Pages

Enjin Carian

Tuesday, 24 June 2014

NOTA RINGKAS & LATIHAN PROSA TRADISIONAL: TINGKATAN 4

NOTA RINGKAS PROSA TRADISIONAL:
Prosa Tradisional
Sinopsis
Tema / Persoalan
Nilai
Pelayaran yang Penuh Peristiwa
        Pelayaran Awang Sulung Merah Muda bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung Merah Muda telah menyamar sebagai budak yang comot dan hitam. Pelayaran Awang Sulung Merah Muda dipandang hina oleh Nakhoda Tua. Pelbagai peristiwa dialami oleh mereka tetapi Pelayaran Awang Sulung Merah Muda dapat membantu menyelamatkan keadaan.

·        Pelayaran Awang Sulung Merah Muda mengiringi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pulang ke Tanah Jawa
·        Penyamaran Awang Sulung Merah Muda
·        Perkahwinan Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·        Keharmonian dan kesejahteraan rakyat
·        Sikap masyarakat dahulu yang suka bersabung ayam

·        Hormat-menghormati
·        Setia
·        Berani
·        Menepati janji
·        Kasih sayang
Merah Silu
        Mengisahkan kehidupan Merah Silu sejak lahir sehingga menjadi raja di Rimba Jerun. Pelbagai peristiwa dialami oleh Merah Silu seperti kematian ibu bapa. Terdapat juga unsur mitos seperti pembukaan negeri. Ketika Merah Silu sampai di Rimba Jerun, Megat Iskandar membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan dilantik menjadi raja. Pelantikan tersebut menimbulkan kemarahan Sultan Maliku’l-Nasar. Beberapa  peperangan berlaku tetapi akhirnya Merah Silu dilantik sebagai raja yang sah.

·        Kehidupan Merah Silu dan sejarah pelantikannya sebagai raja di Rimba Jerun
·        Kehilangan Puteri Betong
·        Tindakan raja yang zalim menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa
·        Peperangan antara dua orang raja yang bersaudara
·        Peristiwa aneh semasa pembukaan sebuah negeri

·        Kasih sayang
·        Nasihat-menasihati
·        Bijaksana
·        Berani
·        Muafakat
Hikayat Indera Nata
      Memaparkan kehebatan anak-anak raja. Cerita ini disampaikan dalam bentuk puisi dan prosa. Indera Nata berkebolehan bercakap dengan binatang. Sewaktu Indera Nata mendaki bukit, dia melihat sebuah mahligai yang didiami oleh tujuh orang puteri.
·        Keberanian dan kehebatan
·        Kebijaksanaan bertindak dan berfikir menyelesaikan masalah
·        Membantu orang yang mengalami kesusahan

·        Kasih sayang
·        Bijaksana
·        Rasional
·        Berani
·        Bantu-membantu


Hikayat Khoja Maimun
      Kepentingan nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita. Watak burung bayan digunakan untuk menyampaikan kritikan dan nasihat kepada golongan wanita yang perlu menjaga maruah mereka apabila ditinggalkan oleh suami.
·        Wanita perlu menjaga kehormatan diri  dengan menghindari perkara yang dapat menimbulkan maksiat
·        Kerukunan rumah tangga yang berlandaskan prinsip kasih sayang dan saling mempercayai
·        Sikap tamak akan harta benda dan menginginkan  kekayaan yang melampau
·        Kejahatan dibals dengan kebaikan
·        Sikap jujur dan ikhlas dalam pekerjaan disukai orang lain

·        Nasihat-menasihati
·        Kasih sayang
·        Bijaksana
·        Amanah
·        Ikhlas
·        Insaf




















