KEMBARA
AMIRA
Bab 1: Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti
mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu Profesor Zaidah yang sedang menjalankan
kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya.
Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu, Amira
terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang berkulit
putih. Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskinikan laman web
ibunya supaya maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi bersama-sama
dengan rakan-rakan ibunya di luar negara. Di dalam kereta api yang sama,
Malique meluahkan rasa terkilannya kerana terpaksa mengikut kehendak ibunya
agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John O'Hara. Hatinya
tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan-akan
terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di
dalam hutan di Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah
hampir 25 tahun dia mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan
tali khemah terputus. Dr. Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat
perbuatan khianat. Sebanyak 12 tapak cari gali telah diusahakan dan setiap
tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor Zaidah menyembunyikan
daripada pelajarnya tentang masalah yang bakal berlaku.
Bab 2: Amira dan Jacinta tiba di Stesen Dahan Hijau dan
menanti ketibaan Pak Lias untuk membawa mereka ke tapak cari gali. Setelah lama
menanti, akhirnya Pak Lias tiba. Amira dan Jacinta bersarapan nasi goreng yang
disediakan oleh Pak Lias. Ketika kereta bergerak, sebuah kenderaan pacuan empat
roda memotong mereka. Amira ternampak lelaki yang dilihatnya dalam kereta api
tadi. Hatinya tertanya-tanya tujuan lelaki itu. Pemuda tersebut, iaitu
Malique juga tertanya-tanya tentang Amira, gadis yang dilihatnya menggunakan
komputer riba di dalam kereta api. Roslan, pemandu kenderaan tersebut memberitahu
tentang pemandu kereta yang membawa Amira. John O'Hara menganggap
pelajar-pelajar universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi telah
mengganggu rancangan yang telah diaturnya. Roslan menafikan mereka mengganggu
kerana Profesor Zaidah dan anak buahnya melakukan kajian di sebelah matahari
naik, sedangkan mereka di sebelah matahari jatuh. Seterusnya, Roslan
berhati-hati ketika mendaki Bukit Kerengga yang curam.
Bab 3: Malam itu, di Desa Karpus, Amira dan Jacinta berbaring di dalam khemah untuk menghilangkan keletihan. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi serangga malam. Amira menegur sikap Jacinta yang selama ini tinggal di asrama tanpa mahu pulang menemui ayahnya. Untuk kali ini, ayahnya telah membelikannya tiket ke London untuk memujuknya agar menerima ibu baharunya. Amira mengharapkan Jacinta berfikir secara mendalam akan tindakannya yang negatif terhadap ayah kandung sendiri. Perbualan mereka telah ditegur oleh Profesor Zaidah. Profeseor Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal. Dia menasihati Jacinta agar bersabar atas sikap ayah Jacinta yang berkahwin baharu. Dia akan menelefon ayah Jacinta untuk memaklumkan bahawa anaknya sedang bercuti bersama-sama dengannya yang sedang membuat kerja lapangan di dalam hutan. Setelah itu, Profesor Zaidah mengingatkan Amira dan Jacinta agar ke tapak 10 untuk kerja penyelidikan.
Bab 4: Amira ke air terjun untuk membersihkan dirinya. Amira berjumpa dengan Malique yang turut ke sana. Mereka berkenalan. Amira ingin mengetahui tujuan Malique berada di situ. Jacinta telah sampai sewaktu mereka bercakap . Malique berasa seperti hutan itu mempunyai talian dengannya. Malique pulang ke kemnya selepas memberi alamat e-mel kepada Amira untuk berhubung. Amira dan Jacinta ke dapur untuk menjamu hidangan . Jacinta mempunyai kegemaran yang sama dengan Dr.Zawawi . Mereka bergurau sambil menikmati hidangan . Topik perbualan berubah apabila yang mengawal khemah menceritakan terdengar bunyi tapak kaki dan terbau asap rokok keretek. Dr. Zawawi dapat menyakinkan pelajar-pelajar bahawa kawasan itu selamat dengan memberikan alasan yang rasional kepada pelajar. Rasidi secara tiba-tiba menimbulkan persoalan mengenai penyatan Prof. Zaidah yang menyatakan bahawa kejadian tali terputus itu memang sudah dijangkakan . Profesor memberitahu situasi sebenar dan persaingan yang mereka hadapi . Mereka mengesyaki O'Hara untuk kejadian tersebut. Amirahendak berhubung dengan Malique untuk men dapatkan cerita sebenar.
Bab 5: Amira menunggu Malique di air terjun pada keesokan
hari . Jacinta telah datang mencari Amira yang sudah lama berada di situ .
Mereka berdua berjalan di air terjun mengikut arus sungai sambil
berbual mengenai Malique dan O'Hara serta situasi yang dia hadapi .
Amira terhuyung-hayang kerana air terlalu deras dan dia dibawa oleh
arus itu . Jacinta hanya dapat melihat. Apabila Amira membuka matanya,
dia terlihat dua bayangan oranag Asli, iaitu Itai seorang pemuda dan Tau
pak ciknya . Pemuda itulah yang telah menyelamatkan Amira . Dia memberikan
Amira sedikit ikan bakar supaya dia mendapat tenaga untuk berjalan. Mereka
menunggu kedatangan Jacinta, tetapi apabila telah lama menunggu mereka
bertolak ke Desa Karpus .
