Tuesday, 5 May 2015

PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

Sinopsis

            Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada (panglima perang Majapahit ) mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjurit (tentera) baginda yang telah dibunuh oleh Laksamana di Bukit Cina, Melaka. Ketujuh-tujuh penjurit tersebut bersaudara. Oleh itu, mereka berbincang untuk menewaskan Melaka. Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan Laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.    Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana Melaka. Sultan Melaka menjanjikan jawatan penggawa agung (ketua kampung) kepadanya. Kertala Sari yang bersemangat waja  bersedia menjunjung perintah Seri Betara. Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar sebagai orang Jawa untuk bersama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya (pembesar / menteri kerajaan Melaka yang berketurunan Jawa). Dia berjaya mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya.
           Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya berkawal bagi menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian.. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga dicabul Kertala Sari. Sekali lagi, Sultan Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada ancaman pencuri. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu Sultan bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Oleh itu, Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya Kertala Sari akan masuk ke istana pula.
            Laksamana memasang lembing, tombak dan kayu di keliling istana Sultan Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana dengan tipu muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba memasuki istana Sultan Melaka. Laksamana menyembunyikan dirinya untuk melihat perkembangan penjahat itu. Kertala Sari cuba memasuku istana itu untuk mencuri dan mengganggu isteri Sultan yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Sultan Melaka. Kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh Laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta Sultan,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri Sultan.
            Akhirnya, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh Laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti Laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada Sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun, Laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada Sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda Sultan telah memberi anugerah kepada Laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
            Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Sultan Melaka mengagaihkan segala harta yang diperoleh semula itu kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian  diberikan kepada Laksamana dan satu bahagian diserahkan kepada pemilik asal harta yang berkenaan. Semua rakyat bersetuju dengan cadangan Sultan itu. Laksamana telah mengagihkan pula separuh harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Namun begitu, barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh Laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut.  Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

PLOT PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan











UNSUR KOMSAS PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

Tema -  kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar. -  Keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman tujuh orang penjurit Majapahit /  berjaya menangani ancaman Kertala Sari  dari Majapahit /  mengembalikan keamanan  kerajaan Melaka  .


Watak dan Perwatakan


1.      Watak utama – Laksamana.
2.      Watak-watak sampingan – Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara Mahapahit, Bini Petala Bumi, tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya, Temenggung, Bendahara dan sebagainya.

Laksamana - salah seorang hulubalang Melaka. / berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Petala Bumi. /  bijaksana -  Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki pencuri yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam. / berani dan gagah. - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya. /  digeruni oleh pihak lawan - Kertala Sari berasa gerun ketika pertama kali melihat Laksamana yang begitu gagah perkasa. /  baik hati. - Laksamana mengagaihkan harta benda yang diterimanya kepada tiga bahagian termasuklah bahagian golongan fakir miskin. / bertanggungjawab -  Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab. / patuh akan perintah Sultan Melaka -  Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan.


Kertala Sari - hulubalang kerajaaan Majapahit. / Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana / berani bertindak - berani menjalankan kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa bimbang. /  kejam dan ganas - Kertala Sari bukan sekadar mencuri harta benda, malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar. /  memiliki ilmu kesaktian -  menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya. / pendendam - berdendam dan berniat untuk membunuh Laksamana dan Sultan Melaka yang telah membunuh bapanya, Petala Bumi. / patuh akan perintah pemerintah - Kertala Sari patuh akan perintah Seri Bertala Majapahit yang menitahkannya ke Melaka bagi membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.


Sultan / Raja / Ratu Melaka - Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah Alam. / adil dan saksama.  - baginda telah mengagihkan harta benda milik rakyat dan pembesar semula secara rata dan adil. / mementingkan keharmonian negara.  - baginda berasa resah dan bimbang setelah mendapat berita bahawa negeri Melaka diancam kes kecurian. /  mengenang jasa hulubalang -  memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya memakmurkan bumi Melaka semula. / rasional dalam membuat tindakan. - baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi kawalan di kawasan kampung dan negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.

 

Patih Gajah Mada - Pembesar dan Panglima perang kerajaan Majapahit. / pendendam. -  berusaha sedaya upaya mencari hulubalang atau pahlawan yang handal bagi menentang Laksamana dan Sultan Melaka.


Latar

Latar Tempat


1.      Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.
2.      Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemoutnya ke kediaman Patih Gajah Mada.
3.      Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang dicurinya di Bukit Cina.
4.      Istana Tuanku Syah Alam/ Sultan Melaka. Laksamana telah membawa bukti keris dan alat kemaluan Kertala Sari yang telah dipotong sebagai bukti bahawa beliaulah yang telah membunuh Kertala Sari.
5.      Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk menangkap penjurit sebenar yang telah menghuru-harakan negeri Melaka.
6.      Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas banyak rumah rakyat dan pembesar dimasuki pencuri.

Latar Masa


1.      Zaman pemerintahan Kesultanan Melaka. Peristiwa yang berlaku dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melaka.
2.      Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua harta bendanya habis dicuri pada waktu pagi.
3.      Waktu siang. Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat untuk mendapatkan harta milik mereka semula yang telah dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina.
4.      Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta benda di rumah Bendahara pada waktu malam.


