Showing posts with label FOKUS PERCUBAAN SPM. Show all posts
Showing posts with label FOKUS PERCUBAAN SPM. Show all posts

Tuesday, 25 August 2015

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - AKAUN

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - AKAUN

PRINSIP AKAUN
 
> 1. DOKUMEN
> 2. PERKONGSIAN (PEMBUBARAN)
> 3. TITIK PULANGAN MODAL
> 4. REKOD TIDAK LENGKAP (ANALISIS)
> 5. PENYATA PENYESUAIAN BANK
> 6. SUSUT NILAI, PERUNTUKAN SUSUT NILAI, PELARASAN PELUPUSAN ASET
> 7. TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
> 8. HUTANG LAPUK, PERUNTUKAN HUTANG RAGU

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - SAINS

SCIENCE TIPS --  PAPER 2

 SECTION A
  1. Factors that affect the growth at bacteria - Harmful effects /diseases
  2. Alloy – hardness / structure
  3. Properties of Substances / metals non – metals
  4. Pressure – Bernoulli / Momentum
SECTION B
  1. Nervous system / Proprioceptor
  2. Heredity – mechanism of inheritance / mutation / diseases
  3. Radioactive substance & uses
  4. Soap / Alcohol
  5. Radio Waves / satellite

SECTION C - Light Colour / Electrolysis / Method of Food Processing / label

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - KIMIA

CHEMISTRY TIPS - PAPER 2

SECTION A
  1. Empirical formula. (precaution, draw apparatus, observation, calculation).
  2. Periodic table.
  3. Carbon compound. (alkane, alkane, alcohol.)
  4. Salt
  5. Redox and electrolysis. (define term)
  6. Soap and detergent (how to make soap, adv, disadvantage.)
  7. Contact & Haber process.
  8. Thermochemistry
SECTION B
  1. How to make soluble / insoluble salt  (Identity anion / cation.)

  1. Rate of reaction. (catalyst, surface area, concentration.)
  2. Bond (ionic , covalent)
  3. Combination of (alloy ,glass, polymer) Or Rubber (polymer & vulcanisation)

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - BIOLOGI

BIOLOGY TIPS – PAPER 2 -  SECTION A

  1. Mitosis / meiosis      -   cancer and tissue culture
  2. Enzyme (factor affecting enzyme activity.)
  3. Dynamic ecosystem
  4. Menstrual cycle and negative feed back
  5. Double fertilization
  6. Nutrition
  7. Inheritance / variation
  8. Pollution          – air – Green house effect

SECTION B - Respiration and photosynthesis 

FOKUS PERCUBAAN SPM 2015 - FIZIK

PHYSICS  TIPS (LATEST) - PAPER 2

SECTION A
1.    Micrometer screw gauge / vernier calipers
2.    Latent heat fussion / vaporization / specific heat
3.    Burnoulli
4.    Refraction of light / glass index
5.    Young concept / interference of light / water
6.    CRO and rectification / diode
7.    Logic gate
8.    Half-life / rays / radioactive

SECTION B
9.   Momentum / Boat or plane modification
10. Electromagnet / transformer
11. Gas Law / Gas pressure
12. Projector / lens

PAPER 3
SECTION A - Extension of spring / Hooke law / Object distance on image size / focal length

SECTION B -  Resistant over wire diameter / temperature / Inertia

Sunday, 23 August 2015

FOKUS PERCUBAAN SPM, 2015 - SUBJEK SEJARAH

TIPS SEJARAH - TINGKATAN 4

BAB 3 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

1. Kegiatan Kerajaan Agraria, kepentingan bahasa Sanskrit dan pencapaian masyarakat awal yang menjadi kebanggaan hari ini.
2.Kerajaan Agraria, faktor perkembangan Kerajaan Angkor.
3. Cara penyebaran Hindu – Buddha ke Asia Tenggara
4. Candi – Contoh candi dan tujuan candi dibina.
5. Pengaruh Hindu – Buda dalam sistem pemerintahan, bahasa dan kesusasteraan.