Bab 6: Amira rasa bersalah apabila mendapat tahu
keadaan Jacinta yang sangat lemah. Amira juga takut berjumpa dengan
ibunya yang agak marah terhadap tindakan anaknya yang membahayakan
nyawa dia dan rakannya. Dia bersama-sama Jacinta yang masih belum sedar.
Pelajar -pelajar yang turut serta dalam ekspedisi mencari Jacinta telah
memuji kehebatan Tau dan Itai dalam menjejak orang . Amira ke
khemah ibunya. Ibunya memarahi Amira kerana membuat sesuatu yang amat
berbahaya. Amira meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
itu sekali lagi .
Bab 7: Malique ke Pulau Pinang mengikuti O'Hara . Dia dapat
merasakan perhubungan yang erat dengan hutan itu . Dia rasa
bertanggunjawab menyelamatkan hutan itu . Semasa balik dari Penang, O'Hara
dan Malique bersembang untuk membuang rasa bosan . O'Hara menceritakan
perjalanan hidupnya yang begitu susah. Malique cuba mencungkil rahsia
hubungan ibunya dengan O'Hara . O'Hara tidak menjawab malah berdiam diri
buat seketika dan telah menukar topik perbualan . Prof. Zaidah menaiki
pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias ke stesen kereta api. Mereka
hendak ke sana mengambil generator. Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandu
hilang kawalan. Pak Lias cuba mengawal tetapi usahanya tidak berbuah
. Mereka menghimpit ke tebing di sebelah kiri untuk menyelamatkan diri
daripada terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan .
Bab 8: Tau meluahkan kerisauannya terhadap hutan yang sedang
diteroka tanpa batasan. Dia risaukan masa depan kampung halamannya .
Dia bercakap dengan abangnya Ludin mengenai perkara ini. Ludin turut melahirkan
rasa simpatinya terhadap Tau yang melalui banyak keperitan dan masih
berusaha menjaga hutan ini. Tau juga memulaukan dirinya daripada orang
awam. Tau dengan bangganya bercakap tentang Itai yang telah berguru dengannya.
Itai telah menjadi seorang yang telah mempelajari segala ilmu
perhutanan yang diwariskan kepada Tau. Itai diserahkan kepada Ludin.
Jacinta telah sedar tetapi kelihatan pucat dan letih. Amira menyuruh Jc
berehat dan mendapatkan Jc makanan. Itai datang melawat Jc dan dia diperkenalkan
kepada Jc. Mereka memberikan penjelasan secara dalam kepada Itai mengenai
projek cari gali ini dan kebaikannya dalam menyelamatkan hutan ini .
Bab 9: Amira terkejut mendapat berita kemalangan ibunya. Dr.
Zawawi risau projek ini akan tergendala . Prof Zaidah hanya dapat bersyukur
kerana mereka tidak terbabas ke dalam gaung. Prof meminta maaf kepada
Amira kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Dr. Zawawi bercadang untuk
menangguhkan projek ini tetapi profesor membantah cadangan itu
kerana kesuntukan masa yang mereka hadapi. Dr. Zawawi risau
akan keselamatan mereka. Rusdi ingin mengetahui rahsia di sebalik misteri
waktu malam supaya penghuni Desa Karpus dapat menjalankan kerja dengan
lebih bersemangat. Ayah Ludin telah datang ke sana untuk menolong
Prof mengubati lukanya .
Bab 10: Malique dan O'Hara telah tiba di stesen kereta api. Mereka
menanti Roslan datang mengambil mereka. Malique teringatkan perbualannya
dengan Roslan ketika dia dihantar ke stesen kereta api . Malique telah
mendapat notebook untuk memulakan kerjanya . Roslan agak lewat kerana
pekerja baru telah minum dan bergaduh . Ah Chin tidak menjaga
pekerjanya dan pergi berburu. Roslan menyampaikan berita penghuni Desa
Karpus yang heboh kerana seorang telah hanyut dan seorang lagi sesat.
Malique dapat mengagak bahawa budak yang dihanyutkan arus itu ialah Amira.
Malique meminta Roslan membawanya ke Desa Karpus . Tangan Prof sudah
menjadi lebih baik. Itai sangat gembira dapat mengunakan komputer
riba Amira. Itai ingin mencari maklumat tentang ayurvedic dan perubatan
tradisional dalam ensiklopedia.
Bab 11: Tau melihat Desa Karpus dari jauh. Dia memikirkan
rutinnya yang akan melawat tempat ini setiap hari tetapi kini tidak boleh lagi
kerana telah dipasang lampu . Dia telah berkahwin dengan Ipah menggantikan
tempat abangnya supaya Ludin dapat menjadi ketua kampung . Mereka
mempunyai dua anak . Tau teringatkan masa silamnya dengan Ipah. Dia juga
mengesyaki Johnny sudah kembali ke sana . Johnny telah merampas semuanya
daripada dia dan meninggalkannya. Ah Chin dimarahi oleh sebab tidak
menjalankan tugasnya. Roslan risau dia akan diapa-apakan oleh pekerja baru
itu kerana melaporkan kepada O'Hara . Malique mengajak Roslan ke bandar selepas
selesai bekerja di sini Malique mula berfikir tentang Amira yang ingin
berjumpa dengannya. Mereka hendak ke sana pada keesokan hari untuk
melawat Amira dan bertanya tujuan Amira hendak berjumpa dengannya.
