Monday 9 May 2016

KARANGAN

LATIHAN KARANGAN

USAHA MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENGUNJUNGI PESTA BUKU

MENAWARKAN POTONGAN HARGA    MENGADAKAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK

MENGADAKAN SESI BERAMAH MESRA DENGAN PENULIS

MAKLUMAT KARANGAN:

-        ‘Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’ / pesta buku kerap diadakan di negara kita oleh pelbagai pihak setiap tahun sebagai salah satu cara untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia / usaha yang berterusan perlulah dilakukan agar jumlah pengunjung ke pesta buku bertambah dari semasa ke semasa. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat mengunjungi pesta buku?  / potongan harga yang ditawarkan kepada pengunjung dapat menggalakkan pengunjung datang ke gerai-gerai peserta  /  peserta pesta buku boleh menjual lebih banyak buku kerana pengunjung mampu membayar buku-buku yang diminati / pengunjung pesta buku amat teruja untuk membeli buku-buku atau majalah-majalah keluaran lepas yang diberi diskaun semasa pesta buku berlangsung  / mempelbagaikan aktiviti menarik  / dapat mengelakkan rasa bosan semasa berkunjung ke pesta buku  /  pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan cabutan bertuah, dan sebagainya / mengadakan sesi ramah mesra antara penulis buku dengan pengunjung  /  menarik lebih ramai pengunjung kerana pengunjung boleh mengenali penulis buku yang diminatinya dengan lebih dekat lagi  / Ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal, pengunjung perlu merebut peluang yang diberikan ini kerana bukan mudah untuk bersemuka dengan penulis yang diminati  / amalan membaca sangat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan matang akal fikiran / diteruskan dalam usaha untuk menggalakkan masyarakat membaca kerana banyak faedah yang bakal diperoleh oleh pengunjung. / semua pihak perlulah berganding bahu dan melangkah sederap dalam memberi sokongan kepada penganjur pesta buku  supaya masyarakat kita dapat menyediakan generasi pelapis bakal pemimpin yang akan menerajui negara ke mercu kejayaan pada satu masa nanti / generasi berilmu penjana kemajuan dan kemakmuran negara kita.





No comments:

Post a Comment