Sunday 25 October 2020

LATIHAN RUMUSAN

 

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

 

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.


Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.
Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah.

 

Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

 

                                                                                       (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah Menyertai

                                                                                                                 Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

 

Pendahuluan

 

 

 

Isi-isi Tersurat

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

 

 

 

Isi-isi Tersirat

1

 

2

 

3

 

 

Kesimpulan

 

 

No comments:

Post a Comment