CAPA RENGAT
( Baharuddin Kahar )
Sinopsis:
Cerpen 'Capa Rengat' mengisahkan
seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu
petang, "Aku" akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke
bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung
serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik Kinto dan "Aku"
seperti belangkas.
Pada sebelah petangnya.
"Aku" tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Konto pergi untuk
berurusan dengan peguam. Ibu "Aku" pula berasa bosan tinggal lebih
lama di kampung. "Aku" mengambil keputusan merayu-rayau di sekeliling
di kampung. Ketika lalu di sebidang paya, "Aku" melihat lima orang
anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.
Seorang budak perempuan, Su mengajak
"Aku" bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu
janggal dan "Aku" berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan
budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok "Aku". Akhir sekali,
"Aku" diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak "Aku"
siap dibina, Su akan memecahkannya.
"Aku" cuba menangkap Su
kerana mempersenda-senda kebolehan "Aku". Rupa-rupanya, Su begitu
lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su
menghampiri "Aku" dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau
bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila
berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba, ketika "Aku" dan
Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki
berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan
segera. "Aku" mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang
bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah
adik tirinya.
Pada sebelah malamnya,
"Aku" tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam
botol berisi air. "Aku" ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat
dalam tidur.
Setelah sehari berada di kampung, ibu
memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto
meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk
pulang. "Aku" berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan
hatiku makin mendayu-dayu.
Dalam keadaan separuh sedar,
"Aku" bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke
kampung semula. Malangnya ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke
kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka selesai. Keputusan ibu
membuatkan "Aku" sedih apabila "Aku" terpandang bunga Capa
Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
Tema:
Perasaan cinta pada kehidupan dan
suasana di kampung. "Aku" telah mengalami pengalaman yang menarik
hidup di kampung. Contohnya, semasa "Aku" mengikut Pak Cik Kinto
menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.
Persoalan:
1.
Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contohnya,
"Aku" yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung
yang jauh dari arus pembangunan.
2.
Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contonya, Kemesraan
yang ditunjukkan oleh Su kepada "Aku" menyebabkan "Aku"
amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada
asalnya "Aku" amat tidak selesa berada di kampung.
3.
Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contohnya,
Dapat dilihat pada watak "Aku" yang menghargai dan menjaga Capa
Rengat yang diberikan oleh Su.
4.
Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contohnya, Su seronok
mandi sungai dan bermain 'kota Buatan' tempat asal ibunya.
Plot:
1. Permulaan
"Aku" pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk
menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak
Cik Kinto, bapa saudara "Aku". Pada waktu pagi, Pak Cik Kinto
melayani "Aku" dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling
kampung.
2. Perkembangan
Pada sebelah petang, "Aku" merayau-rayau di sekeliling kampung
kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. "Aku"
betemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah
seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak "Aku"
bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan
"Aku" sekuntum bunga Capa Rengat ( melur hutan ). Kerana leka
bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tirinya pulang ke rumah.
"Aku" pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol
berisi air.
3. Klimaks
Keesokan paginya, "Aku" dikejutkan dengan keputusan ibu untuk
pulang ke kota. "Aku" berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru
hendak merasai kenikmatan suasana kampung.
4. Peleraian
"Aku" pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil
pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.
Teknik Penceritaan:
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.
1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat
burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa
membawa senapang patah, kalau-kalau bertemu denak.
2. DialogContoh:
Contoh: "Cantik. ya!" kata budak perempuan itu.
"Cantik," jaeabku pendek sambil merenung matanya yang jernih
ghairah itu.
3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa
"Aku" sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.
Watak dan Perwatakan
1. "Aku"
·
seorang anak remaja
·
menghargai alam sekitar
·
proaktif dan cergas
·
mempunyai pandangan bernas
·
berfikiran positif
2. Ibu
·
pertengahan usia
·
tegas dengan pendirian
·
sikap terburu-buru membuat keputusan
·
prihatin terhadap orang lain
·
berperilaku mesra
3. Su
·
budak perempuan awal remaja
·
bersikap periang
·
aktif dan cergas
·
bijak mengolah keadaan
·
taat kepada ibu
4. Pak Cik Kinto
·
bapa saudara "Aku"
·
mahir selok-belok di kampung
·
mempunyai kemahiran menembak
·
ikhlas melayani tetamu
·
melaksanakan urusan dengan cekap
Latar:
Masa
1.
Pagi: - "Aku" dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah
seharian berada di kampung.
2.
Petang: - "Aku" dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang
rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di
situ.
3.
Malam: - "Aku" tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih
setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.
Tempat
Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar
belakang bukit-bukau dan tanah paya
1.
Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto - tempat Pak Cik Kinto membawa
"Aku" bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara
segar di situ.
2.
Paya - tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.
3.
Rumah Pak Cik Kinto - tempat "Aku" dan ibi bermalam ketika
pulang ke kampung.
Masyarakat
1.
Masyarakat bandar. Contoh: Diwakili oleh watak "Aku" yang
berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di
kampung.
2.
Masyarakat kampung. Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk
berburu.
3.
Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Contoh: Ibu
membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana
untuk menutupi aurat.
4.
Masyarakat yang menghargai alam sekitar. Contoh: Su sangat mengenali
alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahi "Aku" bunga Capa
Rengat.
5.
Masyarakat yang suka berburu. Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di
hutan.
Gaya Bahasa:
1.
Kata ganda. Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang,
baik-baik
2.
Anafora. Contoh: Mengapa menjadi sayu? Mengapa menjadi
kesepian?
3.
Inversi ( Keterbalikan ayat ). Contoh: Demi memandang gunung-gunung dan
padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala
rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya
yang subur itu.
4.
Personifakasi. Contoh: Melahirkan sinar cemburu.
5.
Simile. Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
6.
Simpulan bahasa. Contoh: Seperti belangkas.
Nilai:
1.
Nilai keberanian. Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk
menyeberang sungai yang dalam .
2.
Nilai hemah tinggi. Su dan rakan-rakan menegur aku dan mengajak aku
bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.
3.
Nilai kerajinan. Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi
mendapatkan rezeki.
4.
Nilai kerjasama. Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa
bermain.
Pengajaran:
1.
Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Contoh: Pak Cik Kinto dan aku
menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.
2.
Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contohnya "Aku"
menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang
diberi oleh Su kepadanya.
3.
Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh:
"Aku" menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja
mengenalinya.
4.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.
Contoh: Su, "Aku" dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumah katak
dan jalan ke rumah katak.
No comments:
Post a Comment