Bab 12: Ikatan buluh di tangan Profesor dibuka dan dia dapat
bekerja seperti biasa. Prof. menjelaskan kepada Ludin perkara yang
menyebabkan mereka lebih bersemangat . Penemuan tulang itu dapat menyelamatkan
hutan itu. Itai secara tiba-tiba bertanya kepada Jacinta adakah dia tidak
bercuti bersama keluarganya ? Jc cuba mengelak daripada bercakap dengan
Itai . Itai bercadang untuk menghadiahkan emas kepada Jc supaya
dapat menjadikan dia gembira dan ramah seperti biasa. Prof Zaidah pula
cuba menerangkan kepada Ludin betapa berharganya tulang-tulang itu dan proses
mencari gali itu serta macam mana tulang-tulang itu dapat berada di sana .
Malique pula datang berjumpa dengan Amira untuk bertanya khabar. Dia sempat
bersalaman dengan Prof.
Bab 13: Amira mengikut Itai untuk mengutip emas yang dikatakan
Itai. Itai pula menceritakan misteri di kampungnya itu yang bagai berpenunggu.
Amira meluahkan kesanggupannya untuk berhadapan dengan apa-apa sahaja untuk
mendapatkan emas itu buat Jc. Itai menunjukkan dasar sungai yang dipenuhi
emas itu namun Itai hanya membenarkan Amira mengambil hanya satu untuk Jacinta.
Sewaktu dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba Itai menarik tangan Amira.
Wajah Itai pucat dan keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka dapat melihat dua
lembaga , seorang dengan tangannya yang terikat dan tubuh yang lain berbulu
dari pinggang hingga ke leher. Lembaga itu telah memukul orang yang tangannya
terikat itu selain memaki orang itu kerana tidak mengendahkan amarannya. Itai
cuba melepaskan diri dari tempat itu. Dia menyentap tangan Amira dan lari
ke rumah Tau . Tiba-tiba muncul satu lembaga lalu menyergah mereka. Itai telah
bersedia dengan parangnya dan Amira sempat menjerit lalu rebah.
Bab 14 : Malique baru bangun tidur dan keadaan kem bagai ada
sesuatu yang tidak kena. Ah Chin telah membawa Roslan masuk ke dalam hutan
untuk mencari pekerja yang telah hilang. O'Hara marah kepada pekerja kerana
operasi menggerudi akan menjadi lambat disebabkan perkara ini. Malique datang
berjumpa dengan Amira. Amira menyatakan tujuan sebenar dia menunggu Malique dan
bukannya untuk perkara lain. Mereka bercakap mengenai O'Hara dan kemungkinan
hubungan dia dengan Malique. Malique pergi ke khemah O'Hara dan dia
dinasihati agar tidak melibatkan diri dalam urusan mencari pekerja yang hilang.
O'Hara berpuas hati dengan cara Malique menyediakan laporan itu.
O'Hara cuba memujuk Malique bahawa suatu hari nanti pasti hutan ini akan
musnah. O'Hara juga berjanji akan mendedahkan rahsia hubungan mereka sebelum
mereka keluar dari hutan itu. Malique mengikuti Roslan ke hutan untuk mencari
pekerja yang hilang. Kenderaan yang mereka naiki tersekat dalam lumpur. Roslan
keluar dari kereta untuk menarik perhatian kenderaan yang di hadapan. Malique
cuba menghidupkan enjin namun gagal untuk menggerakkannya. Secara
tiba-tiba terasa seperti ditolak dari sebelah kanan. Apabila menoleh ke
belakang, dia dapat melihat aliran lumpur bersama-sama dengan ranting kayu
dan dahan-dahan menyerbu bagai air terjun dan menolak kereta itu menuju
ke gaung.
Bab 15: Amira ke perkampungan Itai kerana sudah dua hari dia
tidak datang ke Desa Karpus. Dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan
membocorkan rahsia itu. Dia juga berasa Itai nampak sesuatu yang dia tidak
nampak apabila matanya ditutup. Tau yang telah datang menolong mereka
bagaikan menyembunyikan sesuatu. Tau bagaikan tidak mengetahui apa-apa dan
bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan mereka berlari begitu. Apabila
Ludin datang ke Desa Karpus, dia disambut dengan pertanyaan: Dimanakah
Itai ? Ludin pula hendak bercakap secara berseorangan dengan Amira.
