Monday 2 November 2020

LATIHAN TATABAHASA:

 

LATIHAN TATABAHASA:

 

A.    Senaraikan kata berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan di bawah.

 

 

Persatuan Penduduk Taman Seri Wijaya telah mengadakan perjumpaan dwibulanan. Perjumpaan itu bertujuan untuk membincangkan pembinaan gelanggang multifungsi untuk aktiviti rekreasi penduduk. Sebelum itu, murid-murid prasekolah telah mempersembahkan pertunjukan  silat.  Pertunjukan itu  dibimbing oleh seorang  mahaguru silat  yang terkenal. Gelanggang yang akan dibina nanti akan memberikan manfaat kepada ahli komuniti agar mereka  tidak  antisosial  dan  sentiasa  proaktif.  Seorang  dermawan  juga  berhasrat  untuk menyumbangkan sumber kewangan bagi menjayakan aktiviti yang dirancang.

 

 

B.     Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

 

 

1.      Buah rambai manis itu dipetik dari kebun datuk oleh nenek.

 

2.      Pakaian lembap dijemur di ampaian oleh ibu di halaman rumah. 3.    Anak comel itu merupakan kesayangan kedua-dua ibu bapanya.

4.      Pasukan bola sepak Perak yang memakai jersi kuning menjadi johan Liga Bola Sepak

Peringkat Kebangsaan.

 

5.      Kereta lama ayah tersimpan di dalam garaj sejak tiga tahun lepas.

 

6.      Pelajar yang malas itu telah dimarahi oleh guru kelasnya kerana sering dating lewat ke sekolah.

 

 

 

C.    Senaraikan kata penguat yang terdapat dalam ayat di bawah.

 

 

1.      Harga makanan yang dijual di restoran itu mahal betul,” kata Pak Cik Ramli.

 

2.      Sakit benar kaki saya apabila terpijak paku payung itu.

 

3.      Badannya agak susut setelah menghidap penyakit kronik itu. 4.        Murid yang baru berpindah ke sekolah ini bijak amat.

5.      Indah nian pemandangan di tepi pantai pada kala matahari terbenam.

 

6.      Jam tangan yang dirampas oleh pihak berkuasa di kediaman mewah itu sangat mahal.

 

PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

 

PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

Plot

 

1.    Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2.    Cerita mencapat tahap perkembangan apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.

3.    Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

4.    Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

5.    Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang dating menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

 

 

Kepimpinan Melalui Teladan

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

          Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

          Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

          Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

          Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

          Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

          Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

 

(Dipetik daripada prosa “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket

Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

 

 

        i.            Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.                                                   [2 markah]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

      ii.            Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?

Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.                                                                     [3 markah]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

    iii.            Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari? [KBAT]                                                           [3 markah]

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________