SAJAK
Nota Tambahan Sajak Sang Gembala Kuda oleh Mohd Hashim Othman
Maksud
Sajak
Rangkap 1: Sang gembala
kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang
dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk
menakutkan kuda-kuda itu sambal menghalau kuda-kuda yang sedang berada di
padang bersegera balik ke kandang.
Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan
makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar.
Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda
tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila
sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin
menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak
menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang
kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang
hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan
kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil
kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hhanya mementingkan diri
apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.
|
Tema
Sajak ini
bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan
penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda
tunggangannya. Berbekalkan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani,
penjaga kuda Berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang.
Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga
kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.
Persoalan
1.
Kekuasaan
mempengaruhi gaya kepimpinan.
2. Ketegasan dalam
memimpin.
3. Penganiyaan terhadap
haiwan.
4. Kepatuhan menurut
pemerintah.
5. Keberaniaan menempuh
cabaran dan rintangan.
6.
Kebijaksanaan mengeksploitasi
golongan yang lemah.
7.
Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
Bentuk Sajak
1.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2.
Sajak ini
terdiri daripada empat rangkap.
3.
Bilangan
barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap kedua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris, dan rangkap keempat ada lapan baris.
4.
Jumlah patah kata dalam setiap
baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata setiap
baris.
5.
Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
6.
Rima akhir sajak
ini bebas/tidak sama; abcdd,
abcab, aabccadecc, abaabacc.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1.
Pemilihan kata yang indah dan ayat
atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut –
rangkap 1, baris 3
(b) Meredah onak di rimba perburuan –
rangkap 3, baris 5
2.
Epifora.
Contohnya, perulangan kata ditunggangi – rangkap 4, baris 7 dan baris 8.
3.
Repetisi
atau perulangan.
Contohnya:
Ditunggangi dan
ditunggangi – rangkap 4, baris 8.
4.
Penggunaan metafora. Contohnya:
(a) Rimba
perburuan
(b) Paya penindasan
(c) Cemeti durjana
5.
Personifikasi.
Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut –
rangkap 1, baris 3
(b) Pacuannya diiringi seribu
keberanian – rangkap 3, baris 4
6.
Hiperbola.
Contohnya:
Dimamah rakus
kala lapar – rangkap 2, baris 3
7.
Sinkope.
Contohnya:
Tak
peduli
nasib diri setelah kenyang – rangkap 2, baris 4
8.
Inversi.
Contohnya:
Dan kuda-kuda
itu ditunggangi – rangkap 4, baris 7
Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi
dan
9.
Unsur bunyi:
(a) Asonansi. (perulangan
bunyi vokal). Contohnya:
i.
sesekali suaranya lebih gempita
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak
tiga kali.
ii.
menentang semua kebobrokan
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e sebanyak
tiga kali.
(b) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
i.
ditunggangi dan ditunggangi!
Dalam contoh ini, terdapat
perulangan bunyi konsonan d sebanyak tiga kali.
ii.
dia
melampar muslihat
Dalam contoh ini, terdapat
perulangan bunyi konsonan m sebanyak dua kali.
Nada
Sajak
ini bernada sinis. Nada sinis sesuai
dengan sajak “Sang Gembala Kuda” yang menyatakan sikap mementingkan diri
penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiayai dan mengabaikan
soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
Nilai
1.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga
kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2.
Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai
kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda
tunggangannya detika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4.
Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya
menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap
kuda-kuda itu.
5.
Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda
digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh
ketua.
2.
Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai rintangan
tanpa mudah berputus asa.
3.
Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu
tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
4.
Kita
sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah
organisasi.
5.
Kita hendaklah
bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan
sempurna.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood notes.. itz so useful 4 my homework.. tkzz
ReplyDeleteGood notes.. itz so useful 4 my homework.. tkzz
ReplyDeleteIts great😋
ReplyDeleteIts great😋
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteThanks
ReplyDeletetekut
ReplyDeleteterima kasih. Nota ini sangat membantu, ringkas Dan mudah difahami.
ReplyDelete