BAB 6 – PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 

1.            Kerajaan Turki Utmaniyyah – faktor kejayaan ke Eropah, sumbangan dan ciri mubaligh Islam.
2..            Kerajaan Bani Umaiyyah – pusat pemerintahan, sumbangan, sumber pendapatan dan faktor kejayaan.
3.            Sumbangan Bani Umaiyyah dalam sistem pemerintahan, peranan Kota Baghdad, pusat penyebaran ilmu Kerajaan Abbasiyyah dan peranan anda membentuk budaya keilmuan.

BAB 8 – PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI M’SIA SEBELUM KEDTGAN BARAT

1. Melaka – perdagangan, cukai, kepentingan cukai
2. Pengaruh Islam – pentadbiran, adat Temenggung, mata wang, nilai Islam dalam perdagangan dan unsur Islam ke arah kegemilangan.
3. Pendidikan – tidak formal dan formal
4. Pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran
5. Perundangan – tidak bertulis ( Adat Perpatih dan Adat Temenggung )
                    -  bertulis ( Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka )

BAB  9 – PERKEMBANGAN DI EROPAH
1. Ciri-ciri Zaman Gelap, persamaan masyarakat feudal tradisional, iktibar.
2. Maksud Zaman Gelap, hierarki masyarakat feudal, hubungan tuan tanah dan petani, Kesan Zaman Renaissance, iktibar penjelajahan dan penerokaan.
3.Penjelajahan dan penerokaan – faktor, tokoh, Perjanjian Tordesillas, kesan penjelajahan.Imperialisme Barat di Asia – faktor dan kesan di Asia Tenggara.


TIPS SEJARAH - TINGKATAN 5

BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI A. TENGGARA

Ciri Birokrasi Barat – Filipina, Indonesia, Burma, Tanah Melayu, Thailand ( Raja MongkuT dan Raja Chulalongkorn )

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA & BANGSA

1.            Negara dan bangsa Malaysia – bagaimana dibentuk, ciri-ciri dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka – warisan Kesultanan Melayu Melaka di negeri Melayu.
2.            Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, Sistem Jemaah Menteri Kelantan, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, demokrasi dan konsep persekutuan di Negeri Sembilan
.
BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA & BANGSA YANG MERDEKA

1.            Pakatan Murni.
2.            Usaha mengadakan Pakatan Murni, sebab Parti Perikatan diterima semua kaum dan  Pendekatan memastikan kemerdekaan terus terpelihara.
3.            Usaha Parti Perikatan, isu Suruhanjaya Reid, kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

BAB 7 – SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN NEGARA M’SIA 

1.            Lambang-lambang negara – jata, lagu, bendera

BAB 9 – MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1.            Pertubuhan – Komanwel, OIC, NAM, Negara-Negara Selatan.




Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - NOVEL

Persoalan Tentang kasih sayang Dalam  Novel Azfa Hanani & Novel Kembara Amira


Persoalan
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira


Datin Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku Murni sempena hari jadinya kerana dia begitu menyayangi anak bongsunya itu. 


Profesor Zaidah sentiasa mengambil berat keperluan dan kebajikan anaknya, Amira walaupun sibuk dengan pekerjaannya kerana Amiralah satu-satunya anaknya dan dia amat menyayangi anaknya itu

Azfa Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk menggantikan Tengku Ellina yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Sumbangsih kerana dia amat menghargai hubungan persahabatan antara mereka yang baru terjalin dan dia mula rasa sayang terhadap sahabatnya itu.  
                                  


Amira sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan untuk mencari kawannya Malique yang hilang.    /     
 Demi sayangnya terhadap sahabat karibnya Amira, Jacintha berusaha mencari Amira yang hampir lemas ketika terjatuh dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras sehingga dia sendiri tersesat di dalam hutan lalu pengsan.                             


Demi kasih sayangnya terhadap ibunya, Abang Mazran berusaha mencari gadis yang mirip wajah adiknya iaituTengku Murni yang telah meninggal dunia lalu meminta gadis itu menyamar sebagai adiknya demi membantu memulihkan tekanan emosi ibunya iaitu Datin Maziah yang tertekan kerana tidak dapat menerima kematian anaknya.

                                
Amira sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya. Perasaan kasih dan sayangnya terhadap ibunya,  Prof. Zaidah jelas digambarkan apabila Amira mengurut-urut belakang ibunya apabila dia ternampak ibunya keletihan.