Apabila Amira sampai ke perkampungan, dia disambut baik oleh isteri Ludin dan
Tau. Itai terbaring bagai tidak bermaya di atas katil . Amira tidak lagi
dapat menyembunyikan apa yang mereka ambil, Amira dibawa masuk ke dalam
bilik dan mereka bercakap . Ludin cuba membela Amira dan Itai. Tau juga mempertahankan
keputusan Itai. Jc dapat mendengar suatu suara yang mempertikaikan tindakan
Itai dan Mira yang mungkin menggadai perkampungan ini. Amira lebih rela
menghampakan Jc daripada menyebabkan masalah dalam perkampungan itu. Tau tidak
dibenarkan bersuara kerana dia sudah membuang haknya . Jc meminjamkan
komputer riba yang dibawanya kepada Itai yang bosan berkurung dalam bilik
itu .
Bab 16: Kawasan khemah agak lembab disebabkan hujan dan kerja
cari gali terbatas. Semua orang kembali bekerja apabila
matahari mula terik. Amira memanggil Jc dan memberitahu ada sesuatu di
situ. Mereka tidak sabar mahu melihat penemuan itu. Amira memanggil ibunya
untuk menolong mereka dan memberi tunjuk ajar. Rusdi disuruh untuk
mengambil alih tempat itu disebabklan dia lebih berpengalaman. Penemuan ini
merupakan yang paling sempurna setakat ini, iaitu sebuah tembikar. Amira bangga
dengan penemuannya namun berasa penemuan tulang karpus merupakan lebih penting
dan bermakna. Itai dan Tau datang ke Desa Karpus. Tau hendak berjumpa
dengan professor. Tau menyatakan keputusannya untuk membantu penghuni Desa
Karpus demi menyelamatkan hutan itu. Prof bertanyakan cara Tau
hendak menolong mereka. Tau mengaku dialah yang menjaga kawasan itu setiap
malam. Tau ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka. Dr. Zawawi, Rusdi, Jc
dan Amira akan mengikuti Tau. Pak Lias datang bersama Roslan yang membawa
berita kehilangan Malique yang terjatuh ke dalam gaung. Roslan datang meminta
tolong Itai dan Tau yang mencari Jc dan Amira. Amira berjanji akan membantu
mereka selepas mereka kembali dari ekspedisi ini.
Bab 17: Malique tidak berdaya untuk bergerak, kaki kanannya
dibaluti dengan buluh. Dia tidak tahu siapa yang mengubatinya dan
memberikan dia makanan. Malique menyambung untuk menyediakan laporan dan dia
juga teringat akan kawannya Roslan. Dia teringat akan ibunya di Melaka dan
cerita ibunya mengenai ayahnya yang meninggal awal. Baru-baru ini dia bermimpikan
suatu haiwan cuba mencederakannya tetapi sebuah lembaga datang membantunya. Dia
hanya dapat menunggu bantuan dari luar datang mencarinya .
Bab18: Mereka akhirnya sampai ke pergunungan batu kapur itu . Jc
meminta pertolongan Tau untuk mencari Malique. Itai tetap dengan pendiriannya
untuk melihat apa yang Tau hendak tunjukkan. Tau memperkenalkan Gunung Gua
Gajah itu. Mereka mengikuti Tau untuk masuk ke dalam gua itu. Mereka menjadikan
tumbuhan renek dan akar-akarnya sebagai tangga. Gua ini hanya
didatangi orang asli untuk mengambil najis kelawar. Terdapat lukisan
menggunakan arang pada dinding gua tersebut . Mereka mencari bukti lain selain
daripada coretan itu. Dr. Zawawi mengambil video. Amira terlihat sesuatu
yang bersinar dan mendapatkannya iaitu mobile disk . Rusdi berjaga
menjumpai kapak batu zaman neolitik. Tau menanti mereka di bawah dengan
madu lebah.
Bab 19: Penemuan itu telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan dan dapat membantu mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password. Itai tidak berhenti mencuba membuka disk itu. Mereka akhirnya mencuba perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya membuka disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.
Bab 20: O'Hara tidak pasti apa yang harus dibuatnya dan
bagaimana hendak menjawab kepada Jennifer. Jennifer dalam perjalanan datang ke
Desa Karpus. O'Hara teringat akan perjanjian yang dibuatnya dengan Jennifer
untuk menjaga Malique. Jennifer telah datang dan dia diperkenalkan kepada
pekerja-pekerja kem. Jennifer cuba menenangkan dirinya. Amira masih tidak dapat
berbuat apa-apa selagi dia tidak menyelamatkan Malique dan berharap Tau
akan membantu mereka. Tau bermimpikan kehidupannya dengan Ipah dan Sabi.
Apabila terjaga dia terus ke pondok kecil itu. Malique terkejut apabila
melihat makhluk berbulu lebat itu. Makhluk itu cuba meyakinkannya bahawa
dia merupakan ayah Malique. Parut di rusuknya itu menjadi bukti.
Bab 21: Pak Cik Roslan dan Pak Lias turut menyertai mereka
untuk mencari Malique dengan diketuai oleh Itai. Mereka gembira kerana
ada yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. Roslan menawarkan dirinya
untuk berpatah balik dan membawakan lampu suluh serta tali. Setelah sampai di
kaki bukit, mereka berehat dahulu. Roslan sampai ke kaki bukit
dengan keretanya membawa O'Hara dan ibu Malique bersama-sama. Jacinta, O'Hara
dan Jennifer (ibu Malique) menunggu di kaki bukit sementara yang lain
naik ke gua itu. Makhluk berbulu itu berharap Malique tidak akan tertidur dan
tidak terjaga sehingga manusia yang berada di kaki bukit itu pulang.
