Saturday 17 August 2013

FOKUS PERCUBAAN :KARANGAN CERAMAH


KELUARGA BAHAGIA PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR





Tanam pisang layu-layuan,

    Dibawa pendeta dari selatan.
Salam perdebatan saya ucapkan,
    Pada semua ahli persidangan.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

            Terima kasih tuan speaker dewan,kombinasi hakim yang berpasakkan pada panji keadilan,pihak pembangkang yang cukup cukup bijak menegakkan benang basah,paduan mantap kerajaan yang menegakkan keadilan dan sidang dewan sekalian.

keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan Pelajar”

satu usul yang mungkin bersifat konvensional tetapi sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak. Sebelum sauh saya labuhkan,sebelum kapal saya layarkan dan sebelum medan perbahasan saya mulakan izinkan saya untuk mendefinisikan frada-frasa penting yang terdapat dalam usul kami pada hari ini.
Keluarga bahagia saya takrifkan sebagai satu institusi rumah tangga yang terdiri daripada ibu ,bapa dan anak-anak yang hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang pergeseran.Manakala pemangkin kecemerlangan pelajar pula  kami  manifestasikan sebagai pencetus kegemilangan pelajar. .Secara tuntasnya, saya di pihak kerajaan ingin menekan bahawa keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan pelajar.

Sidang dewan sekalian,
            Sekali lagi  saya  ingin tegaskan di sini bahawa kami selaku pihak kerajaan amat bersetuju dengan usul yang di.bangkitnya ini. Saya selaku Perdana Menteri akan mendefinisikan tajuk dan mengemukakan hujah dari aspek persekitaran yang kondusif yang berjaya diwujudkan oleh keluarga bahagia. Duduknya saya bangkit pula timbalan Perdana Menteri yang akan mengemukakan hujah dari aspek genetik dan perhatian daripada ibu bapa.Duduknya Timbalan Perdana Menteri  bangun pula  menteri ketiga yang akan membidas segala hujah songsang lagi pincang yang bakal dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Sidang dewan sekalian,
Tiga komponen utama kualiti peribadi seseorang ( personal quality ) ialah high self-esteem (harga kendiri yang tinggi),  hubungan interpersonal  yang baik dan keupayaan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Maka atas landasan  tersebut hujah kami yang pertama atas kata kunci  faktor persekitaran yang berjaya diwujudkan oleh ibu bapa dapat menjana kecemerlangan pelajar. Hal ini demikian kerana faktor persekitaran yang selesa yang diwujudkan oleh ibu bapa dapat memberi satu suasana kondusif buat anak-anak yakni pelajar. .Cuba kita bayangkan dapatkah seseorang pelajar berada dalam ketenangan jika keadaan di dalam rumahnya  umpama medan peperangan? Ibu bapa yang sering bercanggahan pendapat,bertikam lidah dan bercakaran sesama sendiri akan menimbulkan rasa steress dalam diri anak-anak. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah..Apabila ini berlaku maka pelajar ini akan menghumbankan diri ke dalam kancah gejala sosial dan seterusnya mereka tidak mempunyai masa untuk ke sekolah lantas ketinggalan dalam pelajaran dan usaha ke arah penbentukan pelajar cemerlang akan terbantut..Maka keadaan ini sudah pasti menjejaskan aspirasi negara ke arah negara adikuasa menjelang 2020 . Penyair terkenal Arab iaitu Syauqi ada menyebut;  Kekalnya bangsa kerana   mulia akhlaknya. Musnahnya bangsa kerana runtuh akhlaknya. Falsafah Tao juga ada menyatakan  bahawa untuk hidup setahun tanamlah gandum. Untuk hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan untuk hidup selama-lamanya tanamlah jiwa.  Pepatah Melayu pula ada menyebut;  jika asal benih yang baik tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawangan di angkasa menjadi kejora.
Begitulah gambaran  signifikan dan dominannya peranan keluarga  dalam pembentukan sahsiah dan kecemerlangan pelajar.

Sidang dewan warga persidangan sekalinan,
Konklusinya, keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan pelajar. Justeru, budaya cemerlang melalui pendekatan yang progresif, semangat iltizam, kompeten, futuristik dan komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi membolehkan lahirnya insan pelajar cemerlang yang berkarisma serta insan kamil dan syumul di dunia dan akhirat. Hal ini juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Oleh itu, segala inisiatif dan prakarsa yang diimplimentasikan biarlah berkesan bak kata pepatah; lenggoknya biar bergaya tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.

 Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami yakni pihak kerajaan bersetuju dengan usul ini dan tidak akan berpaling daripada  pendirian kami.Jika anda ingin tahu keluasan padang tanyalah kepada belalang,jika anda ingin tahu kedalaman laut tanyalah kepada ikan,jika anda ingin tahu ketinggian awan tanyalah kepada helang tetapi jika anda ingin tahu kebenaran tanyalah kepada kami pihak kerajaan dan bukannya pihak pembangkang yang lembut lidah daripada tulang.

Tuai padi antara nampak,
   Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
  Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian, salam persidangan.



No comments:

Post a Comment