Pages

Enjin Carian

Wednesday, 21 August 2019

PLOT NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN


PLOT NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
 Permulaan (Eksposisi)
·         Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
·         Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha di dalam bas.
·         Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.

Perkembangan
·         Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
·         Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
·         Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
·         Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya iaitu Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
·         Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
·         Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun, cara Danel yang berhemah menyebabkan datuk tidak berkecil hati.
·         Danel sering menulis artikel tentang pisang.
·         Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel.

Konflik
·         Konflik dengan diri sendiri
o    Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.

·         Konflik dengan orang lain
o    Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir  sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
o    Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anak mereka iaitu Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya  itu Che Jah minta diceraikan.
o    Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya.  Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

Klimaks / Puncak
·         Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun tuduhan mereka tidak benar.

Peleraian
·         Kak Hamimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
·         Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
·         Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
·         Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
·         Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
·         Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
·         Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
·         Ibu pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas tanpa ayah.
·         Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
·         Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.


PLOT PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


PLOT PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

BINAAN PLOT

1.   Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

2.    Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah.  Namun demikian, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut.  Oleh itu, Raja Siam, iaitu Raja Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri untuk menyerang Melaka.  Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam.  Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak masing-masing.  Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar.

3.   Cerita mencapai tahap perkembangan apabila Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka untuk menetap di Melaka dan dijadikan baginda sebagai bentara.  Kebijaksanaan Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah mendorong Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja.

4.   Cerita memasuki peringkat perumitan apabila Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak sefahaman.  Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagiannya yang lain menjadi pengikut Paduka Raja.  Sultan Muzaffar Syah berasa bimbang sekiranya perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka.  Oleh hal yang demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.  Tindakan baginda berjaya menyatukan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.  Selepas itu, paduka Raja dijadikan bendahara.

5.   Puncak atau klimaks cerita adalah apabila Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka.  Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam.  Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap dan kembali semula ke Siam kerana ketakutan.  Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandan meminta dia diperlengkapkan untuk menyerang Melaka.  Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka.  Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu telah membantu Melaka dengan menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan dari jauh.  Cau Pandan berasa dadanya dipanah lalu muntah darah dan mati.  Kematian Cau Pandan menggembirakan hati Sultan Muzaffar Syah.

6.   Pada bahagian peleraian, Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun.  Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.

PLOT PROSA TRADISONAL KEPIMPINAN MELAYU TELADAN

PLOT PROSA TRADISONAL KEPIMPINAN MELAYU TELADAN


1.      Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2.      Cerita mencapat tahap perkembangan apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.

3.      Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

4.      Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

5.      Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang dating menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

Plot Cerpen Kulit Kijang Dari Istanbul


Plot Cerpen Kulit Kijang Dari Istanbul

Binaan Plot


1.      Perisitiwa-perisitiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

2.      Permulaan atau pengenalan cerpen ini dimulai apabila penulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis memerihalkan duit bekalan yang dibawanya dan perancangannya untuk membeli cenderamata bagi kaum keluarga dan sahabat handainya.

3.      Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali sebagai Grand Bazaar. Mereka dinasihati oleh pemandu pelancong agar lebih berhati-hati kerana tidak mahu mereka terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ.

4.      Tahap perumitan bermula apabila seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati terhadap penulis yang tidak membeli jaket yang telah dicubanya. Peniaga tersebut menuduh penulis sebagai perempuan muslim yang tidak baik selain mengeluarkan kata-kata kesat.

5.      Klimaks cerpen ini adalah apabila penulis ingin menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai.

6.      Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.

