CERPEN
HIPERTENSI (Illias
Zaidi)
SINOPSIS
Cerpen Hipertensi
(Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo
keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja
penerokaan dan pembangunan tanah.
Kemudian, cerita ini berkisar tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi
oleh Aiman sepanjang perjalan hidupnya.
Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan
murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviti yang dicetuskan
oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran
subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu
Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai
profesor disebabkan kepintarannya. Dia juga mempunyai daya berfikir yang tinggi
serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Dia juga
sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil
mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng
sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan.
Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik
penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi
dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia
mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat
Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus
berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah
Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai
persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat
itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran
langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat
di bulan dalam halusinasinya itu.
Aiman
juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang
adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir
adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman
teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat rasa bosan dan
jelak dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya
pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya terfikir
yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan
latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat
kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur
oleh guru kelas. Guru kelas Aiman
melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman.
Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian
pinggul sehingga lebam.
Aiman
telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk
berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu
itu telah ditambah sepuluh tahun.
Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat
berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan
sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi
imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya.
Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di
dalam hati sahaja.
Aiman
semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang telah diberi
peluang mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan
pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya
sebagai seorang angkasawan yang akan mendarat di bulan dengan menaiki kapal
angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen
Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum dia meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin
meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang bulan tanpa udara. Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang
angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.
Setelah
Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains
angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan
itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar Aiman
yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam
pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan
intensif dan latihan terapi. Aiman
terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu
melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan diri
kepada Tuhani. Aiman berasa bahawa ibu
dan bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan
latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman
sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan
harapannya ke hadrat Tuhan
PLOT CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi)
WATAK
DAN PERWATAKAN
1. Watak utama – Aiman Aqil.
2.
Watak sampingan – bapa
Aiman, ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah Fatnin, Azilah Atiqah dan sebagainya.
AIMAN AQIL - berumur hampir 20 tahun. / anak sulung /
mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah
Atiqah. / bercakap gagap - mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar
kata-kata./ mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup
sihat. / murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan
Sains / bercita-cita tinggi, iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi
seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong. / gemar menyakat orang lain - selalu merayau dan menyakat rakan-rakan
sekelasnya sehingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya. / suka memberontak dan marah-marah
terhadap suasana persekitarannya - Aiman
akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya. / pendendam - menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang
sering merotan dan menamparnya. / insaf. - Aiman sedar akan kesilapannya yang
terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi.
BAPA AIMAN - mempunyai tiga orang anak, iaitu
Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. / seorang jurutera mekanikal. / dipanggil dengan gelaran “babah” oleh Aiman
dan anak-anaknya. / bertanggungjawab dengan
membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah. / bengis
dan garang - dia pernah menampar
Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu. / penyayang - berusaha merawat masalah
kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.
IBU AIMAN - Ibu kepada tiga orang anak, iaitu
Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. / bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi./
penyayang - berasa kasihan
setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya. / isteri
yang taat dan patuh akan suami - tidak melawan apabila suaminya merotan
Aiman. / penyabar - tetap bersabar dengan sikap garang suaminya
dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan
suaminya.
CIKGU FARIDAH - guru Sains di sekolah Aiman.
/ dedikasi
- menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
kawan-kawannya. / cepat marah. - wajahnya segera berubah apabila Aiman
mempertikaikan teori graviti yang diajarinya dengan kuasa Tuhan. / bijak
melihat potensi murid - menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran
dan kecerdikan muridnya itu.
LATAR
LATAR TEMPAT - Sekolah - Aiman dan rakan-rakannya belajar
mata pelajaran Sains daripada Cikgu Faridah di sekolah. / banglo keluarga Aiman.
- Aiman sekeluarga tinggal di sebuah rumah
banglo. / Stesen Angkasa Antarabangsa - tempat permulaan kapal angkasa Soyuz ke bulan
adalah di Stesen Angkasa Antarabangsa. / Ruang
udarakasa bulan - Aiman
terapung-apung di ruang udara itu dengan berpakaian sebagai seorang angkasawan.
