecah sebiji pecah semuanya.

            ................................................... sentimen terhadap kaum sendiri akan membawa kepada kehancuran dan perpecahan antara kaum. .......................................,  integrasi nasional  menuntut pengorbanan dan komitmen semua pihak. “Tidak guna tidur sebantal kalau mimpi berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun dalam mimpi yang sama”.  Setiap rakyat Malaysia haruslah mementingkan integrasi nasional  yang menjadi agenda penting negara yang menjadi paksi dan pemacu kejayaan aspirasi nasional. Hal ini penting agar negara kita dapat .........................................................................., berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. ................................ sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berpegang pada prinsip .........................................................................., di situ langit dijunjung. Akhirnya renungilah kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat ini; ..........................................................
...........................................................................................................................................



Wednesday, 24 August 2016

LATIHAN KARANGAN DIMENSI MASYARAKAT:

LATIHAN KARANGAN DIMENSI MASYARAKAT:

Wabak penyakit berjangkit yang merebak pada masa ini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?


            Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat  kini. Di Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak, elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat.

            Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal yang sedemikian akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

            Selain itu, masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang sedemikian akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya daripada djangkiti oleh penyakit. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.

            Hubungan sosial tanpa sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal ini berlaku demikian kerana, tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS. Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota masyarakat supaya dapat mengatasinya, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
            Selain itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini. Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah hendak menyesal, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
            Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal mereka daripada terus menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.
            Oleh hal yang demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti mempertingkat kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini bersesuaian dengan peribahasa, Sediakan payung sebelum hujan.




KARANGAN RANGSANGAN

LATIHAN TAMBAHAN – KARANGAN RANGSANGAN [30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda lentang cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan





 





Membuat Perbandingan Harga                                     Membeli Barangan Berkualiti


Membuat Pilihan Tepat


Maklumat Karangan:

 - industri pembuatan kenderaan negara menerima pengkitrafan dunia, apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). / kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan / perlu dilempar daripada kamus pemikiran masyarakat / masyarakat Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan keluaran negara mereka sendiri sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi industri pembuatan negara maju Eropah. / Mari kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti. / Dalam era komunikasi serba canggih sekarang, maklumat di hujung jari. / mengetahui perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding dengan barangan yang sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang lain. / Menang membeli, menang memakai. / mari kita teruskan perbincangan berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa membeli sesuatu barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian. / gedung beli belah seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket,  Pasar Raya Maidin,  Cereefour,  The Mall,  Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai lagi. /,Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna yang bijak mestilah membuat pemilihan yang tepat. / mempunyai buku atau catatan sepanjang berbelanja. /Amalan merancang perbelanjaan juga akan membudayakan pengguna untuk menambung kerana malang tidak berbau dan dengan menabung, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. / jika tidak dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan. Boros itu amalan syaitan./ Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan berbelanja secara berhemat perlu menjadi keutamaan / kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara golongan insan yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja./hanya jauhari yang mengenal manikam


KARANGAN RANGSANGAN

LATIHAN TAMBAHAN – KARANGAN RANGSANGAN [30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda lentang cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan





 





Membuat Perbandingan Harga                                     Membeli Barangan Berkualiti


Membuat Pilihan Tepat


Maklumat Karangan:

 - industri pembuatan kenderaan negara menerima pengkitrafan dunia, apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). / kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan / perlu dilempar daripada kamus pemikiran masyarakat / masyarakat Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan keluaran negara mereka sendiri sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi industri pembuatan negara maju Eropah. / Mari kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti. / Dalam era komunikasi serba canggih sekarang, maklumat di hujung jari. / mengetahui perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding dengan barangan yang sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang lain. / Menang membeli, menang memakai. / mari kita teruskan perbincangan berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa membeli sesuatu barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian. / gedung beli belah seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket,  Pasar Raya Maidin,  Cereefour,  The Mall,  Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai lagi. /,Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna yang bijak mestilah membuat pemilihan yang tepat. / mempunyai buku atau catatan sepanjang berbelanja. /Amalan merancang perbelanjaan juga akan membudayakan pengguna untuk menambung kerana malang tidak berbau dan dengan menabung, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. / jika tidak dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan. Boros itu amalan syaitan./ Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan berbelanja secara berhemat perlu menjadi keutamaan / kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara golongan insan yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja./hanya jauhari yang mengenal manikam


Friday, 13 May 2016

Karangan Dimensi Masyarakat

Karangan Dimensi Masyarakat

Langkah-langkah untuk Menggalakkan Anggota Masyarakat Menggunakan Pengangkutan Awam
Zaman beralih, musim bertukar.  Setelah tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Prasarana ini dimajukan agar negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara atas angina. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang akan menyokonnyag? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasikan  untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Pokok soalannya, apakah langkah-langkah yang perlu digemblengkan?
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke  destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Badan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali. Jelaslah bahawa inisiatif tersebut merupakan usaha dominan dalam menggalakkan anggota masyarakat menggunakan pengangkutan awam.
Sementelahan, langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Mengapakah langkah tersebut perlu dilaksanakan? Hal ini oleh sebab bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter kerana masa itu umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita.  Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk menarik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.
Selain itu, langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Hal ini demikian, para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Sebagai analoginya, prakasa ini haruslah diperluas  dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan  patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Seperkara lagi, persis kata peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Oleh itu, [ihak sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diterapkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga  kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam  dalam hati mereka. Mengikut kajian yang pernah dilakukan, melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.Justifikasinya, langkah tersebut perlu dilaksanakan memandangkan keberkesanannya.
Pendek kata, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Dengan itu, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Sekiranya semua pihak berpadu kudrat pasti langkah-langkah yang dibincangkan di atas akan menjadi realiti. Tiada perkara yang mustahil sekiranya kita berpegang pada prinsip hati hendak semua jadi.