PLOT DRAMA BUKAN GILA


PLOT - BINAAN PLOT DRAMA BUKAN GILA
1.      Plot drama ini disusun secara kronologi.
2.      Bahagian pengenalan atau eksposisi drama ini mengisahkan watak Azmir yang berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada dalam khayalannya.
3.      Cerita sampai kepada tahap perkembangan apabila Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila.  Azmir juga berkhayal akan kehadiran bapanya yang menziarahinya di wad.  Azmir bertelingkah dengan bapanya kerana dia beranggapan bapanya tidak sayangkannya.  Kemudian, Azmir berkhayal pula mengenai Pak Haji melawatnya di wad.  Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka.  Azmir kembali berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya.  Azmir mempertikaikan kata-kata cinta Ani terhadap dirinya.  Selepas itu, doktor datang melawat Azmir di wad.  Doktor memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar.
4.      Cerita memasuki tahap perumitan apabila Arif dan pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama mereka, Sasau.  Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan pelakon-pelakon lain membuat latihan drama.  Azmir mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kuasa.  Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah sistem yang prorakyat.  Para pelakon berbincang  dengan Azmir tentang sistem tersebut.  Tiba-tiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.  Arif memperakui bahawa dia dan rakan-rakannya dapat belajar sesuatu daripada Azmir.
5.      Pada bahagian puncak atau klimaks, Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai sehingga berdarah.  Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya.  Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir.  Selepas itu, doktor datang membawa Azmir ke hospital semula.  Azmir meminta Arif dan pelakon-pelakon lain menolongnya.  Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung.  Doktor mengatakan bahawa orang gila sememangnya pandai berkata-kata.
6.      Cerita mencapai tahap peleraian apabila Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu dan bapa Azmir di rumah.  Ibu dan bapa Azmir menerangkan keadaan Azmir kepada Arif.  Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan.  Pelakon I meminta ibu dan bapa Azmir agar membantu Azmir dengan memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya.  Arif mencadangkan ibu dan bapa Azmir agar berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat.  Di wad pesakit jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antara dia dengan Ani sewaktu mereka bercinta.  Akhirnya, Azmir semakin lemah dan jatuh ke lantai.  Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak.  Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.




Tuesday, 16 July 2019

LATIHAN KARANGAN:


LATIHAN KARANGAN: 
Amalan lama seperti budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat hendaklah disuburkan semula.
Huraikan langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut

MAKLUMAT KARANGAN:
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing / Kita terus berpegang dengan amalan murni budaya lama / ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni /  hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah./ Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. / akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. / Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. / Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 : Ibu bapa menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat / sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada
Isi 2 : Anggota masyarakat berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Generasi muda mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi suri teladan - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua - pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan silaturahim - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
 Isi 5 : Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara generasi – elakkan perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat
Penutup : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni yang sudah lama berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih harmoni dan riang.

TEKNIK PLOT CERPEN GERHANA MANUSIA


TEKNIK PLOT CERPEN GERHANA MANUSIA
1.    Teknik ..........................................................
(a)  penulis memerihalkan keadaan Tuan Besar Musa yang sedang koma akibat penyakitnya itu dan masih hidup dengan bantuan alat sokongan hayat. 
(b)  penulis menggambarkan perihal pesakit-pesakit di dalam wad Unit Rawatan Rapi yang tidak dipedulikan oleh Profesor Doktor Juaidi.  - Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma.  Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riak, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk oleh Doktor Juaidi.
      Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah.  Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, ... (hlm. 71)

2.    Teknik........................................................... 
(a)  Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang Tuan Besar Musa yang sedang terlantar di katil dalam keadaan koma dan tenat. 
(b)  Dialog antara Profesor Doktor Juaidi dengan Nusia berkaitan dengan keadaan Solehah yang mengalami tekanan darah yang semakin rendah. 

3.    Teknik ............................................................
Nusia membayangkan bahawa lima pek darah sejuk yang berada di tangannya mampu menyembuhkan penyakit Solehah, mahasiswa leukemia, dan al-Hafiz. 


4.    Teknik ...............................................................
(a)  Keberaniaan Nusia mempersoalkan tindakan dan arahan Profesor Doktor Juaidi yang menyuruh Nusia memberikan sebotol gelafundin untuk kegunaan Nusia yang sedang koma benar-benar menimbulkan kejutan kepada pembaca. 
(b)  Keberaniaan Nusia untuk memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk telah menimbulkan kejutan kepada pembaca

5.    Teknik ..................................................................
(a)  Peristiwa percanggahan pendapat antara Nusia dengan Doktor Murni berhubung dengan pemberian darah tulen yang disalurkan ke tubuh Tuan Besar Musa menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang penyelesaian pendapat antara mereka berdua itu. 
(b)  Peristiwa tindakan Nusia yang berjaya memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang perkara selanjutnya yang akan berlaku akibat tindakannya itu.  Contohnya:

6.    Teknik...............................................................
(a)  Nusia bermonolog  dengan mempersoalkan pesakit yang akan diberi bekalan darah apabila mendengar arahan Profesor Doktor Juaidi supaya Doktor Murni mendapatkan bekalan darah daripada hospital lain.  - Untuk siapa?  Hatinya musykil sendiri.  (hlm. 71)
(b)  Nusia terkejut dan marah sambil mempersoalkan sama ada Profesor Doktor Juaidi seorang manusia atau tidak kerana menyuruhnya memberikan gelafundin sahaja bagi menggantikan darah tulen untuk Solehah.  - Aku tersentap.  Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku itu.  Manusiakah dia? (hlm. 72)



PLOT CERPEN


PLOT.