PERISTIWA (CONTOH)
UNSUR-UNSUR KOMSAS
PERSOALAN
PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
Laksamana seorang pahlawan yang handal dan gagah sehingga digeruni oleh pihak lawan dan musuh
Persoalan tentang kegagahan dan kehebatan pahlawan


Hulubalang dan rakyat Melaka taat kepada perintah Tuanku Syah Alam bagi menjejeaki pencuri yang telah mencuri harta benda sehingga mencetuskan huru-hara di Melaka


Masyarakat  yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja
Kertala Sari ingin membunuh Sultan Melaka dan Laksamana kerana ingin melunaskan dendamnya dan menuntut bela atas kematian bapanya, Petala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka
Persoalan tentang Menuntut bela atas kematian orang tersayang


Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut menyamarkan dirinya sebagai penjurit yang telah mati dengan berbaring di tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu


Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh
Kertala Sari telah membaca jampi ilmu kesaktian ketika dia melakukan perbuatan mencuri di rumah Bendahara dan di rumah orang kaya


Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian dalam melaksanakan tugas
Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana

Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi.

Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di Melaka.



Saudagar dan orang kaya yang kehilangan harta akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas setelah  harta mereka ditemukan.




SOALAN PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
          Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

          Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

          Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

          Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

          Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

          Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

       i.          Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.                                                              [2 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________

      ii.          Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.                                                                             [3 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     iii.          Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari?        [KBAT]                                                                                        [3 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


LATIHAN BERGAMBAR  PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

http://vignette2.wikia.nocookie.net/civilization/images/4/4b/Gajah_Mada_(Civ5).png/revision/latest?cb=20130517204635 
http://gotheborg.com/travelreport/bali/graphics/map_indonesia.gif
http://budisma.net/wp-content/uploads/2015/02/raden-wijaya1.png
https://indocropcircles.files.wordpress.com/2012/08/majapahit-soldier.jpg
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSDCnr1JL2SgCcQFsiTEYVoddat67XG6c44vrP8m93ZwW2G6juW


31 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Cikgu, nak jawapan2 soalan ni boleh?

    ReplyDelete
  3. Assalam cg , boleh cg bg jawapan soalan KBAT tu ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Assalam cikgu nak tnya...mengapa alat sulit dan keris yang menjadi bukti yang lebih kukuh bahawa beliau yang membunuh kertala sari itu ?

    ReplyDelete
  5. Assalam cikgu nak tnya...mengapa alat sulit dan keris yang menjadi bukti yang lebih kukuh bahawa beliau yang membunuh kertala sari itu ?

    ReplyDelete
  6. Aslkm nak tanya apa maksud makan nasi laki isteri??

    ReplyDelete
  7. Aslkm nak tanya apa maksud makan nasi laki isteri??

    ReplyDelete
  8. nyatakan perkara-perkara hendak dilakukan oleh Laksamana dengan semua senjata dibawanya?

    ReplyDelete
  9. BAGI LAH JAWAPAN PLS PLS PLS EMERGENCY (*DEAD*)

    ReplyDelete
  10. CAPTAIN HERE! sumber : http://mrasyain2.blogspot.my/2016_02_01_archive.html

    i) Maksud penjurit yang terlalu buas ialah perajurit, askar upahan atau pencuri yang sangat ganas dan jahat. [2 markah]

    ii) Reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka ialah Bendahara mengatakan bahawa bukti yang dibawa oleh Laksamana merupakan tanda pembunuhan yang sebenar. Menurut Bendahara lagi, hanya Laksamana yang dapat membunuh penjurit itu dan hulubalang-hulubalang lain tidak beruapaya menentang penjurit itu apatah lagi membunuhnya. [3 markah]

    iii) Tindakan-tindakan yang akan saya ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari ialah memaafkan dan memberikan nasihat kepada orang tersebut. Orang tersebut juga akan dijatuhkan hukuman penjara atau melakukan kerja-kerja sosial. [3 markah]

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  11. janji Kertala Sari kepada Patih Gajah Mada?

    ReplyDelete
  12. APA maksud terlalu gemuruh bahananya?

    ReplyDelete
  13. APA maksud terlalu gemuruh bahananya?

    ReplyDelete
  14. Apakah maksud 'Tanpa kedep tembung laku'. harap boleh dapt jwpnnya

    ReplyDelete
  15. Terima kasih cikgu. Boleh izinkan saya gunakan bahan ini?

    ReplyDelete
  16. maksud frasa ialah tidak mengendahkan orang lain atau bahasa serta perilaku kurang ajar

    ReplyDelete
  17. maksud frasa ialah tidak mengendahkan orang lain atau bahasa serta perilaku kurang ajar

    ReplyDelete
  18. Wajarkah seorang pendekar itu menewaskan musuhnya hanya dengan menggunakan kaedah tipu muslihat

    ReplyDelete
  19. Wajar x wajar nk selesaikan menggunakan akal

    ReplyDelete
  20. boleh saya tanya apa keistimewaan laksamana sehingga sukar untuk ditewaskan oleh tujuh persaudara

    ReplyDelete
  21. Apa maksud pertandaan yang sungguh

    ReplyDelete
  22. Tlg saya tukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standards


    Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari . Maka sembah Bendahara, "Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh . Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana , tiada akan dapat membunuh penjurit itu .Jangan membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat."
    Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
    Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'
    dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

    (

    ReplyDelete