Nota & Latihan Prosa Tradisional - Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Sinopsis
Awang Sulung Merah Muda belayar bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.  Awing Sulung telah menyamar sebagai budak yang comot dan hitam menyebabkan Awang Sulung dipandang hina oleh Nakhoda Tua.  Setelah Awang Sulung menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi geliung (sejenis kapal perang/kapal layar/kapal dagang) maka Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati.
Awang Sulung mengarahkan kapal belayar mengikut tiupan angin.  Setelah tiga hari belayar, mereka sampai di Pulau Tapai.  Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung berlabuh untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan.  Kemudian, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung, lalu menyuruh Si Kembang Cina mengambil buyung suasa dan meminta Awang Sulung mengambilkan air.  Awang Sulung tidak pergi ke pulau tetapi berkayuh deras ke tengah laut, tempat arus paling deras.  Apabila dirasa, air masin yang diambil Awang Sulung terasa manis seperti serbat.
Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak geliung untuk memberitahu bahawa Laut Sekona Lingga merupakan kawasan lanun berbahaya.  Sesiapa yang dapat menyelamatkan seisi kapal itu akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.  Ramai yang bercita-cita memperisteri Tuan Puteri, terutamanya jurumudi.  Tuanku Nakhoda Tua meminta Tuan Puteri memanggil budak hitam (Awang Sulung) untuk disuruh melawan lanun di laut.  Setelah dipujuk, Awang Sulung pun mandi dengan limau selimpar pagar dan sabun mandi.  Tubuhnya yang hitam menjadi putih dan Tuan Puteri semakin terpikat.  Sesudah lengkap berpakaian pusaka tua warisan bonda, dia mengenakan keris dan pedang yang sakti lalu berjumpa ketua lanun.  Awang Sulung menyuruh ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara untuk mengambil Tuan Puteri supaya dijadikan penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakang mereka.  Mereka mengenali suara Awag Sulung lalu berasa takut.  Awang Sulung memberitahu ketua-ketua lanun bahawa pelayarannya kerana menemani Tuan Puteri pulang ke negerinya.  Tambahan pula, Awang Sulung berhutang dua puluh lapan rial dan emas sejangka tiga kepada Datuk Batin Alam.  Ketua-ketua lanun mengatakan akan memenuhkan kapal itu dengan rial batu dan emas. 
Tuan Puteri menafikan bahawa Awang Sulung sebagai tawanannya tetapi sebagai seorang pahlawan yang handal.  Awang Sulung menyatakan bahawa dia telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampasnya daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.  Awang Sulung memberitahu hendak pulang ke negerinya, Bandar Mengkalih  menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terkejut lalu pengsan.  Awang Sulung pun berpantun dan apabila tersedar, Tuan Puteri berpantun juga dengan pantun kasih sayang.  Setelah lanun-lanun yang dijamu pergi, jurumudi membuat helah dengan menikam seekor ayam dengan kerisnya.  Dengan keris berlumuran darah, jurumudi memberitahu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang menyelamatkan kapal itu daripada serangan lanun.  Tanpa usul periksa, Tuanku Nakhoda Tua menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan anaknya dengan jurumudi.  Tuan Puteri membantah kerana Tuanku Bertindak tanpa menyiasat.  Akhirnya, Awang Sulung pun dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.  Setelah kenduri beberapa hari, kapal itu pun belayar meninggalkan Laut Pulau Salah Nama menuju ke Tanah Jawa.  Setelah Awang Sulung dan Tuan Puteri berbalas-balas pantun dengan menyindir jurumudi, sampailah kapal itu ke Negeri Pati Talak Terengganu.  Semasa berangkat, berlaku peristiwa aneh.  Segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan disambut oleh seluruh isi alam.  Sebelum naik ke balairung seri, ayam Awang Sulung Merah Muda yang bernama Kinantan Suci telah menang berlaga dengan ayam negeri itu.

Tema 

Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.

Persoalan

1. Persoalan tentang serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
2. Persoalan tentang dugaan semasa pelayaran
3. Persoalan tentang sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan bangsawan.
4. Persoalan tentang sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati.-  Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
5. Persoalan tentang bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu.

Watak dan Perwatakan

Awang Sulung Merah Muda
1.               Awang Sulung ialah anakanda kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
2.               Awang Sulung menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.               Awang Sulung merendah diri.  Baginda tidak menunjuk-nunjukkan kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.
4.               Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
5.               Awang Sulung memiliki keras dan pedang sakti.
6.               Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian.  Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, tidak perlu memegang kemudi semasa belayar, menukarkan air masin kepada air manis, dan sebagainya.
7.               Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
8.               Awang Sulung pandai berpantun.
9.               Awang Sulung suka bersabung ayam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
1.               Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
2.               Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung.
3.               Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terlalu mengikut perasaan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
4.               Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tegas dalam menegakkan kebenaran apabila menyanggah pendapat ayahandanya yang terpengaruh oleh tipu daya jurumudi.

