Pages

Enjin Carian

Thursday, 21 August 2014

ULANG KAJI SPM- BM

BINAAN PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA
BAHAGIAN PLOT
HURAIAN
Bahagian Pengenalan / Eksposisi
Pembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika berehat di kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga.
Bahagian Perkembangan
Amira dihanyutkan oleh arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air terjun. Amira hamper lemas, tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani john O’Hara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit. Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh.
Bahagian Konflik
Itai membawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi, dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah pondok.
Bahagian Klimaks / Puncak
Amira, Itai, Jacinta, dan Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka nyaris diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh Pak Lias. Misteri makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung. Tau rupanya yang menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di hutan itu sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau.
Bahagian Peleraian
Amira kini bergelar mahasiswa dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di ibu Negara. Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu dan rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Jacinta menguruskan perniagaan fesyen bapanya di Paris. Ibu Amira masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Malique Berjaya menggagalkan projek cari gali emas. Dr. Zawawi bertukar bidang, iaitu terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut

ULANG KAJI SPM- BM


Pembinaan Plot Novel Kembara Amira

(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat   Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

(iii) Klimaks
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi  menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan  tersebut.

(iv) Peleraian
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.

Teknik Plot
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.

2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.  Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

5. Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya.  Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang.  Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya?  Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

Apa benda itu?”  Jacinta turut tidak sabar.  Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi.  Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai.  Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

ULANG KAJI SPM- BM

PLOT NOVEL AZFA HANANI

-          Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
-          Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa.

Permulaan cerita.
*       Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap.
*       Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.

Perkembangan.
*       Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
*       Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku Murni.
*       Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.
*       Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
*       Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.
*       Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran.

Klimaks/Puncak Cerita
*       Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.
*       Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
*       Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.

Peleraian Cerita
*       Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.
*       Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah.
*       Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.
*       Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.
*       Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
*       Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik.
*       Kumpulan budak glamor dibubarkan.

Teknik Plot
Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya menarik dan berkesan.

1.       Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.
-                      Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya, pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.

2.       Teknik dialog.
-                      Untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani berdialog dengan Kak Finaz.

3.       Teknik Monolog dalaman.
-                      Watak berkata-kata di dalam hati atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.

4.       Teknik Imbas Kembali
-                      Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya, Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku Mazran.

5.       Teknik Suspen.
-                      Unsur suspen dapat mengundang minat pembaca untuk menghabiskan  bacaan bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar.

6.       Teknik Kejutan.

-                      Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.

