Tuesday 24 June 2014

PERSOALAN DALAM NOVEL AZFA HANANI

PERSOALAN NOVEL AZFA HANANI

PERSOALAN MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MENGUKUHKAN TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.

Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani ialah:-

            Persoalan tentang ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia masih kecil. Bahkan juga ketaatan Azfa terbukti apabila TengkuMuzaffar meminta Azfar Hanani yang menyamar sebagai Tengku Murni membacakan surah Yassin kepada adiknya Tengku Murni hal ini kerana beliau sering mendengar dan melihat Azfar Hanani akan membaca surah berkenaan selepas sembahyang untuk disedekah kepada kedua arwah orang tuannya.

            Persoalan tentang ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.

            Persoalan tentang keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun  tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya.

            Persoalan tentang kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dan dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya apabila mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.

            Persoalan tentang sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di sekolah pula,  rakan-rakan Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

  Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni sehingga dia tidak dapat menerima  kenyataan bahawa anaknya telah meninggal dunia.

vii)  Persoalan tentang memutuskan perhubungan antara dua insan kerana perbezaan darjat.  Tengku Muzaffar begitu benci kepada Ekran iaitu kawan Tengku Murni dan antara faktor menyebabkan hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan Ekran kerana dia pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung kehidupannya.

viii)   Persoalan tentang wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.

ix)   Persoalan tentang Kepentingan tentang sejarah dalam ketamadunan manusia. Sebagai contoh,  Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir universiti membuat kajian tentang arkeologi bagi mencari bahan bukti kewujudan manusia beribu-ribu tahun dahulu yang terdapat di negara ini.

No comments:

Post a Comment