Si Kembang Cina
1.               Si Kembang Cina orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2.               Si Kembang Cina taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.               Si Kembang Cina pandai memujuk Awang Sulung.
4.               Si Kembang Cina bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awamg Sulung.

Tuanku Nakhoda Tua
1.               Tuanku Nakhoda Tua ialah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2.               Tuanku Nakhoda Tua mudah percaya akan percakapan orang.
3.               Tuanku Nakhoda Tua kesal akan kesilapannya yang memandang rendah terhadap Awang Sulung.
4.               Tuanku Nakhoda Tua menepati janji, iaitu mengahwinkan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puterinya.

Jurumudi
1.               Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa dialah yang menyelamatkan geliung daripada amukan Tuan Puteri Dayang Seri Nuramah dan serangan lanun.
2.               Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3.               Jurumudi berasa iri hati terhadap Awang Sulung yang mendapat perhatian Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
4.               Jurumudi pengecut apabila lari lintang-pukang menyelamatkan nyawa daripada serangan lanun.

Latar Tempat

1. Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Di Pulau Tapai
3. Di Pulau Salah Nama
4. Di Negeri Pati Talak Terengganu

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang terdiri daripada golongan bangsawan.
2. Masyarakat yang terdiri daripada golongan bawahan yang bekerja untuk raja. -  anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Masyarakat yang taat kepada pemerintah.
4. Masyarakat lanun yang suka merompak.
5. Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
6. Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.

Nilai Murni

1. Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
2. Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
3. Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana saja kita berada supaya kita akan dihormati
2. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat
3. Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan suatu masalah yang timbul
4. Kita hendaklah bersedia memberi bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan
5. Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan.

LATIHAN 1:

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar.Mereka kenal itulah suara Awang Sulung.  “Hai, baru ini kita kiamat,  kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!”  bisik mereka sesama sendiri.

“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya.  Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan  rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu.  Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah  patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lalgi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial
kepada patik?  Sebenarnya dagang yang hina inilah menjadi tawanannya.Dia seorang pahlawan yang handal.”

(Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)


     ( I ) Berikan maksud berhutang rial. [2 markah]  - meminjam wang/duit
                                                             …………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………


( ii) Mengapakah Awang Sulung tidak memberitahu lanun-lanun itu tentang pelayarannya? [3 markah] - sedang menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk balik ke negerinya /berhutang sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa / berhutang untuk melangsaikan hutangnya dengan Datuk Batin Alam

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….


          (iii) Sekiranya anda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, apakah yang akan anda lakukan setelah mengetahui Awang Sulung ialah penghulu kepada lanun-lanun yang menyerang geliung panjangnya? [ 3 markah] - Meminta Awang Sulung terus mengemudi dan menemami saya hingga sampai ke negeri saya / Meminta Awang Sulung mengarahkan lanun-lanun tersebut tidak mengganggu perjalanan saya pada bila-bila masa / Melantik Awang Sulung sebagai ketua jurumudi kapal saya / Meminta Awang Sulung mengarahkan lanun-lanun mengiringi dan melindungi  pelayaran saya hingga sampai ke negeri saya. / Mengadakan perjanjian kerjasama  dengan lanun-lanun untuk menjaga perairan  negeri saya. / Mengadakan perjanjian kerjasama dengan  lanun-lanun untuk melindungi kapal-kapal   yang berurusan dengan negeri saya.

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….


Tandatangan Guru: ………………………………..                                      Tarikh: ………………………………..
Nota & Latihan Prosa Tradisional - Merah Silu

SINOPSIS


Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan dua orang anak lelaki bernama Merah Silau dan Merah Hasum. Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau terpandang semasa isterinya sedang menyikat rambut.
Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sebaik darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.Berita Puteri Bentong diketahui ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan mereka.Kedua-duanya meninggal dunia. Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan membuka perkampungan di sana. Suatu hari ketika Merah Silu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan dan meminta orang membuat bubu untuknya.
Setelah bubu ditahan dan diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu mengambil keputusan merebus cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan berita itu sampai kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mengikut katanya.Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.Merah Silu keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan seekor kerbau.
Megat Iskandar bercadang menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak bersetuju. Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘ 1-Nasar ke Rimba Jerun lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke rimba.Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.
Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku’1-Nasar sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu menamakan tempat itu Kubu.Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke Kumat.Berita tentang Sultan Maliku di ketahui oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan Maliku sehinnga kalah.Seorang Hulubalang Sultan Maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke Barus dan ditangkap oleh raja Barus. Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di Rimba Jerun.

