Pages

Enjin Carian

Tuesday, 14 February 2017

NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

Nilai

(a)   Kegigihan. Conothnya Syahir dan rakan-rakannya dalam skuad kebangsaan telah berlatih dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mengharungi kejohanan yang seterusnya.

(b)  Keberanian. Contohnya, tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar trek panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan bahawa dia berani melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakan kepada Syahir.

(c)   Kasih sayang. Contohnya, Kak Uda sanggup menjaga emaknya yang menghidap strok dengan mengambil cuti. Tambahan pula, pada masa yang sama Syahir tidak dapat menjaga emak kerana akan bertandiing di Jakarta.

(d)  Keredaan. Contohnya, kekalahan Syahir di tangan Syed amiri dalam kejohanan Terbuka Johor diterima dengan hati yang reda. Syahir memperbanyak zikir dan memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menahan diri daripada menyeranah pegawai-pegawai perlawanan yang bersekongkol untuk memenangkan Syed Amiri.

(e)   Kejujuruan. Contohnya, Wan Najlah meminta maaf kepada Syahir atas sikapnya yang emosional. Seterusnya, dia menyatakan hasratnya untuk menutup aurat semasa bermain badminton kerana mahu mengikut jejak langkah Syahir yang memelihara syariat Islam semasa bersukan.


(f)   Rasional. Contohnya, Haji Marzuki menasihat Syahir agar sentiasa bersikap rasional dan tenang sebagai persediaan ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Haji Marzuki mahu Syahir mengenal pasti kekuatan dan kelemahannya terlebih dahulu.

NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)
Latar Masyarakat

(a)   Masyarakat yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Contohnya, Syahir seorang pemain badminton skuad kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan sebelum berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.

(b)  Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa, negara, dan memelihara syariat Islam dalam bersukan.

(c)   Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. Contohnya, Syahir berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan sistem ranking dunia untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.

(d)  Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, para pemain badminton skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

(e)   Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.

(f)   Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Syahir berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.

(g)  Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Syahir tetap dengan prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.

(h)  Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.

(i)    Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.


NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

                        Tema novel ini ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia. Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton. Hal ini demikian kerana, dia masih berpegang pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya. Sementara itu, Engku Aiman dan Syed Amiri yang sememangnya tidak menyukai Syahir sering mencemuh dan mengejeknya untuk melemahkan semangatnya. Kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri semasa kejohanan Terbuka Johor juga membuktikan bahawa dia seorang yang tabah apabila dia meneruskan latihan seperti biasa walaupun menyedari dirinya tidak layak menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Semasa mahu berangkat ke Jakarta, Syahir diuji pula dengan berita emaknya yang menghidap strok hingga menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan impian ke Jakarta ataupun menjaga emaknya yang sedang sakit. Syahir juga terpaksa berhadapan dengan sikap berat sebelah pihak pengadil semasa bertanding pada peringkat akhir di Jakarta. Namun, akhirnya  Syahir berjaya bergelar juara dalam kejohanan tersebut.