ULANG KAJI SPM- BM

   
AMALAN MENABUNG

         Istilah “berjimat cermat” sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada era pascamode ini. Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat cermat? Sebernanya berjimat cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara. Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahillah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi, maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat. Sesungguhnya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada alaman itu. Saya yakin bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Oleh itu,kepentingan amalan berjimat crmat dan usaha-usaha menjayakannya yang mewarnai focus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
            Justeru, salah satu kepntingan amalan berjimat cermat ialah mempunyai persediaan dan jaminan masa hadapan. Hal ini membolehkan individu merancang masa depan dan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Sebagai contoh, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat cermat terutamanya dalam apek kewangan kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Dengan mempunyai wang simpanan, ibu bapa dapat membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak. Selain itu, generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia tua. Hal ini erbukti kebanyakan generasi muda akan mengahadapi masalah jika gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan, supaya generasi muda tidak sudah terhantuk baru tengadah. Di samping itu, kita janganlah menjadi masyarakat yang sentiasa mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa mengharapkan bantuan daripadakerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh itu, amalan berjimat cermat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri.
            Selain itu, mempunyai persediaan yang mencukupi untuk menghadapi waktu kecemasan ialah salah satu kepentinganny. Prsis peribahasa, malang tidak berbau, sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, amalan berjimat cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa ataupu kaum keluarga. Kita juga tidak perlu “mengemis” di merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Oleh itu, kita perlulah membuat persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Hal ini terbukti apabila kos rawatan yang terlalu tinggi amat membebankan pesakit tersebut. Jika pesakit gagal menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian. Jelaslah bahawa langkah berjimat cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa penyakit.
            Kepentingan yang terakhir ialah kestabilan ekonomi negara. Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Untuk membangunkan ekonomi negara, kita perlulah membeli barangan buatan tempatan atau melancong di dalam negara sendiri. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan pengaliran wang keluar, wang yang dibayar atau dibelanjakan itu akan diterima oleh pengeluar empatan dan wang tersebut mengalir di dalam negara. Oleh itu, negara dapat menggunakan wang tersebut untuk membiayai pelbagai projek. Selain itu, negara juga tidaklah perlu membuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia dan maruah negara diselamatkan serta dipelihara. Kegiatan ekonomi tempatan juga dapat dihidupkan secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mapan serta dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestic. Sehubungan dengan itu dapat member sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap berjimat cermat pemaangkin kekukuhan ekonomi negara.
            Langkah-langkah amalan berjimat cerrmat termasuklah ibu bapa memainkan peranan yang penting. Ibu bapa sendiri perrlu memupuk amalan berjimat cermat dan mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimat cermat. Bak kata peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini terbukti ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Justeru, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak memupuk minat suka menabung dan berjimat cermat nalah makanan seimbang yang disediakan oleh ibu bapa dari segi khasiatna malah terjamin kebersihannya. Hal ini tidak timbul lagi masalah keracunan makanan. Di saming itu, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan beli barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan. Dengan itu, amalan berjimat cermat perlu dijadikan budaya yang paut diamalkan oleh setiap pelajar.
            Langkah yang seterusya ialah peranan kerajaan dan kyt. Misalnya, kerajaan perlu menyeru rakyat agar meembuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak. Hal ini merupakan mempersiapkan diri awal-awal lagi untuk mmbiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan ketika sampai masanya anak-anak memasuki institusi pendidikan. Jnganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan. Justeru, ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat simpanan dalam skim pelaburan pendidikan. Di samping itu, syarikat insurans, umpamanya Malysian National Insurance(MNI), Malayan Alliance Insurace(MAA), Insurans Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringkan beban ibu-bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Ibu bapa juga perlulah sediakan payung sebelum hujan. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak boleh hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita perlu berusaha sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Konklusinya, hal ini terbuktilah bahawa pelaburan awal dapat menjamin penerusan kegemilangan generasi cemerlang.
            Langkah yang terakhir ialah peranan golonga wanita. Pada zaman kini, wanita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi. Selain itu, golongan wanita juga perlu mengambil berat dan sentiasa peka tentang wang yang dibelanjakan. Hal ini demikian untk mnstabilkan konomi rumah tangga. Di samping itu, bijaksana serta teliti ketika bebelanja akan mengikis sikap terburu-buru. Misalnya, jangan membelibarangan yang tidak perrlu atau tidak berkualiti hanya kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah khabar daripada rupa. Golongan wanita juga perlu menyahut seruan kerajaan agar berjimat cermat melalui penanaman sayur atau memelihara ayam itik I belakang rumah. Hal ini terbukti golongan wanita dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga dapat membantu suami mengurangkan perbelanjaan rumah tangga. Pada masa yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan buatan tempatan perlu dimanfaatakn oleh golongan wanita.Jika selama ini merka terlalu taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang kononnya berkualiti tinggi, kini merka boleh beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Selain murah,barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih baik. Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi negara.

            Sebagai penghias bicara akhir, amalan berjimat cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai. Sesungguhnya, amalan berjimat cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan warganegara yang bijak da berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Maka, sekiranya kita sayang akan keluaga dan negara daripada dibebanikebejatan ekonomi, kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya berjimat cermat. Biarlah kita menjadikan prinsip berakit-rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian sebagai panduan kita, Kalau bukan sekarang, bila lagi?

ULANG KAJI SPM- BM

AMALAN BERGOTONG ROYANG


“Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing”. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, huraikan faedah aktiviti  amalan bergotong royong dalam kehidupan kita seharian.

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.
Faedah dominan ialah amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Persis kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Lantaran itu, kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi; dan janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Biar saya ambil contoh yang dekat dengan kita, amalan ini perlu dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal . Justifikasinya, amalan ini harus menjadi amalan daripada satu generasi kepada satu generasi.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini demikian, kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Sebagai contoh, melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih  mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan itu, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Melalui kegiatan yang afdal ini juga kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hal ini terbukti benar apabila rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup secara harmoni dan harmonis. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa amalan kemasyarakatan seperti bergotong royang merupakan wahana terpenting ke arah merealisasikan agenda dan aspirasi nasional.
Faedah terakhir yang tidapat diketepikan sama sekali ialah aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Setelah terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong termasuklah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa jiran sepakat membawa berkat. Lantaran itu, hidupkanlah amalan murni ini dalam kehidupan kita seharian.
Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Hayatilah kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, amalan ini tidak akan dilupai dan sirna ditelan zaman. Sesungguhnya, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita semaikan  amalan yang murni dan amalkannya dalam kehidupan harian kerana pepatah ada menyebut bahawa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Maka, semangat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing dapat disuburkan semula dalam sanubari rakyat Malaysia yang rencaman budaya, ras, etnik dan agama ini!




ULANG KAJI SPM- BM

Faedah program Kitar Semula


PENDAHULUAN -  Isu-isu yang berkaitan dengan kitar semula kerap menjadi bahan perbincangan di media massa. - Pihak kerajaan giat melaksanakan  program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat sejak beberapa tahun yang lalu. - masih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat.-  beberapa kebaikan program Kitar Semula diperkenalkan kepada masyarakat.


ISI 1 -  kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. - bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. -  alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. -  menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.