TEMA 
- Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.

PERSOALAN
1.     Persoalan tentang perselisihan faham sesama adik-beradik 
2.     Persoalan tentang peperangan dan permusuhan antara dua buah Negara
3.     Persoalan tentang perkara yang berlaku di luar logik akal
4.     Persoalan tentang keberanian anak raja yang merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri jajahan.
5.     Persoalan tentang sikap raja yang gemar berjudi
6.     Persoalan tentang peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan

 WATAK
Merah Silu - Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong./ Adindanya bernama Merah Hasum. /  menjadi yatim piatu sejak kecil.berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeri selepas kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggal dunia dalam peperangan / menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya bertukar menjadi emas dan perak./ gemar menangkap kerbau liar dan menyabung ayam. / kerap menang dalam beberapa siri peperangan / bersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiap orang yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung. / ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.
Merah Hasum - Adinda kepada Merah Silu./ Setelah kematian ibu bapa, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantau mencari petempatan baru./  tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar menangkap kerbau./ tidak menghormati kakandanya kerana sanggup mengusir kakandanya hanya kerana tidak sefahaman.
Merah Gajah - ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum./ suami Puteri Betong./  tidak mendengar kataapabila mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat. / dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.
Puteri Betong - anakanda Raja Muhammad./  bonda Merah Silu dan Merah Hasum./ isteri Merah Gajah. / mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya./ meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh Merah Gajah.
Megat Iskandar - saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar. / seorang yang pengasih dan baik hati aspabila sanggup menerima Merah Silu  yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang

PLOT - Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hingga mencetuskan peperangan antara dua buah negara.
Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.
Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.
Plot mencapai kemuncak  atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.
Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.




LATAR
Latar Tempat
1.     Semerlanga. - Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau.
2.     Beruana.- Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.
3.     Kerbau Kampung. - Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.
4.     hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang.- Tempat persinggahan Merah Silu ketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat Merah Hasum.
5.     Buluh Telang. - Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.
6.     Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan di Kumat. - Sultan Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.
7.     Rimba Jerun.-    Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.

Latar Masa - Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya. / Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Latar Masyarakat
1.     Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.- MerahSilu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.
2.     Masyarakat bangsawan yang gemar berperang - Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dan cedera.
3.     Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru - Merah Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan baru bernama Beruana.
4.     Masyarakat yang percaya kepada mitos - Merah Silu telah membawa pulang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak.
5.     Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.- Merah Silu suka menangkap  kerbau liar dan bersabung ayam.
6.     Masyarakat yang menghormati keturunan raja.- Megat Iskandar amat menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.

NILAI MURNI
1.     Nilai taat setia - Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.Sebagai contoh, rakyat jelata taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.
2.     Nilai murah hati.- Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya  berkemampuan. Sebagai contoh, Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang menonton.
3.     Nilai berdikari. - Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaran hidup. Sebagai contoh, Merah Silu mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.
4.     Nilai keberanian. - Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Sebagai contoh, Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam peperangan.
5.     Nilai baik hati. - Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Sebagai contoh, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu dengantangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang

PENGAJARAN
1.     Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.
2.     Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannya melalui peperangan.
3.     Kita janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan juga merupakan makhluk Tuhan yang bernyawa.
4.     Kita hendaklah berani menentang musuh.
5.     Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebih muda.
6.     Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik mungkin.


LATIHAN 2:

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
 

Pada suatu hari, Merah Silu pergi bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orangnya membuat bubu. Setelah bubu siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai untuk menahan bubunya. 

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.
 
Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.” 
(Dipetik daripada prosa tradisional ”Merah Silu” Ismail Ahmad, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 53) 


(i) Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu terhadap cacing gelang-gelang itu? [2 markah] - tidak membuang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya buat kali ke-3. / menganggap itu kurnia Allah / memasukkan cacing gelang-gelang itu ke dalam kawah lalu direbusnya./ menjadi emas dan buihnya menjadi perak

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….


