Thursday 20 August 2015

ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - NOVEL

Plot Novel Azfa Hanani & Novel Kembara Amira
Peringkat Plot
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

Permulaan / Eksposisi
Cerita bermula dengan watak Azfa Hanani yang berada dalam kebimbangan setelah pihak sekolah sudah mengenal pasti orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Seri Dian. Azfa Hanani telah dipanggil ke bilik pengetua.
Azfa Hanani diminta untuk menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran kerana wajahnya seiras adiknya yang telah meninggal dunia iaitu Tengku Murni. Demi masa depan persekolahannya dan berpeluang untuk membantu sepupunya Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran itu
Dimulakan dengan watak Amira bersama dengan Jacinta  dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya dengan menaiki keretapi untuk menghabiskan cuti mereka bersama-sama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira untuk menyertai ekskavasi menjejaki  kewujudan tamadun awal manusia.
Perkembangan / Konflik
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dipindahkan ke Sekolah Menenengah Taman Sari. Di situ dia mula berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang terdiri daripada Tengku Ellina, Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terpilih sebagai peserta dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya
Semasa menunggu kedatangan Malique di Air Terjun Angin, Amira tergelincir dan jatuh lalu dihanyutkan arus deras. Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, orang Asli Semai. Malique pula hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia
Klimaks
Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.Tengku Muzaffar turut menghalang persahabatan antara Azfa Hanani dengan Ekran. Berlakulah pertengkaran antara mereka sehingga mendatangkan kemarahan kepada Datin Maziah yang terdengar pertengkaran tersebut lalu beliau terasa tertipu. Setelah penyamarannya terbongkar, Azfa Hanani ditampar dan dihalau oelh Datin Maziah.
Para pelajar universiti awam yang menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Dr.Zawawi menemukan pelbagai artifak seperti kapak dan tulisan zaman purba pada dinding gua yang sangat berharga di Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai bertembung dengan makhluk berbulu dalam usaha menyelamatkan Malique
Peleraian
Datuk Tengku Makmur mengaku bahawa beliau telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun yang lalu. Azfa Hanani dipujuk supaya kembali ke bangle Datuk Tengku Makmur dan menjadi dirinya yang sebenar. Azfa Hanani juga telah muncul sebagai pengerusi terbaik Forum
Rahsia kehidupan Tau akhirnya terbongkar.  Makhluk berbulu yang dianggap sebagai misteri oleh orang Asli Semai sebenarnya ialah Tau. Jennifer juga mengaku bahawa dia ialah Ipah, isteri Tau yang telah lari meninggalkannya dengan mengikut Jonny ke Australia.  Malique pula ialah Sabi iaitu anak kandung Tau dan abang kepada Itai.
Pengakhiran
Cerita berakhir dengan kegembiraan.
Cerita berakhir dengan kegembiraan.


No comments:

Post a Comment