Monday 2 November 2020

LATIHAN TATABAHASA:

 

LATIHAN TATABAHASA:

 

A.    Senaraikan kata berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan di bawah.

 

 

Persatuan Penduduk Taman Seri Wijaya telah mengadakan perjumpaan dwibulanan. Perjumpaan itu bertujuan untuk membincangkan pembinaan gelanggang multifungsi untuk aktiviti rekreasi penduduk. Sebelum itu, murid-murid prasekolah telah mempersembahkan pertunjukan  silat.  Pertunjukan itu  dibimbing oleh seorang  mahaguru silat  yang terkenal. Gelanggang yang akan dibina nanti akan memberikan manfaat kepada ahli komuniti agar mereka  tidak  antisosial  dan  sentiasa  proaktif.  Seorang  dermawan  juga  berhasrat  untuk menyumbangkan sumber kewangan bagi menjayakan aktiviti yang dirancang.

 

 

B.     Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

 

 

1.      Buah rambai manis itu dipetik dari kebun datuk oleh nenek.

 

2.      Pakaian lembap dijemur di ampaian oleh ibu di halaman rumah. 3.    Anak comel itu merupakan kesayangan kedua-dua ibu bapanya.

4.      Pasukan bola sepak Perak yang memakai jersi kuning menjadi johan Liga Bola Sepak

Peringkat Kebangsaan.

 

5.      Kereta lama ayah tersimpan di dalam garaj sejak tiga tahun lepas.

 

6.      Pelajar yang malas itu telah dimarahi oleh guru kelasnya kerana sering dating lewat ke sekolah.

 

 

 

C.    Senaraikan kata penguat yang terdapat dalam ayat di bawah.

 

 

1.      Harga makanan yang dijual di restoran itu mahal betul,” kata Pak Cik Ramli.

 

2.      Sakit benar kaki saya apabila terpijak paku payung itu.

 

3.      Badannya agak susut setelah menghidap penyakit kronik itu. 4.        Murid yang baru berpindah ke sekolah ini bijak amat.

5.      Indah nian pemandangan di tepi pantai pada kala matahari terbenam.

 

6.      Jam tangan yang dirampas oleh pihak berkuasa di kediaman mewah itu sangat mahal.

 

No comments:

Post a Comment