/ Pohon kelapa dara di penjuru banglo.-
Aiman mengandaikan pohon itu sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal
angkasa Soyuz.
LATAR MASA - Waktu siang - peristiwa Aiman belajar di sekolahnya berlaku
pada waktu siang. / Waktu pagi - peristiwa
Aiman Aqil dilahrikan di bilik bersalin berlaku pada waktu pagi. / Zaman sekolah rendah - Aiman kerap
ponteng kelas semasa di sekolah rendah kerana sikapnya yang mudah bosan dan
jelak terhadap pengajaran gurun. / Zaman
remaja. - Aiman sedar akan
kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi dan kembali ke dunia realiti.
PERSOALAN
1._____________________________________________________________________________________
Sikap
Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah
menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)
2
_____________________________________________________________________________________ .
Aiman
Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang
baik. (m/s:44)
3.
_____________________________________________________________________________________
Aiman
cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah
berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)
4. _____________________________________________________________________________________
Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee
Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)
5. _____________________________________________________________________________________
Ayah
dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)
6.
_____________________________________________________________________________________
Guru
kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. (m/s:
46)
7. _____________________________________________________________________________________
Aiman
bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang
angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)
8. _____________________________________________________________________________________
Ibu
Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s:
48)
LATIHAN
PENGUKUHAN CERPEN HIPERTENSI (Illias
Zaidi)
PERISTIWA
|
PENGAJARAN
|
NILAI
|
Ibu Aiman bersabar
dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.
|
|
|
Aiman boleh
menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika
itu baru lapan tahun.
|
|
|
Bapa Aiman
berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani
latihan intensif dan latihan terapi.
|
|
|
Guru kelas
Aiman berfikiran rasional dengan memberikan amaran keras kepada Aiman supaya
dia tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan.
|
|
|
Cikgu Faridah
menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
kawan-kawannya.
|
|
1.
|
LATIHAN
PEMAHMAN CERPEN HIPERTENSI
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Paul
Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak
manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Broca
memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra
berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa
diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu
suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.
Keadaan
diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi
pertuturanku tidak segagap itu. Aku
dapat bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi
yang berisi. Babah barangkali
tidak tahu akan penemuan Broca. Babah
lebih dekat pada kejuteraan mekanikal.
Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi.
Aiman
teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di
planet bulan melalui pentas halusinasinya.
Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada
Tuhan. Jangan kaubinasakan habitat
semula jadi di planet bumi. Salahnya
barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang
menghantuinya sekian lama. Aiman tidak
perlu akan latihan intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan
terapi itu, ibu. Aiman akan
mengusahakannya sendiri.
i)
Berikan maksud frasa diksi yang berisi seperti yang
digunakan dalam petikan di atas.
[2 markah]
ii)
Apakah nasihat suara ghaib kepada Aiman? [3 markah]
iii)
Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam
petikan di atas dan dua perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen
[3 markah]
iv)
Pada pandangan anda, mengapakah Aiman berpendapat bahawa
dia tidak memerlukan latihan intensif dan terapi untuk memulihkan percakapannya
yang gagap ? [4 markah]
LATIHAN
BERGAMBAR CERPEN HIPERTENSI (Illias
Zaidi)
boleh sya tahu adakah skema jawapannya???
ReplyDeleteTERIMA KASIH. SANGAT MEMBANTU SAYA NAK MENGAJAR. IZINKAN SAYA GUNA SEBAGAI LATIHAN UTK PELAJARA SAYA TUAN. SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH :)
ReplyDeleteTERIMA KASIH. SANGAT MEMBANTU SAYA NAK MENGAJAR. IZINKAN SAYA GUNA SEBAGAI LATIHAN UTK PELAJARA SAYA TUAN. SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH :)
ReplyDeleteAda jawapan?
ReplyDeletemohon copy and paste untuk rujukan dan latihan pelajar saya ya. Pusat Tuisyen Perintis Didik, Shah Alam.
ReplyDelete