Pantun
Muhibah dan Perpaduan (Pantun Empat Kerat)
Muhibah dan Perpaduan
(Pantun Empat Kerat)
Zailani Taslim
MAKSUD :
Rangkap 1
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan
rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah.
Rangkap 2
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun
kerana amalan
cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.
Rangkap 3
Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat
hidup
bekerjasama.
Rangkap 4
Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat
Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.
Rangkap 5
Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan
cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun
kebudayaan nasional
diamalkan.
TEMA :
Keharmonian
dan perpaduan hidup masyarakat majmuk.
PERSOALAN :
1. Persoalan amalan hidup muhibah perlu
diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
2. Persoalan amalan cara hidup muhibah
dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.
3. Persoalan amalan bekerjasama dan
bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
4. Persoalan kepelbagaian keturunan tidak
menghalang pembinaan bangsa yang padu.
5. Persoalan kebudayaan nasional tidak
melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.
BENTUK :
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun empat
kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
3. Pantun ini mengandungi empat belas
hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap
4. Suku kata terdiri daripada lapan
hingga dua belas suku kata sebaris.
5. Rima akhir ‘ab, ab’.
GAYA BAHASA :
Simile
Senyuman manis seperti madu; (Rangkap
4, baris 2)
Kata ganda
Tanda
bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)
Hiperbola
Mengairi
sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)
Asonansi
Di
negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4)
Pengulangan vokal a
Aliterasi
Bermacam
keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3)
Pengulangan konsonan n
NILAI :
1. Nilai
bekerjasama.
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan
gotong-royong.
2. Nilai hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya
masing-masing.
3. Nilai semangat bermasyarakat.
Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.
4. Nilai Patriotisme.
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan
tempatan.
PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam
segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.
2. Kita hendaklah hidup bersatu padu
untuk mengekalkan keharmonian negara.
3. Kita hendaklah hidup berkerjasama dan
bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.
LLATIHAN :
1.
Huraikan dua persoalan yang wujud dalam Pantun Muhibah
ini.
2.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mewujudkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia?
Jawapan:
1.
Dua persoalannya ialah:
a.
Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam
negara berbilang kaum.
b.
Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatupadukan rakyat
berlainan bangsa dan budaya.
2.
Cara-cara untuk mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat Malaysia adalah:
a.
Melalui kempen kesedaran.
b.
Melalui aktiviti gotong-royong.
c.
Melalui perkongsian budaya seperti rumah terbuka.
d.
Melalui pembelajaran mata pelajaran Sivik dan Moral di sekolah.
No comments:
Post a Comment