Lembaga itu bagaikan mengenali ibu Malique namun tidak dapat mengingatkan
kembali secara terperinci . Jennifer cuba mengelak soalan Jc
mengenai hubungannya dengan hutan itu .
Bab 22: Ridley yang dalam perjalanan pulang ke Australia
tidak dapat meneruskan perjalanan dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.
Sayap pesawat itu telah patah merempuh pokok-pokok dan terbenam ke dalam
tanah. Api merebak di bahagian enjin. Samantha dicampak melalui tingkap sejerus
kemudian kapal itu telah meletup. Jidin sedang berburu seberapa banyak
yang mungkin. Jidin teringat akan kata-kata moyang yang semua pokok mempunyai
semangat dan haknya yang tersendiri. Ludin dan Tau mengikuti langkah
ayahnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan apabila sampai di kawasan
kejadian satu bayi yang bermata biru kelihatan . Penduduk kampung itu
menolak kehadiran Samantha.
Bab 23: Mereka telah mula mencari dalam gua namun tidak
mendapat sebarang petunjuk. Kesan tapak kaki mereka pun tidak terusik daripada
mereka datang. Itai telah menceritakan kisah hidupnya yang kehilangan
abangnya. Keinginannya untuk berjumpa dengan abangnya masih tidak berubah
walaupun sudah lama. Itai menjumpai kesan tapak kaki manusia dan memanggil
semua untuk datang melihat dengan nada yangkuat. Semua kelawar takut
dan mula berterbangan dan kejadian itu telah melahirkan rasa bimbang
terhadap mereka yang berada di dalam gua. Jc ingin naik ke atas bagi melihat
situasi di atas namun dia dihalang daripada pergi ke atas kerana akan
menyusahkan mereka yang di atas dan menyesakkan. Kesan tapak kaki itu
menunjukkan ke arah aliran air itu . Mereka masuk ke dalam lubang itu dan
mendapati lubang itu agak besar. Mereka sampai ke penghujungnya di mana mereka
sampai ke puncak gunung. Itai memberitahu ada orang di atas kerana
kedengaran bunyi orang di atas.
Bab 24: Prof dapat merasai ketiadaan Jc dan Amira. Dia mula
mencari mereka sekitar Desa Karpus. Prof dapat mengagak yang mereka pasti
terlibat dengan perkara mengenai Malique. Apabila ditanya
kepada Rusdi, dia memberitahu yang mereka ke gua itu. Prof tidak faham mengapa
mereka ke situ. Barulah dia teringat akan penemuan mobile disk kepunyaan
Malique di dalam gua itu. Prof kesal dengan sikapnya yang sangat
mementingkan kerjanya sehingga mengabaikan anaknya . Di puncak bukit
terdapat kesan kedatangan orang dan ianya masih baru. Itai memberikan
amaran tentang sesuatu yang tidak senang dengan kehadiran mereka. Itai berjalan
mengikuti tapak kaki itu. Terdapat sebuah pondok di situ. Itai dan Roslan
melihat dalam pondok itu. Makhluk itu bergegas ke puncak gunung untuk
memastikan Malique masih berada di situ tetapi terkejut melihat kehadiran
orang di situ. Makhluk itu marah kerana mereka berani memasuki
kawasannya. Makhluk itu bertubuh sasa dan berotot serta
memegang parang yang panjang. Di dalam pondok itu ada satu tubuh yang lemah
terbaring. Malique memberikan amaran kepada mereka mengenai makhluk
itu. Mereka memapah Malique. Dr. Zawawi, Prof, Rusdi bertolak menuju ke
gua dengan Ludin.
Bab 25: Makhluk itu tidak mahu Sabi dibawa oleh mereka.
Mereka bersedia menghadapi serangan makhluk itu. Makhluk itu memanggil Malique
dengan nama Sabi. Makhluk itu mula menyerang namun mereka hanya cuba mengelak
kerana makhluk itu sangat kuat. Ludin dan kumpulan dari Desa Karpus telah
tiba ke kaki bukit itu. Ibu Malique mengenali Ludin dan mereka berbual
seketika. Ludin merupakan abang ipar Jennifer. Ludin sempat naik ke gua sebelum
apa-apa yang buruk berlaku. Makhluk itu menangis kerana ada yang ingin
mengambil anaknya. Topeng berbulu itu ditanggalkankan dan jelas kelihatan wajah
Tau di sebaliknya. Tau turun ke bawah setelah dipujuk oleh Ludin.
Bab 26: Jc meminta penjelasan daripada Amira mengenai apa
yang berlaku di atas tadi. Amira bercadang untuk membincangkan perkara ini
di Desa Karpus. Jennifer bersahaja apabila berjumpa Tau dan ingin membawa
Malique pulang. O'Hara telah bercakap mewakili Jennifer. Prof memulakan perbincangan
dan memberikan peluang untuk O'Hara membela kebenaran bagi pihak Jennifer.
Tau telah berdiri dan meminta mereka mendengar penjelasannya dahulu. Jennifer mengakui
kebenaran yang dia isteri Tau dan Malique anak mereka. Itai merupakan adik
Malique. Malique ingin meluangkan masanya bersama-sama ayahnya dan adiknya. Tau
meminta maaf atas apa yang telah berlaku di puncak bukit tadi .
Bab 27: Amira telah menghabiskan satu semester . Memorinya
semasa di Bukit Mat Raya masih segar di mindanya. Malique telah
berjanji akan menggagalkan projek mencari gali emas. Amira telah menerima e-mel
daripada rakan-rakannya yang dijumpai di Bukit Mat Raya dan ibunya yang
tersayang.
URUTAN
PERISTIWA NOVEL KEMBARA AMIRA
1.Amira
memujuk Jacinta supaya menyertai projek cari gali bahan arkeologi di Bukit
Mat Raya yang diketuai ibunya.
|
2.Amira
dan Jacinta menaiki kereta api
menuju ke Stesen Keretapi Dahan Hijau.
|
3.Mereka
mandi-manda di Air Terjun Angin dan berkenalan dengan Malique.
|
4.Di
Air Terjun Angin, Amira tergelincir lalu hanyut dibawa arus sungai yang
deras.
|
5.Persahabatan
antara Itai dengan Amira dan Jacinta mula terjalin apabila Itai melawat
mereka di Desa Karpus.
|
6.Itai
dan Taun menyelamatkan Amira lalu mereka berkenalan
|
7.Amira
dibawa oleh Itai ke sebatang sungai untuk mengambil emas. Mereka terserempak
dengan makhluk berbulu dan berkaki dua.
|
8.Amira,
Itai, Pak Lias, dan Roslan mencari Malique di G. Gua Gajah. Mereka diserang
makhluk berbulu berkaki dua.
|
9.Kejayaan empat remaja pintar. Amira
melanjutkan pelajarn dalam bidang aeroangkasa, Jacinta dalam bidangperniagaan fesyen, Itai dalam bidang perubatan
dan Malique Berjaya menggagalkan projek cari gali emas
|
10.Amira
menyaksikan peleraian konflik keluarga Tau dan mengetahui rahsia hubungan
Tau, Jennifer , Malique dan Itai
|
11.Amira
dan Jacinta Berjaya menemui barang artifak yang merupakan tembikar di kawasan
cari gali Desa Karpus.
|
12.Amira,
Dr. Zawawi, Rusdi, Jacinta, dan Itau mengikut Tau ke Gunung Gua Gajah untuk
mencari bahan artifak. Amira menemukan mobile disk Malique
|
13.Amira
melawat itai di perkampungan orang Asli dan terlibat dengan perbicaraan
terhadap Itai di mahkamah adat Orang
Asli.
|
KAJIAN
NOVEL KEMBARA AMIRA : TEMA
PERNYATAAN TEMA
|
HURAIAN
|
Kesanggupan
remaja menyertai aktiviti lasak dan mencari pengalaman yang mencabar untuk
mengisi masa cuti sekolah.
|
Amira
Amir menghabiskan cuti sekolah dengan membantu ibunya Profesor Zaidah
melakukan kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Amira menempuh banyak
pengalaman yang sangat mencabar sepanjang berada di tapak arkeologi itu.
Antaranya, lemas di dalam sungai, berkenalan dengan remaja suku Orang Asli
Semai, memahami corak kehidupan masyarakat Orang Asli, bertemu dengan
Malique, dan menghadapi pelbagai dugaan semasa mencari Malique yang hilang di
dalam hutan.
Perkenalannya
dengan Itai, iaitu remaja dari suku Orang Asli Semai menjadikan Amira lebih
dekat kepada alam sekitar, berusaha menjaga alam sekitar, serta menghalang
kegiatan cari gali emas. Di samping itu, dia menimba banya pengalaman
berharga apabila turut serta dalam usaha cari gali itu. Dia juga menemukan
tembikar dan lakaran manusia purba di dinding Gunung Gua Gajah.
|
PERSOALAN
NOVEL KEMBARA AMIRA
PERSOALAN
|
HURAIAN
|
Kasih
sayang seorang bapa terhadap anaknya
|
Tau
akhirnya bertemu dengan anaknya Sabi yang telah dilarikan isterinya Ipah. Tau
dapat mengenali Sabi meskipun anaknya itu sudah besar dan ditukarkan nama
kepada Malique.
|
Persahabatan
erat antara dua insane berlainan bangsa
|
Amira
dan Jacinta berkawan baik bukan sekadar semasa di sekolah sahaja. Jacinta
sering mengikuti ke mana-mana sahaja Amira pergi. Selain itu, banyak rahsia
hidup Jacinta diketahui Amira.
|
Semangat
kerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan
|
Pelajar
Profesor Zaidah saling bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja arkeologi dan
berusaha dengan bersungguh-sungguh agar
projek cari gali mereka berjalan lancar.
|
Kemusnahan
hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia
|
Kemalangan
yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh
mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Hal ini membuktikan bahawa
kemusnahan alam sekitar member kesan buruk kepada kehidupan kita.
|
Hutan
menyimpan pelbagai khazanah yang berharga
|
Pergelangan
tangan Profesor Zaidah yang terseliuh disembuhkan dengan menggunakan
daun-daun herba yang diambil dari hutan oleh Ludin.
|
Sikap
tamak manusia yang mementingkan keuntungan berbanding kesejahteraan alam
sekitar
|
Tindakan
John O’Hara yang berusaha mencari gali emas akan menyebabkan kawasan hutan
musnah .
|
BINAAN
PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA
BAHAGIAN PLOT
|
HURAIAN
|
Bahagian
Pengenalan / Eksposisi
|
Pembaca
diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api
menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak
projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika
berehat di kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang
sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan
tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga.
|
Bahagian
Perkembangan
|
Amira
dihanyutkan oleh arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air
terjun. Amira hamper lemas,
tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani john O’Hara ke
Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan pacuan empat
roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit.
Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh.
|
Bahagian
Konflik
|
Itai
membawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil
emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka
terserempak dengan makhluk berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi,
dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan
kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang
selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan
oleh makhluk berbulu di sebuah pondok.
|
Bahagian
Klimaks / Puncak
|
Amira,
Itai, Jacinta, dan Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua
Gajah. Mereka nyaris diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh
Pak Lias. Misteri makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung.
Tau rupanya yang menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di
hutan itu sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau.
|
Bahagian
Peleraian
|
Amira
kini bergelar mahasiswa dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di ibu
Negara. Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu
dan rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang
perubatan. Jacinta menguruskan perniagaan fesyen bapanya di Paris. Ibu Amira
masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Malique Berjaya
menggagalkan projek cari gali emas. Dr. Zawawi bertukar bidang, iaitu
terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di
dalam laut.
|
WATAK
DAN PERWATAKAN NOVEL KEMBARA AMIRA
PERWATAKAN
WATAK UTAMA : AMIRA AMIR
-
Anak kepada Profesor Zaidah ,pensyarah arkeologi di sebuah university
-
Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional.
-
Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar,
dan
manja.
- Baik hati : Dia berusaha menggembirakan hati
Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak
mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.
- Berani : Amira mengikut Itai meneroka
hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan
aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya.
-. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin
dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas
kepada Ludin.
- Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan
jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga
menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira
- Berdikari : Amira bertindak mengajak Itai
menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain.
|
PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN : ITAI
- Remaja
lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira.
-
Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau
-
Pelajar sekolah menengah yang pintar
- Sedia membantu orang lain : Dia berusaha memujuk Jacinta yang
merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil
emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan
kepada Jacinta.
- Berani : Itai menyelamatkan Amira yang
hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari
Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.
- Rajin belajar : Apabila cuti sekolah, Itai kembali
ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau.
- Bertanggungjawab : Itai menjaga keselamatan Amira
ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila
makhluk berbulu itu melibas parang kea rah orang yang ditawannya.
|
PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN : JACINTA
-
Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar
negara
-
Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang
-
Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu
- Mudah merajuk : Dia kerap tidak pulang ke
banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia
berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.
- Tidak tahan menghadapi cabaran : Jacinta berasa lemas ketika berada
di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar.
- Mementingkan diri sendiri : Jacinta tidak mahu bercuti ke
Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes
bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat
perbuatannya.
- Meminati seni hiasan dan
kecantikan : Setelah
tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen
di Paris. Dia juga tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira.
|
PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN : MALIQUE / SABI
-
Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai
-
berusia awal 20-an
-
Anak sulung Tau dan Ipah
-
bertubuh besar dan tegap
- Sayang akan alam semula jadi : Walaupun Malique membantu O’Hara
untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam system
komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek
cari gali emas di hutan itu.
- Redha pada ketentuan Ilahi : Malique berusaha menerima Tau
sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di
dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke
Melaka.
- Taat kepada ibu : Malique mengikut O’Hara ke dalam
hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris
itu.
- Tidak lupa asal usul : Malique tidak membantah apabila
dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin .Dia juga
kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampong dan penduduk
Dahan Hijau dengan projek literasi computer.
|
PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN : TAU
-
Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an
-
Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam
-
Mahir mengesan sesuatu di dalam hutan.
- Penyayang : Dia amat menyayangi anak-anaknya
Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar
yang menjadi kegemarankanak-kanak itu.
- Sanggup berkorban : Tau sanggup mengahwini adik
angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin supaya abangnya
berpeluang menjadi ketua masyarakat.
- Baik hati : Dia bersusah payah selama empat
jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.
- Mengakui kesalahan : Tau meminta maaf daripada Pak Lias
atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampie
mencederakan Pak Lias.
|
PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN : PROFESOR ZAIDAH
-
Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah.
-
Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi
-
Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira
- Cekal : Walaupun
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya
Amira hamper mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan
arkeologi di hutan itu.
- Bersikap professional dalam
menjalankan tugas : Dia
memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah,
sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya.
- Suka membantu : Beliau membantu MAlique
mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projrk teknologi komunikasi di kampong
Orang Asli.
- Tegas : Walaupun Amira dan Jacinta bukan
pelajar university yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap
tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.
|
LATAR
MASA DAN LATAR TEMPAT
LATAR MASA
|
LATAR
TEMPAT
|
PERISTIWA
|
Malam
|
Di dalam Kereta api
|
Amira
dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang
terletak di banjaran Titiwangsa
|
Pagi
|
Stesen Kereta api Dahan Hijau
|
Amira
dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya
|
Tengah hari
|
Sungai Bukit Mat Raya
|
Amira
berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira
yang baharu diselamatkan daripada mati lemas.
|
Petang
|
Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya
|
Amira
melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan
orang Asli
|
Gunung Gua Gajah
|
Kumpulan
Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut
Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di
dinding gua.
|
LATAR
MASYARAKAT
Masyarakat yang mencintai alam semula jadi
|
Ludin,
Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai
hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan
pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan
kawasan hutan
|
Masyarakat
yang saling membantu
|
Itai
dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu
mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan.
|
Masyarakat
yang mencintai ilmu
|
Itai
yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan
rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya.
Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat
rawatan berasaskan herba.
|
Masyarakat
yang celik teknologi maklumat dan komunikasi
|
Amira
mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut
dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.
|
TEKNIK
PLOT
Ialah
cara pengarang menyampaikan ceritanya. Pengarang menggunakan kepelbagaian
teknik plot untuk menjadikan novel lebih menarik. Antaranya :
TEKNIK PLOT
|
PERISTIWA / CONTOH
|
Teknik Pemerian
|
Pengarang
menggambarkan keindahan alam dan penjelasan tentang orkid liar ( muka surat
50 ). Pengarang juga memperkenalkan ibu bapa Jennifer dan tragedy yang
menimpa mereka ( muka surat 275 ).
|
Teknik e-mel
|
Pembaca
dimaklumkan kesudahan cerita dan perjalanan hidup empat orang remaja pintar
itu melalui e-mel. E-mel tersebut dihantar oleh Itai, Malique, dan Jacinta
kepada Amira. Pembaca mengetahui bahawa Jacinta terlibat dengan perniagaan
bapanya dalam bidang fesyen di Paris melalui e-melnya kepada Amira.
|
Teknik imbas kembali
|
Di
dalam kereta api ke Bukit Mat Raya, Amira teringat kejayaannya memujuk
Jacinta menyertai ekspedisi arkeologi ibunya.
|
Teknik saspens
|
Kumpulan
Profesor Zaidah diganggu dengan pelbagai misteri dan pada suatu malam tali
khemah mereka dipotong orang. Misteri itu menjadi tanda tanya pembaca.
|
Teknik kejutan
|
Malique
yang biasa hidup di Bandar, tiba-tiba mengambil keputusan untuk tinggal di
dalam hutan sehingga kecederaan kakinya sembuh setelah mengetahui Tau ialah
bapanya.
|
SUDUT
PANDANGAN
Dalam
novel Kembara Amira, pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga iaitu
pengarang menceritakan semua peristiwa. Pengarang juga dapat memberikan
gambaran perkara yang difikirkan oleh watak seperti pemaparan perkara yang
dikenangkan oleh Tau. Pengarang juga dapat menceritakan peristiwa silam tentang
tragedy nahas kapal terbang yang melibatkan keluarga Ridley untuk mewujudkan
konflik dalam novel ini.
NILAI
DAN PENGAJARAN
NILAI
|
CONTOH
|
Kecekalan
|
Walaupun
pergelangan tangannya terseliuh selepas terlibat dalam suatu kemalngan,
Profesor Zaidah tetap meneruskan usahanya mencari gali bahan arkeologi.
|
Bantu-membantu
|
Tau
membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang dihanyutkan
oleh arus sungai.
|
Kasih
sayang
|
Jidin
membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih saying walaupun kaumnya
tidak menerima Samantha kerana berlainan rupa denga orang asli.
|
Setia
kawan
|
Amira
mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi
di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama.
|
Belas
kasihan
|
Ludin
amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana
kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab.
|
PENGAJARAN
Kita
hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
|
Amira
dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam
kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.
|
Kita
perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah
|
Ludin
membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan
menggunakan kaedah rawatan herba.
|
Kita
perlu mengamalkan kerja secara berpasukan untuk memastikan usaha kita
membuahkan hasil
|
Amira,
Jacinta, dan Itai sering melakukan pekerjaan secara berkumpulan seperti
membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang.
|
Kita
harus berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa
|
Pak
Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi
menyelamatkan nywa Amira, Itai, Roslan dan Malique.
|
Janganlah
kita lupa asal usul kita
|
Itai
yang kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan tidak lupa aka
nasal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang
asli Semai.
|
Nota menarik.Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
ReplyDeletememang memuaskan,, senang kerja... syabas
ReplyDeleteRingkas tapi padat. Senang faham. Thanks for sharing
ReplyDeletesaya memerlukan peleraian dan pengakhiran keseluruhan novel kembara amira
ReplyDeleteIm sitting for paper 2 later..hope this helps
ReplyDeleteHmm...terbaikk!!!
ReplyDeleteHmm...terbaikk!!!
ReplyDelete