Pak Long Madi sanggup memelihara Azfa Hanani sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Walaupun dia sendiri hidup dalam kesusahan dan kemiskinan, demi tanggung jawab dan sayang akan anak saudaranya itu, Pak Long sanggup menjaga dan memelihara Azfa Hanani.

Ludin sanggup memelihara anak saudaranya iaitu Itai kerana Tau yang mengalami tekanan perasaan telah mengasingkan dirinya setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama-sama Johnny dengan membawa anak sulungnya iaitu Sabi.




ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - NOVEL

Plot Novel Azfa Hanani & Novel Kembara Amira
Peringkat Plot
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

Permulaan / Eksposisi
Cerita bermula dengan watak Azfa Hanani yang berada dalam kebimbangan setelah pihak sekolah sudah mengenal pasti orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Seri Dian. Azfa Hanani telah dipanggil ke bilik pengetua.
Azfa Hanani diminta untuk menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran kerana wajahnya seiras adiknya yang telah meninggal dunia iaitu Tengku Murni. Demi masa depan persekolahannya dan berpeluang untuk membantu sepupunya Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran itu
Dimulakan dengan watak Amira bersama dengan Jacinta  dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya dengan menaiki keretapi untuk menghabiskan cuti mereka bersama-sama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira untuk menyertai ekskavasi menjejaki  kewujudan tamadun awal manusia.
Perkembangan / Konflik
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dipindahkan ke Sekolah Menenengah Taman Sari. Di situ dia mula berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang terdiri daripada Tengku Ellina, Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terpilih sebagai peserta dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya
Semasa menunggu kedatangan Malique di Air Terjun Angin, Amira tergelincir dan jatuh lalu dihanyutkan arus deras. Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, orang Asli Semai. Malique pula hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia
Klimaks
Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.Tengku Muzaffar turut menghalang persahabatan antara Azfa Hanani dengan Ekran. Berlakulah pertengkaran antara mereka sehingga mendatangkan kemarahan kepada Datin Maziah yang terdengar pertengkaran tersebut lalu beliau terasa tertipu. Setelah penyamarannya terbongkar, Azfa Hanani ditampar dan dihalau oelh Datin Maziah.
Para pelajar universiti awam yang menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Dr.Zawawi menemukan pelbagai artifak seperti kapak dan tulisan zaman purba pada dinding gua yang sangat berharga di Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai bertembung dengan makhluk berbulu dalam usaha menyelamatkan Malique
Peleraian
Datuk Tengku Makmur mengaku bahawa beliau telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun yang lalu. Azfa Hanani dipujuk supaya kembali ke bangle Datuk Tengku Makmur dan menjadi dirinya yang sebenar. Azfa Hanani juga telah muncul sebagai pengerusi terbaik Forum
Rahsia kehidupan Tau akhirnya terbongkar.  Makhluk berbulu yang dianggap sebagai misteri oleh orang Asli Semai sebenarnya ialah Tau. Jennifer juga mengaku bahawa dia ialah Ipah, isteri Tau yang telah lari meninggalkannya dengan mengikut Jonny ke Australia.  Malique pula ialah Sabi iaitu anak kandung Tau dan abang kepada Itai.
Pengakhiran
Cerita berakhir dengan kegembiraan.
Cerita berakhir dengan kegembiraan.


ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - TATABAHASA

Latihan Tatabahasa

1. Bina Ayat - Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan  imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

            i)          Duduk

ii)             Penduduk

iii)            Pendudukan

iv)            Menduduki

v)             Kedudukan

vi)            Terduduk

2.. Pisahkan ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal

i) Industri desa dijalankan di desa, menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan dan menggunakan kemahiran tradisional. Industri desa dapat menambahkan pendapatan penduduk desa dan mengurangkan pengangguran di desa kerana wujud pelbagai peluang pekerjaan berkaitannya.


ii) Iklan memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan memberitahu tentang adanya barangan dan perkhidmatan tertentu di pasaran serta mempengaruhi pengguna supaya membelanjakan wang mereka untuk membeli barangan yang dijual


3. Kesalahan ejaan & imbuhan
i) Para pekebun memperolehi pendapatan yang lumayan setelah bekerja keras menggembeleng tenaga mengusahakan tanaman mereka sejak beberapa tahun yang lalu.
ii) Kakak saya akan berpindah  ke rumah lain yang lebih kodusif  sebaik sahaja anaknya sembuh daripada penyakit kronik yang dihidapnya.
iii) Lokasi penggambaran belum dapat dikenalpasti kerana jalan cerita yang diutarakan agak tertinggal zaman.