ISI 2 - dapat menambahkan pendapatan kita. - Bahan-bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. - memperoleh wang apabila menjual barangan kitar semula -  digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.


ISI 3 - dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. - nilai berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. -  menggunakan bekas plastik sehingga rosak -  tidak membazir - kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.


ISI 3 - dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas.-  Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis.-  Bagi bahan plastik pula dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik -  dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya.



PENUTUP - mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara. - semua pihak mesti berganding bahu untuk menjayakan aktiviti kitar semula. - diteruskan oleh pihak kerajaan agar dapat memberikan kesedaran yang berpanjangan kepada masyarakat. - Dijadikan  program tahunan sekolah untuk memupuk amalan kitar semula dalam kalangan pelajar




ULANG KAJI SPM- BM

Cerpen Ibu dan Ceper  (Antologi Harga Remaja)

Penulis menceritakan  sifat-sifat sungai yang amat dicintainya yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper lurus, panjang dan mengalirkan air yang jernih, pasir berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir dan ikan-ikan bergerak cergas.Ceper  menjadi sumber air bagi penduduk kampung penulis. Penulis (Shahnon Ahmad) membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir. Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan  melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Pada mulanya Sungai Ceper jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif.
Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya. Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. Selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian. Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga.  Ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Suaminya pula  banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Tidak lama selepas itu, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering . Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air  perigi.

Peristiwa tersebut merupakan ingatan penulis  akan kisah lampaunya iaitu 40 tahun yang lalu; semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.

Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis juga teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang menyakitkan  hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.

Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.

Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.


UNSUR KOMSAS – Watak & Perwatakan
PERISTIWA / CONTOH
Watak Utama


Ibu - Cekap bekerja - Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja. / Rajin - Ibu  membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. / Bermasyarakat.-Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. /  Kuat semangat.- Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula. / Pandai membuat tikar. / Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya

Watak Sampingan

.


Aku - Anak tunggal dalam keluarga. / Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah./ Sudah berumah tangga /  Penyayang.-  masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu. / Bertanggungjawab -  menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua. / Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.

Bapa - Suka mendenak burung ketitir. / Meninggal dunia kerana terjatuh.
UNSUR KOMSAS – Latar Tempat
PERISTIWA / CONTOH
Sungai Ceper

Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat./ Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya. / Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.
1. Di sebuah desa
tempat tinggal ibu, aku dan ayah
2. Kawasan sawah padi -
 tempat ibu dan orang kampung bekerja.
3. Sebatang sungai
tempat anak-anak kampung merangau ikan
4. Telaga
 tempat ibu mengambil air ketika kemarau.
5. Rimba belantara -
tempat bapa berdenak ketitir.
UNSUR KOMSAS – Latar Latar Masa
PERISTIWA / CONTOH
1. Masa sekarang
Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.
2. 10 tahun yang lalu 

 ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia / ibu sudah tidak
dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
3. 40 tahun yang lalu -
Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.
4. Siang
sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.
5. Malam
gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap
UNSUR KOMSAS – Latar Masyarakat
PERISTIWA / CONTOH
Masyarakat petani

Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.
2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.
Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau
3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya
UNSUR KOMSAS – Nilai
PERISTIWA / CONTOH
1. Nilai bertanggungjawab.


Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
2. Nilai kegigihan.

Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.
3. Nilai kesabaran.
Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.
4. Nilai kerajinan

ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut agak sukar untuk wanita
5.Nilai Sabar
ibu  bersabar melayani sikap  suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga
6. Nilai berdikari

ibu mengusahkan sawah padi bersendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa
7. Nilai kasih sayang

Penulis  menyayangi ibu bapanya yang  telah tua dengan cara menjaga kebajikan mereka terutamanya ketika mereka semakin uzur
UNSUR KOMSAS – Persoalan
PERISTIWA / CONTOH
1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.

Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya

 3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.
Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Latihan Pemahaman:
Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibulah juga yang menuai apabila padi masak habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang. Ceper pun serupa. Ia memancutlah airnya deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk  tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manaik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengna penuh tenaga apabila sekali-sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.

1.   Bagaimanakah penulis menggambarkan keadaan ibunya?(2m)
-cadangan jawapan
>ibu rajin bekerja ---menanamkan padi
>ibu mengurus semua hasil tanaman

2.   Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak membalas jasa ibu bapanya? Kemukakan 3 cadangan anda.(3m)
>sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa
>selalu menziarahi ibu bapa bagi anak yang tinggal berjauhan
>menjaga ibu bapa apabila ibu bapa tua

3.   Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebu.t (4m)
   Nilai kerajinan bekerja- ibu sudah tua, tetapi dia rajin bekerja di sawah dan di rumahnya
Ø
   Nilai kasih sayang anak terhadap ibunya-“aku” sanggup menjaga ibunya yang lumpuh.
Ø