Tuesday 5 September 2017

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannnya. Anda tidak boleh menambah atau rnembuang imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)               gemerlap
(ii)             gemilang
(iii)           gemuruh
(iv)            gelisah
(v)             gelojoh
(vi)            gersang                                                                                                                               [6 markah]

(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i)  Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.

(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.

(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.

(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.

(iii) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Rarnadan yang lepas. 
[6 markah]


(d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.

(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.

(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya menggondol pingat ernas, lagu Negaraku akan berdendang.                                                                                                          [6 markah]

(e) Bina satu  ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

 (i) jinak-jinak merpati
(ii) melepaskan anjing tersepit
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah                                                                                [6 markah]


No comments:

Post a Comment