3. Kesalahan istilah & bahasa
i) Setelah berita ngeri kemalangan  itu disiarkan menerusi akhbar, orang ramai mula hebah memperkatakannya.
ii) Sikap mementingkan diri sendiri ketika membawa kenderaan di jalan  raya telah menjadi punca utama berlaku kemalangan.
iii) Tempoh yang diberikan pada peniaga untuk meletakkan tanda harga barangan jualannya akan dillonggarkan sebulan lagi.


4. Peribahasa – Berikan satu lagi peribahasa yang membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa berikut:                                                                                                                                                                
i) Genggam bara api biar sampai jadi arang
ii) Air dicencang tak akan putus
iii) sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit                                                                                  



ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015- RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis satu rumusan tentang kepentingan pokok yang terdapat di hutan dalam kehidupan manusia dan implikasi penebangan hutan yang berleluasa. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Pada tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta untuk menggiatkan usaha penyelidikan hutan komersial. Hutan lazimnya dikaitkan dengan kayu balak, binatang  buruan, sayuran dan ulam, buah-buahan dan juga pusat rekreasi orang ramai. Tafsiran ini ada benarnya kerana hutan menyediakan hidupan untuk kelangsungan kitaran hidup sama ada untuk manusia, tumbuhan dan haiwan yang menjadi penghuninya. Mana tidaknya, di kawasan hutan Indo Malayan sahaja dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya 800 spesies kayu balak berharga, 600 tumbuhan ubat-ubatan, lebih 400 spesies rotan, 200 spesies buah-buahan dan beratus-ratus spesies yang menghasilkan bahan bernilai.
            Usaha memulihkan keadaan hutan secara semula jadi perlu pelaksanaan segera. Hal ini demikian kerana selain menjadi sumber rezeki, hutan juga sebagai penentu proses pengekalan ekosistem semula jadi yang tiada tolok bandingnya. Selain bertindak sebagai bahan hidrologi, hutan bertindak sebagai pengawal hakisan tanah. Akar-akar pokok mengikat dan mencengkam tanah untuk menegapkan dan seterusnya menghindarkan tanah daripada  berlakunya banjir serta hakisan tanah. Melalui proses fotosintesis, karbon dioksida diserap oleh tumbuhan untuk membentuk karbohiderat dan membebaskan oksigen sebagai bahan sampingan. Proses ini mengurangkan kepekatan karbon dioksida di atmosfera yang terhasil daripada proses pernafasan dan pembakaran fosil seperti petroleum dan arang batu, di samping membekalkan oksigen.
            Hutan tropika, ibarat sinki karbon dioksida kepada dunia. Sebab itulah pencinta alam asing begitu mempertahankan kepupusannya berbanding hutan negara sendiri. Ladang hutan merupakan kaedah yang paling tepat bagi menangani masalah pembasmian hutan di negara ini. Sekiranya, pokok hutan diperlukan untuk hasil balaknya , mengapa tidak menanamnya? Penanaman semula hutan untuk tujuan komersial bukan sahaja dapat mengelakkan fenomena kepupusan hutan semula jadi, malah aktiviti ini mampu memberi pendapatan yang lumayan dengan sedikit modal dan perniagaan.
            Selain sumber rezeki kepada penduduk pedalaman, hutan juga dihuni oleh flora dan haiwan-haiwan yang kini hampir pupus. Pada masa lalu, binatang-binatang seperti kuang, badak sumbu dan sebagainya berkeliaran di hutan-hutan belantara negara kita. Kini, spesies itu semakin kurang ditemui. Dalam buku-buku sekolah atau ensaiklopedia binatang-binatang tersebut tercatat dalam peta sejarah dunia. Pelajar-pelajar sekolah hanya dapat melihat spesies itu melalui gambar-gambar atau di zoo yang mana mungkin binatang itu diimport dari negara lain. Hal ini, bukan sahaja merugikan generasi akan datang malah di peringkat negara mengurangkan khazanah berharga.
            Kesimpulannya, kita perlu memelihara dan memulihara hutan kita. Kalau tidak kita siapa lagi yang akan mempedulikan harta alam yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita.


