Saturday 17 August 2013

FOKUS PERCUBAAN :TATABAHASA - BINA AYAT


Pemarkahan Bina Ayat

Bil
Kemungkinan-kemungkinan ayat pelajar :
Markah

1

Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis.
Contoh :  Winston Churchill ialah seorang negarawan Inggeris yang ulung


1

2

Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain.
Contoh : Kakak telah menyusun pinggan mangkuk diatas para-para.



1- ½ = ½

3

Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
Contoh : Ayah Ahmad bersifat kepala batu.


0

4

Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas
Contoh : Nani telah menubuhkan Syarikat Usahawan Kreatif Sdn.Bhd. untuk mengedarkan produk kosmetik ciptaannya.


0

5

Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat.
Contoh : Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk memanaskan benda tersebut.


1

6

Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih
Contoh :  Ramli pulang ke rumah pada jam 10 pagi dan Ah Chong mengajak Leman pergi menonton perlawanan hoki.


1- ½ = ½

7

Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi sebagai satu ayat sahaja
Contoh : Negarawan Indonesia itu pernah berkecimpung sebagai usahawansetelah menjadi cendekiawan dalam bidang ekonomi di samping terkenal sebagai budayawan dalam permainan wayang kulit Jawa.




1

8

Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan
Contoh :  Kakak saya sangat berkira ketika berbelanja di pasar.


0

9

Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya.
Contoh : Wajah pari-pari itu sangat mengerikan.


1- ½ = ½

10

Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta negara
Contoh : Pak Kassim ialah seorang negarawan Malaysia yang terkenal.


0

11

Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi.
Contoh : Seekor ular sawa yang besar telah membelit tubuh wanita itu.
               Perkataan kedua : berbelit-belit ( calon tidak membuat ayat )




0
LATIHAN BINA AYAT :

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                     menahan
ii.                   menuntut
iii.                  menarik

No comments:

Post a Comment