Sunday 11 May 2014

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


PERENGGAN PENDAHULUAN

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. / permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak / Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. / Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? / Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila./ Persoalannya, …………..

PERENGGAN ISI 1 – Warisan Budaya Malaysia

Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. / Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. / Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. / Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. / Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. 

PERENGGAN ISI 2 – Sebagai hiburan

Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang./ Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. / Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. / Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. / Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. 

PERENGGAN ISI 3 – Sebagai Produk Pelancongan

Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. / Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. [/  Sebagai uswah, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. / Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. / Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia. 

PERENGGAN PENUTUP

Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. / Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. / Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. / Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta. 







Pantun Muhibah dan Perpaduan (Pantun Empat Kerat)

                       Pantun Muhibah dan Perpaduan (Pantun Empat Kerat)

 Muhibah dan Perpaduan
(Pantun Empat Kerat)
Zailani Taslim
  
MAKSUD 
Rangkap 1
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah.

Rangkap 2
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan
cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.

Rangkap 3
Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup
bekerjasama.

Rangkap 4
Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.

Rangkap 5
Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional
diamalkan.

TEMA :
 Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk.

PERSOALAN :
1.    Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
2.    Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.
3.    Persoalan amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
4.    Persoalan kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.
5.    Persoalan kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.

BENTUK 
1.    Terdiri daripada lima rangkap.
2.    Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
3.    Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap
4.    Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
5.    Rima akhir  ‘ab, ab’.

 GAYA BAHASA :
Simile
Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2)

Kata ganda

Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)

Hiperbola

Mengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)

Asonansi
           
Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4)
            Pengulangan vokal a

Aliterasi
           
Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3)
            Pengulangan konsonan n

NILAI :         
1.      Nilai bekerjasama.
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.

2.      Nilai hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing.

3.      Nilai semangat bermasyarakat.
Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.

4.      Nilai Patriotisme.
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan   tempatan.

PENGAJARAN :
1.    Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.

2.    Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.

3.    Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.

LLATIHAN 

1.           Huraikan dua persoalan yang wujud dalam Pantun Muhibah ini. 
2.           Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia?

 Jawapan:
1.           Dua persoalannya ialah:
a.           Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
b.           Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatupadukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.

2.           Cara-cara untuk mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah:
a.           Melalui kempen kesedaran.
b.           Melalui aktiviti gotong-royong.
c.            Melalui perkongsian budaya seperti rumah terbuka.
d.           Melalui pembelajaran mata pelajaran Sivik dan Moral di sekolah.


CAPA RENGAT

CAPA RENGAT
( Baharuddin Kahar )

Sinopsis:

Cerpen 'Capa Rengat' mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, "Aku" akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik Kinto dan "Aku" seperti belangkas.

Pada sebelah petangnya. "Aku" tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Konto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu "Aku" pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. "Aku" mengambil keputusan merayu-rayau di sekeliling di kampung. Ketika lalu di sebidang paya, "Aku" melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.

Seorang budak perempuan, Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan "Aku" berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok "Aku". Akhir sekali, "Aku" diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak "Aku" siap dibina, Su akan memecahkannya.

"Aku" cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan "Aku". Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri "Aku" dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.

Tiba-tiba, ketika "Aku" dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. "Aku" mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.

Pada sebelah malamnya, "Aku" tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. "Aku" ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur.

Setelah sehari berada di kampung, ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. "Aku" berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

Dalam keadaan separuh sedar, "Aku" bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka selesai. Keputusan ibu membuatkan "Aku" sedih apabila "Aku" terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.

Tema:

Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. "Aku" telah mengalami pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa "Aku" mengikut Pak Cik Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.

Persoalan:
1.           Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contohnya, "Aku" yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

2.           Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contonya, Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada "Aku" menyebabkan "Aku" amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya "Aku" amat tidak selesa berada di kampung.

3.           Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contohnya, Dapat dilihat pada watak "Aku" yang menghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.

4.           Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contohnya, Su seronok mandi sungai dan bermain 'kota Buatan' tempat asal ibunya.

Plot:

1. Permulaan
"Aku" pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara "Aku". Pada waktu pagi, Pak Cik Kinto melayani "Aku" dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.

2. Perkembangan
Pada sebelah petang, "Aku" merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. "Aku" betemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan "Aku" sekuntum bunga Capa Rengat ( melur hutan ). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tirinya pulang ke rumah. "Aku" pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.

3. Klimaks
Keesokan paginya, "Aku" dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. "Aku" berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung.

4. Peleraian
"Aku" pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.

Teknik Penceritaan:
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patah, kalau-kalau bertemu denak.

2. DialogContoh:
Contoh: "Cantik. ya!" kata budak perempuan itu.
"Cantik," jaeabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.

3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa "Aku" sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.


Watak dan Perwatakan

1. "Aku"
·                  seorang anak remaja

·                  menghargai alam sekitar

·                  proaktif dan cergas

·                  mempunyai pandangan bernas

·                  berfikiran positif


2. Ibu
·                  pertengahan usia

·                  tegas dengan pendirian

·                  sikap terburu-buru membuat keputusan

·                  prihatin terhadap orang lain

·                  berperilaku mesra


3. Su
·                  budak perempuan awal remaja

·                  bersikap periang

·                  aktif dan cergas

·                  bijak mengolah keadaan

·                  taat kepada ibu

4. Pak Cik Kinto
·                  bapa saudara "Aku"

·                  mahir selok-belok di kampung

·                  mempunyai kemahiran menembak

·                  ikhlas melayani tetamu

·                  melaksanakan urusan dengan cekap

Latar:

Masa
1.           Pagi: - "Aku" dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.

2.           Petang: - "Aku" dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

3.           Malam: - "Aku" tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.

Tempat
Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya
1.           Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto - tempat Pak Cik Kinto membawa "Aku" bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

2.           Paya - tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.

3.           Rumah Pak Cik Kinto - tempat "Aku" dan ibi bermalam ketika pulang ke kampung.


Masyarakat
1.           Masyarakat bandar. Contoh: Diwakili oleh watak "Aku" yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.

2.           Masyarakat kampung. Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

3.           Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.

4.           Masyarakat yang menghargai alam sekitar. Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahi "Aku" bunga Capa Rengat.

5.           Masyarakat yang suka berburu. Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.

Gaya Bahasa:
1.           Kata ganda. Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik
2.           Anafora. Contoh: Mengapa menjadi sayu? Mengapa menjadi kesepian?
3.           Inversi ( Keterbalikan ayat ). Contoh: Demi memandang gunung-gunung dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4.           Personifakasi. Contoh: Melahirkan sinar cemburu.
5.           Simile. Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
6.           Simpulan bahasa. Contoh: Seperti belangkas.

Nilai:
1.           Nilai keberanian. Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam .
2.           Nilai hemah tinggi. Su dan rakan-rakan menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.
3.           Nilai kerajinan. Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.
4.           Nilai kerjasama. Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

Pengajaran:
1.           Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Contoh: Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.
2.           Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contohnya "Aku" menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
3.           Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: "Aku" menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.
4.           Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su, "Aku" dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumah katak dan jalan ke rumah katak.