Berdasarkan petikan , jawab soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

i)         Berikan maksud rangkai kata tiada tolok bandingnya                                                          [2 markah]

ii)        Mengapakah penanaman semula  hutan amat perlu dilakukan?                                              [3 markah]

iii)        Pada pendapat anda, apakah kesannya jika pokok semakin kurang akibat aktiviti pembalakan yang tidak terancang?                                                                                                                       [4 markah]



ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - RUMUSAN

Baca rencana di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan hutan semulajadi di negara kita dan langkah-langkah untuk mengatasi kepupusan hutan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hutan semula jadi di negara  merupakan salah satu daripada hutan yang tertua di dunia. Usianya yang melebihi 2 juta tahun menjadi eset yang amat berharga kepada negara. Pelbagai jenis tumbuhan dari jenis kayu keras terdapat di kawasan hutan ini seperti pokok cengal, meranti, balau dan sebagainya. Secara tidak langsung keadaan ini menggambarkan bahawa hutan amat perlu untuk diawasi agar tidak pupus memandangkan hutan dapat menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk melancong ke negara kita.

Dalam masa yang sama, tumbuhan semulajadi di negara kita turut menjadi tempat pembiakan haiwan liar supaya tidak pupus. Haiwan utama yang terdapat di sini termasuklah gajah, kuda, harimau dan beberapa spesies lain yang tidak terdapat di negara lain. Menurut beberapa orang pengkaji, keunikan haiwan ini mampu terus dikekalkan jika amalan penjagaan hutan terus dijalankan. Dalam pada itu, penjagaan hutan juga mampu menyediakan kawasan tadahan hujan yang luas serta sumber air bersih untuk kegunaan penduduk. Sumber air daripada hutan ini masih bersih kerana kebanyakan hutan di Malaysia masih belum tercemar.

Menurut seorang pengkaji biotumbuhan iaitu Professor K.L Jessey dari Universiti John Hopkin Amerika Syarikat, tumbuhan semulajadi mampu menyederhanakan suhu di sesebuah kawasan sehingga 5 darjah selsius. Fungsi hutan ini bukanlah kecil memandangkan era pemanasan global semakin kelihatan pada masa sekarang. Dalam masa yang sama, selain berfungsi menyederhanakan suhu, hutan juga dapat mengawal kadar pencemaran yang terlalu tinggi dengan menyerap gas-gas karbon monoksida serta membebaskan gas oksigen ke dalam udara. Dengan cara ini, kandungan udara menjadi lebih stabil dan bersih serta sesuai untuk kehidupan manusia.

Di beberapa buah kawasan hutan di Malaysia, terdapat juga beberapa kelompok masyarakat yang tinggal di situ. Mereka menjadikan kawasan hutan sebagai tempat tinggal mereka khususnya kaum asli di kawasan pedalaman. Apa yang menarik, kebanyakan mereka masih mengamalkan ciri-ciri budaya tradisi yang diwarisi sejak berkurun-kurun lamanya. Budaya masyarakat ini perlu dikekalkan dan dikaji sebagai satu cara untuk mengekalkannya kepada generasi yang akan datang.

Namun begitu, dalam kesibukan dan kegairahan kita mengejar kemajuan hidup, kadang kala hutan turut menerima musibah yang nyata. Banyak kawasan hutan di negara kita telah ditebang untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah bagi tujuan pertanian, pembinaan kawasan petempatan, perindustrian dan sebagainya. Justeru, jika hutan tidak dijaga dan dikawalselia, tidak hairanlah jika satu hari nanti keluasan hutan di Malaysia akan semakin berkurangan dan akhirnya pupus.
           

ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - KARANGAN

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

            Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa jiran sepakat membawa berkat. Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

            Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
            Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

            Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

            Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa  iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

            Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

            Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah  bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.