(ii) Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal. [3 markah]-
selain mendapat cacing gelang-gelang yang direbus menjadi emas dan buihnya menjadi perak, Merah Silu juga memiliki kerbau yang banyak./ Di Buluh Telang, Merah Silu mengadakan perlawanan sabung ayam dan mendapat sambutan daripada juara sabung ayam./ Setiap orang yang kalah dan penonton akan diberi seekor kerbau./  dikasihi oleh rakyat Megat Iskandar dan Megat Kedah kasih akan Merah Silu. / Akhirnya, Merah Silu dirajakan di Rimba Jerun.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….


iii. Jelaskan tempat dan sebab Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebelum dirajakan di Rimba Jerun. [3 markah] -
setelah kematian bapanya Merah Gajah yang dibunuh oleh mentuanya, Raja Muhammad lalu Merah Silu pergi ke Beruana./  dikatakan bermain dengan kerbau yang dianggap sebagai haiwan yang tidak berguna dan menimbulkan kemarahan orang kampung, Merah Silu diberi pilihan oleh adiknya, Merah Hasum agar meninggalkan tempat itu jikalau tidak mahu mendengar nasihatnya./  berpindah ke Buluh Telang. / Setelah memerangi Sultan Maliku’l- Nasar, Merah Silu pergi ke Pertama Terjun, kemudian ke Gunung Tawas, ke Pekersang dan ke Kumat. /  memerangi Tuanku Maliku’l-Nasar di Kumat dan akhirnya menjadi raja di Rimba Jerun.

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….

Tandatangan Guru: ………………………………..                                      Tarikh:

Nota & Latihan Prosa Tradisional - Hikayat Indera Nata

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA
ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Tema
Pengembaraan anak raja yang menempuh pelbagai cabaran demi melaksanakan tugas raja
Indera Nata mengembara kerana ingin mencari gajah bergadingkan emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh Indera Nata seperti menemui binatang buas, mendaki bukit yang tinggi, menyelamatkan tujuh puteri dan mengalahkan raksasa dan semua cabaran itu dapat diatasinya
Persoalan
Persoalan tentang keberanian anak raja menempuh cabaran
Indera Nata seorang yang sangat berani kerana binatang-binatang buas dapat ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat daripada dimakan oleh binatang buas
Persoalan tentang kehebatan dan kesaktian anak raja/ bangsawan
Indera Jenaka juga hairan apabila melihat Indera Nata dapat bercakap dengan binatang-binatang buas itu
Persoalan tentang patuh pada arahan raja
Inderanata patuh pada arahan Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
Persoalan tentang kebijaksanaan untuk mendapat sesuatu yang dihajati
Tuan Puteri memberitahu jika raksasa ingin melihat hati mereka besar, mereka mencadangkan raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hati mereka cepat membesar
Persoalan tentang tipu muslihat untuk menyelamatkan diri
Indera Nata dan tuan puteri mengambil kesempatan apabila raksasa mencari kijang emas dengan menunggang gajah serta membawa segala peralatan yang terdapat di mahligai bersamanya
Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Bonda Indera Nata menyatakan sepeninggalan Indera Nata hatinya tidak senang sehingga tidak dapat makan, minum dan tidur kerana sangat teringatkan anaknya.
Watak & perwatakan

Indera Nata
Seorang yang berani
Indera Nata dapat menewaskan binatang buas yang menyerang Indera Jenaka
Seorang yang patuh pada arahan
Indera Nata patuh pada perintah ayahandanya, raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
Seorang yang bijaksana
Indera Nata memperdayakan raksasa supaya mencarikannya gajah bergadingkan emas dan melarikan tujuh puteri ke Rom
Seorang yang baik hati
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi mangsa raksasa dengan membawanya pulang ke Rom
Watak & perwatakan

Tuan Puteri Cendana Kesuma
Seorang yang petah berkata-kata
Tuan Puteri petah berkata-kata apabila bercakap dengan Indera Nata dan juga boleh berpantun
Seorang yang bijaksana
Tuan Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hatinya cepat membesar
Seorang yang penyayang
Tuan Puteri menangis kerana teringat akan allanad dan bondanya
Latar masa
7 hari 7 malam
Perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
Waktu siang
Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan
Waktu pagi
Raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas
Waktu petang
Raksasa tidur
Waktu tengah malam
Indera Nata tiba di rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri


Latar tempat





Negeri Rom (rumah Si batu Kembar)
Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya perihal Indera Nata yang sangat berani dan menyelamatkannya daripada dimakan binatang buas
Sebuah bukit tinggi
Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawannya
Sebuah peti emas
Indera Nata disembunyikan oleh tuan puteri di dalam peti emas supaya tidak diketahui oleh raksasa
Rumah bonda Indera Nata
Indera Nata berjumpa dengan bondanya setelah pulang mengembara bersama-sama dengan gajah bergadingkan emas dan tujuh orang puteri
Latar masyarakat



Masyarakat bangsawan
Diwakili oleh Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati dan Tuan Puteri Cendera Kesuma
Masyarakat yang berani
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
Masyarakat yang patuh pada arahan
Indera Nata patuh pada arahan ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Masyarakat yang suka membantu
Indera Nata membentu menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan oleh binatang buas
Masyarakat yang bijaksana
Indera Nata dan tuan puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga dapat melepaskan diri
Nilai
Taat setia
Indera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Baik hati
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan raksasa
Keberanian
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
Bijaksana
Indera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri
Kasih sayang
Bonda Indera Nata tidak dapat tidur dan makan kerana teringat akan Indera Nata yang mengembara mencari gajah bergadingkan emas
Pengajaran
Kita hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkan
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas
Kita hendaklah taat pada perintah raja walaupun pekerjaan itu sukar
Indera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan supaya beban mereka dapat diringankan
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan kepada raksasa
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah agar matlamat dapat dicapai
Indera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri daripada menjadi tawanan raksasa
Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihadapi
Indera Nata sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai matlamaynya untuk mencari gajah bergadingkan emas
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
Sebermula, hatta
Bahasa Istana
Tuanku, kakanda, anakanda
Puisi tradisional - pantun
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga
Hujan arah ke langit biru
Tawakalku dapat juga
Simile
Maka ia mendengar bunyi seperti ribut
Hiperbola
Gajah bergadingkan emas, kijang putih bertandukkan emas




LATIHAN 3:

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
 

          Syahadan maka baginda pun bertanya,  "Hai Indera Jenaka, manatah Si Piatu itu sekarang ini?"

          Maka sembah Indera Jenaka itu,  "Ya tuanku, adapun Si Piatu itu bukankah akan namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam.  Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang.  Maka hamba pun terlalu sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.  Maka hambapun terlalu takut melihat kelakuannya itu.

           Hatta maka raja pun hairan mendengar ceteranya Indera Nata itu,  "Wah, anak siapakah gerangan itu maka terlalu ia sangat beraninya dan bijaksana itu!"

(Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Indera Nata dalam antologi Harga Remaja) 


(i)     Berikan maksud mergastua yang buas-buas [2 markah] - binatang yang ganas-ganas

…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….

(ii)    Apakah keistimewaan-keistimewaan Indera Nata? [3 markah ] - boleh menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya /  berani berhadapan dengan binatang yang buas serta dapat bercakap dengan binatang./  mampu melindungi diri daripada dimakan oleh binatang buas.

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….

(iii)   Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Indera Nata berkhidmat dengan kerajaan anda? [3 markah ]-  memberikan hadiah-hadiah yang lumayan kepada Indera Nata supaya dia mahu berkhidmat dengan kerajaan saya. / akan menawarkan jawatan yang tinggi iaitu melantiknya sebagai pembesar negeri./  menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lengkap dan mewah untuk Indera Nata./   akan memperiterikan Indera Nata dengan puteri saya. 
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….






Tandatangan Guru: ………………………………..                                      Tarikh:



Nota & Latihan Prosa Tradisional - Hikayat Khoja Maimun



Bab 1 :

Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung
Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.

Bab 2: Cerita Pertama

Cerita Pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan rahsia bahawa dia telah bermukah / berzina  dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati Isteri saudagar memberitahu  suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan menyebabkan isterinya diterima kembali.

Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah
siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 3: Cerita Kedua

Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun  dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak.

Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi.

Bab 4 : Cerita Ketiga

Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu  memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya Hal ini demikian kerana dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya.

Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan takut akan azab Allah dan segera bertaubat.

Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi
Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.

Tema

Kebijaksanaan dalam memberi nasihat. Burung bayan telah bertindak dengan bijak untuk memelihara kesetiaan dan ketaatan Bibi Zainab terhadap suaminya. Kalau dia mengikut langkah burung tiung melarang Bibi Zainab bertemu anak raja, pasti dia juga akan mati. Manakala pendekatan burung bayan dengan cara bercerita telah menarik perhatian Bibi Zainab untuk dijadikan pengajaran agar tetap setia kepada suaminya.

