Tuesday 9 September 2014

Latihan Peribahasa:

Latihan Peribahasa:

BIL
SITUASI
PERIBAHASA
1.
Amirah  seorang yang banyak harta tetapi dia tidak pandai menguruskan harta tersebut dengan sebaik-baiknya


2.
Bersungut terhadap sesuatu perkara yang sudah terjadi atau telah berlalu.


3.
Pak Abu yang telah uzur tinggal seorang diri di sebuah rumah usang di hujung kampung. Penduduk kampung bersimpati dengan Pak Abu lalu bergotong royong membaiki rumahnya


4.
Pak Mie  sangat sedih kerana baru sebulan isterinya meninggal dunia, dua hari yang lalu rumahnya pula terbakar


5.
Jurujual yang sering menipu pelanggan itu akhirnya berjaya diberkas polis


6.
Pada usia muda, Ah Chuan rajin bekerja dan berusaha. Apabila dia tua, hidupnya senang dan tidak menyusahkan orang lain


7.
Syarikat Telekom Berhad telah menyediakan kemudahan telefon awam di kampung itu tetapi selepas beberapa bulan semua telefon tersebut telah dirosakkan oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab.


8.
Alia yang selalu tidur ketika belajar menyesal setelah gagal dalam peperiksaan.


9.
Pasangan pengantin di atas pelamin  itu sama cantik sama padan


10.
Setelah mengalami pelbagai rintangan dalam menjalankan perniagaan, akhirnya Jocelyn menjadi seorang peniaga yang amat berjaya


11.
Sebelum Adelin bertanya Sathia, Sathia sudah menjawab pertanyaan Adelin kerana perkara yang difikirkan  oleh Adelin bermain dalam fikiran Sathia


12.
John dan Esther merupakan adik beradik yang sudah 14 tahun tidak bertegur sapa disebabkan  perebutan harta pusaka tetapi akhirnya mereka telah bertemu dan menyesali perkara yang berlaku.


13.
Muir, pemain bola sepak negara yang menjadi harapan pasukannya telah  berjaya menjaringkan  gol kemenangan dalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Brazil


14.
Hemagan ialah seorang tukang mencanai  emas. Dia mengetahui setiap jenis emas yang diberikan kepadanya untuk dicanai


15.
Mak Limah tidak terdaya lagi untuk menegur anak-anaknya yang sentiasa bergaduh kerana nasihat yang diluahkan tidak memberi sebarang kesan kepada mereka


16.
Anna sangat cantik rupa parasnya sehinggakan sesiapa yang melihatnya pasti tergoda tetapi dia suka mengumpat  atau menfitnah orang di sekelilingnya.


No comments:

Post a Comment