PLOTSusunan atau jalinan peristiwa dalam sesebuah cereka sebagaimana yang digambarkan oleh seseorang pengarang.


 

                                           PUNCAK.


                  


  PERKEMBANGAN.                                       PELUMITAN.





PERMULAAN.                                                             PELERAIAN.



PERMULAAN.

Cerita dimulakan dengan gambaran Pak Yusuf dan Mak Piah bersama anak lelakinya Othman ke kebun getah untuk menoreh. Suasana yang aman kini tergugat gara – gara pengganas komunis mengganggu penduduk kampung termasuk mereka. Hal ini menyebabkan Othman berkeinginan untuk menjadi polis.
          Pada suatu hari, tanpa pengetahuan keluarganya, Othman dan rakan – rakannya telah ke Sungai Petani untuk menghadiri temuduga polis. Dia berjaya. Apabila hal ini dimaklumkan kepada ibunya, ibunya menangis dan melarang. Ayahnya tidak membantah dan tidak juga menggalakkan.
          Sebelum Othman pergi berkursus, dia ditunangkan dengan Limah, anak Lebai Karim. Setelah Othman tamat mengikuti kursus di Balai Polis Depoh di Kuala Lumpur, Othman dikahwinkan dengan Limah. Bersema isterinya itu, Othman ke Pagoh untuk berkhidmat sebagai anggota polis.




PERKEMBANGAN.

Limah meminta izin daripada suaminya untuk ke Bandar Muar bersama teman – temannya. Semasa hendak pulang, segerombolan komunis menahan bas yang Limah naiki. Pemandu bas diseksa. Semua penumpang diarahkan turun dan segala barang diminta diserahkan kepada komunis. Mereka diarah menanggalkan pakaian dan selepas itu bas dibakar.
          Wak Karjo berjalan kaki ke kampung Raja yang tidak jauh dari situ. Tiba di pinggir kampung,Wak Karjo meminta bantuan haji Karno iaitu ketau kampung mengarahkan penduduk mereka mendermakan pakaian.



PUNCAK.

Kira – kira jam empat pagi, seorang pengawal ternampak kelibat musuh di luar pagar. Pengganas melepaskan tembakan bertalu – talu di tiga penjuru. Anggota yang tinggal di rumah kelamin segera mempertahankan diri. Sarjan Jamil mengarahkan anggotanya mengawal keadaan.
          Penghulu Ali segera mengumpulkan semua pengawal dan segera bergerak menuju Bukit Kepong. Namun pergerakan mereka dipintas.
          Berita serangan pengganas dimaklumkan kepada Ketua Polis Muar dan Pegawai Daerah Muar. OCPD Pagoh dan pasukan jungle squad bergerak menuju Bukit Kepong. Pengganas menggunakan bom tangan. Lans Koperal Jidin Omar terkena peluru menyebabkan dia cedera parah. Pengganas membakar rumah pasung. Othman dan Mohd Top Lazim terperangkap. Othman lari menyelamatkan diri , terjun ke sungai.


PERUMITAN.

Rumah Pasung Bukit Kepong di kosongkan oleh polis menyebabkan pengganas lebih mudah bergerak. Ramai pemuda dari Bukit Kepong dan kampung seraya dilatih menjadi rekrut mereka. Selepas itu, pengganas masuk ke Bukit Kepong. Penduduk dikumpulkan Lektuan (k.komunis) mengajak pendduduk kampung menyertai pergerakan mereka, dan menurunkan bendera Johor dan menaikkan bendera komunis.
          Punghulu Ali menyeru penduduk agar dkyh daripada komunis, mereka diajak membantu menjaga keamanan, menurunkan semula berndera komunis kemudian beliau bertemu pihak berkuasa agar rumah pasung bukit kepung dipulihkan kembali. 2 minggu kemudian, seramai 15 anggota polis dari pelbagai pangkat diarah berkhidmat di bukit kepong.
          Suatu malam tucksai membawa sepuluh rakannya mengepyung rumah saibun, mereka membunuh mertua, isteri, dan anank anak saibun