Persoalan

  1. Persoalan tentang tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kehormatan dan kesucian diri sewaktu suami keluar mencari rezeki. Isteri yang baik akan menjaga dirinya supaya tetap setia kepada suaminya, walaupun suami tiada di rumah.
  1. Persoalan tentang kebijasanaan bertindak. Khoja Maimun telah bertindak dengan bijak untuk membeli burung bayan dan burung tiong yang dapat menjaga dan mengawal isterinya daripada terjerumus ke lembah maksiat.
  1. Persoalan tentang suami yang bertanggungjawab. Khoja Maimun merupakan seorang suami yang bertanggung jawab kerana sanggup keluar jauh untuk mencari rezeki walaupun terpaksa meninggalkan isterinya yang cantik dalam tempoh yang lama.

Nilai
Pengajaran.
  1. kebijaksanaan. Burung bayan telah bertindak dengan bijaksana secara bercerita sehingga Bibi Zainab terleka untuk bertemu anak raja.
Setiap tindakan yang hendak dilakukan hendak secara bijaksana agar dapat diterima oleh orang lain tanpa sebarang masalah.
  1. Keberanian. Burung tiong telah bertindak dengan berani untuk mengakkan kebenaran, walaupun dia menerima hukuman mati.
Untuk menegakkan kebenaran, kita perlu berani walaupun terpaksa menerima hukuman yang berat.
  1. Kejujuran dan kesetiaan. Sikap jujur dalam berumah tangga penting untuk memelihara kerukunan rumah tangga.
Kesetiaan dan kejujuran adalah penting dalam sesuatu perkahwinan. Jika berlaku curang, sesebuah rumahtangga akan hancur berkecai.
  1. Kasih sayang. Walaupun Khoja Maimun terpaksa keluar jauh, beliau telah membeli dua ekor burung untuk memastikan isteri beliau tidak kesunyian.
Kehidupan berumahtangga perlu dipupuk dengan kasih sayang.
Watak

Burung Bayan
  1. Pandai berkata-kata, dan bercerita.
  2. Memiliki semangat kesetiaan yang tinggi kepada tuannya.
  3. Bertindak secara bijaksana untuk mencapai maksudnya melarang Bibi Zainab bertemu anak raja.


Bibi Zainab
  1. Isteri Khoja Maimun yang cantik dan masih muda.
  2. Oleh kerana terlalu lama ditinggalkan suami, beliau berniat untuk berlaku curang, tetapi berjaya dihalang melalui kebijaksanaan burung bayan.
  3. Tidak kuat iman dan mudah terpedaya melalui kedudukan seseorang.

Khoja Maimun
  1. Suami kepada Bibi Zainab.
  2. Ahli perniagaan yang ternama.
  3. Bersifat penyanyang terhadap isterinya.
  4. Bertindak secara bijak dengan membeli dua ekor burung untuk menemani isterinya
LATIHAN 4:

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
.
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”

Setelah Khoja Maimun mendengar kata Bayan itu, terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya kepada orang itu, “Tuan hamba berikanlah hamba burung ini, darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu.

(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu? [2 markah]- mengenai nilai barang, saya mahu beritahu kemudian
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
(ii) Bayan menceritakan keistimewaan Bayan kepada Khoja Maimun agar Khoja Maimun membelinya. Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang dijelaskan Bayan kepada Khoja Maimun.[3 markah] - seluruh alam di bawah pandangannya / seekor burung yang taat kepada Allah dengan sentiasa memuji akan kebesaran Allah /  Bayan dapat mengetahui kejadian sepuluh hari mendatang
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………


(iii) Bayan sengaja menceritakan kehebatannya kepada Khoja Maimun. Pada pandangan anda, mengapakah seseorang sanggup menceritakan kebolehannya kepada orang lain? Berikan tiga sebab hal tersebut boleh terjadi. [3 markah]-
untuk meyakinkan orang lain akan kehebatannya / dengan harapan diberi tanggungjawab, jawatan atau pangkat yang sesuai / untuk menutup kelemahan yang dimiliki agar tidak disisihkan daripada kumpulan / untuk menarik perhatian kumpulan agar sikap dan kata-katanya sentiasa dipercayai

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………











Tandatangan Guru: ………………………………..                                      Tarikh: