Saturday 11 October 2014

KARANGAN FOKUS PT3

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

     Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang kerajaan menggalakkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah. Isu ini sering diperkatakan di dewan palimen mahupun di warung-warung kopi. Kemelut ini juga sering disiarkan di media massa mahupun di dada-dada akhbar. Dari segi konsepsinya, maksud program ini ialah untuk memupuk semangat kesukanan dalam masyarakat dan meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Persoalannya sekarang, mengapakah program seperti ini perlu dipupuk dan diadakan dalam kalangan masyarakat? Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Ahmad Shabbery Chik, program seperti ini perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat supaya dapat mengasah bakat dan dapat melahirkan ramai pelapis kepada atlet negara.
     Jika ditelusuri secara mendalam, faedah yang akan kita perolehi dengan menyertai sukan di sekolah ialah dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini kerana dasar kerajaan yang mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam tetapi jika dikaji, tanpa dasar-dasar seperti ini masa yang diibaratkan seperti emas hanya terbiar dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Natijahnya, kita khususnya golongan remaja akan berpeleseran di kaki-kaki lima pusat beli belah dan akan terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang tidak memberi manfaat dalam kehidupan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata, aktiviti sukan di sekolah sangat penting untuk memantapkan lagi bakat dan personaliti murid. Aktiviti yang berfaedah boleh dianalogikan seperti lampu jalan yang menerangi jalan raya. Implikasinya, melalui aktiviti yang diwajibkan setiap murid di sekolah akan lebih membantu murid dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam masa yang sama, murid dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan tidak merisaukan ibu bapa di rumah seterusnya kita tidak akan tergolong dalam golongan orang yang rugi. Menurut surah al-As, yang bermaksud sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
     Jika ditelusuri secara mendalam, menyihatkan badan ini amat penting kepada masyarakat Malaysia. Hal ini kerana badan yang sihat dapat melahirkan masyarakat yang berakul tajam dan cerdas. Implikasinya, jika Malaysia mempunyai masyarakat yang berakal tajam dan cerdas sejurus dapat membangunkan sektor ekonomi Malaysia. Sementelahan lagi, masyarakat Malaysia juga boleh menjadi contoh atau ‘role model’ kepada masyarakat negara lain. Menurut Dato’ Fadzilah Kamsah, kemajuan sesebuah negara itu terletak di tangan masyarakatnya. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa menyihatkan badan ini dapat memajukan ekonomi negara sebagainya.

                Jika dikaji seterusnya, melalui program 1 Murid 1 Sukan, nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri murid di sekolah mahupun di luar sekolah. Dalam hal ini, kerajaan telah menubuhkan program 1 Murid 1 Sukan supaya dapat melahirkan generasi murid yang proaktif dalam aktiviti sukan di negara atau di luar negara. Menurut Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa dengan menyertai aktiviti-aktiviti sekolah dapat menonjolkan bakat murid-murid dalam bidang sukan untuk kecemerlangan diri dapat melahirkan atlet yang cerdas dari segi mental dan fizikal. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan mengamalkan program 1 Murid 1 Sukan, kita dapat melahirkan atlet-atlet yang akan menaik dan membanggakan nama negara yang aman dan makmur ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang bangsa.
     Memetik wasitah nirmala seterusnya, program ini juga dapat melahirkan pelapis-pelapis kepada atlet negara yang bertandingan di persada antarabangsa. Hal ini kerana melalui program 1 Murid 1 Sukan, murid-murid di sekolah diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan selama tempoh pembelajaran di sekolah. Natijahnya, pelapis yang lebih berkualiti dan bersikap professional dapat dilahirkan. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datok Ahmad Shabery Chik, negara memerlukan lebih banyak atlet yang dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia. Hal ini bertepatan dengan aforisme ,  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sekiranya program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada semua pihak, maka lebih ramailah pelapis atlet negara yang dapat digilap dari peringkat sekolah.
     Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan melalui sukan murid-murid dapat memupuk semangat juang yang tinggi. Hal ini kerana melalui penglibatan dalam sukan, murid-murid dapat menimbulkan sikap berdaya saing dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pakar motivasi, melalui penglibatan sukan dalam kalangan murid-murid dapat memupuk semangat juang untuk negara kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya tiada program seperti ini, sikap juang murid-murid untuk negara akan pudar dari lubuk hati mereka.
     Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh program 1 Murid 1 Sukan merupakan aktiviti utama yang menyumbang kepada tahap kesihatan murid-murid. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sam dituruni dalam bekerjasama melaksanakan program seperti ini agar dapat melahirkan insan yang sihat dari segi rohani dan jasmani. Seterusnyam semua pihak juga perlu memainkan peranan agar dapat digiatkan lagi di setiap-setiap sekolah yang disertai oleh murid. Jika tidak bekerjasama melaksanakan program seperti ini, negara tidak akan mempunyai pelapis di muka hadapan. Ingatan jatuh atau berdirinya beriringan seseorang itu berdasarkan niatnya.



No comments:

Post a Comment